Ikuti Blog ini

Wan Farid tewas sebelum bertanding

“Peteh UMNO Peteh”



Wan Farid akan ditentang atau dengan lain perkataan tradisi Peteh UMNO Peteh kini sudah bermula sebelum hari penamaan calon. Wan Ahmad Farid adik kepada Wan Hisham Dato' Wan Salleh akan dipeteh hebat dan akan ditamatkan riwayat politiknya bukan oleh Pas tetapi oleh penyokong UMNO/BN sendiri .

Ini adalah kerana:

1. Penyokong UMNO masih lagi marah dan terasa hati angkara sikap Wan Farid yang langsung tidak membantu semasa PRU12 baru-baru ini. Sama seperti Dato' Man Bakar yang telah pun dihukum penyokong dalam pemilihan baru-baru ini.

2. Penyokong Senator Nordiana juga berdendam kesumat dengan Wan Farid yang dipercayai dalang atau penyebab kepada tamatnya jawatan senator Nordiana.

3. Wan Farid bakal berhadapan dengan penyokong bekas ketua lamanya Roslan Haji Awang Chik yang sedang sabar menunggu permainan untuk peteh Wan Farid nanti.

4.Team Dato' Che Mat Jusoh juga sedang menunggu wisel permainan untuk peteh Wan Farid kerana menaja Mohd Sabri Alwi da;l;am pertandingan jawatan dalam Umno Bahagian Kuala Terengganu.

5. Peringkat tertinggi dan proses pemutihan pimpinan Ahmad Said hanya menunggu masa sahaja untuk putihkan Terengganu daripada anasir Idris Jusoh sebagaimana berlakunya nasib malang terhadap Wan hisham abangnya yang berkubur di Ladang.

6. Mohad Sabri Alwi tidak terpilih untuk menjadi calon DUN dan P36 dan melihat dirinya lebih berpengaruh daripada Wan Farid kini sedang mengatur langkah untuk membantu menamatkan jangkahayat politik Wan Farid sebelum wisel permainan bermula.

Tradisi "Peteh UMNO Peteh" kini bermula.

Tidak Menjadi Masalah !

http://buletinonline.net/images/berita15/pru.jpg
Kuala Terengganu - PAS tidak melihat pencalunan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Senator Dato’ Wan Farid Wan Salleh sebagai satu halangan kepada usaha PAS untuk menang pada pilihanraya kecil parlimen KualaTerengganu yang akan diadakan pada 17 Januari depan.

Pengarah Operasi Jawatankuasa Induk Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Dato’ Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika ditanya oleh para wartawan di Markaz Tabiah Kuala Terengganu, Kuala Ibai dekat sini kelmarin.

“Jentera kita ada dua peringkat, yang pertama peringkat pusat, pengarahnya YB Timbalan Presiden, pengarah operasinya saya sendiri,

“jentera kerja dibawah saya ada 38 portfolio, selain ada jentera kerja peringkat tempatan, yang pertama kita (PAS) disokong oleh Pakatan Rakyat, kedua jentera dari negeri-negeri dan yang ketiga dari DUN-DUN (dalam negeri Terengganu,”katanya.

Menurut beliau sehingga kini sebanyak 182 unit rumah telah disewa dan disediakan untuk tetamu-tetamu yang menjadi jentera sokongan kepada jentera pilihanraya PAS Terengganu.

Apabila diminta pandangan tentang calun Barisan Nasional Dato’ Wan Farid, beliau berkata, sebagai seorang yang pernah menjadi Timbalan Menteri kerajaan pusat, Wan Farid gagal membawa apa-apa perubahan kepada warga Kuala Terengganu.

“Kita (PAS) melihat kita boleh lawan dia (Wan Farid), dia pernah dilantik senator, dia baru dilantik (semula) menjadi senator dalam Sidang DUN baru-baru ni,

“selain itu dia (pernah menjadi) Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri, tetapi tidak ada perubahan kepada Terengganu, hasil kepada rakyatnya tidak ada walaupun dia pegang jawatan Timbalan Menteri,”kata Dato’ Wan Mutalib.



Bersama Juara Akademi Nasyid Di P036

 Juara Akademi Nasyid TV9, Saudara Azhan Atan, akan menemui peminat beliau di Kuala Terengganu [P036].


Setelah 3 minggu berada di Akademi Nasyid, maka pada Konsert terakhir pada malam 30 Ogos 2008, Undian SMS dan markah dari Juri telah memartabatkan dan menaikkan imej Pejuang Seni Islam Azhan Atan sebagai Juara Akademi Nasyid yang pertama. Syukur Alhamdulillah...


Kini Azhan Atan akan bersama peminat di Pusat Khidmat PAS Batu Buruk, Perkarangan letak Kereta Pasaraya Mydin Kuala Ibai, Kuala Terengganu.


Beliau hadir memenuhi undangan Pemuda Dun Batu Buruk dan Nisa' Negeri Terengganu bagi menjayakan malam kesenian Islam.


Tarikh : 23 Disember 2008-selasa

Masa : 9.00 Malam


Semua dijemput hadir ramai-ramai









Pulau Pinang Negeri Pertama Laksana Hudud?

”Andai Fatimah sendiri mencuri, pasti akan aku potong tangannya.” Begitulah lebih kurang kata kata yang diungkapkan oleh seorang yang diiktiraf sebagai manusia paling berpengaruh pernah wujud di mukabumi sebagaimana telah disebut oleh pengkaji barat, Michael H. Hart di dalam buku beliau iaitu, The 100: A Ranking of Most Influencial Persons In History; manusia yang dianggap hamba Allah yang paling agung oleh umat Islam. Itulah kekuatan yang ada pada syariat Islam yang diyakini oleh manusia pilihan Allah, yang dipilih untuk menyampaikan Risalah.


Tidak semena mena persoalan hudud kembali hangat. Ia berpunca daripada apa yang dikatakan perangkap yang dipasang oleh Khairy Jamaludin kepada Dato Husam Musa semasa Wacana Perdana di Kelantan dua hari lepas. Sekarang ia timbul untuk menjadi senjata bagi menakutkan hampir 9000 pengundi cina di Kuala Terengganu. Seolah olah UMNO atau BN tidak yakin dengan kekuatan mereka untuk meraih undi undi Melayu, lantas sanggup menjadikan hukum hudud bahan persendaan dan permainan politik untuk kesekian kalinya..


Ianya juga untuk menimbulkan keresahan kepada golongan yang cuba untuk menyokong Pakatan Rakyat, dengan cubaan menonjolkan kerapuhan Pakatan Rakyat yang menganut pelbagai ideologi politik itu. Kerapuhan yang digambarkan oleh Khairy bagaikan retak menunggu belah. Benarkah begitu?


Sebagaimana diterangkan oleh Dato Husam Musa, perlaksanaan hudud adalah satu juzuk daripada apa yang diperjuangkan oleh PAS. Beliau sendiri berasa bangga dan bukannya rasa tersepit untk menyatakan komitmennya bahawa Pas akan terus berusaha memastikan perjuangan untuk melaksanakannya diteruskan. Memahamkan masyarakat bukan islam adalah intipatinya. Bahkan memahamkan masyarakat Islam sendiri akan tanggungjawab mereka untuk meyakini keluhuran perlembagaan ini adalah terlebih lagi dititikberatkan. Manakala perlaksanaannya tertakluk kepada persetujuan bersama parti parti komponen.


Umat Islam perlulah meyakini bahawa dosa mereka hanya boleh terampun bila mereka dihukum dengan mengikut hukum jenayah islam. Manakala masyarakat bukan Islam pula memahami bahawa undang undang ini adalah pilihan kepada mereka. Penekanan hudud tidak dibuat secara agresif oleh pimpinan PAS khususnya dalam kerajaan Pakatan Rakyat kerana penyokong dari kalangan bukan Islam baru mula ingin berjinak dengan ahli PAS. Seumpama serang lelaki yang bakal memeluk Islam ditakutkan dengan berkhatan, maka begitulah juga penekanan hukum hakam dalam Islam, yang dahulu akan didahulukan.


Yang pasti banyak lagi ketidakadilan yang perlu dibanteras, seperti perlaksanan DEB yang tidak mengambilkira orang orang miskin dari kalangan masyarkat bukan melayu. Maka keutamaan yang dittitik beratkan adalah memastikan keyakinan rakyat bahawa Pakatan ini boleh memerintah Malaysia tanpa ada masalah yang besar. Persoalan yang dilontarkan seolah olah menunjukkan keyakinan bahawa ianya satu perkara yang bakal dan boleh berlaku.


Bila Ketua Menteri Pulau Pinang ingin menjadikan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai rujukan dan ikutan, maka saya pasti beliau akan menjumpai sangat banyak kelebihan bila syariat Islam dilaksanakan. Sekiranya bila mula mengkaji, saya yakin dan pasti beliau akan menemui sinar kebenaran itu. Dan saya tidak pula pelik sekiranya beliau akan mendahului Kelantan dalam perlaksanaan undang undang syariah ini. Keazaman yang membawa kemenangan sejati.

Wassalam

Ustaz, Lebai buat persembahan


PASIR PUTEH: Kerajaan Pas Kelantan akan menampilkan kumpulan dikir barat dan mak yong dianggotai guru agama dan lebai, untuk membuat persembahan kebudayaan berkonsepkan Islam pada acara sambutan tahun baru, akhir bulan ini. Berucap ketika merasmikan bangunan Makmal Pengajian al-Quran dan Hadis di Masjid Majidiah, Kampung Wakaf Berangan, di sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata usaha itu adalah langkah awal menggalakkan guru agama dan guru pondok negeri ini, menceburkan diri dalam persembahan kebudayaan tradisional rakyat Kelantan sebagai kaedah berdakwah.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, penyertaan mereka dalam seni budaya terbabit boleh membantu dalam usaha membawa perubahan dan dakwah kepada generasi muda.

"Jangan kita biarkan kepada generasi muda saja menceburi bidang berkenaan. Pada kali ini, kita akan buat satu kelainan pada sambutan tahun baru ini dengan menganjurkan persembahan kebudayaan berkonsepkan Islam oleh kumpulan ‘Tok Lebai’.

"Acara hiburan sambil berdakwah itu boleh diketengahkan lagi bagi menarik perhatian generasi muda supaya mereka tidak terpesong dengan hiburan yang melalaikan.

"Kita tidak mahu ada golongan belia menyambut acara sambutan tahun baru seperti masa lalu di Kuala Lumpur dan kini mula merebak ke Kelantan dengan acara mereka sendiri seperti lumba haram," katanya ketika berucap merasmikan bangunan Makmal Pengajian al-Quran dan Hadis di Masjid Majidiah, Kampung Wakaf Berangan, di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, berkata menerusi penyertaan guru agama dan tok guru pondok, ketika berdikir atau menyertai mak yong mereka berpeluang menyelitkan bacaan ayat suci al-Quran. Mengenai pembukaan makmal pengajian al-Quran dan hadis itu masjid berkenaan, Nik Aziz berharap pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan korporat tampil memberi sumbangan.



Pemimpin Umno tidak pasti menang



Beberapa pemimpin Umno tempatan berbelah bahagi berhubung peluang calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, bulan depan.

Pemimpin Umno di bahagian Kuala Terengganu berkata, personaliti Wan Ahmad Farid yang dianggap "elit" menyebabkan calon itu sukar mendapat sokongan pengundi kampung.

Katanya, yang enggan dikenali, jika hendak dibandingkan senator itu dengan bekas ahli parlimen Datuk Razali Ismail, "ia ibarat langit dengan bumi".

Bekas pemimpin bahagian itu meletakkan peluang kemenangan Wan Ahmad Farid hanyalah 45 peratus.

"Datuk Wan Farid boleh dianggap daripada golongan elit yang kurang bercampur dengan orang.

