Ikuti Blog ini

Kronologi kes saman Kelantan terhadap Petronas




Berikut adalah kronologi kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas ekoran isu pembayaran royalti minyak.

2010

i.           Kerajaan Negeri Kelantan telah menfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009.

ii.         Kerajaan Persekutuan kemudiannya menfailkan permohonan untuk dijadikan defenden kedua. Pada masa yang sama Mahkamah Tinggi telah menukarkan kes daripada Mahkamah Bahagian Dagangan ke Mahkamah Sivil. Pertukaran dilakukan secara dalaman tanpa perbincangan dengan kedua-dua belah pihak (Kerajaan negeri dan Petronas). Hanya notis dikeluarkan.

iii.        Kelantan kemudiannya telah menfailkan permohonan untuk memindahkan kes di Mahkamah Sivil ke Mahkmah Bahagian Dagangan. Permohonan ini tidak dibantah Petronas.


iv.       Dua permohonan iaitu permohonan Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden kedua dan Kerajaan Negeri Kelantan mohon pindahkan kes ke Mahkamah Bahagian dagangan didengar dihadapan Hakim Zabariah.

v.         Keputusan permohonan pertama oleh Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden dibenarkan tetapi hakim menolak permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Bahagian Dagangan walaupun tidak dibantah Petronas.

vi.       Kerajaan Negeri sekali lagi merayu terhadap kedua-dua keputusan ke Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun kedua-dua rayuan ditolak dan Kerajaan Persekutuan kekal sebagai defenden kedua dan kes akan tetap dibicarakan di Mahkamah Sivil.

vii.      Kerajaan Negeri mengemukakan permohonan kebenaran merayu kepada di Mahkamah Persekutuan untuk kedua-dua keputusan rayuan yang ditolak di Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan kedua-dua permohonan.

viii.    Kes kembali ke Mahkamah Tinggi. Kerajaan Negeri menfailkan pula permohonan untuk mendapatkan dokumen berkenaan semua aktiviti cari gali dan pendapatan daripada pengeluaran Petroleum dari Kelantan.

ix.       Seminggu selepas itu Petronas telah failkan permohonan untuk melupuskan kes di Mahkamah Tinggi ini dengan mengguna-pakai Aturan 14 A, iaitu perbahasan isu undang-undang tanpa memanggil saksi dan tiada bicara.
x.         Selepas itu Kerajaan Persekutuan pula menfailkan permohonan yang sama iaitu pendengaran dengan mengguna-pakai Aturan 14 A.

2011

xi.   Hakim Mahkamah Tinggi telah mendengar permohonan Penzahiran dokumen dan memutuskan bahawa permohonan Kerajaan Negeri Kelantan tidak dibenarkan dengan alasan Petronas sudah menfailkan permohonan Aturan 14 A.

2012

xii.      Pada 18 Januari 2012, Mahkamah Tinggi telah mendengar Permohonan Aturan 14 A oleh kedua-dua pemohon (Petronas dan Kerajan Persekutuan) dan membenarkan kedua-dua permohonan.

xiii.     Sebulan selepas itu, Kerajaan Negeri telah menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Aturan 14 A.

xiv.    Pada 26 April 2012, Mahkamah Rayuan telah mendengar ketiga-tiga rayuan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia merangkumi pecahan berikut

a.       Penzahiran Dokumen oleh Petronas terhadap semua aktiviti cari gali dan pengeluaran Petroleum Kelantan
b.      Pendengaran menolak Mahkamah Tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Petronas
c.       Pendengaran menolak Mahkamah tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Kerajaan Persekutuan.

xv.      Pada pendengaran tersebut (26 April), Mahkamah rayuan menolak ketiga-tiga permohonan. Walaubagaimana pun semasa pendengaran di Mahkamah Rayuan, Kerajaan Negeri dimaklumkan secara rasmi penyelesaian luar mahkamah antara Kerajaan Terengganu dengan Petronas dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Kelantan pula telah memohon terma-terma penyelesaian tersebut didedahkan. Walaubagaimana pun permohonan sekali lagi ditolak.

xvi.    Pada 3 Oktober 2012, Pendengaran Permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap ketiga-tiga keputusan tolak di Mahkamah Rayuan pada 26 April. Pendengaran didengar di Mahkamah Persekutuan. Pada hari pendengaran, Kerajaan Negeri Kelantan dimaklumkan bahawa Petronas dan Kerajaan Persekutuan tiada bantahan terhadap ketiga-tiga permohonan tersebut. Oleh itu, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran merayu kepada Kerjaan Negeri Kelantan.


xvii.   Dalam masa 14 hari selepas keputusan, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan. Dianggarkan pendengaran ketiga-tiga rayuan tersebut oleh Mahkamah Persekutuan akan berlangsung ada awal tahun 2013.

xviii. Keputusan ini telah dihakimi oleh 5 hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Amar Maaruf, Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan dan Datuk Sulong Matjerale. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .