Ikuti Blog ini

PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat- Mohamad Sabu


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa PAS akan menarik diri daripada Pakatan Rakyat(PR).

Beliau juga menyelar mereka yang cuba menimbulkan konflik dalam Pakatan Rakyat dengan menimbulkan pelbagai kontroversi dan provokasi semata-mata untuk melihat PR berpecah.

"Konflik yang melanda PAS kebelakangan ini telah mengundang pelbagai persepsi dikalangan masyarakat dan penyokong.Ada juga yang mengandaikan PAS akan berpecah.

Namun begitu walau apa jua yang dilemparkan oleh pihak yang cuba melihat PR retak ianya tidak akan menjadi realiti kerana PAS akan tetap bersama dalam PR.

"Kekhilafan dan perbezaan pandangan yang berlaku dalam PAS sejak mutakhir ini tidak menimbulkan impak yang besar dan tidak pula sampai kepada perpecahan seperti yang didakwa mereka.Sebaliknya perbezaan tersebut adalah perkara yang lumrah tetapi ia tidak akan sampai kepada perpecahan dalam parti."

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata PAS tidak menolak untuk mengadakan perbincangan dengan Umno dan sesiapa sahaja.

"PAS akan tetap bersatu dan tidak akan berpecah kepada kumpulan yang berpihak samada kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz ataupun kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media dan mereka yang ingin melihat PAS berpecah selama ini."katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah pada majlis Ihtifal PASTI kawasan Nibong Tebal.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungei Bakap, Maktar Shapee, Yang Dipertua PAS kawasan Nibong Tebal, Rahman Ramjan dan kepimpinan Pakatan Rakyat kawasan Nibong Tebal.

Gambar sekitar Jambori Jabatan Amal Malaysia kali ke 17.











Kunjungan Mesra Presiden Ke Rumah Mursyidul Am PAS



Preisen PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuat kunjungan mesra ke rumah Mursyidul Am PAS di Pulau Melaka Pada hari Jumaat 30.10.2009

Antara lain mereka telah membuat perbincangan 4 mata selama 1 jam. Lagi... (trgkini)

SIDANG MEDIA DR ASRI




Supporters and well-wishers of former Perlis mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin continue to gather at the Gombak Timur Lower Syariah Court as he waits to be charged by the Selangor Islamic Religious Council (Jais).


Jais dibidas, tiada pertuduhan terhadap Dr MAZA

BEKAS Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur, pagi ini atas dakwaan mengajar tanpa tauliah yang ditahan di sebuah banglo Hulu Klang, malam tadi. Sehingga kini pertuduhan masih belum dibaca keatas beliau dan dia akan menunggu sehingga jam 1 petang ini.

GOMBAK, 2 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin akan menunggu di Mahkamah Syariah sehingga jam 1 petang nanti untuk menunggu pertuduhan ataupun dokumen berkaitan difailkan ke atasnya.

Sebelum ini, Dr Asri yang tiba di mahkamah sejak jam 9 pagi tadi diberitahu tiada pertuduhan difailkan. Demikian siri episod tangkapan terhadap Dr Asri yang dianggap aneh oleh pelbagai pihak hari ini apabila diberitahu bahawa tiada pertuduhan atau dokumen berkaitan difailkan pagi ini.

Dr Asri dilihat tiba pada jam 9 pagi tadi kerana diarahkan untuk hadir di mahkamah atas alasan secara lisan oleh pihak Jais bahawa beliau mengajar tanpa tauliah. Dalam kejadian malam tadi,beliau ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang. Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Namun,Dr Asri yang ditahan tengah malam tadi telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi ini. Di pekarangan mahkamah pagi tadi, Dr Asri menbidas sikap pihak berkuasa dan pendakwa yang tidak hadir lagi sehingga kini.

"Mereka tangkap saya dulu baru tuduh. Tetapi mahkamah kata belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini "Pihak Jais yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' siapa di sebaliknya,"tegas Dr Asri.

Menurutnya, tindakan tidak profesional ini menyebabkan membuang masa beliau, para penyokongnya, termasuk wakil-wakil rakyat (Saari Sungib dan Zuraida Kamaruddin) dan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.Turut kelihatan di pekarangan mahkamah yang memberikan sokongan kepada beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Hj Ghazali, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, Marina Mahathir dan Zainah Anwar (SIS).

Ketika ini, Dr Asri berada di luar mahkamah dan sedang berbincang dengan wakil NGO dan wakil-wakil rakyat. Beliau difahamkan akan bertemu dengan Datuk Jamil Khir sebentar lagi.

Hampir 100 orang hadir untuk memberikan sokongan kepada beliau termasuk puluhan wartawan.

Ketika ini, Dr Asri sedang menunggu di dalam Mahkamah Syariah dan beliau berkata akan menunggu pertuduhan sehingga jam 1 petang nanti. - Harakahdaily

Rakaman suasana penangkapan Dr Asri





25 orang polis beruniform dan 35 anggota JAIS serbu ceramah Dr Asri

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin ditahan oleh anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi. Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang.

SUASANA sepi di sebuah rumah banglo di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay menjadi kecoh malam tadi apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Seramai 35 anggota JAIS telah datang ke premis tersebut dengan tiga buah van pada jam 9.45 malam. Kedatangan mereka diiringi lebih 25 orang polis beruniform dalam kereta patrol.

Pada ketika itu, Mohd Asri sedang memberi ceramah kepada lebih 300 orang jemaah di dalam kawasan banglo milik Tuan Hj Yahya itu.

Ceramah agama yang bermula pada jam 8 malam itu terpaksa dihentikan setelah pegawai JAIS datang menyerbu.

Alasan yang diberikan oleh pihak JAIS ialah mereka menerima aduan dan terpaksa membuat penangkapan kerana Mohd Asri memberi ceramah tanpa tauliah.

Menurut anak tuan rumah, Norman Yahya, pegawai penguatkuasa JAIS telah memasuki banglo kira-kira jam 9.30 malam.

"Pada jam 9.30 ketika kuliah sedang berlangsung, pegawai JAIS memaklumkan kehadiran mereka adalah untuk menahan Dr Asri kerana memberikan ceramah tanpa tauliah," kata Norman.

Sementara itu, beberapa jemaah yang ditemui berkata, pihak JAIS telah menunggu selama setengah jam di luar banglo sebelum membuat serbuan.

Namun, seramai 50 orang jemaah bertindak menghalang penguatkuasa JAIS dan tidak membenarkan Dr Asri ditahan.

Untuk menenangkan keadaan, Mohd Asri telah ditempatkan di sebuah bilik di dalam banglo tersebut sementara proses perundingan dijalankan.

Senario menjadi sedikit tegang apabila penyokong Mohd Asri tidak mahu berganjak dan berkawal di hadapan bilik Dr Asri dan tidak membenarkan pihak JAIS mahupun polis memasuki bilik bekas mufti itu.

Sejurus selepas itu, kelihatan Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungip mengadakan perundingan bersama tiga orang peguam dan pihak JAIS dan polis.

Kesemua mereka bertanya kepada JAIS atas alasan apa Dr Asri hendak ditahan. Dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Sharom Maarof, Pegawai Penguatkuasa Agama, dengan nada yang keras, "Dia tidak ada tauliah untuk memberi ceramah..."

Sharom juga kelihatan begitu agresif untuk memasuki bilik Mohd Asri.

"Siapa yang halang kita buat tangkapan, kita akan tangkap juga," kata Sharom.

Ketika ini, tiga orang peguam terpaksa menjadi orang tengah dan berbincang dengan pihak polis dan JAIS namun pihak JAIS enggan meninggalkan premis tersebut dan berkeras ingin membuat penangkapan juga.

Suasana berterusan menjadi tegang bila beberapa pegawai JAIS dan polis mengugut untuk menggunakan kekerasan seandainya penyokong-penyokong Dr Asri berkeras tidak mahu melepaskan Mohd Asri.

Pihak polis juga telah mengarahkan pihak media dan mereka yang tidak berkenaan untuk mengosongkan rumah.

Setelah keadaan berlarutan hingga 3 jam, Mohd Asri akhirnya dibawa keluar dari biliknya dengan diiringi oleh beberapa orang polis dan pegawai JAIS untuk dibawa ke balai Polis Hulu Klang untuk diambil keterangan.

Mohd Asri terus dibawa ke balai polis menaiki sebuah van tepat jam 12 tengah malam. Hanya peguam sahaja dibenarkan memasuki kawasan balai polis sementara pihak media dan penyokong Mohd Asri terpaksa menanti dengan setia di luar kawasan balai.

Setelah hampir 1 jam, Mohd Asri dibebaskan tanpa diambil apa-apa keterangan.

Namun kelibat pegawai JAIS dan van JAIS yang membawa Dr Asri ke balai polis langsung tidak kelihatan pada ketika itu. Dr Asri kemudiannya dibawa balik ke rumah Hj Yahya untuk sebuah sidang akhbar.

Mohd Asri telah diarahkan untuk menghadirkan diri di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada hari ini, jam 9 pagi untuk diambil keterangannya. - Mstar

Aksi Anggota Polis Malaysia yang Cekap, Gagah & Berani



Wibawa TG Nik Aziz yakinkan DAP kepada PAS


IPOH, 1 Nov: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masyarakat bukan Islam, termasuk para pemimpin DAP negeri sudi menjemputnya bersama-sama memperkukuh majlis Pakatan Rakyat di Perak.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti, tapi Ngeh Khoo Ham...pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak."

Demikian kata Nik Aziz ketika memberikan ucapan di majlis penutup konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana pemimpin PAS tidak lagi menjemputnya, disebabkan beliau menyokong Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan perasmian itu juga, Nik Aziz mengajak semua pemimpin parti-parti peringkat negeri menjadikan parti masing-masing berusaha mengenal Pencipta dunia ini, iaitu Allah.

"Sebelum (Allah) mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal...dia (manusia) kata dia cipta (dunia)...Umno tak kenal Pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan...dia (Umno) anggap bumi ini dia punya," jelasnya.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana para pemimpin Pakatan Rakyat Perak berusaha untuk saling mengenali antara satu sama lain.

Image"Begitu juga manusia, Allah cipta tak sama muka...supaya kenal-mengenal...saya jadi Melayu kebetulan (dan) Ngeh Khor Ham jadi Cina kebetulan sebab itu rahmat."

"Kalau Allah jadikan manusia sama semua muka macam (seperti) selipar Jepun, susah nak kenal mana satu Nik Aziz dan Ngeh Kor Ham," jenaka Nik Aziz lagi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menjelaskan tohmahan Umno kononnya budaya membaca ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebagai suatu penghinaan kepada Islam.

"Nabi pun mengutus surat pada semua pemimpin kerajaan bukan Islam, Raja Najasyi di Habsyah, Kaisar di Parsi, Heracleus di Rom, Nabi mula dengan tulis ayat al-Quran."

"Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis: jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin Umno bodoh agama dan tak suka ikut Nabi," tegas Nik Aziz lagi.

Tegas Nik Aziz lagi, perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan Umno.

Jadi, beliau mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam sebelum mengenali perjuangan PAS di Malaysia.

Ngeh Khoo Ham yang berucap sebelumnya mengakui bahawa DAP dan beliau sendiri sebelum ini percaya bahawa PAS adalah parti ekstrem, disebabkan terperdaya dengan propaganda Umno.

"Dulu saya memang ingat PAS (sebagai) parti ekstremis agama, fundamantelis dan tidak suka orang Cina (dan) dan bukan Islam. Itu semua sebelum kenal Tok Guru dan Hj. Nizar lah," jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak menyuarakan rasa kagum dengan kepimpinan amanah Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana bersabar dan terus mempertahankan mandat rakyat, walaupun selepas Umno merampas kerajaan negeri.

Katanya lagi, kewibawaan Nizar menyebabkan majoriti rakyat terus bersama Pakatan Rakyat, walaupun beberapa Adun Pakaran Rakyat mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

Beliau juga berharap hubungan antara PAS, PKR dan DAP di Perak kekal kukuh, walaupun masing-msing mempunyai beberapa perbezaan dari segi ideologi kepartian.

Turut menyertai majlis perasmian penutup Nik Aziz itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub, Speaker DUN V. Sivakumar dan Setiausaha DAP Perak Nga Kor Meng,

Dipercayai kekaguman para pemimpin Pakatan Rakyat Perak terhadap peribadi Nik Aziz kerana Mursyidul Am PAS itu kebelakangan ini tegas mempertahankan gagasan Pakatan Rakyat dari diperdaya oleh Umno.

Ianya sekaligus menjadikan Nik Aziz bukan sahaja berwibawa dalam kalangan ahli-ahli PAS, malah mula dikagumi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri.

JAMBORI JABATAN AMAL MALAYSIA 2009

Kami semua akan bertolak ke KG SUNGAI NIBONG petang ini. Blog ini akan di kemaskini apabila kami pulang dari Jambori nanti. InsyaAllah...


TEMPAT: BATU 23, KG SUNGAI NIBONG, SUNGAI BESAR,

SELANGOR DARUL EHSAN.

TARIKH:
30hb OKT hingga 1hb NOV. 2009

Peserta : 17 tahun ke atas sahaja.
(36 orang setiap kawasan)

Acara : Amal Race, Rentas Halangan, Sukan Rakyat, Keluarga Angkat,
Bolasepak, Aktiviti Kemasyarakatan, Kawad, Persembahan Artis Amal dsb.

Yuran : RM20.00 seorang (pendaftaran, makan & t-shirt)



Terima kasih.

TG Nik Aziz saksikan Kelantan lawan Perlis








Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut menyaksikan perlawanan pertama antara Kelantan dengan Perlis bagi peringkat separuh akhir di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V kelmarin bagi merebut Piala Malaysia .

Turut mengikuti pertandingan berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Haji Abdul Fatah Mahmood, Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman serta beberapa orang lagi.

Hadir sama Adun dan Anggota Parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan 'Red Warriors' menentang Singa Utara itu untuk memberi semangat.

Kedatangan Tuan Guru serta pimpinan yang lain selepas solat Isyak telah disamput oleh Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa bersama anggota jawatankuasanya di pintu utama stadium.

Sebelum permainan dimulakan pemain Kelantan yang juga selaku tuan rumah diperkenalkan kepada Tuan Guru.

Sebelum memulakan perlawanan juga, Tuan Guru terlebih dahulu mengamimkan doa bersama para pimpinan KAFA serta pemain.

Akhirnya, setelah tamat perlawanan Kelantan berjaya menewaskan Perlis dengan kemenangan 2-0. Kemenangan itu juga bakal membawa negeri itu ke peringkat akhir buat pertama kalinya dalam sejarah pertandingan bagi tempoh 39 tahun.

Dengan kemenangan itu juga, Kelantan sekali lagi akan menentang Perlis pada 31 Oktober ini di Stadium Utama Kangar.

Pada masa yang sama, Tuan Guru turut menyumbangkan wang peribadinya sebanyak RM5,000 kepada pemain serta pengurus pasukan termasuk mereka yang terlibat untuk kegunaan semasa.

Biarpun berlainan ideologi politik, namun demi sebuah kemenangan dan demi menyaksikan 'Red Warriors' melangkah gagah ke peringkat akhir mereka hadir bersama penonton untuk memberi sokongan moral kepada pasukan negeri.

Hasilnya Kelantan berjaya menewaskan Perlis 2-0 dalam perlawanan itu.

Terdahulu wakil-wakil rakyat terlebih dahulu menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di khemah yang sediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam dengan kerjsama Air Kelantan Sdn Bhd yang turut membekalkan air untuk mengambil wuduk.

Pihak POLIS HINA ISLAM..!!!

Solat Hajat dan Munajat yang dipimpin Oleh Ust Noor Azli Musa dibuat diperkarangan Kedai makan berhampiran Banggunan DAP Negeri.
Lokasinya langsung tidak menggugat kerja-kerja Pihak Berkuasa POLIS..!
Memohon pertolongan Allah swt dan mendoakan keselamatan Adun-Adun PR
Diwaktu ini bermula satu PENGHINAAN,apabila OCPD ini mengeluarkan arahan tangkapan keatas 5 individu yang terlibat dalam solat tersebut.
Pegawai Polis bernama TAHIR ini mengarahkan agar mereka tidak meneruskannya dan meminta agar mereka ini bersurai..!!

Beliau terus mendesak agar ia dihentikan jika tidak arahan tangkapan tadi akan dilaksanakan..!

Ini adalah RIAK wajah mereka yang dengan SINIS dan MENGHINA apabila mereka ini yang bernama RAMES dan GLEN mentertawakan Agama Allah swt apabila pegawai yang bernama TAHIR menghentikan Solat tersebut..!!Perhatikan wajah mereka dengan betul-betul,dan anda akan rasa apa yang aku rasa...!!!!


Mungkin ialah gambar terbaik 1 Malaysia apabila ummat Islam mengerjakan ibadah mereka,mereka ditertawakan oleh pegawai-pegawai POLIS ini..!!

Gambar diatas ini ialah antara gambar-gambar yang dapat dirakam semasa sidang dun semalam. Ia antaranya menceritakan mengenai sekumpulan dari penyokong PR bertindak mengadakan Solat Hajat dan Munajat bagi memohon kepada Allah swt untuk membantu memberikan kekuatan kepada Adun-Adun PR mennghadapi mereka yang zalim ini. Solat Hajat ini dibuat di perkarangan kedai makan yang lokasinya tidak menggugat kerja-kerja anggota keselamatan.

Namun apa yang diluar jangka tindakan POLIS yang sememangnya cukup Menghinakan apabila mereka mempersendakan Solat Hajat tersebut. Ia bertambah HINA apabila seorang lagi anggota POLIS berpangkat Tinggi, MELAYU dan mengaku beragama ISLAM mengarahkan agar Solat tersebut diberhentikan dan mengarahkan juga agar 5 daripada mereka ditahan..!!

Aku sempat bertanya kepada seorang anggota CID beragama ISLAM dengan soalan `Adakah solat ini menjadi kesalahan'..? Beliau mengatakan bahawa ini arahan, dan jawapan itu turut ditambah lagi dengan jawapan SINIS dari pegawai berbangsa india yang bernama N.S RAMES dengan mengatakan bahawa tempat itu telah diwartakan dan ia salah mengikut undang-undang..! Bayangkan ketika itu aku merasakan ia sesuatu yang begitu mencabar kesabaran aku apabila dapat aku rasakan bagi mereka ini. Kalimah Tauhid mereka ialah,

HIDUPKU,MATIKU,KERANA PEMIMPINKU DAN UNDANG-UNDANG KU..!!

Semalam barulah aku tahu bahawa Allah swt itu hanyalah kepercayaan bagi mereka sesuai dengan ungkapan didalam rukun Negara, mungkin kerana tiada lagi ketakutan bagi menghadapi MATI dan mungkin juga mereka tidak Takut akan KEMATIAN maka dengan senang mereka mempersendakannya...!!!

Soalan aku apakah bersolat kini menjadi satu ancaman kepada undang-undang NEGARA?? Sejak Bilakah Allah swt meletakkan syarat bagi menunaikan solat hanya 5 minit seperti yang diarahkan oleh pihak OCPD?? Dan Sejak Bilakah Allah swt melarang hambanya menunaikan Solat dikawasan-kawasan tertentu..??

Tahukah anda mereka yang bersolat itu tidak DIPAKSA, DISURUH dan DIBAYAR untuk melakukannya melainkan hanya kerana Allah swt..!!

Apakah kita akan terus melihat ISLAM dipermainkan..???

Kenyataan Media Siva : Siapa yang berbohong ?


Ngeh Ko Ham menunjukkan aksi bagaimana speaker Pakatan Perak, V.Sivakumar di cekik

Gambar yang ditunjukkan oleh Sivakumar membuktikan bahawa benar beliau dikasari dan dicekik oleh polis.

IPOH, 29 Okt :-Saya memanggil sidang media selepas penafian Ketua Polis Perak dalam akhbar Sinar menafikan polis bertindak kasar dan saya berbohong. Demikian kenyataan media oleh Speaker Dun Perak, V.Sivakumar dalam sidang media sebentar tadi di sini.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat, Drs. Khalil Idham Lim (Titi Serong), Ong Boon Piao (Tebing Tinggi), Chang Min Kai (Simpang Pulai), Tai Sing Eng (Kuala Sepetang), Chen Fok Chai (Keranji) dan Yee Siew Kai (Pokok Asam).

Rakan media ditayangkan rakaman kekasaran polis yang dilakukan terhadap Adun Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan siapa tipu, saya atau akhbar??, tanyanya.

Kenyataan Ketua Polis Perak seperti dibaca dalam Sinar Harian, apa yang dikatakan oleh Adun Pakatan Rakyat tidak benar.

Sivakumar mengatakan mereka merancang untuk membuat kekasaran kepada Adun dalam bangunan SUK. Saya juga mempersoalkan ramai orang lain termasuk peguam UMNO boleh masuk, namun kenapa kami Adun hanya satu persatu dibenar masuk ikut pintu besar yang buka sedikit sahaja.

Siva mengatakan yang sebenarnya yang mengatur drama ialah Zambry.

Bukti saya bukan buat drama ialah cebisan baju yang koyak yang ditunjukkan kepada media kelmarin, katanya lagi.

Saya menegaskan saya bukan menipu dan yang menipu ialah Ketua Polis Perak.

Saya mempersoalkan kenapa Ganesan di kawal oleh 22 orang yang mengelilingi tempat duduk Ganesan. Sedangkan saya pada 7 Mei lalu, saya tidak dijaga langsung oleh polis dan membantu apa yang saya arahkan.

[poo.JPG]
Keganasan Polis (KLIK UNTUK BESARKAN)

PAS adakan seminar ganti muktamar khas

Image











KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti. Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi. - Harakahdaily








Video : Sidang DUN Perak

[marah4.jpg]



Wartawan penuh menunggu mesyuarat khas JK PAS Pusat




hampir 50 reporter sedang berada di sini..termasuk dari luar negara…
paling sibuk utusan malaya…

KUALA LUMPUR : PAS mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusatnya jam 8.45 malam dengan dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam ini.

Turut serta di sebelahnya adalah Mursyidul Am yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.

Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.

Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu.

Di pintu masuk Pejabat Agung, berpuluh-puluh wartawan dan jurugambar menunggu ketibaan para pimpinan PAS itu.

Bagi meraikannya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memutuskan untuk membenarkan kesemua mereka mengambil gambar pimpinan PAS itu sebelum mesyuarat bermula.

ImageMaka berlari-larilah para jurugambar memanjat anak tangga bangunan PAS itu ke tingkat lima, tempat mesyuarat berlangsung, menggunakan tangga.

Ini kerana, hanya satu lif sahaja yang ada di bangunan itu dan mereka bimbang tidak sempat merakamkan detik bersejarah dalam PAS itu.

Image

(Gambar:Abdul Hadi menyambut ketibaan Nik Aziz di luar bilik mesyuarat)

Namun, para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.

"Waw ramainya," sungut para pemimpin PAS yang memenuhi Dewan Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS itu apabila jurugambar menyerbu masuk.

Pelbagai ragam mereka mengambil gambar para pimpinan PAS. Yang menjadi fokus adalah Andul Hadi dan Nik Abdul Aziz yang duduk sebelah menyebelah dalam mesyuarat ini.

Mereka meminta kedua-duanya senyum, bersalam, memandang kamera dan sebagainya.

Semuanya dipatuhi dengan baik oleh kedua-duanya di samping timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Mesyuarat ini dijangka selesai menjelang jam 12 malam. Adalah dipercayai satu sidang akhbar akan dibuat selepas itu kerana wartawan penuh di hadapan bangunan PAS bagi menunggu keputusan mesyuarat khas ini.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .