(Gambar konvensyen Pakatan Rakyat sebelum ini)
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memilih tema "Pakatan Harapan Rakyat" bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke 13 ini.
Tema ini akan mula digunakan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam Isnin 25 Februari ini.
Sempena dengan konvensyen ini, manisfesto Pakatan Rakyat akan dibentangkan dengan menggunakan tema tersebut.
Ia dijangka akan disertai oleh hampir seribu peserta yang terdiri dari pemimpin PAS, PKR dan DAP.
Konvensyen ini dijangka akan menjadi kemuncak kempen dan persefahaman antara pemimpin PAS, PKR dan DAP dalam menuju pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan dalam kadar segera.
Berikut adalah jadual penuh konvensyen ini. -Hrkh
MASA
|
AKTIVITI
|
9.00 – 10.00 pagi |
Pendaftaran peserta dan minum pagi |
10.00 – 10.30 pagi |
Peserta dan VIP mengambil tempat |
10.30 – 10.45 pagi |
Aluan pengerusi & nyanyian Negaraku |
10.45 – 10.50 pagi |
Bacaan doa |
10.50 – 11.20 pagi |
Amanat Ketua Jentera Pilihanraya |
11.20 – 11.50 pagi |
Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13 |
11.50 – 11.55 pagi |
Persembahan akustik |
11.55 – 12.15 petang |
Ucaptama Pimpinan DAP
|
12.15 – 12.35 petang |
Ucaptama Pimpinan PAS |
12.35 – 12.40 petang |
Persembahan gimik |
12.40 – 1.00 petang |
Ucaptama Pimpinan PKR |
1.00 – 1.05 petang |
Bacaan ikrar |
1.05 – 1.10 petang |
Nyanyian Negaraku |
1.10 – 1.15 petang |
Bacaan doa |