Ikuti Blog ini

Telah lama Mohd Sabu menginfaq dan mewakafkan dirinya untuk perjuangan PAS. Selamat bertanding Timbalan Presiden!











Mohamad Sabu sarat dengan pengalaman ditangkap, ditahan, dilokap kerana menggerakkan kebangkitan rakyat menentang BN dan memilih PAS dan Pakatan Rakyat di negara ini sejak 25 tahun lalu. Keluar masuk lokap, balai polis dan mahkamah sudah menjadi aktiviti rutin beliau!

PENAHANAN tokoh karismatik PAS, Mohamad Sabu dan dibebaskan petang semalam dipercayai menguji keberaniannya sekali lagi seperti yang diungkapnya sehari sebelum itu pada sidang media di Pejabat Agung PAS di ibu negara, 4 Mei 2009.

Mohamad, yang juga Naib Presiden PAS berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan tidak sekali-kali menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut.

"Kerana orang yang hendak pimpin saya mestilah lebih berani dan lebih pandai daripada saya. Sama ada anda bersama saya atau anda tinggalkan," tegasnya pada sidang media itu.

Apa yang dimaksudkan oleh Mohamad tidak diketahui tetapi umum melihat "keberanian" tokoh PAS itu sudah tidak boleh disangsi lagi apabila, sehari selepas sidang media itu beliau "diculik" dan "dilarikan" oleh polis berpakaian preman tanpa sempat menunjukkan waran dan memperkenalkan diri sebagai polis.

Mohamad yang sering memberitahu bahawa dirinya telah lama diinfaqkan kepada PAS, diwakafkan kepada parti Islam itu, sudah mangli dengan jatuh bangun dan tohmahan ahli-ahli, rakan taulan.

Beliau pernah mencuba nasib merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat, menentang Abu Bakar Chik tidak melihat kekalahan sebagai suatu kekecewaan tetapi sebaliknya beliau terus berada di sisi PAS dan mengempur dan menggempur BN. Pernah tewas merebut kerusi Naib Presiden dua kali berturut-turut sebelum menang. Kali ini, pencalonannya agak merata. Sudah lebih dari 20 pencalonan dan mereka mahu Mohamad duduk sebagai pembantu Presiden PAS.

Ahli dan penyokong PAS sememangnya terkejut dengan penahanan Mohamad oleh polis semalam. Beliau ditahan di Jalan Pahang Barat sewaktu minum bersama Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat dan Ali Maidin serta wartawan Harakah, Irwan Mohd Zain. Bagaimanapun, wartawan Siasah, Haris Zalkapli sempat merakamkan video pendek kejadian tersebut dan sudah dimuatkan pada blog penarikbeca.

Apakah penahanan ini memberi kesan dan simpati perwakilan terhadap beliau? Sudah banyak kes mahkamah yang dihadapi Mohamad sejak aktif bersama PAS, malah pernah ditahan ISA pada tahun 1987 dalam Operasi Lallang dan disumbat ke Kem Tahanan Kamunting selam
a dua tahun.

Namun Mohamad kelihatan kental, gigih dan berani dalam merayakan kehendak rakyat, golongan marhaen, serta keinginan masyarakat bukan Islam terhadap perjuangan PAS. Beliau menggempur dan menggempur di mana ada manusia, bagi melingkupkan BN.

Berbekalkan suara serak-serak basah, Mohamad muncul sebagai penceramah yang hebat, mampu menarik jumlah kehadiran pendengar hingga mencecah puluhan ribu. Malah ramai juga yang tertarik dengan PAS kerana minat dengan Mohamad bin Sabu. Malah beliau juga menjadi tonggak kepada Himpunan Bersih 100,000 Rakyat di Kuala Lumpur dua tahun lalu. Beliau juga tonggak kepada gerakan melatari ibu kota dengan limpahan manusia Himpunan Bantah PPSMI yang mengejutkan Najib Tun Razak. Malah Julai depan, beliau akan menggerakkan lagi episod yang sama, Himpunan Bantah ISA 100,000 Rakyat. Akibat menyeru rakyat bermunajat kepada Allah, memakai tshirt berwarna hitam pada 7 Mei sebagai tanda berkabung "matinya demokrasi" di Perak maka beliau dikejar polis sebagai penjenayah. Inilah Mohamad Sabu yang menginfaqkan dirinya kepada PAS, baik dalam keadaan senang apatah lagi sewaktu susah.

PAS bakal menyaksikan perebutan sengit jawatan Timbalan Presidennya apabila seorang calonnya Mohamad Sabu bertegas enggan berundur walaupun kemungkinan diasak calon sepopular Datuk Husam Musa.

Selain Mohamad dan Husam; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali juga menawarkan diri bertanding jawatan penting itu.

Husam, exco kerajaan Kelantan dan naib presiden PAS, dianggap calon pilihan untuk jawatan tersebut - khususnya dalam sentimen aliran anti-muzakarah dengan Umno dan penentang idea kerajaan perpaduan dengan BN.


Wawancara Mat Sabu selepas dibebaskan


Wawancara dilakukan di R&R Sungai Buloh pada jam 4.30 petang semalam.


Mahkamah Majistret Tanjung Malim petang tadi menolak permohonan tahanan reman polis terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mohamad dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan.

Menurut peguam yang mewakili beliau, Aminuddin Zulkifli mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan oleh pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat mengatakan mereka memerlukan masa untuk menyiasat Mohamad yang dituduh melakukan hasutan supaya orang ramai menggagalkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.

Pasukan peguam Mohamad Sabu kemudiannya membantah tuduhan tersebut kerana tertuduh hanya menyeru orang ramai supaya hadir ke majlis solat hajat dan doa munajat memohon agar Perak terus aman.

Laporan maklumat pertama (FIR) terhadap Mohamad Sabu dibuat oleh Ketua Polis Perak sebelum beliau ditahan secara misteri petang semalam di Kuala Lumpur.

Amaran Presiden PAS - Kesabaran Ada Batasnya



KUALA NERUS - Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bahawa kesabaran PAS ada batasnya.

Beliau berkata krisis yang berlaku di negeri Perak adalah langkah UMNO/BN yang salah sejak daripada awal lagi.

“Lalu hendak betul(kan) yang salah dengan tangkap orang, itu tidak betul. Apa yang berlaku ialah ‘mencabul’ Perlembagaan dan ‘mencabul’ demokrasi,

“krisis politik yang berlaku di negeri Perak ternyata telah melanggar Undang-undang dan Perlembagaan,

“amalan demokrasi pula cuba dipermainkan dan ‘dicabuli’ oleh pemimpin UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ‘gilakan’ kuasa,”tegasnya ketika mengulas penangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Katanya BN sepatutnya belajar dari sejarah di zaman Tunku Abdul Rahman sewaktu Perikatan memerintah negara.

Sewaktu kerajaan Tunku hendak menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu, katanya, Tunku mengambil langkah melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kali pertama cubaan Tunku tidak berjaya kerana menurutnya, PAS mempunyai majoriti mudah (simple majority) 11 kerusi iaitu tujuh parti Perikatan dan empat parti Negara.

“Parti Negara tidak menyokong Perikatan dan diambil langkah yang kedua sehinggalah berjaya ‘membeli’ Speaker (Yang DiPertua DUN), membeli wakil-wakil rakyat parti Negara, beberapa orang wakil rakyat PAS melalui politik wang waktu itu,

“maka, berlakulah proses undi tidak percaya walau pun politik wang itu suatu tindakan yang salah tetapi proses undi tidak percaya berlaku mengikut Perlembagaan dan Undang-undang,”jelasnya pada sidang media selepas melancarkan Laman Web Buletin Pendidikan PAS Pusat dan Dana Masjid di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, di Kampung Tok Jiring, semalam. (gambar kanan)

Menyentuh isu berhubung siapa yang layak menerajui PAS, beliau menyifatkan ia adalah satu isu lama yang dimainkan oleh pihak media setiap kali menjelang muktamar PAS sejak tahun 50-an dan 60-an.



Katanya PAS tidak akan tergugat dengan isu tersebut kerana PAS sentiasa konsisten dalam pentadbiran parti dengan mengamalkan semangat syura.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada anggota parti bagi memilih Presiden dan Timbalan Presiden kerana jawatan itu dilantik pada muktamar agung PAS.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahan jawatannya jika ada pertandingan merebut kedudukan itu, beliau berkata: "kita lihat keputusan mesyuarat agung tahunan."

"Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan atas perkara yang tidak diketahui lagi. Selepas keputusan itu diketahui, tahulah apa saya nak buat," katanya.

Pencabulan Dan Keganasan Pihak Polis Dalam DUN



ADUN Pakatan Rakyat Dipijak Perut, OKU Dikasari Polis



Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa seramai 400 anggota polis telah menceroboh dan melakukan keganasan di dalam Dewan Undangan Negeri Perak semasa sidang DUN semalam termasuk memijak
perut Ahli Dewan Undangan Negeri serta berlaku kasar terhadap ADUN OKU daripada Pakatan Rakyat.


Antara anggota polis yang di bawa masuk ke dalam Dewan termasuk berpuluh-puluh daripada Cawangan Khas (Special Branch).


Speaker V. Sivakumar juga telah dihina dengan diheret dan dikurung dalam bilik stor DUN selama sejam.


Bercakap pada sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak di Ipoh petang semalam Datuk Seri Nizar berkata setelah melihat apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional dalam DUN yang membelakangi dan menodai nilai-nilai dsemokrasi, Pakatan Rakyat katanya akan terus berusaha memohon perkenan Sultan Azlan Shah supaya DUN dibubarkan seberapa segera.


“Pihak Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Speaker haram, Ganesan. Pakatan Rakyat akan terus berusaha melalui Sultan Perak memohon agar DUN Perak dibubarkan.


Sidang media turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Ahmad Awang, serta pimpinan PAS seperti Drs Khalil Idham Lim, Dr Hatta Ramli, Dr Lo’ Lo’ Ghazali dan Salahuddin Ayub.


Beliau yang juga Ahli Parlimen bukit Gantang berkata pimpinan Pakatan Rakyat akan segera turun ke padang untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat mengenai insiden yang berlaku dalam DUN Perak.










PDRM TERLALU SIBUK...????



Email dari Muhd Muaz.

Assalamu'alaikum...

Di sini saya ingin memberi amaran dan peringatan buat semuanya di seluruh Malaysia mengenai kegiatan seorang penipu yang mana modus operandinya adalah menawarkan handphone murah (kastam kononnya), kereta murah (kereta anda yang akan dilarikan) dan juga perempuan-perempuan semua b
erhati-hati dengan lelaki ini, jangan sampai kena jual.

Awas bila berhadapan dengannya kerana dipercayai mengamal ilmu hitam dengan cincin taring harimau.

Telah banyak laporan polis dibuat terhadap lelaki ini, di KL- kes tipu duit handphone. JB - kes tipu duit kereta. Melaka - kes larikan perempuan, Kedah - kes curi kereta. Dan banyak lagi kes.

Merupakan bekas banduan. Berasal dari Kedah. Nama SURADI ISKANDAR BIN FISOL @ DK (lihat gambar). Rujuk laporan polis no.repot PANTAI/000996/09

Sukar dijejak kerana sering berpindah-pindah ke bandar-bandar lain. Jika terlihat atau terjumpa sila lapor kepada polis dengan segera. Kalau boleh, tangkap, tapi pastikan jangan bertindak seorang. Minta bantuan.

Sekarang ini dipercayai berada di Kuantan Pahang.

Saya juga merayu pada sesiapa yang ada terjumpa atau terlihat gadis dalam gambar ini (Acu) salah seorang mangsa DK supaya dapat menghubungi saya seberapa segera AZMIE +6017-317 4711/+606-317 7455.

Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama tuan-tuan, puan-puan dan saudara serta saudari yang saya kasihi semua. Berhati-hatilah dan awasi sekeliling kawan-kawan dan saudara mara semua. Saya tiada pilihan kecuali meminta bantuan disini kerana pihak polis masih lagi menyiasat.

TPU - Ayat "pihak polis masih lagi menyiasat" yang aku tak tahan tu... yang pastinya pihak polis dok sibuk macam dalam gambar dekat bawah ni ha...

Pihak PDRM tengah sibuk melacurkan Undang-Undang dan Perlembagaan Negara Malaysia. apa yang korang harapkan mereka-mereka yang bersekongkol dengan pelacur-pelacur Undang-Undang dan perlembagaan Malaysia ni untuk bantu korang dalam menegakkan Undang-Undang dan Perlembagaan yang kita junjung sedangkan dipihak mereka sendiri pun tak menghormati Undang-Undang dan jugak Perlembagaan yang sepatutnya mereka pertahankan?

Jadi untuk semua kawan-kawan yang cintakan negara Malaysia, sama-sama kita bantu kawan kita yang dalam kesusahan sedaya upaya kita tanpa berharap lagi pada badan yang dipertanggungjawabkan.

Pada aku cukup setakat buat laporan polis, tapi nama nak harap laporan tu akan diambik perhatian... erm... jauh panggang dari api... tapi kalau kes politik yang melibatkan individu dari sebelah Pakatan Rakyat - aku yakin tak sampai 24 jam kes akan selesai..!

Pada "yang berkenaan" - Teruskan menjadi Pelacur-Pelacur yang bersekongkol dengan ayam-ayam yang melacurkan Undang-Undang dan Perlembagaan Negara..!

Rakyat akan tentukan dimana korang dalam PRU-13 nanti... 50 tahun rakyat boleh bersabar dan 3 tahun tak jadi masalah bagi rakyat untuk menunggu..!


Zambry Tidak Mahu Mengaku Najis Itu Kepunyaannya

Saya tidak dapat menahan ketawa apabila melihat kenyataan media MB Kudeta, Zambry, yang disiarkan di TV3 dalam siaran berita jam 8.00 malam tadi. Bukan main sedap lagi mulut hitam Zambry mengutuk Pakatan Rakyat (PR) yang katanya tidak menghormati undng-undang, melaksanakan undang-undang rimba dan menyusahkan Raja Nazrin kerana terpaksa menunggu selama 5 jam akibat kekecohan yang berlaku dalam DUN pagi tadi.

Yang lucunya ialah apabila Zambry menyebut PR tidak menghormati undng-undang, melaksanakan undang-undang rimba dan menyusahkan Raja Nazrin kerana terpaksa menunggu selama 5 jam akibat kekecohan yang berlaku. Angkara siapa semua yang berlaku itu?

Siapa yang tidak menghormati undang-undang, Zambry? Kalau menghormati undang-undang mengapa juak-juak engkau mengeluarkan Speaker dari kerusi DUN secara kekerasan yang tidak pernah berlaku di mana-mana Dewan mana-mana negara di planet bumi ini?

Siapa yang mengikut undang-undang rimba, Zambry? Jika bukan undang-undang rimba yang menjadi pegangan kamu, undang-undang apa namanya yang kamu pakai hingga apabila diarahkan Speaker keluar, engkau buat-buat pekak badak? Apakah ia undang-undang badak sumbu?

Dan siapa yang bertanggung jawab menyebabkan persidangan Dewan tertangguh selama lima jam, jika bukan kerana kamu Zambry, yang enggan mematuhi arahan Speaker? Jika engkau serta EXCO dan 3 katak itu bertindak gentleman dengan keluar Dewan, persidangan dapat diteruskan dengan licin dan Raja Nazrin tidak perlu menunggu 5 jam di luar. Tapi engkau tidak peduli kesusahan baginda, kerana apa yang penting bagi kau ialah terus bertenggek atas takhta MB yang tidak sah itu.

Dan sekarang Zambry menyalahkan orang lain atas apa yang dilakukannya. Lawak sungguh! Dia yang berak tepi jalan tapi tidak mengaku najis itu kepunyaannya!!



Koleksi peristiwa dalam Dewan Negeri

KECOH DUN PERAK



























Masih adakah peluang untuk Kerajaan PR Yang SAH



‘Bisikan diraja’ untuk Pakatan



IPOH: Pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang mempersembahkan protes berhubung insiden Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kepada Raja Nazrin Sultan Azlan Shah, telah dinasihatkan bahawa raja tidak boleh mencampuri soal politik.


“Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam (bekas Exco Kanan semasa kerajaan Pakatan) dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik (tidak mencampuri soal politik),” kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Sebaik sahaja Raja Nazrin memasuki DUN yang terletak di bangunan SUK, anggota Pakatan Rakyat berkumpul di tengah Dewan, mengelilingi tempat duduk bentara, untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku termasuk Speaker V. Sivakumar diangkut keluar dari Dewan.


Nizar mempersembahkan kepada Raja Nazrin bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan cara Sivakumar diperlakukan dan anggota polis dibawa masuk ke DUN.


Pada sidang media itu, Nizar berkata, pada hakikatnya tidak ada persidangan kerana perintah awal Speaker tidak diikuti. “Jelas lihat hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas,” kata beliau yang ditemani Sivakumar pada sidang media.


Sivakumar yang ditahan dalam sebuah bilik berhampiran DUN dilepaskan selepas majlis perasmian.


Kata beliau, DUN Perak telah dilacur dengan begitu dahsyat dengan kerja-kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.


“Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerjadengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.


Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina Dewan, cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun,” katanya.


Mengulas lanjut isu itu, “saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.”


Mengenai tindakan susulan, Nizar yang Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menambah:


Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.


Kata Nizar, beliau akan memohon menghadap Tuanku untuk tujuan tersebut dalam waktu terdekat.


Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang, Nizar berkata, pasukan peguam pihaknya akan meneliti soal itu.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .