Ikuti Blog ini

Memalukan!! Berita Ni Pasti Di Sembunyikan Oleh Media Pencacai Umno


PETALING JAYA 6 MAC: Datuk Seri Najib Razak perlu jawab pendedahan media antarabangsa bahawa beliau membayar AS$389,724.70 (RM1.2 juta) kepada penulis upahan, Joshua Trevino untuk memburuk-burukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bayaran itu dilaporkan dibuat Perdana Menteri kepada bekas penulis ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), menerusi syarikat Israel, Apco Worldwide.
Ia bagi menyerang Ketua Umum KEADILAN dan kempen mempromosi pentadbiran Najib di mata dunia.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib perlu jelaskan pendedahan itu menjelang pilihan raya, apatah lagi dalam keadaan beliau berterusan membelanjakan jutaan ringgit bagi tujuan propaganda dan fitnah.

“Najib juga perlu jawab berapa banyak wang rakyat dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti Pakatan Rakyat dan Anwar?” katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau merujuk pendedahan portal berita berpangkalan di Amerika, BuzzFedd 1 Mac lalu berkenaan perbuatan Najib mengupah media Amerika itu.

Pada Ogos lalu, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar United Kingdom (UK) – The Guardian.

Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, yang menulis dan memuji ciri-ciri ‘kesederhanaan’ Najib.

“Selain daripada Apco di AS dan FBC di UK (United Kongdom), di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang?” soal Nik Nazmi.

Pada 2011, Najib mengakui kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010.

FBC turut membayar AS$70,000 kepada Apco Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib.

“Ironisnya, ketika Umno BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel sebagai propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara.

“Malah apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan,” kata Nik Nazmi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mempersoal individu atau agensi lain yang terlibat dalam perlantikan dan koordinasi konsultan tersebut.

“Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan, memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata” katanya.

“Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrim dan anti-Islam. Mereka menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika? Mereka juga adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?” tegas Nik Nazmi.

“Najib terus berbelanja jutaan ringgit untuk tujuan fitnah tetapi berterusan menolak gesaan Anwar untuk berbahas politik bagi kepentingan rakyat,” sinisnya. -KD
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .