Anggaran jumlah rakyat yang keluar ke jalan-jalan raya menyokong Mursi sehingga petang ini di bandar Kaherah, Iskandariah, Asyut dan bandar-bandar lain melebihi 8 juta orang!
9.00 pm waktu Malaysia
TERKINI: Perarakan yang disertai hampir 70 ribu penyokong Mursi dari wilayah El-Menia, kira-kira 500 km dari Kaherah selamat tiba di himpunan jutaan "Syar'iyyah dan Syariat".
Televisyen rasmi Mesir: Jalan ke Universiti Kaherah ditutup.
Biar gambar berbicara..Dijangka lebih ramai menjelang petang.
Para peguam yang menyokong Presiden Dr.Mursi bersedia memulakan perarakan dari Pejabat Kesatuan Peguam Mesir menuju ke hadapan Universiti Kaherah. Malangnya, Presiden kesatuan tersebut, Samih 'Asyur bersama golongan penentang Mursi.
8.00 pm waktu Malysia
Sumber FJP: Dua perarakan besar kumpulan penyokong Mursi akan berhimpun di Masjid Amru bin Al-'As dan dataran Mustafa Mahmoud selepas Zohor hari ini menuju ke Universiti Kaherah.
7.00 pm waktu Malaysia
Suasana stesen kereta api Giza yang terus-menerus menerima kebanjiran penyokong rakyat dari arah selatan Mesir, berita yang dikemaskini hampir setengah jam lalu.
Analisis berita menjangka lebih 1 juta rakyat akan membanjiri Dataran Nahdhah petang ini.
6.pm waktu Malaysia
Salah satu suasana sokongan rakyat kepada Dr.Mursi di dataran Nahdhah, hadapan Universiti Kaherah pagi ini.
Mereka melaungkan "Jom Mursi! Pukul lagi banyak! Zindi (Presiden Kelab Hakim) belum kena..Tihani (Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan) pun belum kena..!!"
6.pm waktu Malaysia
11.50 pagi waktu Kaherah: Para penyokong mula membanjiri jalan-jalan raya di kawasan sekitar Dataran Nahdhah, hadapan Universiti Kaherah sebagai permulaan kepada Jutaan "Syar'iyyah dan Syariat"
Sumber FJP: Rombongan dari Panel Penggubal Perlembagaan yang diketuai oleh Hakim Husam Ghiryani dijadualkan mempersembahkan kepada Presiden Dr.Mursi draf perlembagaan jam 4 petang hari ini.
Anggota Panel Penggubal Perlembagaan, 'Essam Sultan yang juga Naib Presiden Parti Wasat, sebuah parti serpihan Ikhwan Muslimin berkata, Mesir telah melalui empat kali sejarah pindaan perlembagaan sebelum ini iaitu pada tahun 1923, 1956, 1958 dan 1971 tetapi yang membezakannya dengan tahun 2012 ini ialah Panel Penggubalnya.
"Sebelum ini, anggota panel penggubalnya dilantik dengan keputusan dari raja atau Presiden yang disokong oleh Majlis Tentera sementara panel kali ini mewakili segenap lapisan masyarakat di Mesir."
Sultan dalam status Facebook beliau kemudian menyatakan, "Kita akan sempurnakan revolusi kita yang dimulakan pada 25 Januari dengan izin Allah. Kita akan serahkan draf perlembagaan kita kepada Presiden republik beberapa jam sahaja lagi, kemudian diikuti referendum rakyat. Lalu ketika itu akan tersingkap kehendak rakyat seperti yang dikehendaki Allah maka akan hilanglah seluruh buih-buih yang menganggu maka yang akan tinggal ialah sesuatu yang memberikan manfaat kepada manusia. Bahawa Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu."