Ikuti Blog ini

Bubar DUN Perak makin hampir.


Setengah Juta Penduduk Perak Belum Daftar Sebagai Pemilih

IPOH, 16 Dis (Bernama) -- Kira-kira 500,000 daripada 2.37 juta penduduk Perak yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih terutama golongan muda yang berumur 21 tahun ke atas, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah.

Beliau berkata angka tersebut adalah berdasarkan rekod sehingga April tahun ini.

Katanya mereka yang layak mengundi sewajarnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mendaftar sebagai pemilih bagi memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat.

"Orang ramai masih kurang kesedaran mengenai kepentingan mengundi sedangkan satu undi membawa erti yang besar dalam setiap pilihan raya," kata Ahmad Adli kepada pemberita pada majlis menyerahkan kain rentang SPR bagi tujuan promosi daftar pemilih kepada Pos Malaysia cawangan Perak di sini Rabu.

Pengurus Besar Pos Malaysia cawangan Perak Mohd Azizi Mohd Sanusi berkata Pos Malaysia ingin turut membantu kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab sosial pada negara dengan menyediakan kemudahan bagi orang ramai mendaftar sebagai pemilih.

"Seperti hari ini, Pos cawangan Perak akan membantu SPR untuk mencapai objektif yang disasarkan pada tahap minima melalui 84 pejabat pos di seluruh negeri yang beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan ini (pendaftaran pemilih)," katanya.

Tugas utama Ahli Parlimen dan ADUN ialah hadir sidang.

Kemenangan BN dan kekalahan tipis Pakatan Rakyat dalam sesi undian Bajet di Parlimen kelmarin telah mencipta sejarah baru dalam sistem demokrasi di negara kita. Undian yang dilakukan dalam keadaan ramai MP kedua pihak yang ramai tidak hadir sidang. Ia menunjukkan betapa hadir sidang adalah perakara yang paling utama bagi seorang Ahli Parlimen dan ADUN.

Saya tidak kisah sangat dengan 70 orang ahli Parlimen BN yang tidak hadir sehingga mereka menang tipis dalam undian tersebut. Namun sedikit mendukacitakan ialah rekod yang menunjukkan seramai 18 orang Ahli Parlimen Pakatan rakyat (PAS, DAP dan PKR) yang tidak hadir dalam sesi yang penting itu. Jumlah itu tidak mengambil kira 3 MP Bebas yang tidak hadir iaitu Pasir Mas dan 2 dari SAPP.

PAS
P008 Pokok Sena - PAS - Mahfuz Omar
P016 Baling - PAS - Taib Azamudden Md Taib
P057 Parit Buntar - PAS - Mujahid Yusof Rawa
P101 Hulu Langat - PAS - Che Rosli Che Mat
P022 Pasir Mas - PAS - Ibrahim Ali

PKR
P052 Bayan Baru - PKR - Zahrain Mohamed Hashim
P058 Bagan Serai - PKR - Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor -PKR - Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak - PKR - Mohamed Azmin Ali
P109 Kapar - PKR - Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam - PKR - Nurul Izzah Anwar
P124 Bandar Tun Razak - PKR - Abd Khalid Ibrahim

DAP
P043 Bagan - DAP - Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan - DAP - P. Ramasamy
P049 Tanjong - DAP - Chow Kon Yeow
P050 Jelutong - DAP - Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor - DAP - Karpal Singh
P103 Puchong - DAP - Gobind Singh Deo *
P122 Seputeh - DAP - Teresa Kok Suh Sim

SAPP
P171 Sepanggar - SAPP - Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau - SAPP - Chua Soon Bui

Ramai yang membayangkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku termasuklah undi tidak percaya kepada kerajaan BN setelah bajet ditolak bila undian berpihak kepada PR,walaupun sebenarnya peluang itu cuma mungkin datang sekali sahaja dalam sejarah pengundian di Parlimen.

Bayangkan apabila PM dan TPM serta beberapa orang Ahli Parlimen dan sanator BN yang bergegas meninggalkan majlis penting diluar parlimen dan hadir untuk mengundi.

Apapun setiap kelalaian itu pasti ada sebab dan musababnya dan satu tindakan perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan pimpinan PAS, PKR dan DAP untuk menyiasat dengan teliti kenapa sejumlah ahli Parlimen masing-masing yang tidak hadir .

Selain itu saya sediri merasakan sesuatu yang tidak kena juga dengan pihak luar yang sering mengambil peluang dengan keberadaan ahli Parlimen di sekitar Lembah Kelang dengan mengatur pelbagai program dan menganggu jadual keberadaan MP dalam setiap sidang.

Sesungguhnya jika diteliti dalam insiden ini, semua pihak perlu muhasahab diri dan saya rasakan tidak perlu ada tuding-munuding dan saling mempersalahkan antara satu sama lain.

Semuga insiden ini akan menjadi ingatan kepada semua Ahli Parlimen malah ADUN yang dilantik supaya lebih amanah dengan hadir dalam setiap sidang, kerana perlu diingatkan bahawa tugas utama Ahli Parlimen dan ADUN ialah hadir pada setiap sesi sidang. Kecuali sekiranya berada diluar negara atas urusan resmi dan penting atau sesutu perkara yang tidak dapat dielakkan seperti sakit dan sebagainya namun perlu dibawah pengetahuan dan pengawasan parti masing-masing.

Penekanan dan memahamkan mereka bahawa hadir sidang adalah tugas yang paling utama adalah langkah yang paling wajar untuk mengelakkan mereka tidak hadir sidang.

Seterusnya saya cadangkan supaya parti masing-masing melalui sekretariat Parlimen Masing-masing atau bergabung atas nama pakatan Rakyat supaya ada satu pemantauan yang lebih teliti mengenai aliran kehadiran Ah;li Parlimen pada setiap kali Sidang.

Pengunaan sistem pesanan ringkas dan sebagainya sudah cukup untuk memaklumkan kepada Semua Ahli Parlimen untuk hadir dalam sesi kelmarin.

Sesungguhnya sesuatu yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya dan Islam mengajar kita untuk sentiasa muhasabah diri untuk mengatur langkah yang lebih baik dari hari kelmarin.

RM12 JUTA UNTUK BUAT RUMAH PAK LAH...



KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, Kerajaan telah membina rumah bernilai RM12 juta untuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam perbahasan hari ini mempersoalkan, dari manakah bajet itu diperolehi.

Ini kerana, ia tidak pernah dibentang dalam Dewan Rakyat untuk mendapatkan kelulusan.

TG Nik Aziz sudi dilantik 'pemimpin rohani' Pakatan




Menteri Besar Kelantan TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia dilantik sebagai 'pemimpin rohani' Pakatan Rakyat setelah gabungan parti pembangkang itu berjaya didaftarkan.

"Sekarang ini saya dilantik (sebagai) mursyidul am (PAS) oleh jawatankuasa agung (parti). Apa salahnya jika (dilantik) mursyidul am bagi Pakatan Rakyat, tidak ada apa (masalah)," katanya.

"Hendak dengar (pandangan saya) terima kasih. Tidak (mahu) dengar, (kalau) kata tidak terima (cadangan saya), saya tanya balik, tidak terima kenapa?"

TG Nik Aziz diminta mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim, seorang anggota biro politik PKR yang ditugaskan untuk mengukuhkan Pakatan, yang mengesyorkan TG Nik Aziz dilantik sebagai "pemimpin rohani" Pakatan.

Menulis di blognya pada 17 November lalu, bekas menteri itu berkata, syor itu ditimbulkan kerana Pakatan memerlukan seorang seperti tokoh kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, yang tidak bercita-cita merebut jawatan perdana menteru, tetapi bergerak atas idealisme perjuangan.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, TG Nik Aziz berkata, sekiranya dilantik memegang jawatan itu, beliau akan bersikap terbuka walaupun cadangan-cadangannya mungkin ditolak.

"Jangan pula orang tolak (cadangan), kita marah. Itu tidak Islamik. Saya acapkali kata, kalau awak tolak Islam dan kalau awak boleh bawa hujah yang kukuh, saya pun tidak mahu Islam.

"Tetapi awak tolak Islam tanpa ada hujah, hanya begitu-begitu sahaja, mana boleh saya terima?" katanya, Khamis lalu.

Ditanya sama ada jawatan tersebut akan menambahkan bebannya yang sedia ada, TG Nik Aziz berkata, tidak mengapa selagi "menambahkan pengikutnya".

"Saya lebih suka pimpin orang Cina yang berfikiran terbuka daripada pimpin orang Melayu yang tertutup fikiran," tambahnya.

Husam Bakal Anjur Rapat Umum Royalti Minyak

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berhasrat mengadakan rapat umum besar-besaran berhubung isu pemberian royalti minyak.

Katanya, rapat umum yang akan diadakan di Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur itu akan menjemput kehadiran Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Satu daripada cadangan kita untuk mengadakan majlis rapat umum ceramah besar-besaran dengan penyertaan Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bersama dimulakan dengan Kelantan, Terengganu, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pidato Rakyat bertajuk Antara Royalti dan Ehsan: Siapa Pengkhianat Bangsa, semalam.

Husam berkata, Kelantan berhak menerima royalti minyak yang disumbangkan kepada perindustrian petroleum Negara setelah menandatangani perjanjian pada 1975 selepas Akta Petroleum 1974 dibentangkan.

Katanya, mengikut seksyen 4 akta ini menyatakan bahawa segala hak keistimewaan dan khazanah petroleum yang diserahkan kerajaan negeri kepada Petronas akan menerima bayaran wang tunai.

“Dalam seksyen 4 menyatakan segala hak keistimewaan dan khazanah petroleum ini diserahkan oleh kerajaan negeri kepada Petronas dan Petronas mesti membayar wang tunai kepada kerajaan negeri yang berkenaan,” katanya.

Husam berkata, royalti yang diterima ini juga bukan sahaja untuk Kelantan tetapi juga boleh digunakan untuk membentuk satu model penggunaan wang kekayaan negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Beliau turut mendesak bakal Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed lebih telus menangani isu rasuah.

“Kita minta pesuruhjaya SPRM yang baru ini lebih adil dalam cara dia menangani isu-isu dalam negara kita dan tidak membiarkan isu-isu yang tebrengkalai,” katanya. - FANSURINA ABDULLAH (TVS)



BTN : PAS SANGGAH PANDANGAN KETUA PENERANGAN UMNO



Idris Ahmad
Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyanggah kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa bahawa negara ini akan musnah jika tiada Biro Tata Negara (BTN).

Pandang beliau jelas menafikan fakta sejarah bahawa masalah perkauman di negara ini sebenarnya menjadi begitu serius selepas BTN diwujudkan dimana kita melihat para peserta kalangan pelbagai kaum diajar tentang sejarah dan kepentingan kewujudan parti-parti perkauman seperti Umno, MCA dan MIC.

Selain itu, peserta kalangan Melayu dan bumiputra dihasut supaya membenci kaum lain dengan lagu "Anak Kecil Main Api".

Jiwa perkauman dibakar dalam dada mereka dan mereka di ingatkan agar sentiasa berwaspada kepada kaum-kaum lain.

BTN juga mengasuh pesertanya agar membenci pemimpin-pemimpin yang tidak Pro-Umno dan BN.



Pemimpin PAS dikatakan sesat, Pemimpin PKR dituduh sebagai pencetus huru hara, pemimpin DAP difitnah sebagai pelampau komunis dan ini semua hanya berlaku dalam program BTN. Peserta diasuh menjadi pembenci dan hanya taat pada Umno.

BTN menyebabkan orang-orang Melayu dan Bumiputra tidak dapat berfikir secara rasional dan mereka hanya didedahkan fakta-fakta sejarah seperti peristiwa perjuangan menentang penjajah, Darurat, Memali,
suasana politik pasca PRU 1999 dan 2008 yang kononnya negara ini sudah dikuasai kaum Cina dan India bila beberapa negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Bagi peserta Cina India atau kaum-kaum lain mereka diberikan modul yang berbeza dan didoktrinkan agar patuh kepada Kerajaan yang memerintah dan diasuh supaya melihat parti-parti pembangkang sebagai
musuh negara.

Mereka diajar supaya berterima kasih kepada kerajaan yang memberikan mereka peluang belajar, bekerja dan mendapat kemudahan lain.

Mereka diminta untuk menghormati ketuanan Melayu iaitu satu cerita dongeng yang sengaja direka oleh BTN bagi memastikan mereka sedar bahawa hanya orang Melayu sahaja yang layak memerintah negara ini.

Pemikiran-pemikiran sesat ini menafikan segala hak dan kebebasan rakyat untuk berfikir dengan wajar. Bila mereka keluar dari kursus ini perasaan curiga dan berhati-hati dengan kaum lain begitu tebal.

Hinggakan bila ada isu yang menyentuh perkataan atau status 'Melayu', walaupun hanya sekadar pertanyaan akan dibalas oleh pemimpin Umno dan cauvinis Melayu dengan hunusan Keris.

Itulah sebabnya kesimbangan perpaduan rakyat sukar untuk dicapai dan mendesak Najib melaungkan slogan '1 Malaysia'. Sebaik sahaja beliau melaungkan slogan ini, satu negara menyaksikan bahawa Perdana Menteri Malaysia sudah mengakui bahawa negara ini memang ada masalah perkauman dan perpaduan maka beliau memikirkan idea itu walaupun hakikatnya beliau tidak tahu apa nak buat untuk perbaiki kerosakan yang telah lama dilakukan oleh BTN dan pelbagai agensi Kerajaan lain.

Jika benar dakwaan Ketua Penerangan Umno bahawa negara ini makmur kerana BTN, bermakna beliau juga sudah menolak gagasan 1 Malaysia yang Najib bentangkan. Tidak ada sebab 1 Malaysia kena wujud jika rakyat sudah hidup aman, makmur dan harmoni.

Walaubagaimana pun PAS, masih melihat 1 Malaysia yang dibanggakan Umno ini hanyalah satu retorik semata-mata kerana banyak tindakan yang dilakukan oleh pemimpin Umno selama ini bertentangan dengan hasratrakyat.

