Pakatan Rakyat hanya perlu memenangi 1 lagi kerusi bagi membuka ruang untuk kemenangan Parlimen ke 2 Pakatan Rakyat negeri Melaka.
DUN di jangka di menangi oleh Pakatan Rakyat adalah kerusi DUN Bukit Baru di mana PAS meletakkan calonnya iaitu Dr. Khalid Kassim merupakan mantan Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka.
Maka di lihat pencalonan Ali Rustam merupakan penyandang DUN Bukit Baru di parlimen Bukit Katil oleh Umno BN, hanya mahu menguburkan karier politiknya yang di belenggu dengan pelbagai masalah kepimpinan.
Menjelang pengumuman calon Barisan Nasional (BN) hari ini, sumber yang
rapat dengan Umno memberitahu bekas ketua menteri Melaka, Ali Rustam
akan bertanding di kerusi parlimen Bukit Katil dan bukannya Jasin
seperti ramalan awal.
Ini bermakna sekiranya perkara ini benar, Ali akan menentang Ketua
Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin yang sudah pun
diumumkan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dua minggu lalu.
Sumber tersebut memberitahu lagi, Ali tidak disenaraikan di Jasin kerana
BEKAS penyandangnya, Ahmad Hamzah dijangka kekal mempertahankan kerusi
itu bagi penggal kedua berturut-turut.
Shamsul ketika mengulas spekulasi tersebut hanya menjawab, tunggu
pengumuman esok (hari ini) setelah Ali sendiri yang akan mengumumkan
senarai calon BN di negeri itu.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Anwar Ibrahim malam tadi
mengumumkan calon parti itu yang akan bertanding di sembilan kerusi
Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada
pilihanraya umum ke-13, 5 Mei ini.
Anwar berkata, dua kerusi yang masih dirundingkan ialah Parlimen Sungai Siput dan DUN Manong.
"Adalah normal bagi parti dalam pakatan untuk mempunyai pendapat
tersendiri dalam penentuan kerusi. Kita menjangkakan dapat mencapai
keputusannya tidak lama lagi," katanya ketika berceramah di Jalan
Pemimpin, Manjoi di Ipoh.
Sembilan calon KEADILAN yang akan bertanding di kerusi Parlimen ialah
Dr. Muhammad Nur Manuty (Bagan Serai), Dr. Meor Ahmad Isharra Meor Ishak
(Padang Rengas), Siti Aishah Sheikh Ismail (Tambun), Dr. Lee Boon Chye
(Gopeng), K. Vasanthakumar (Tapah), Mustaffa Kamil Ayub (Pasir Salak),
Laksamana (B) Imran Abdul Hamid (Lumut), Madhi Hassan (Bagan Datoh) dan
Dr. Tan Yee Kew (Tanjung Malim).
Selain itu, 19 kerusi DUN yang menjadi pertaruhan KEADILAN ialah
Pengkalan Hulu, Temenggor, Kenering, Kota Tampan, Batu Kurau, Kuala
Kurau, Alor Pongsu, Kuala Sepetang, Ulu Kinta, Bukit Chandan, Bota,
Tualang Sekah, Simpang Pulai, Teja, Chenderiang, Sungai Manik, Pangkor,
Hutan Melintang dan Behrang.
Perak mempunyai 24 kerusi parlimen dan 59 kerusi DUN.
Pakatan Rakyat masih belum menentukan calon untuk kerusi Parlimen Sungai
Siput selepas Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan untuk
bertanding di situ menerusi penyandangnya, Dr. Jeyakumar Devaraj yang
menggunakan tiket KEADILAN pada 2008.
Kejutan berlaku apabila Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan tidak
menafikan pihaknya bakal meletakkan bekas Timbalan Presiden Pas,
Nasharudin Mat Isa mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).
"Mungkin, saya tidak dapat nyatakan senarai itu (kerana esok akan
diumumkan)," katanya dalam wawancara khas di pejabatnya di sini,
semalam.
Nama Nasharudin ditanyakan terus kepada Ahmad memandangkan BN
mengumumkan meletakkan 31 peratus calonnya kali ini dari kalangan
profesional dan ulama.Nasharudin atau lebih dikenali dengan panggilan
Ustaz Nasha, yang dipecat dari Majlis Syura Pas - dilihat antara ikon
yang cukup menyerlah dan "mesra" Barisan Nasional.
Pada tahun 2008 beliau bertanding di Bachok.Gambar beliau bersama
Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Najib Altantuya ketika lawatan
ke luar negara mengundang kritikan keras pimpinan Pas.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak nama calon yang
layak, namun yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang
terbaik.Menurut Ahmad, kepimpinan yang memutuskan senarai calon ini
begitu teliti dalam membuat keputusan dan memandang berat semua aspek. ~keadilandaily