Ikuti Blog ini

Kerajaan tak kreatif, GST zalimi rakyat


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan mengenakan Good Service Tax (GST) terhadap barangan keperluan rakyat sebaik sahaja PRU selesai adalah suatu bentuk kezaliman.

Ini kerana, tindakan itu hanya akan membebankan rakyat ketika mana rakyat sudah terbeban dengan peningkatan mendadak kos sara hidup yang sedang berlaku dalam negara kita.

"Sepatutnya pihak kerajaan memilih kaedah lain yang lebih kreatif dalam meningkatkan pendapatan negara, bukannya dengan memeras ugut rakyat ataupun mengunakan cara yang mudah dengan mengenakan cukai kepada rakyat awam.

"Peningkatan sumber kewangan negara juga mestilah terlebih dahulu difokuskan kepada mencapai urustadbir kewangan yang lebih telus, adil dan jauh dari masalah rasuah serta ketirisan dari projek mega yang membazir," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata Malaysia akan dapat menambah pendapatan sebanyak hingga RM27 bilion jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di negara jiran, Singapura.

Katanya mekanisma pencukaian baru itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion, apabila matang. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .