Ikuti Blog ini

Himpunan Hijau – Pas Ganti Umno Kali Ke-4 (PGU 4.0)

KUALA TERENGGANU – Pesuhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata PAS Terengganu meneruskan usaha untuk mengembalikan semula pemerintahan PAS di Terengganu dengan menganjurkan program berprestij Himpunan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU 4.0) kali yang ke-empat.

Menurutnya, himpunan PGU 4.0 akan diadakan di Kg Padang Mengkuang Batu 10, Jalan Kuala Berang, dekat Taman safiah Murni, Marang.

“PGU (kali ke-4) kita pada 29 hingga 30 di Batu 10, Padang Mengkuang dekat Taman Safiah Murni, jalan Kuala Berang,”ujarnya kepada pihak media selepas program Himpun dan Ingat di perkarangan Stadium sultan Mizan yang runtuh bumbungnya pada 8 Jun lalu.

[Gambar - Majlis Perasmian PGU kali ketiga yang diadakan di Pantai Pandak Chndering Kuala Terengganu pada Oktober tahun lalu]

Sehubungan itu, Penolong Setiausaha Ustaz Zakaria Dagang berkata, PAS meletakkan sasaran menghimpunkan sekurang-kuragnya 50,000 orang petugas pilihanraya di kalangan ahli dan penyokong pada program selama dua hari dua malam itu.

Beliau yang juga  Ketua Urusetia program tersebut berkata, program PGU disesuaikan dengan Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri-negeri dan dinamaka dengan Himpunan Hijau – Pas Ganti Umno Kali Ke-4 (PGU 4.0)

“InsyaAllah, kita sesuaikan dengan Himpunan Hijau ke Putrajaya yang dilacarkan di Stadium Darul Aman pada 1 Jun lalu, PAS Terengganu akan mengadakan Himpunan Hijau – Pas Ganti Umno Kali Ke-4 (PGU 4.0),

“kita sasarkan penyertaan seramai 50,000 ahli dan penyokong PAS hadir dalam program tersebut dalam persiapan menghadapi pilihanraya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa,”ujarnya

Beliau yang juga  Ketua Urusetia Program itu berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Urusetia yang diadakan di Pejabat PAS Terengganu, Taman Seri Intan, di sini hari ini 14 Jun 2012. -BO


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .