(Peserta beragama Islam berdoa sebelum memulakan perjalanan)
KUALA LUMPUR: Rombongan jalan kaki membantah projek Lynas yang bermula di Kuantan 13 November lalu yang kini menghampiri Kuala Lumpur disifatkan perjalanan terhebat abad ini.
Rombongan hari ini sampai ke Bukit Tinggi dan akan berjalan menuju ke Taman Rimba hari ini.
(Antara yang menyertai jalan kaki bantah Lynas)
Selepas itu, destinasi mereka adalah Markas Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar yang kini menempatkan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM).
Pagi esok, 24 November, mereka dijangka akan berkumpul di Tol Gombak sebelum berjalan ke Markas Tarbiyah Taman Melewar.
Orang ramai yang ingin menyertai kempen ini boleh berkumpul di Tol Gombak untuk bersama-sama dengan mereka.
Dari Taman Melewar, mereka akan bergerak ke Dataran Merdeka sebelum ke Parlimen pada 25 November.
Berikut adalah kawasan-kawasan yang mereka lalui sehingga kini dan gambar-gambar berkaitan dengan perjalanan hebat ini.
(Muslimat juga menyertai jalan kaki ini)
13hb: Kuantan-Gambang, 30km
14hb: Gambang-SriJaya, 31km
15hb: Sri Jaya-Maran, 16km
16hb: Maran-Kg Awah, 29km
17hb: Kg Awah-Mentakab, 26km
18hb: Mentakab-Lanchang, 19km
19hb: Lanchang-Karak, 25km
20hb: Karak-Bentong, 22km
21hb: Bentong-Kolam Air Panas, 16.5km
22hb: Akan Bergerak dari Kolam Air Panas ke Bukit Tinggi
23hb: Bergerak dari Bukit Tinggi ke Taman Rimba
24hb: Bergerak dari Taman Rimba ke Markas Tarbiah, Taman Melewar (NGO dan Orang Awam digalakkan berkumpul di Gombak Tol)
25hb: Bergerak ke Parlimen (Tempat berkumpul sepanjang jalan akan diumumkan esok)
(Peserta jalan kaki di sambut oleh PAS Kampung Awah di Temerloh)
(Semangat Mat Kilau untuk peserta jalan kaki)
(Membuat senaman pagi sebelum memulakan perjalanan)
(Tidur di mana-mana bukannya hotel berbintang-bintang)