DPPWP melihat kenyataan daripada Datuk Seri Najib yang mengatakan bahawa perhimpunan bersih merupakan cubaan menggulingkan kerajaan sebagai satu kenyataan yang berunsur jahat & berniat menghasut.
Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu menyaksikan puluhan ribu rakyat hadir dengan hanya duduk dan bantah sahaja di Dataran Merdeka. Insiden kekasaran dan belasah hanya terjadi selepas berlakunya provokasi-provokasi liar daripada pihak-pihak tertentu.
Sekiranya BERSIH 3.0 ingin melakukan kudeta @ ingin menggulingkan kerajaan, sudah tentulah permohonan permit untuk menggunakan Dataran Merdeka tidak akan dipohon. Ianya suatu analogi yg cukup mudah namun amat payah difahami oleh Datuk Seri Najib. BERSIH tidak memerlukan 2,3 hari untuk berhimpun kerana rekod sebelum ini pun hanya memadai sahaja setakat jam 5 petang sahaja
DPPWP berasa yakin bahawa Najib sudah hilang kejantanannya. Ini kerana peristiwa rampasan kerajaan Perak pada tahun 2009 yg lalu masih segar dalam ingatan semua rakyat Malaysia. Ianya adalah jelas merupakan suatu tindakan di luar pilihanraya & pengecut. Bagaimana beliau boleh mencabar kejantanan orang lain sedangkan diri sendiri sudah hilang kejantanannya awal-awal lagi?
Bagi DPPWP, sekiranya Najib masih anak jantan, maka lakukanlah reformasi pilihanraya dengan mengadakan proses pilihanraya secara adil & telus sepertimana yang dituntut oleh BERSIH. Di kala itu, baru lah diketahui anak jantan yang bertanding @ hanya anak siput yang pandai buat tidak tahu.
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS
Wilayah Persekutuan