Ikuti Blog ini

Hadi: Bertanding di Pekan mesej 'saya bukan diktator'



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kenyataan beliau untuk bertanding di parlimen Pekan jika diarahkan oleh parti sebagai "mesej kepada seluruh ahli yang menyokong parti" bahawa beliau bukan diktator dalam parti.

NONE"Kenyataan itu adalah mesej kepada seluruh ahli-ahli parti yang menyokong parti supaya yang pertama, saya bukan diktator dalam parti.

"Kita tidak boleh membuat keputusan sendiri, kita terima calon, kita bincang bersama dan patuh kepada keputusan parti.

"Kalau parti kata tidak bertanding, tak bertandinglah. Kalau bertanding, maka bertandinglah.

"Dan di mana sahaja bertanding sekalipun, kalau bertanding di Pekan, (maka) Pekan lah. Kalau bertanding di Sabah, Sarawak, maka di Sabah Sarawaklah," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan AJK PAS Pusat.

Abdul Hadi berkata demikian bagi mengulas lanjut berhubung kesediaannya bertanding di Pekan seperti yang dilapor media. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .