Rakaman puisi bertajuk ‘Derita Kita, Derita Mereka’ yang dikaitan dengan penderitaan rakyat Palestin dan Syria telah tersebar secara meluas melalui Youtube.
Antara kandungan puisi itu:
Derita kita menanti majunya negara
derita kita kerana jualan di kedai kurang memberangsangkan
derita kita belum dapat bantuan subsidi
derita kita kerana anak tidak lulus periksa
derita mereka apabila anak-anak menjadi kubu
daripada ditembusi peluru-peluru yahudi
yang merobek dan mengeluarkan isi perut anak-anak kecil yang tidak berdosa