"Saya mendapat tahu ramai orang yang berniaga di pasar Kuala Terengganu tidak kenal dengan calon BN itu, sebaliknya lebih kenal Menteri Besar, Datuk Ahmad Said," katanya ketika diminta mengulas peluang timbalan menteri itu menang dalam pilihanraya kecil itu yang bermula 6 Januari ini.

"Bayangkan, Datuk Razali yang disenangi oleh semua orang cuma menang dengan majoriti kecil 628 undi."

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Wan Ahmad Farid sebagai calon BN.

Pemimpin tersebut berkata, satu faktor lagi yang menyebabkan BN sukar menang ialah kedudukan hampir 5,000 guru yang turut mengundi.

"Adakah golongan guru ini akan mengundi Datuk Wan Ahmad Farid sebagaimana mereka mengundi Datuk Razali?" katanya.

Golongan pendidik dikatakan ingin bekas ketua penerangan Umno bahagian Mohd Zuber Embong, seorang pegawai kanan pendidikan negeri - namanya antara lima pemimpin yang turut diura-urakan untuk dicalonkan.




Nik Aziz: Hudud bukan dibawa oleh PAS.

PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

husam musa bangsar 080408 leftNaib presidennya Datuk Husam Musa berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut, lapor Bernama.

"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya di Kota Bharu hari ini.

Dalam satu forum di sini pada Sabtu lepas, beliau berkata PAS akan tetap melaksanakan hudud tetapi pendirian itu dibantah oleh DAP.

"Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam.

Beliau berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang hudud itu seperti mengadakan rundingan dengan badan-badan peguam dan mungkin perlu diadakan pungutan suara.


Tuan Guru Nik Aziz bersama Lim Kit Siang di Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh - gambar hiasan

KOTA BAHARU- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tiada masalah untuk PAS melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas kerana halangannya hanya terletak pada pemikiran mereka yang kurang memahami undang-undang itu.

Jika hukuman gantung boleh dilaksanakan kepada pengedar dadah maka tidak jadi masalah untuk rakyat menerima hudud yang antara lain menguatkuasakan hukuman bunuh kepada pembunuh dan hukuman potong tangan kepada pencuri, katanya.

"Hudud ini bukan dibawa PAS tetapi dibawa oleh Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi, jadi bagi orang Islam yang mentadbir negara adalah wajib bagi mereka melaksanakan hudud," katanya kepada pemberita.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemimpin PAS seperti beliau hanya mampu menggubal undang-undang Hudud dan Qisas itu tetapi pelaksanaannya akan diadili oleh mahkamah dan hakim berdasarkan bukti dan fakta.

"Jika tidak cukup bukti, hakim tidak akan jatuhkan hukum hudud ke atas pesalah itu. Sama seperti undang-undang yang ada sekarang," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan parti komponen Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR, Nik Abdul Aziz berkata PAS sedia berbincang dengan mereka mengenai hukum hudud.

"Jika mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya...Islam memberikan peluang kepada semua untuk berbincang," katanya.


Dato’ Pa berkempen guna murid sekolah rendah

Bising di sana-sini perihal Sultan Selangor marah pihak-pihak tertentu yang menggunakan kanak-kanak untuk kepentingan politik. Malaysiakini melaporkan, baginda mahu tindakan diambil.

Ah! Untuk makluman baginda Sultan, ini bukan benda baru. Sudah berzaman diamalkan. Kalau nak ambil tindakan, ambillah. Tapi jangan pilih-pilih.

Buat permulaan, apa kata siasat Dato' Pa...

IMAGE_00817.jpg

Bekas Menteri Pengajian Tinggi telah menggunakan murid-murid sekolah rendah dalam kempen pilihanraya baru-baru ini. Gambar-gambar diatas adalah buktinya. Beliau ini kerjanya tidak habis-habis mengancam pelajar dengan AUKU kerana terlibat dengan politik, tapi beliau sendiri yang menggunakan pelajar untuk kepentingan politiknya. Lebih teruk lagi, digunanya murid sekolah rendah yang tidak tahu apa-apa.

Pak Lah, tolonglah jangan lantik Dato’ Pa sebagai menteri lagi. Argh… tak guna merayu dengan Pak Lah ni, lagi orang tak mahu, lagilah dia buat. LantakLah!

Umno juga eksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan politik.

Baginda sedih perbuatan eksploitasi kanak-kanak.

SUBANG JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tindakan segelintir pihak yang mengeksploitasikan kanak-kanak dalam kempen yang melanggar undang-undang untuk kepentingan mereka.

Kenyataan baginda itu disampaikan kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebelum berangkat ke luar negeri pada petang Khamis, selain meminta polis mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit.Khalid berkata, baginda mengarahkan polis mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan kanak-kanak dalam aktiviti yang melanggar undang-undang.

Katanya, tindakan penganjur mempengaruhi kanak-kanak untuk memberontak dan melanggar undang-undang sedangkan pada usia sedemikian mereka sewajarnya diberi didikan berguna dan ditanam dengan nilai sayang dan cintakan negara.








Gambar daripada arkib DPPKJ.

Gambar ini telah diambil semasa hari pengundian di Daerah mengundi PJS 6 Timur, DUN Seri Setia pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Ini jelas menunjukkan Umno dan Barisan Nasional juga menggunakan kanak-kanak untuk kempen pilihanraya mereka.


Majlis perasmian Makmal Al-Quran dan Hadith dan Perjumpaan Khas Bloggers Network

 Pasir Puteh : Majlis Perasmian Makmal Al-Quran dan Hadith dan Perjumpaan Khas Bloggers Network Malaysia dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dihadiri oleh ratusan rakyat mungkin mencapai ribuan rakyat – muslimin dan muslimat dari seluruh negeri kelantan dan juga dari luar Kelantan. Turut hadir, adun-adun di daerah pasir puteh. Bloggers Network Malaysia dan ahli-ahli perniagaan, agensi-agensi berita : tv3, tv9, bernama, utusan, harakah.

Tetamu Istimewa : 2 Buah bas dari DUN Selat Kelang, Klang, Selangor.



Kelab Penyokong PAS yang terdiri dari kaum cina dan India, yang
membuat lawatan ke Kelantan.



Pantun 3 Kerat di dalam ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berkaitan
Isu Rasuah …

Beri salah..
Tak beri kalah..
Jadi..serba salah…

PAS tetap laksana hudud jika perintah negara - Husam


KOTA BAHARU: PAS akan tetap laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengulangi janji parti itu setelah dicabar oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan oleh pemimpin PAS selepas pilihan raya umum Mac lalu.

"Kita akan buat," katanya pada wacana perdana bertajuk "Transformasi Politik Malaysia" di Balai Islam.

Selain Husam dan Khairy, anggota panel wacana itu termasuk Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari dan dipengerusikan pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohammad Agus Yusoff .

Husam bagaimanapun menegaskan, tugas untuk melaksanakan undang-undang hudud tidak seharusnya dipikul oleh parti PAS sahaja kerana tanggungjawab itu harus dipikul oleh semua orang Islam terutamanya pemimpin.

Abdul Aziz pula berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika kerajaan negeri tidak mampu melaksanakannya.

"Kerana undang-undang jenayah itu terletak dalam bidang kuasa kerajaan pusat dan bukan dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

"Jika kerajaan negeri Kelantan tidak mampu melaksanakan hudud maka kerajaan pusat harus melaksanakannya," katanya.


WAH....HEBAT DAN GLAMOURNYA KETUA POLIS SELANGOR!!











Kelmarin (20 Disember 2008), ketika hendak keluar dari pintu rumah saya mendengar tajuk berita TV yang menyebut baginda Sultan Selangor dukacita kerana kanak-kanak telah dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu bagi mencapai cita-cita politik mereka. Dalam hati saya berkata, oh Sultan sedang bercakap mengenai politik ni, biar dengar dulu apa baginda kata. Tetapi apabila mengikuti keseluruhan berita itu apa yang ditunjukkan di layar TV bukanlah ucapan baginda Sultan, tetapi ucapan Ketua Polis yang paling glamour masa kini, siapa lagi jika bukan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau antara lain menyatakan Sultan telah menyatakan rasa dukacita terhadap penggunaan kanak-kanak untuk berbasikal yang dianggap baginda sebagai mengeksploit mereka. Teguran baginda dipercayai merujuk kepada penglibatan kanak-kanak berbasikal ke Parlimen yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai JERIT.

Tidak lama kemudian keluar pula berita di TV yang sama mengenai persidangan akhbar oleh Datuk Khalid Abu Bakar mengenai laporan rasmi tahap keselamatan Bukit Antarabangsa. Beliau kelihatan di TV membaca laporan keselamatan Bukit Antarabangsa yang disediakan oleh pihak JKR. Difahamkan laporan yang disediakan JKR itu disampaikan satu salinan kepada Menteri Besar Selangor selaku ketua Kerajaan Negeri dan satu salinan lagi kepada Ketua Polis Selangor selaku Ketua Operasi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa.

Ketika melihat kemunculan tokoh glamour ini, hati saya berbisik, oh...betapa hebatnya Datuk Khalid hari ini, dia bercakap bagi pihak Sultan dan Menteri Besar sekali gus!!

Bukan salah Ketua Polis Negeri bercakap bagi pihak Sultan yang tidak berada di dalam negeri, tetapi saya berpendapat adalah lebih afdal jika yang bercakap bagi pihak Sultan itu ialah authorithy yang lebih bersesuaian mengikut protokolnya. Apa yang diucapkan Ketua Polis Negeri mengenai penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti berbasikal itu mungkin benar berdasarkan titah Sultan sebelum beliau keluar negara semalam. Cuma jikalah benar titah Sultan sedemikian adalah lebih manis jika yang membuat kenyataan akhbar itu ialah ketua Kerajaan Negeri itu sendiri iaitu Menteri Besar yang merupakan orang nombor 2 selepas Sultan. Atau jika tidak Menteri Besar pun orang yang paling rapat dengan baginda ialah Setiausaha Sulit baginda Sultan sendiri juga boleh membuat kenyataan akhbar bagi pihak Sultan. Mengapa yang membuat kenyataan akhbar itu ialah Ketua Polis Negeri yang semakin glamour selepas tragedi Bukit Antarabangsa itu, tidak tahulah. Mungkin juga kerana ia membabitkan isu keselamatan yang terletak di bawah bidang kuasa polis atau Menteri Besar sebagai peneraju Kerajaan Negeri tidak berada di sisi baginda ketika baginda bertitah demikian atau ada sebab-sebab lain, tidak tahulah. Apa yang pasti ialah pertama, kenyataan akhbar Datuk Khalid kelmarin itu menjadikan beliau semakin glamour. Dan kedua, titah Sultan yang dikatakan oleh Datuk Khalid itu hanyalah sesuatu yang bersifat 'hearsay' yang tidak laku jika ia di bawa ke mahkamah.

Begitu juga bukan salah untuk Datuk Khalid mengumumkan laporan JKR mengenai tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa kepada umum kerana beliau merupakan Ketua Operasi tragedi tersebut. Juga bukan salah beliau mengumumkan laporan JKR sehari sebelum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat pengumuman yang sama berkaitan tragedi itu yang cuma berlangsung pada hari ini. Tiada undang-undang yang menyatakan salah untuk Ketua Polis Negeri mengemukakan laporan JKR kepada umum mendahului ketua Kerajaan Negeri. Namun sebagai pegawai senior dalam perkhidmatan kerajaan, beliau sepatutnya faham di mana kedudukan beliau dalam hariki negeri. Negeri adalah di bawah ketua Kerajaan Negeri, iaitu Menteri Besar. Oleh itu laporan-laporan besar sedemikian adalah lebih afdal dan manis jika pengumumannya di buat oleh ketua Kerajaan Negeri itu sendiri. Tentu orang tidak akan kata apa-apa jika berita mengenai jenayah dan ketenteraman awam diumumkan oleh Ketua Polis Negeri, tetapi jika laporan JKR seperti itupun perlu diumumkan beliau sendiri dengan mendahului Menteri Besar, takut pula ada pihak yang menuduh Ketua Polis Selangor sebagai tidak tahu protokol dan hanya mengejar glamour. Dan orang juga akan berkata jika Datuk Sri Khir Toyo masih menjadi Menteri Besar, tentu Datuk Khalid tidak berpeluang untuk menjadi seglamour itu!!

Namun yang paling elok sekali ialah jika ketika laporan JKR itu disampaikan kepada umum, kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar dan Ketua Polis Negeri duduk bersekali di depan meja yang sama. Menteri Besar bolehlah mengumkan laporan JKR dan tindakan-tindakan Kerajan Negeri bagi membantu mangsa, manakala Ketua Polis Negeri pula boleh memberi nasihat kepada mangsa dari aspek keselamatan. Apa yang nampak sekarang seolah-olah ada masalah besar antara ketua Kerajan Negeri dengan Ketua Polis Negeri. Jika di dalam satu kampung Ketua Balai Polis bertelagah dengan Ketua Kampung, maka bermaharajalelah pencuri dan penyamun yang pasti mengambil kesempatan dari hubungan tidak baik 2 peneraju kampung itu.


Kenyataan Wan Farid Disanggah Mahfudz

http://buletinonline.net/images/berita15/mahfudzlawat.jpgKuala Terengganu - Calun Barisan Nasional bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Wan Farid Salleh membuat tuduhan pertama yang ‘nanar’ setelah diisytiharkan menjadi calun kelmarin.


Beliau menuduh PAS mengalami ‘masalah dalaman’ berikutan banyaknya cadangan-cadangan calun yang dikemukakan oleh beberapa pihak dalam PAS.

“Saya tak pasti apabila Ketua Pemuda hendak calun ini, Mursyidul Am hendak calun itu, Pesuruhjaya hendak calun yang lain itu ditafsirkan sebagai tidak ada masalah dalaman…..”, kata Wan Farid sebagaimana disiarkan oleh sebuah stesyen televisyen utama semalam.

Ketua Penerangan PAS YB Haji Mahfudz Omar ketika diminta mengulas tuduhan Wan farid berkata cadangan-cadangan calun yang banyak oleh pelbagai pihak dalam PAS tidak boleh dianggap sebagai perpecahan bahkan ia menunjukkan bahawa betapa PAS mempunyai calun yang sangat lumayan yang berkaliber yang boleh kita kemukakan.


“Tok Guru Nik Aziz pandang orang itu kalibe, pemuda pandang orang ini caliber, mungkin ada pandangan yang lain berpandangan bahawa ada pihak lain yang berkaliber.

“itu bermakna bahawa kita (PAS) memiliki jumlah calun yang berkaliber itu mempunyai satu jumlah yang snagat banyak yang boleh kita tonjolkan,”katanya yang ditemui selepas majlis ceramah di Kampung Cabang Tiga dekat sini semalam.

Mahfudz berkata siapa pun yang akan PAS pilih nanti ialah hakikatnya mereka yang mempunyai kredibiliti, kaliber yag tinggi yang mempunyai komitmen yang tonggi kepada perjuangan untuk parti untuk agama untuk bangsa untuk rakyat dan untuk Negara.

Katanya Ini yang ada kepada PAS, sebab itu akhirnya kita akan bulatkan keputusan kepada satu calun sahaja iatu daripada senarai yang ada pada semua pihak itu hanya satu calun yang kita akan kemukakan iaitu calon yang akan mewakili parti kita

Apabila ditanya samada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung semalam telah memuktamadkan siapakah yang akan menjadi calun, beliau mengesahkan bahawa ia belum di muktamadkan lagi.

“Kita (PAS) akan pilih yang terbaik untuk dikemukan kepada rakyat,”katanya

Beliau yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata keputusan PAS mengumumkan calun pada 1 Januari depan tidak boleh dianggap terlambat.

”Sebab kita punya masa yang masih panjang dan kita (PAS) yakin bahawa calun yang akan kita pilih ini merupakan calun yang sudah dikenali sudah ketahui oleh rakyat khususnya oleh pengundi-pengundi di Kuala Terengganu,

”cuma kita nak tengok mana yang lebih baik dan yang terbaik,”tambahnya.



Kepada Pengundi P36...SIAPA PATUT ANDA UNDI?






Husam VS Khairy


Sebenarnya Khairy tidak mampu untuk menyaingi kehebatan Husam Dalam Berdebat semalam,Banyak isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Khairy akhirnya memakan khairy balik.Sampai ke satu tahap Khairy hanya tersengih-sengih  dengan jawapan balas dari Husam.Sudahlah acap kali di boo ditambah pula yang sebelah kanannya turut sama menghentamnya.Khairy bukannya lawan untuk digandingkan secara terbuka bersama Husam dalam suasan bebas seperti semalam.Cuma yang kita kagumnya adalah keberanian Khairy datang ke lubuk Pas Dan berdepan pula dengan bukan lawannya.

Sebenarnya Khairy tidak mampu langsung untuk menyaingi kehebatan Husam dalam Suasana terbuka semalam,Mungkin khairy ingat macam dalam TV kot.Banyak isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Khairy akhirnya memakan khairy balik.Sampai ke satu tahap Khairy hanya tersengih-sengih dengan jawapan balas dari Husam.Sudahlah acap kali di boo oleh penonton ditambah pula yang sebelah kanannya turut sama menghentamnya.Khairy bukannya lawan untuk digandingkan secara terbuka bersama Husam dalam suasan bebas seperti semalam.Cuma yang kita kagumnya adalah keberanian Khairy datang ke lubuk Pas Dan berdepan pula dengan bukan lawannya.

Penilaian Umum Saya

Saya sempat merakam detik-detik awal , pertengahan dan penghujung forum atau perdebatan antara Saudara Khairy dan Dato Husam Musa semalam.Dan sempat juga merakam detik-detik yang dianggap agak cemas kalau kita menonton sebuah filem… Tapi sayangnya masalah line TM Streamyx yang amat mendukacitakan menyebabkan sehingga sekarang masih lagi belum berjaya untuk di uploadkan videonya yang hampir 1 jam itu.

Walau apapun pengunjung boleh melihat sendiri videonya di youtube atau mana-mana blog nanti yang pada anggapan saya boleh dianggap sebagai peristiwa yang amat penting dalam sejarah berforum secara terbuka dan bebas di Malaysia sepanjang saya mengikutinya semenjak di bangkul sekolah lagi.Amat rugi TV3 atau mana-mana stesen TV tidak menyiarkan secara langsung Majlis Forum Wacana Perdana semalam.Majlis Forum sebeginilah sebenarnya yang rakyat inginkan dan perlu didedahkan kepada rakyat supaya rakyat dapat menilai sendiri kebenarannya diantara kedua belah pihak.Terbuka,bebas dan ruang masa yang mencukupi.Penonton bebas untuk bertanyakan apa sahaja persoalan kepada ahli panel tanpa diganggu oleh pengerusi forum.Bilangan soalan tidak dihadkan sampai seorang tu kalau tak silap saya sampai empat soalan.

Forum sebegini patut diadakan lagi sekerap yang mungkin dan di tempat yang lebih luas lagi seperti di Stadium.Memandangkan keadaan yang bersesak-sesak semalam dengan kehadiran yang terlalu ramai sehingga penonton di luar dewan lebih ramai daripada penonton di dalam dewan.Apapun perincian tentang isi perbincangan dalam forum semalam bolehlah pengunjung2 menjenguk mana- mana blog yang mengulasnya.Sudah tentu…Saya rasa hari ini atau malam ini postingnya akan muncul di Blog pilihan ramai MSO.. Harap semua dapat membacanya.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .