UiTM terus menjadi tapak untuk menyebarkan fikrah UMNO kepada pelajar
dibawahnya.Terbaru, forum Ideologi Mahasiswa Melayu pada 12 Jun lepas
menjadi medan untuk mengutuk dan mengecam parti-parti pembangkang serta
membuka keaiban pimpinannya.
Program yang dianjurkan persatuan Waris Warisan berkolaborasi dengan
persatuan proksi NGO pendesak Melayu yang tidak diketahui asal-usul
penubuhannya iaitu Mahasiswa Perkasa. Forum bersama 3 panelis, Dato’
Ibrahim Ali, Senator Ezam Mohd Nor dan Dr. Mohd Fairuz Khairudin.
Tentatif forum yang dijadualkan bermula seawal 2.30 telah bermula lewat
disebabkan kehadiran audien yang sangat tidak memuaskan. Ada
perbincangan antara pihak penganjur dan panelis ingin batalkan kuliah
pelajar dan mewajibkan untuk pergi ke forum tersebut.
Walaupun telah dijanjikan dengan makanan percuma, kupon aktiviti untuk
jaminan penempatan kolej semester hadapan ditambah ada pengecualian
kuliah,namun ia tetap tidak menyelerakan mahasiswa UiTM.
Forum bermula selewat jam hampir pukul 3.00 petang dengan dimulakan
Alumni UiTM Dato’ Ibrahim Ali (DIA). Ucapan semangatnya dimulakandengan
kisah perjuangan awal nya berdemonstrasi semasa menjadi mahasiswa UiTM
dalam menuntut taraf universiti buat ITM ketika itu mendorong tepukan
lewat oleh audien.
Semangatnya bertambah apabila berbicara mengenai nasib Melayu yang
dikatakan berpecah belah, mahasiwa melayu sanggup dipergunakan oleh
parti politik pembangkang serta tanggungjawab sepatutnya mahasiwa
melayu ketika ini.
Pentas forum terus bertukar menjadi pentas pidato oleh beliau bila mula
berdiri diatas pentas serta diakhiri dengan mengucapkan sesuatu yg tidak
patut diungkapkan di Dewan Sri Budiman itu, iaitu perlunya mahasiswa
bersumpah untuk terus mengundi UMNO dalam PRU -13 nanti demi menjaga
kepentingan melayu.
Panelis kedua diteruskan oleh Sdr. Ezam yang gaya pidatonya persis
idolanya ketika dulu. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Ezam kelihatan
lebih berhati-hati dalam berbicara sesuai dengan statusnya bergelar
senator.
Laungan ketiga-tiga panelis diawal forum tidak menyelitkan agenda
politik dalam forum jelas kelihatan retorik sehingga ucapan Panelis
ketiga.
Dr. Fairuz bekas TKM1 Pulau Pinang yang datang dengan status pendidikan
yang tercetak dalam buku program menunjukkan status Dr. yang dipakainya
boleh dibanggakan.
Namun agak terkejut bila mula berbicara, Dr. Fairuz sering mengecam atau
mengutuk parti-parti pembangkang serta pimpinannya walaupun dalam awal
perbicaraanya dikatakan tidak mahu diselitkan agenda politik.
PKR dikatakan Parti kelentong rakyat, PAS adalah parti ajaran sesat dan
syiah serta acap kali membuka keaiban yang tidak pasti mengenai DSAI
dan Azmin Ali dalam keadaan yg sinis.
Kesimpulannya, hanya satu yang boleh diambil sebagai asas Ideologi
Mahasiswa Melayu yang diungkapkan oleh Dr. Fairuz yang mana kebanyakan
mahasiswa Melayu sekarang tidak peduli pada politik semasa,tapi bila
mana sudah ambil tahu, ia kelihatan pelik dan ekstrim memihak pada pihak
pembangkang, jadi menuntut ilmu lah dan bersedia untuk hadapi
perjuangan dan pengorbanan nanti.
Selebihnya tidak ubah seperti forum menghentam bekas rakan dan idola perjuangan mereka iaitu DSAI.
Kepada ahli2 UMNO UiTM yang terdiri pada staf-staf dan mahasiswa Perkasa seramai hampir 50 orang..SYABAS!!