Malah gimik 1 Malaysia difahami sebagai lakonan semata-mata sedangkan rakyat diluar sana masih mencari identiti dan jati diri mereka sebagai warganegara ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

Kerajaan Najib Nyaris Tumbang Lewat Malam Tadi



Dewan Rakyat bergegar dan Kerajaan Najib nyaris sahaja tumbang malam tadi!

Usul untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat (Isnin, 14 Disember 2009) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis iaitu dengan 3 undi berbanding Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, usul bagi perbekalan untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dikira lebih awal iaitu sekitar jam 10.30 malam menyaksikan ia diluluskan hanya dengan 1 undi majoriti, iaitu 60 di pihak Pakatan Rakyat dan 61 di pihak BN.

Proses pengundian yang dikenali sebagai “belah bahagi” itu berlangsung kira-kira jam 10.45 malam sehingga kira-kira jam 11.30 malam, dengan beberapa ahli parlimen BN bergegas tiba dan mulai masuk ke dalam dewan sekitar jam 10 malam.

Sebelum itu, sesi jawapan menteri bagi kementerian terakhir iaitu KDN juga seperti sengaja dilengah-lengahkan bagi menanti ketibaan ahli-ahli Parlimen BN bagi mempertahankan Kerajaan Najib. Menurut jadual, sepatutnya jawapan menteri tamat kira-kira jam 9.30 malam, tetapi berlarutan sehingga lebih jam 10 malam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di perkarangan Parlimen kira-kira 10 minit lebih awal berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sampai sekitar jam 10.10 malam.

Speaker Dewan, Tan Sri Pendekar Amin Mulai yang membacakan keputusan itu menyebutkan dengan kiraan undi untuk meluluskan Bajet 2010 ialah keseluruhan BN-66 dan Pakatan Rakyat-63. Keputusan berkenaan bagaimanapun tidak boleh dibantah walaupun cuba dilakukan oleh beberapa ahli dewan Pakatan Rakyat.

Saat-saat dramatik itu bermula ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sudah mulai riuh dan bersorak menandakan lakaran sejarah baru ini di dalam Dewan apabila di antara mereka turut mengira bahawa Pakatan Rakyat mendahului kiraan dengan majoriti tipis, iaitu 1-3 undi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga berada di dalam dewan dilihat begitu tenang namun serius mengemudi ‘penentangan’ hebat tersebut. Turut bersama menggempur BN saat itu ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas dan Lim Kit Siang, Pengerusi DAP.

Menurut seorang ahli parlimen yang berada di situ, beliau ragu dengan jumlah undi yang tertulis dan diserahkan kepada Speaker oleh Setiausaha Dewan, Datuk Rosmini Ahmad.

“Setiausaha Dewan tuliskan angka itu dikertas dan dia sendiri pun kelihatan sudah menggigil dan pucat muka,” katanya.

Menurut sumber yang tidak mahu namanya dipetik berkata, kiraan untuk Bajet 2010 itu bertambah bilangannya apabila dua lagi ahli dewan baru masuk ke dalam dewan iaitu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan, disusuli ketibaan Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga merupakan Presiden MCA.

Seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasah Rasiah bangun dan cuba membantah sewaktu usul bagi KDN yang diluluskan begitu cepat dan perlunya kiraan semula, tetapi telah ditolak oleh Speaker dewan.

Lebih mengharukan menurut ahli parlimen itu lagi, terdapat beberapa orang senator yang masih berada di dalam Dewan, yang memungkinkan turut dikira sedangkan senator adalah tidak layak untuk mengundi dan tidak boleh berada di dalam dewan sewaktu proses pengundian.

Selain itu, buat pertama kalinya, dua timbalan speaker terpaksa duduk di tempat ahli parlimen bagi dikira sekali undian mereka, iaitu Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Memang hal ini dibenarkan mengikut peraturan dewan, tetapi ia tidak pernah terjadi sebelum ini.

Para pegawai Perlimen yang bertugas juga menyaksikan episod tersebut. Andai tidak, kita akan menyaksikan bagaimana buat pertama kalinya, BN tumpas dalam kiraan undi di Dewan Rakyat yang memboleh implikasi kerajaan Najib menerima usul undi tidak percaya.

Pada sebelah siangnya, Speaker dewan turut menolak usul pindaan Akta Pembangunan Petrolium 1974 yang antara lain menyebabkan kerajaan negeri Kelantan dinafikan hak mendapat royalti minyak daripada kerajaan Pusat.

DS Nizar cabar Zambry tamatkan krisis Perak

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Nizar Jamaluddin menganggap kenyataan Menteri Besar BN Perak, Zambry Kadir yang mahu menyelesaikan isu Perak sebagai kenyataan retorik yang sering diucapkan oleh pemimpin-pemimpin BN.

"Saya amat mengalu-alukan kalau benar Zambry mahu menyelesaikan krisis Perak secara berhemah supaya pembangunan serta pertumbuhan ekonomi Perak dapat dilakukan.

"Dan saya tidak nampak apa-apa jalan penyelesaian selain dari DUN di bubarkan dan pilihanraya kecil negeri Perak dapat dijalankan. Biarlah rakyat Perak sendiri tentukan siapakah yang layak memimpin mereka.

"Kewujudan kerajaan haram di Perak amat memalukan malah pelabur juga takut untuk datang melabur dan mangsanya adalah rakyat Perak," jelas Nizar sejurus selepas merasmikan Pelancaran buku 'Perak Darul Kartun' di Hulu Klang baru-baru ini.

Menurut Nizar, kalaulah benar Zambry mahu menyelesaikan krisis Perak, Zambry boleh menyelesaikannya dengan mengadap sultan dan membubarkan DUN.

"Inilah yang saya katakan bahawa Zambry ini hanya retorik dan mengabui mata penuntut kita di luar negeri seolah-olah pelajar-pelajar kita disana tidak tahu apakah keadaan sebenar di Perak.

"Berdasarkan pengalaman bersama pemimpin BN selama hampir sepuluh bulan selepas merampas Perak dari PR, kita dapati pelbagai kenyataan retorik dibuat untuk pemimpin-pemimpin ini yang bertujuan untuk menghalalkan cara.

"Walhal bukan sahaja rakyat malah seluruh dunia mengetahui bahawa kewujudan kerajaan haram Perak sehing tidak ada langsung pelaburan luar berani untuk melabur di Perak,"ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Katanya,"Pelabur dan rakyat Perak tidak perlu lagi dibohongi dengan pelbagai retorik dan cukuplah dengan apa yang telah berlaku.

"Mengapa Zambry bimbang dan takut untuk membiarkan rakyat membuat pilihan.

"Inilah retorik 1 Malaysia yang menyebut rakyat di dahulukan sedangkan kehendak rakyat Perak supaya sebuah kerajaan berdaulat yang mendapat sokongan rakyat dinafikan.

"Inilah babak retorik demi retorik Zambry dan pemimpin-pemimpin BN terhadap rakyat Perak sedangkan realitinya mereka amat takut kepada rakyat kerana mereka sedar rakyat tidak bersama mereka.

Kenyataan Nizar tersebut ekoran laporan media yang melaporkan kenyataan Zambry di London yang mengharapkan semua pihak di Perak supaya menyelesaikan krisis di negeri itu bagi membolehkan pembangunan ekonomi negeri dapat di teruskan.

Sementara itu ketika merasmikan pelancaran buku 'Perak Darul Kartun' yang dikelolakan kartunis Zunar, Nizar berkata negeri Perak telah dilebel dengan pelbagai nama kerana ditadbir oleh kerajaan yang tidak mendapat restu rakyat.

"Perak ini dah jadi lebih dari kartun. Watak-watak yang merampas kuasa dari PR telah mencemarkan seluruh institusi kedaulatan Perak sehingga menjadikan Perak lebih teruk dari kartun.

"Kartun pun boleh gelak dengan kartun-kartun yang merampas kuasa di Perak. Buat jambatan gantung dua minggu runtuh. Siapa yang membuat dan dari sumber kewangan mana pun tak di ketahui serta tak dapat di kesan hingga saat ini, " jelas Nizar yang disambut ketawa sinis hadirin.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Adun Ulu Klang, Shaari Sungip.

Kaji semula ucapan 'Salam 1Malaysia' - ulama


Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’.

Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.

Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.

Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama.

"Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.

Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita.

Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.

Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu. Beliau sebelum ini dilihat lebih cepat mengkriitik dan mempersendakan pemimpin PAS.

Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.

Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957.

“Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan.

“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America.

Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam berdasarkan kepada tauhid.cni

Vokalis Mellisa dan gitaris Samudera bersatu untuk Islam

PERMATANG PAUH, 14 Dis: Keaktifan dua bekas anggota kumpulan rock tanahair penghujung 90 an Melissa dan Samudera menyampaikan dakwah menerusi lagu bertemakan Islam wajar dihargai kerana cara tersebut boleh membantu meningkatkan kefahaman Islam di kalangan golongan muda.

Bagi Vokalis Melissa yang terkenal dengan lagu 'Cinta Untuk Nabila', Mohd Rodzi Abdul Hamid dan bekas gitaris kumpulan Samudera, Syed Anuar Syed Yusof yang top dengan lagu 'Salam Sejahtera' kini boleh terus berbangga.

(Gambar: Mohd Rodzi kini berubah wajah)

Ini kerana, kalau dulunya mereka menjadi idola remaja yang tergilakan muzik slow rock, kini bertekad akan membawa lagu-lagu berunsur nasihat pula semata-mata ingin melihat perubahan pada masyarakat.

Ini kerana diri mereka pernah disanjung setinggi langit dan tahu betapa agungnya di saat itu namun kini semuanya telah berubah kerana ingin mencari kelainan setelah menyedari kekosongan pada diri sendiri.

Kegelisahan jiwa terutamanya, menjadi kusut walaupun di saat-saat kegemilangan dan hanya dapat menemui titik ketenangan bila berhasrat meninggalkan terus lapangan yang diminati sejak kecil.

Maklumlah kata mereka, zaman itu pergilah ke mana sahaja samada pesta, karnival, konsert dan sebagainya pasti mendapat pujian, tambahan lagi di kelilingi peminat wanita.

"Dulu saya pernah di atas mendapat sanjungan ramai tapi kini saya terus berbangga walaupun tidak lagi sehebat dulu. Sekarang ini terdapat ketenangan yang tidak ada pada zaman muda," ujarnya sebelum mendendangkan lagi top Melissa 'Cinta Untuk Nabila'.

"Saya pula walaupun tidak menjadi penyanyi utama Samudera dan hanya pemain gitar utama turut terasa bahang kemasyhuran apabila gambar sering terpampang di dada akhbar. Namun itu hanya sementara dan sekarang jiwa saya benar-benar tenang, " jelasnya yang kini berhasrat mahu muncul dengan Samudera semula tetapi berlainan imej dan penyampaian jika usahanya perbincangan dengan syarikat rakaman membuahkan hasil.

(Gambar: Syed Anwar di malam kesenian Islam)

Penonton walaupun tidak seramai malam konsert rock tetapi kehadiran mereka benar-benar membuktikan kesungguhan untuk memberi semangat baru kepada dua bekas anggota rock berkenaan setelah kembali dengan imej baru di mana Radzi nampak macam ala kumpulan Al-Arqam manakala Syed Anuar macam ala Jemaah Tabligh.

Semalam mereka mengadakan persembahan sempena Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam di Dataran Pusat Bimbingan Islam Darul Huda, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Selain menjemput artis yang terkenal dengan irama rock, kumpulan Nasyid sebaris dengan Raihan, Hijjaz dan Rabbani iaitu Kumpulan Rusdan turut mengadakan persembahan pertama setelah tidak bersama 11 tahun lalu.

Turut disajikan dalam program tersebut ialah bacaan sajak, bercerita dalam Bahasa Mandarin dan pantomen bertajuk 'Tidak hargai jasa bapa'.

Siapa sentuh Tok Guru Nik Aziz akan dapat tentangan - Anwar


KULIM : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.

Menurut Anwar lagi dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita.

"Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan.

"Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan antara rasuah dan ibadah ini berterusan mencelarukan masyarakat.

"Sudah pasti tidak. Oleh kerana itu kita tunjukkan sokongan kita dengan memberi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak kepimpinan mereka," katanya.

Kenyataan Anwar itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada ribuan hadirin yang membanjiri Stadium Mini Keladi tersebut.

Dalam ucapan tersebut Anwar juga membidas tindakan media arus perdana yang sengaja memutarbelitkan fakta dengan tidak menceritakan keadaan sebenar yang berlaku.

"Apa yang berlaku tidak dinyatakan dengan benar oleh media mereka.Bagi mereka berita yang sememangnya benar tetapi tidak menyebelahi mereka tidak akan menjadi laporan utama.

"Tetapi sekiranya berita tersebut walaupun kecil tetapi dapat mereka sensasikan maka itu akan menjadi tajuk utama mereka."

Anwar berkata demikian semasa melancarkan ceramah tanpa henti selama 40 hari seluruh negara anjuran PKR yang telah diadakan di Stadium Mini Keladi, Klang Lama, Kulim.

Turut hadir ialah Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amiruddin Shaari. Ahli Parlimen Kulim- Bandar Bharu, Zulkifly Noordin dan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang.

Penilaian Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Di tangguh, 10 Menteri Gagal

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/013_kpi2.jpgKUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno/ Barisan Nasional hari ini gagal membentangkan laporan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI-Key Performance Index) apabila 10 menteri kabinet gagal menyerahkan laporan masing-masing.

Dengan itu, pembentangan laporan tersebut terpaksa ditunda sehingga akhir bulan Disember, sebulan terlewat dari sasaran sebagaimana di tetapkan Najib sendiri, penilaian dibuat setiap enam bulan sekali.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak berkata beliau akan berjumpa dengan menteri berkenaan dalam beberapa hari ini, bagi memastikan KPI yang dibentangkan setelah enam bulan beliau mengambil alih tampuk pemerintahan.

"Saya akan menemui beberapa menteri esok dan yang lain selepas Persidangan Iklim di Copenhagen. Semua (penilaian) pembentangan akan selesai akhir bulan ini," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.

Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat kali ketiga berkaitan persiapan akhir KPI.


Berikutan itu, akhbar-akhbar media perdana tidak melaporkan kegagalan tersebut sebaliknya memusingkan kepada soal pencapaian keseluruhan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang ditonjolkan sebagai ‘mencapai tingkat puas hati’ Perdana Menteri

(video) - WACANA PERDANA "Islam Di Malaysia: Realiti & Harapan"


WACANA PERDANA "Islam Di Malaysia: Realiti & Harapan"





Buku terkini Tuan Guru Hj Abd Hadi

Ideologi yang memisahkan agama dan urusan dunia semakin menular sehingga Islam hanya dianggap sebagai agama ritual. Benarkah Islam hanya mengutamakan ibadat semata-mata tanpa mementingkan urusan dunia seperti pemerintahan negara? benarkah Islam menindas hak bukan Islam dalam pemerintahannya?

Buku "Bagaimanakah Islam Memerintah Negara" mengupas secara jelas konsep dan bagaimana aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan dan mengutamakan kesejahteraan. buku ini juga menjawab tohmahan sekular yang mengatakan islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan. -Presiden PAS

Negeri Lain Menghargai SRAB Tatkala Terengganu Menguburkannya

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/SRAB2.jpg

KUALA TERENGGANU - Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Terengganu yang dibangunkan semasa kerajaan PAS memerintah, telah ditutup ‘secara rasminya’, bersama berakhirnya penggal persekolahan tahun 2009 baru-baru ini.

Dengan itu, pihak-pihak yang ‘cemburu’ dengan penubuhan sekolah tersebut, kini bolehlah menarik nafas lega, kerana dapat menghapuskan saki baki peninggalan yang menjadi bukti kejayaan kerajaan PAS (1999 – 2004).
Antara yang ‘sinis’ terhadap penubuhan SRAB adalah Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Awal-awal lagi, pada 16 Januari 2002, GPMS dalam satu kenyataan yang disiarkan sebuah akhbar, telah memberi persepsi yang ‘serong’ terhadap SRAB.

Berita yang bertajuk ‘GPMS bimbang nasib murid SRABT’, telah menakut-nakutkan ibu bapa dan masyarakat, supaya mereka tidak menghantari anak-anak ke sekolah berkenaan.

Selain itu, kesumat dan dendam Umno dan Barisan Nasional (BN) terserlah apabila, satu demi satu usaha murni Kerajaan PAS dikhianati, termasuk bidang pendidikan.

Apabila kembali berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke 11 pada 21 Mac 2004, kerajaan BN Terengganu diketuai Dato’ Seri Idris Jusoh telah menghentikan pengambilan pelajar SRAB bermula tahun 2005.

Tindakan tersebut menjadikan kumpulan terakhir pelajar yang berdaftar pada 2004, menamatkan pembelajaran pada tahun 2009.

Pengganti Idris, Dato’ Ahmad Said mengikuti jejak Idris, meneruskan keputusan mahu menguburkan SRAB dan polisi Idris menghentikan pengambilan pelajar, tetap dilaksanakan.

Jawapan yang diberikan oleh Exco berkenaan dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu, berkenaan penutupan SRAB, hanyalah merupakan alasan-alasan bagi menghalalkan tindakan ‘bobrok’ kerajaan Umno/BN Terengganu.

Ia terbukti kerana negeri Johor yang juga di perintah Umno/BN begitu menghargai SRAB yang beroperasi dinegeri itu.

Di Johor, terdapat lapan buah SRAB, yang mana setiap satu daerah mempunyai sebuah sekolah. SRAB adalah milik kerajaan negeri Johor dan pentadbirannya di bawah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Negeri Johor.

SRAB Johor telah ditubuhkan lebih 11 tahun lalu, diberikan kemudahan mempunyai bangunannya sendiri. Sebagai contoh SRAB Kota Tinggi terdapat 30 orang guru dengan hampir 400 orang murid.

Sesi persekolahan SRAB Johor bermula jam 7.45 hingga 4.30 ptg. matapelajaran yang diajar meliputi semua subjek KBSR dan KBSA (Kurikulum Baru Sekolah Agama Johor) seperti tauhid, akhlak , ibadat, sirah , jawi , Al-quran, PAQ (tafsir), dan beberapa lagi.

SRAB di negeri Johor telah berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang UPSR terutamanya SRAB Muar yang saban tahun melahirkan paling kurang 20 orang mendapat 5A dalam UPSR. begitu juga SRAB daerah lain.

Justeru, penutupan SRAB Terengganu tetap ‘ditangisi’ oleh bekas-bekas pelajar dan mereka yang terlibat dengannya.

Seorang bapa pelajar, Mohamad Ali, 40, menyifatkan penutupan sekolah SRAB di seluruh negeri ini sebagai satu peristiwa malang dalam pendidikan negara.

Katanya, prestasi para pelajar SRAB setanding dengan sekolah-sekolah rendah kelolaan kerajaan pusat malah lebih baik dalam pencapaian Ujian Penilaian Sijil Rendah (UPSR).

“Saya rasa penutupan SRAB ini hanya kerana sekolah ini diwujudkan oleh kerajaan PAS Terengganu waktu itu dan usaha menghapuskan jasa PAS melalui penutupan SRAB.

“Jemaah IbuBapa dan Guru di sekolah ini pun tidak setuju SRAB ditutup tetapi kerajaan negeri ‘berkeras’ tidak mahu meneruskan,” jelasnya.

Seorang lagi bapa pelajar, Abdul Razak Wahab, 46, berkata pencapaian di SRAB jauh berbeza dan mempunyai prestasi pelajaran yang sangat cemerlang.

“Anak saya sudah boleh menguasai bacaan jawi dengan baik dan boleh menyebut banyak perbendaharaan kata bahasa Arab, selain boleh membaca frasa-frasa pendek bahasa Quran itu.

“Jika bidang pelajaran yang selama ini dianggap sukar oleh semua orang dapat dikuasai apalah sangat dengan kemahiran menulis, membaca dan mengira bahasa ibunda sendiri.

“Kemampuan menguasai bahasa Inggeris di sekolah ini juga lebih baik. Saya amat bersyukur kerana anak-anak saya di sekolah biasa hanya ketika Tahun Empat atau Tahun Lima baru boleh membaca,” ujarnya.

Seorang bekas pelajar SRAB yang memperolehi keputusan 4A 1B dalam Ujian Pemilaian Sekolah Rendah tahun 2009 turut mempersoalkan keputusan kerajaan.

Ia jelas dinyatakan melalui catatan dalam blognya seperti dibawah;

Aku adalah seorang pelajar tahun enam di Sekolah Rendah Agama Bersepadu yang nama ringkasnya SRAB. Sekolah ini di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu(JHEAT).Keputusan UPSR alhamdulillah,aku telah berjaya mendapat 4A 1B(sains).

Walaupun aku tidak berjaya mendapat 5A,namun aku tetap bersyukur . Rakan-rakan dan guru telah mengucapkan tahniah kepada kejayaan itu.Aku hanya mampu tersenyum dan berkata'terima kasih dan tahniah juga kepada guru yang telah sama-sama bersusah payah untuk memperolehi kejayaan ini.

Dua rakan karibku K*****h dan A***a telah berjaya mendapat 5A.Tahniah kepada mereka berdua.

Apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah mengenai sekolah aku akan ditutup dan tiada lagi sesi pembelajaran pada tahun depan. Apalah malang nasib sebuah sekolah agama yang telah berjaya dengan cemerlang pada tiap tahun keputusan UPSR dikeluarkan.

Tahun ini kejayaan sekolah SRAB ini telah keluar disuratkhabar . Kejayaan seramai 21 pelajar mendapat 5A dan 21 pelajar lagi memperolehi 4A dan 1B.

Sepatutnya sekolah agama rendah ini diteruskan demi masa depan anak-anak melayu Islam.

Untuk rekod, SRAB diperkenalkan semasa Kerajaan PAS Terengganu bertujuan memberi pendidikan asas kurikulum Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan akademik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada semua kanak-kanak Islam di negeri ini.

Hasrat kewujudan sekolah berkenaan untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia, kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi mencapai muslim yang bertaqwa dan mendapat keredhaan Allah.

Sebanyak enam buah SRAB berjaya diwujudkan iaitu Khairiah, Kuala Terengganu; SRAB Al-Falah, Kemaman; SRAB Sultan Ismail, Dungun; SRAB Mahmudiah, Kuala Berang; SRAB Maarif, Besut dan SRAB Ittifakiah, Jertih.

Syarat kemasukan ialah pelajar atau bapa dilahirkan di negeri Terengganu berumur tujuh tahun pada tarikh pengambilan manakala tempoh pengajian selama enam tahun dan masa belajar bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.

Mata pelajaran KBSR yang diajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan seni dan Pendidikan Jasmani. Manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah Agama (Arab dan Agama) pula terdiri daripada al-Quran, Tauhid, Ibadah, Akhlak, Tulisan Jawi, Sirah dan Tajwid.

Meski pun Kerajaan PAS yang menubuhkan SRAB, namun tidak semua ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah tersebut terdiri di kalangan penyokong parti itu.

Bahkan, ramai juga di kalangan orang Umno yang cerdik turut berbuat demikian kerana percaya akan kebaikan dan keunggulan kurikulum SRAB yang sebelum itu sangat ditunggu-tunggu oleh masyarakat di negeri ini dalam pendidikan anak-anak mereka.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .