1. Tentu sahaja apa yang berlaku tidak tercetus secara kebetulan melainkan segalanya adalah ketentuan Allah swt. Tuhan Yang Maha Bijak lagi Maha Adil .
Ikuti Blog ini
Pilihanraya: UMNO Nak Lari Kemana ? ,Ahad, September 06, 2009 at 6.9.09,
1. Tentu sahaja apa yang berlaku tidak tercetus secara kebetulan melainkan segalanya adalah ketentuan Allah swt. Tuhan Yang Maha Bijak lagi Maha Adil .
Nyalaan lilin Hindraf: 16 ditahan di KL , at 6.9.09,
![]() |
Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.
Bagaimanapun, sebelum sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka dihalang oleh anggota polis di simpang Jalan Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman, dan diarahkan bersurai.
Selepas kiraan 10, anggota polis mula membuat tangkapan.
Antara yang ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas dan tunang
![]() |
Beberapa anggota polis menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis.
Ekoran tangkapan tersebut, peserta yang lain beredar meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula.
Tetapi kira-kira 30 minit kemudian, dua orang lagi ditahan- Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi - ketika sedang menghantar SMS mengenai kejadian itu.
Tazkirah Ramadhan oleh Dato' Seri Nizar ,Sabtu, September 05, 2009 at 5.9.09,
Dalam kesibukan tugasan harian, Dato' Seri Nizar masih sempat untuk memberikan Tazkirah Ramadan di Surau Taman Simpang Bakti. Program turun Parlimen merupakan program bulanan Dato' Seri di kawasan Parlimen beliau.
Dato' Seri di dalam Tazkirahnya mengajak seluruh umat islam agar mengekalkan sikap beribadah yang dijalankan semasa bulan puasa agar ia diteruskan dalam bulan-bulan yang lain. Sikap kita yang menepati masa ketika berbuka puasa seharusnya dijadikan amalan yang sama ketika kita menunaikan solat. Kewajipan bagi kita memepercepatkan dalam mengerjakan solat harus dijadikan amalan dan melengahkannya haruslah diubah. Beliau juga menasihatkan semua agar sentiasa melakukan kebaikan dan melaksanakan hukum Allah swt dan tidak memperemehkan amalan kita kepada Allah swt.
Tazkirah Ramadhan Mohd Syaheed Dato' Seri Nizar , at 5.9.09,
Tazkirah Ramadhan oleh Mohd Syaheed Bin Haji Nizar (anak kedua Dato Seri Nizar Jamaluddin) di Surau Al-Ehsan, Rapat Setia, Ipoh.
Muzakarah cara orang umno mengaku pas. , at 5.9.09,
Ambil iktibar kalau nak bermuzakarah dengan puak-puak umno ni...sengaja nak ganggu gugat kerajaan pakatan rakyat....
Politik benci membenci hasut menghasut...itulah umno.

Inilah perangai orang umno mengaku PAS

Apa yang lebih menariknya....orang pas halau unit amal...korang pikirlah sendiri
Anak Emas datang lagi - Bagan Pinang N9 , at 5.9.09,

PRK Ke 9, Dalam Bulan 9, di Negeri 9.....
Jangan calon bertanding seramai 9....
Sediakan kubur UBN yang ke 9
Yang akan berkuasa hanya 999..............
'UMNO 1 Malaysia bohong seluruh rakyat Malaysia’
SPR Bertindak Luar Biasa Sekat Pilihan Raya Kecil Tiga DUN Perak , at 5.9.09,
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak di luar bidang kuasa dan peranannya kerana enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, hari ini.
Peguam Datuk S Ambiga, menyifatkan sebagai tidak sah dan tidak rasional keputusan SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu tidak kosong akibat pelantikan jawatan ketiga-tiga penyandangnya seperti yang diputuskan oleh Speaker ketika itu, V Sivakumar."Responden keempat (SPR) telah mengambil kuasa dan hak Speaker bagi menentukan bahawa peletakan jawatan berlaku," katanya di hadapan Hakim Lau Bee Lan di kamar.
Ambiga, yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, berhujah mewakili Sivakumar dalam permohonannya bagi satu semakan kehakiman untuk mengarahkan SPR supaya mengisytiharkan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong dan mengadakan pilihan raya kecil.
Sivakumar menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu; Adun Jelapang, Hee Yit Foong dan SPR sebagai responden.Dalam hujahnya, Ambiga berkata, bahawa menerusi sepucuk surat kepada Sivakumar pada 5 Februari 2009, SPR sudah menyatakan bahawa ia tidak dapat menentukan yang ketiga-tiga kerusi itu kosong, dan dengan itu, tidak boleh mengadakan pilihan raya.
Pemimpin Islam Serba Boleh , at 5.9.09,


Gambar atas: TGNA berpakaian resmi sebagai MB. Hebatkan? Kenapa beliau memakai serba hitam, termasuk serban?Gambar bawah: Apabila ahli jama'ah lambat azan maka TGNA lah yang malaungkan azan.

Gambar paling bawah: Inilah kediaman TGNA. Rumah kampung yang serba sederhana. Bebas dari syubhat. Bahagia bersama keluarga dan terbuka untuk diziarahi rakyat.
Alahai SPRM : Kes PFKZ RM10juta Siasat 2jam, Kes Bendera RM2400 Siasat 10jam Siap Mati Lagi. , at 5.9.09,
RM10 juta hanya 2 jam, RM2,400 10 jam dan mati
KUALA LUMPUR : Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing.Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja.
Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.
Semalam pegawai SPRM mengambil masa lebih dua jam sahaja untuk menyoalsiasat Ong Tee Kiat ekoran dakwaan rasuah sebanyak RM10 juta.
Siasatan ini ekoran dakwaan Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong BN serta anggota Parlimen Bintulu, Sarawak kononnya dia memberikan wang sebanyak RM10 juta kepada Ong Tee Kiat untuk keperluan kempen dalam mesyuarat agung bahagian MCA.
Teoh Beng Hock pula disiasat selama lebih 10 jam dan pada waktu malam hingga pagi ekoran dakwaan yang melibatkan wang RM2,400 sahaja.
Beliau kemudiannya ditemui mati di sebelah bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor. Kes itu kini sedang dibicarakan melalui prosedur Inkues.
Ketika mengulas isu ini, Ahli Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub akan mendesak segera pengerusi JK itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad untuk bermesyuarat segera.
Image"Saya akan minta SPRM menjelaskan isu ini kepada kami segera," kata Salahudin yang juga Naib Presiden PAS kepada Harakahdaily.
Beliau juga meminta SPRM mendedahkan segera hasil siasatan dua jam mereka terhadap Ong Tee Kiat yang merupakan isu yang sangat kontroversi ini.
"Apakah masa dua jam itu cukup? Kenapa pendek sangat sedangkan Teoh Beng Hock disiasat 10 jam dengan pelbagai jenis tekanan.
"Adakah modus operandi SPRM berbeza antara tokoh dari kerajaan BN dengan orang dari kerajaan Pakatan Rakyat," tanya Salahudin yang dilantik sebagai ahli JK Khas SPRM itu apabila SPRM bertukar dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) tahun lalu.
Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali pula mempersoalkan, "Apakah SPRM ini benar-benar colour blind iaitu tidak membezakan status dan kedudukan mereka yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah."
Bagi beliau, apa yang berlaku terlalu jelas di mata rakyat, mereka mempunyai kedudukan berbeza pada mata SPRM.
Surat Khalid Samad (MP Pas Shah Alam) Kepada Penduduk Seksyen 23 , at 5.9.09,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati,
Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;
“Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”
Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,“dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”
Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil.
Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.
Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas.
Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-
“Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)”
Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu.
Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.
Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.
وسلام عليكم و السلام على من التبع الهدى
YB KHALID BIN ABDUL SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam
Pemimpin PAS antara yang hantar Azman ke tanah perkuburan , at 5.9.09,
TELOK KEMANG : Para pemimpin PAS Negeri Sembilan bersama dengan AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa adalah antara orang ramai yang memberikan penghormatan terakhir kepada Adun Bagan Pinang, Azman Mohd Nor yang meninggal dunia petang semalam.
Husam bersama dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar serta Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Kemang, Ramli Ismail mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan malam tadi.
Husam yang bergegas dari Kuala Lumpur sampai menjelang jam lapan malam di Tanah Perkuburan Islam Bagan Pinang, Teluk Kemang. Ketika itu, jenazah masih dalam perjalanan ke tanah perkuburan Islam itu.
Sejurus kemudian, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad tiba bersama anaknya, Mohd Najib. Dan sejurus selepas itulah, menjelang jam 8 malam jenazah sampai.
Ketika jenazah sedang dikebumikan, rombongan Menteri Besar, Datuk Mohamad Hassan tiba diikuti beberapa exco kerajaan negeri. Namun tidak ada seorang pun tokoh Umno dari Pusat tiba.
Mohd Isa adalah Ketua Umno Cawangan Bagan Pinang di samping Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang.
Beliau sempat bercakap-cakap dengan rombongan PAS itu.
Husam sememangnya mempunyai program di Teluk Kemang semalam. Ia telah dirancang beberapa bulan lalu lagi. Beliau mengambil peluang untuk menziarahi jenazah Allahyarham dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Menurut Isa, Allahyarha memang beberapa bulan lalu sudah sihat selepas menjalani pembedahan jantung dan kanser.
"Beberapa hari lepas beliau datang menyertai majlis gotong royong membersihkan tanah perkuburan ini," cerita beliau kepada Husam.
Pagi tadi (semalam) dia mengadu sakit dada di bahagian paru-parunya. Ekoran itu beliau dibawa ke hospital Seremban. Azman disahkan meninggal dunia pada petangnya akibat serangan jantung.
Beliau dikebumikan di tanah perkuburan itu kira-kira jam lapan malam.
Ekoran kematian Azman, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil di kawasan itu dalam masa 60 hari.
Dalam pilihan raya umum 2008, Azman mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.
Dari lapan peti undi, PAS menang tiga iaitu di kawasan majoriti India. Faktor penentu di kawasan ini adalah undi pos yang mempunyai pengundi seramai lebih 5,000 orang.
Dalam ucapan di majlis tazkirah selepas solat Terawih di Masjid Lama Telok Kemang, Husam merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.Allah bayar tunai - ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal. ,Jumaat, September 04, 2009 at 4.9.09,
ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.
![]() |
Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.
Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.
Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.
Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).
Panas! Hanya beberapa Adun sertai majlis Muhyidin.. , at 4.9.09,

HULU TERENGGANU - Hanya empat sahaja dari anggota Exco dan hanya satu sahaja Adun Umno yang kelihatan dalam majlis berbuka puasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang semalam.
Bahkan Adun Ajil, Rosol Wahid, yang kawasannya terletak dalam Parlimen Hulu Terengganu juga tidak kelihatan dalam majlis Timbalan Perdana Menteri. Begitu juga Datuk Seri Idris Jusoh, bekas MB dan juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.
Inilah realiti permasalahan Umno di Terengganu sekarang sehingga Muhyidin dalam sidang medianya terpaksa menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam krisis di Terengganu sekarang.
Muhyidin juga mengakui Umno Terengganu sekarang dilanda krisis.
“Saya lihat sudah ada penambahbaikan situasi sekarang berbanding dahulu. Namun begitu, saya nyatakan kesediaan saya untuk membantu mana yang difikirkan perlu kalau ada perkara-perkara tertentu yang perlu dibereskan.
“Sama ada melibatkan isu politik atau kerajaan dengan kerjasama Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Besar ... lepas hari raya atau bila masa yang sesuai,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin empat peringkat Umno Terengganu itu.
Menurut maklumat, hanya sebahagian kecil sahaja wakil rakyat Umno yang hadir dalam pertemuan tertutup para pemimpin Umno dengan Muhyidin itu.
Muhyidin sampai ke Kuala Terengganu jam 4.30 petang semalam dan terus ke Hulu Terengganu untuk mengadakan pertemuan itu. Turut serta bersama beliau adalah Datuk Seri Hishamudin Hussein yang merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu serta datuk Ahmad Said, timbalan beliau yang juga MB Terengganu.
Beliau kemudiannya berbuka di Masjid Sultan Mahmud dan solat Isyak serta terawih di Masjid Telok Menara, Manir iaitu dalam Dun yang diwakili oleh Datuk Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ketua Pembangkang Dun Terengganu.
Mahyudin ke Terengganu di tengah-tengah berita panas yang melibatkan Umno Terengganu. Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, sembilan Adun Terengganu dikatakan akan melompat ke PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu.
Mereka telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat sebuah hotel di Kemaman.
Beberapa Keistimewaan MB Selangor , at 4.9.09,
1. Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menyangka suatu hari beliau akan menjadi Yang Berhormat dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor. Mungkin beliau tidak pernah terfikir akan hal ini. Tetapi hari ini itulah kenyataannya, dan beliau merupakan MB yang popular dalam Pakatan Rakyat.2. Beliau sebenarnya sudah sekian lama menjadi orang korporat dengan memimpin PNB yang bertanggungjawab ke atas amanah saham-amanah saham yang ditaja oleh kerajaan. Namun kemudian beliau meninggalkan PNB dan menjadi tokoh pula dalam Guthrie.
3. CEO Terbaik 1997 anugerah Majalah Business Times ini dilahirkan pada 1946 Di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram Kuala Selangor. Beliau belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Beliau memperoleh ijazah BA Hons dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.
4. Pembabitannya dalam politik bermula dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan menjawat jawatan Bendahari PKR serta Ketua Perhubungan PKR Selangor. Buat pertamakalinya beliau menyertai Pilihan Raya Kecil Ijok pada April 2007, tetspi tewas. Percubaan seterusnya pada PRU ke 12 dan beliau menang di Ijok atas tiket PKR dan Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Akhirnya dengan persetujuan anggota Pakatan Rakyat beliau dicalonkan menjadi MB Selangor dan pihak Istana memperkenankannya.
5. Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya semasa menjadi MB Selangor hingga sekarang. Beliau ditohmah membelakangkan orang Melayu pada pelantikan pemangkuan Madam Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar PKNS. Dengan hujah dan alasan yang kuat, akhirnya tohmahan itu dapat ditepisnya dan isu itu selesai dengan tamatnya pemangkuan Madam Low.
6.Tidak selesai dengan isu PKNS, beliau dituduh pula menggunakan wang kerajaan untuk membiayai lembu korban di Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Namun Tan sri Khalid dapat menangkis serangan puak-puak UMNO-BN dengan menyatakan memang ada peruntukan sedemikian dan Menteri Besar terdahulu pun pernah menggunakannya. Akhirnya isu itu tenggelam begitu sahaja.
7. Selanjutnya beliau dituduh pula menggunakan wang kerajaan untuk membaikpulih kereta peribadi. Bila beliau menjelaskan memang ada peruntukan sedemikian, serangan UMNO-BN itu dapat ditenggelamkannya.
8.Isu terbaru adalah kepala lembu yang diletakkan di hadapan pejabat SUK Selangor sebagai protes pemindahan tapak kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Difahamkan isu ini sebenarnya didalangi oleh UMNO-BN dalam cubaan untuk mencetuskan isu perkauman di Selangor seterusnya merampas kembali Negeri Terkaya itu dari Pakatan Rakyat. Namun sehingga kini UMNO-BN gagal berbuat demikian apabila Tan Sri Khalid bijak menanganinya dan ia tidak menjadi isu besar yang membawa padah.
9. Selain itu, banyak usaha-usaha dilakukan oleh beliau untuk meningkatkan kepercayaan rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat, seperti memberi subsidi air bagi 20 meterpadu yang pertama secara percuma, imbuhan wang kepada pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA, imbuhan kepada ibu-ibu yang bersalin dan berbagai-bagai kemudahan sebagai keprihatinan beliau kepada rakyat Selangor.
10. Apa yang dihadapi dan dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim menarik perhatian, kerana semua persoalan dapat ditanganinya di samping menjadikan beliau antara MB Pakatan Rakyat yang mempunyai kedudukan yang istimewa dan tersendiri dalam kelasnya. Mudah-mudahan beliau akan terus tetap teguh bertahan walaupun diserang bertubi-tubi oleh UMNO-BN yang memang teringinkan kembali Negeri Selangor ini.
Dan memang ironis bila kita teringat MB terdahulu menghadiahkan sebatang penyapu kepada seorang Yang DiPertua Majlis Perbandaran, kini Tuhan telah membalasnya di dunia lagi dengan terlepasnya Selangor ke tangan Pakatan Rakyat, dan terbukanya banyak pekungnya sendiri di samping cubaan yang gagal untuk setiapkali memporakperandakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Untuk itu, tahniah diucapkan kepada MB Selangor, semoga Yang Berhormat akan tetap terus tabah menghadapi cabaran demi cabaran.



















