Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggarkan
kira-kira 30,000 hadir pada perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat
Pahang di Dataran Kerdau, malam ini.
Meskipun pada masa yang sama berlangsung perlawanan
bolasepak Piala AFF Suzuki peringkat separuh akhir antara Malaysia
dengan Thailand.
Ini, kata Tuan Ibrahim menunjukkan bahawa isu rakyat dilihat lebih
penting oleh orang ramai walaupun mereka minat kepada sukan bola sepak.
Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, Malaysia
hanya seri 1-1 di mana gol pasukan negara dijaringkan Norshahrul Idlan
Talaha pada minit ke-49 manakala Thailand oleh Teerasil pada minit
ke-78.
Hampir semua penceramah sejak petang sehinggalah malam ini menggunakan
kiasan Adnan berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang
sekiranya Pakatan Rakyat menang di parlimen Bentong secara selang-seli
untuk menghiburkan para hadirin.
“Sebagai rakyat Pahang, kita ambil ini sebagai cabaran untuk menawan
Bentong dan Pahang,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man..
|
Pada sebelah petangnya.. |
|
Ketika program belum bermula, ribuan sudah menanti dihadapan pentas. |
|
Ustaz Fadzil Noor Abdul Karim memimpin solat hajat dan munajat selepas solat Mghrib |
|
|
|
Sabar menanti biarpun tiada upah yang dijanji |
|
Semakin ramai memenuhi di hadapan pentas |
|
Lagu Kebangsaan sedang dinyanyikan.. |
|
Kadir Sheikh Fadzir sedang berucap |
|
Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir |
|
Wakil dari kumpulan Anti Lynas sedang berucap |
|
Tuan Haji Mohammad Sabu |
|
DS Anwar Ibrahim baru tiba.. |
|
|
|
DS Anwar Ibrahim |
|
Puluhan ribu sedang mendengar |
|
Tak perlu disediakan bas atau nasi bungkus.. ribuan sudi hadir |