Ikuti Blog ini

Kes WWW1-Nizar, Sama Seperti Kes Bukit Kepong-Mat Sabu


Fitnah plat WWW1: NIZAR bakal saman TV3, Utusan

Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap media kawalan UMNO, TV3 dan Utusan Malaysia, kerana memutarbelitkan kenyataan tweet beliau berkaitan bidaan plat kereta WWW1.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit gantang berkata, pandangan peribadinya melalui tweeter tidak ditujukan kepada sesiapa pun tetapi merupakan pandangan seorang warga marhaen.

“Ramai yang salah anggap mengenai kenyataan tweeter saya dan saya akan menyaman TV3 dan Utusan kerana menimbulkan persepsi buruk ke atas saya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau juga bersedia untuk menghadap Sultan Johor bagi memohon ampun atas kekeliruan yang ditimbulkan TV3 dan Utusan, serta ingin menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Sementara itu, Dr Raja Ahmad Iskandar yang mewakili Dewan Pemuda PAS Perak mendedahkan bahawa sebenarnya isu mempersoalkan bidaan RM520,000 ini telah dimulakan oleh akhbar KOSMO yang dimiliki oleh Utusan Malaysia.

“Pada 8 April 2012, KOSMO mengeluarkan kenyataan di muka depan ‘Sanggupkah anda bayar RM520,000 untuk plat ini’.

“Pada 25 Mei pula, KOSMO sekali lagi mengeluarkan laporan yang memberitahu bahawa plat WWW1 sudah dibida dan membandingkan dengan empat perkara yang rakyat boleh diperoleh dengan sejumlah RM520,000 tersebut,” katanya.

Menurutnya lagi, pada 28 Mei 2012, KOSMO telah menyiarkan sebuah kartun yang dikaitkan dengan harga plat WWW1.

Dengan menunjukkan kepada pemberita semua keratan dari akhbar KOSMO tersebut, beliau menunjukkan bahawa pada hari berikutnya 30 Mei, akhbar tersebut telah mengesahkan bahawa tuanku sultan Johor merupakan pemilik WWW1 manakala pada 31 Mei, berita mengenai anakanda Sultan Johor mempertahankan ayahandanya dikeluarkan.

“Laporan mengenai dakwaaan Datuk Seri Nizar mengkritik Sultan Johor pula telah dikeluarkan pada 31 Mei 2012 sedangkan beliau tidak pun mengkritik Tuanku Sultan,” jelas beliau.

Dr Raja Ahmad yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat mempersoalkan mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap KOSMO sedangkan satu laporan polis telah pun dibuat oleh Pemuda PAS Perak pada 4 Jun 2012.

“Apa agenda sebenar KOSMO memainkan isu ini dan kita merasakan ada agenda tersembunyi untuk mengaibkan Sultan Johor,” soal beliau.

Raja Ahmad Iskandar juga berkata bahawa Pemuda UMNO Johor telah berbohong rakyat Johor dan Tuanku Sultan sehingga isu ini terus dimainkan dan menimbulkan persepsi buruk di kalangan rakyat.

“Kita juga sedia untuk berdebat dengan Pemuda UMNO Johor,” ujarnya. – Roketkini





Semua orang kenal dan tahu peranan Utusan di dalam memainkan isu ini.

Sama kesnya dengan isu Bukit Kepong dahulu dimana kumpulan akhbar Utusan memainkan peranannya untuk memburukkan Mat Sabu dan pada ketika itu 942 laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Mat Sabu.

Mat Sabu dihadapkan ke mahkamah. Tetapi kebenaran dan keadilan sejagat terdedah. Saksi utama kes tiba-tiba meminta maaf kepada Mat Sabu dan meminta supaya Mat Sabu dibebaskan. Baca: [DEDAH] Kes Bukit Kepong: Perbicaraan Baru Bermula, Mat Sabu Dah Menang Dulu.

Kini episod WWW1 melibatkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Kumpulan akhbar yang sama memainkan peranan untuk memburukkan pimpinan PAS.

Digendangkan secukup-cukupnya untuk menghasut rakyat Johor supaya membuat laporan polis dan hasilnya terdapat 49 laporan polis dibuat. Diberitakan 30,000 berhimpun (itu angka BERNAMA, GB kata dulu jika perhimpunan itu melibatkan UMNO, ia perlu dibahagikan 10, iaitu 3,000) di istana Johor untuk menunjukkan kesetiaaan kepada Sultan Johor.

Sedangkan semua orang tahu UMNO itulah sebenarnya pengkhianat dan penderhaka kepada Raja. Baca : [VIDEO] Siapa Menteri Umno Ugut Raja Melayu Diseret Di Jalan Raya, Campak Ke Kawah?

Demikian jeleknya kewartawanan longkang amalan kumpulan akhbar Utusan. Mencari makan dengan menulis berita berunsur fitnah, bergambar lucah dan seumpamanya sudah menjadi resam mereka.

Dari pemerhatian GB, hukum kebenaran dan keadilan akan menghantar Utusan ke tong najis akhirnya.

Kita akan sentiasa berdoa agar Allah memberikan pengajaran kepada kumpulan akhbar ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Amin Ya Allah Amin Ya Rabbail 'alamin.-GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .