Ikuti Blog ini

Pengundi Luar: Singapura Perbetulkan Kenyataan Wan Ahmad, Terbukti SPR Penipu!


Singapura perjelas kenyataan SPR berhubung syarat pengundi luar negara

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Singapura semalam memberi penjelasan berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang merujuk syarat pengundi luar negara di republik itu.

Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur hari ini menjelaskan bahawa untuk melayakkan warganya mendaftar sebagai pengundi luar negara, seseorang perlu mendaftar sebagai pengundi dan tinggal sekurang-kurangnya 30 hari di republik itu dalam tempoh tiga tahun sebelum tarikh daftar pemilih terbaharu.

Ia berkata kenyataan Wan Ahmad pada 27 Jan lepas bahawa warga Singapura yang berada di luar negara perlu kembali ke republik itu dan tinggal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mereka layak mendaftar sebagai pengundi luar negara, adalah tidak tepat.

SPR membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mendaftar sebagai pengundi biasa, selain pengundi tidak hadir, untuk melayakkan mereka menjadi pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, mereka perlu tinggal di negara ini sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Wan Ahmad berkata syarat itu turut diguna pakai negara Komanwel lain seperti Australia, Kanada dan Singapura. — Bernama



Pengundi luar: Pakatan mahu SPR gugur syarat 30 hari


SHAH ALAM - Syarat tidak kurang 30 hari tinggal di Malaysia yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atas pengundi tinggal di luar negara perlu digugurkan atas alasan ia tidak dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya.

Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, SPR perlu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh PSC dan perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.

Beliau berkata, syarat tinggal tidak kurang 30 hari akan menyukarkan proses pilihan raya.

"Syarat tambahan baru (tinggal tidak kurang 30 hari) itu, perlu digugurkan.

"... lagipun syarat itu tak pernah dibincangkan sebelum ini pada mesyuarat PSC, memanglah SPR ada kuasa, tapi mereka perlu hormat keputusan PSC.

"Syarat baru ini juga akan menyukarkan proses mengundi (membabitkan) pengundi luar tersebut," katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, media melaporkan syarat kelayakan pengundi luar negara yang ditetapkan SPR, antaranya mesti pernah kembali ke tanah air dalam tempoh lima tahun terakhir dan tinggal tidak kurang 30 hari, adalah munasabah.

SPR berkata, syarat itu cukup ringan dan sesuai kerana negara-negara Komanwel seperti Australia dan Kanada turut menetapkan syarat sama manakala di Singapura menetapkan syarat tiga bulan.

Mengulas lanjut, Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dan bekas anggota PSC berkata, syarat pulang sekali dalam tempoh lima tahun yang ditetapkan SPR itu adalah munasabah.

Namun beliau berkata, semua syarat baru yang ditambah perlu dibincangkan kepada PSC walaupun SPR mempunyai hak untuk menentukan syarat pilihan raya.

"PSC adalah suara ramai wakil Ahli Parlimen, suara rakyat, jadi sebarang keputusan atau syarat baru perlu dibincangkan dengan PSC.

"Pulang sekali dalam tempoh lima tahun, saya setuju tetapi tidak perlu letak syarat 30 hari itu," katanya yang sebelum ini pernah menggesa SPR mengkaji semula syarat itu.
-SH
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .