Pada tanggal keramat 28 April 2012, telah tercatit satu lagi
catatan penting sejarah politik tanah air kita, apabila rakyat sekali
lagi berkumpul di tengah Kuala Lumpur dalam menuntut kepada Kerajaan
Malaysia supaya diadakan Pilihanraya yang telus,adil dan bersih. Maka
perhimpunan aman melalui BERSIH 3.0 digerakkan dengan tema "Duduh
Bantah" di Dataran Merdeka telah mendapat sambutan amat hebat daripada
rakyat Malaysia dengan ratusan ribu rakyat yang hadir, namun telah
mendapat layanan terburuk daripada Kerajaan Malaysia.
Dimana rakyat bukan sahaja tidak dibenarkan memasuki di Dataran Merdeka,bahkan telah dibelasah dengan begitu dasyat oleh anggota polis, diprovok dan lebih menyedihkan apabila peserta himpunan telah difitnah dengan pelbagai tohmahan kononnya perhimpunan aman telah bertukar kepada perhimpunan ganas dan cubaan menggulingkan kerajaan dengan cara yang rusuhan jalanan.
Dimana rakyat bukan sahaja tidak dibenarkan memasuki di Dataran Merdeka,bahkan telah dibelasah dengan begitu dasyat oleh anggota polis, diprovok dan lebih menyedihkan apabila peserta himpunan telah difitnah dengan pelbagai tohmahan kononnya perhimpunan aman telah bertukar kepada perhimpunan ganas dan cubaan menggulingkan kerajaan dengan cara yang rusuhan jalanan.
Justeru
Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor (DPPNS) menzahirkan rasa kekesalan dan
kekecewaan atas apa yang berlaku khususnya keganasan dan kezaliman
pihak polis yang telah dipergunakan oleh Kerajaan Umno & BN dalam
usaha menyuraikan rakyat dalam perhimpunan aman BERSIH 3.0.
Program "Xpresi Rakyat" trubute to Bersih merupakan
luahan anak-anak muda & rakyat yang cintakan Malaysia, daripada
terus dikuasai oleh pemimpin yang tidak berperikemanusiaan dan zalim.
Ekspresi Rakyat akan diadakan pada 13 Mei 2012 (Ahad),
bertempat di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, Selangor.
Xpresi Rakyat akan bermula dengan Solat Isyak berjemaah, disusuli dengan Solat Hajat Perdana,
Persembahan Sajak, Sketsa Perjuangan dengan penampilan istimewa
daripada Bob Lokman dan Dato Adnan Ibrahim (Mantan Pengarah Pelajaran
Negeri Perak) dan persembahan multimedia. Selain itu Ketua Dewan Pemuda
Pas
Selangor, Al-Fadhil Ust Hasbullah B Mohd Ridzwan, akan turut berucap
bersama dengan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Al-Fadhil Ust Nasrudin
Hassan
Tantawi.
DPPNS dengan ini menjemput seluruh
warga Malaysia, khususnya anak-anak muda dan rakyat seluruhnya yang cintakan keadilan dan
keamanan, sama-sama menghadiri dan menyertai Program Xpresi
Rakyat ini sebagai tanda penyerahan diri sepenuhnya kita kepada Allah
swt, dan membawa mesej yang jelas kepada kerajaan rakus Umno Barisan
Nasional bahawa anak-anak muda tidak lagi rela berada dibawah kepimpinan
rejim yang zalim dan sering menindas rakyat.
Ekspresi Rakyat ~ tribute to Bersih.