Ikuti Blog ini

Gambar Najib dan Hishamuddin dibakar dihadapan Kem Tahanan Kamunting (Video Inside)

Untuk menunjukkan protes terhadap Najib dan sepupunya Hishamuddin Tun Hussein yang bersikap acuh tak acuh akan nasib tahanan ISA, gambar kedua-dua mereka telah dibakar siang tadi.

Dalam kejadian gambar mereka berdua itu telah dibakar dihadapan pintu pagar pusat  Kem Tahanan Kamunting (Kemta) protes Gerakan Mansuhkan ISA.

Najib suatu masa dulu telah mengumumkan akan pemansuhan ISA oleh kerajaan UMNO/BN dihadapan ribuan pencacai UMNO dan ianya turut disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia melalui media elektronik.

Kemunafikan Najib jelas terserlah bilamana dalam masa seminggu beliau mengumumkan Akta ISA itu dimansuhkan berlaku lagi tangkapan di bawah Akta tersebut di Sabah.

Dan hingga kini  Kem Tahanan Kamunting masih teguh berdiri dengan di dalamnya terkurung 45 orang tahanan yang ditahan di bawah ISA yang kononnya telah dimansuhkan oleh Najib.

Baru-baru ini pula sepupu Najib yang juga  Menteri Dalam Negeri  dalam Twitternya beliau  memilih hidangan 'lamb chops' di kala tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mogok lapar - baca ( SINI )

Kalau pelakon filem ni.. Najib dan Hishamuddin boleh dikatakan pelakon yang berjaya membawa watak penjahat kerana berjaya menimbulkan rasa benci orang ramai terhadap mereka berdua..

Protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut  pembebasan 45 tahanan ISA yang telah berlangsung di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta) siang tadi.

Turut hadir dalam demo ini ialah Abby Abadi..

Gambar sebahagian perhimpunan protes ISA yang dihadiri 3 Artis






Bakar tanda protes kezaliman Najib  dan Sepupunya...

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .