Ikuti Blog ini

Sambutan Gilang-Gemilang PR 2 Tahun di Pulau Pinang


Menjelang dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada 8 Mac ini, berbagai program telah disusun atur bagi memeriahkan sambutan yang diadakan selama lima hari bermula 6 Mac.

Pengerusi Hal Ehwal Islam Pulau Pinang, Abdul Malek Kasim dalam kenyataan medianya berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diwajibkan berada di setiap program yang melibatkan penyertaan mereka seperti mengedarkan risalah penerangan di beberapa lokasi pasar malam, pasar hari, medan selera, pasar raya dan sebagainya.

Malam kemuncak sambutan turut melibatkan semua pemimpin keempat-empat negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan pada 10 Mac bertempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya bermula jam 9.00 malam.

Datuk Seri Azizan Abdul Razak

Tan Sri Khalid Ibrahim

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik

Lim Guan Eng

Mereka ialah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat serta Lim Guan Eng.

"Semua rakyat diminta hadir beramai-ramai untuk mendengar sendiri apa yang diperjuang dan menjadi dasar kerajaan yang ada di bawah Pakatan Rakyat, " tambahnya yang juga Pengerusi Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang.

Menurut beliau yang juga Adun Batu Maung, pada 6 Mac sebelah pagi, semua Adun Pakatan Rakyat akan ke pasar Bayan Baru, Sungai Ara, Taman Lip Sin dan Taman Ipin, Jalan Baru Batu Maung.

Sebelah malamnya pula siri ceramah penerangan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibung dengan menampilkan tiga setiausaha agung parti PR.

Pada 7 Mac, program edaran risalah diteruskan ke pasar Kepala Batas, pasar hari di Penaga, Tasek Gelugor dan Nibung Tebal.


Manakala Majlis Kenduri Rakyat juga diadakan di Bakau Tua pada pukul 12 tengah hari di mana para petugas dan Adun Pakatan Rakyat akan dipertemukan di sana.

Sebelah malam, dua ceramah serentak iaitu di Dewan Millenium yang diuruskan oleh Sekrateriat Wanita Pakatan Rakyat dan debat perdana antara Sekrateriat Pemuda Pakatan Rakyat dengan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Jais Karim, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zailan.

Pada 8 Mac pula, pukul 4.00 petang taklimat GST oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.
Kuliah Maghrib khusus menceritakan dasar dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Masjid Kampung Melayu dan Pusat Pendidikan Padang Menora, Tasek Gelugor.

Malam tersebut juga diadakan dua ceramah serentak iaitu di Padang Menora dan Dewan Serbaguna Nibung Tebal.

Pada 9 Mac, edaran risalah diteruskan di Pasar Chowrasta. Kuliah Maghrib di Masjid Terapung, Tanjung Bungah manakala ceramah diadakan di Kompleks Sukan, Balik Pulau dan Taman Ciku, Bukit Mertajam.

Pada 10 Mac, semua Adun akan menyedarkan risalah di Pasar Seberang Jaya dan Taman Cermai, Permatang Pauh.

Kuliah Maghrib diadakan di semua daerah di mana kemuncaknya cerama menteri besar dan ketua menteri dari negeri Pakatan Rakyat.

‘Veteran’ bekas PKR dianggap musuh masa depan negara

PETALING JAYA, 4 Mac: Wakil-wakil rakyat muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap beberapa wakil rakyat `veteran’ yang keluar daripada parti itu dan Pakatan Rakyat sebagai musuh pada masa depan negara dan mengkhianati harapan rakyat.

“Tindakan mereka tidak peduli malam sesungguhnya memusuhi masa depan negara dan rakyat. Mereka telah mengkhianati harapan rakyat biasa di Malaysia yang memilih (mereka yang terbabit) untuk perubahan dua tahun lalu,” jelas Adun Batu Caves, Amirudin Shari selaku jurucakap bagi wakil rakyat muda PKR itu dalam suatu sidang media di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Menurut beliau lagi, tindakan mereka yang terbabit meninggalkan parti itu bukanlah disebabkan dasar parti yang tidak adil.

Sebaliknya, beliau mendakwa insiatif mereka yang terbabit keluar dari parti itu disebabkan masalah yang terlalu peribadi, yang bukan menjurus pada kepentingan rakyat.

Ekoran itu, beliau bersama-sama 11 wakil rakyat belia PKR menganggap pemimpin-pemimpin veteran PKR terbabit sebagai ‘biawak-biawak hidup’.

Disebabkan tindakan keluar dari parti itu, Amiruddin turut menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat sedang menilai ‘biawak-biawak hidup’ terbabit.

“Mereka mengisytiharkan diri mereka bebas, sedangkan semua (rakyat) melihat mereka sedang bergantung dengan corak rasuah dan pendekatan kuno masa lalu.”

“Dengan memilih tindakan jahat ini, mantan pimpinan Keadilan yang bertindak keluar parti ini memilih untuk terus memandang ke belakang,” jelasnya

Tambahnya lagi, walaupun mungkin akan ada lagi wakil rakyat veteran meninggalkan PKR kelak, beliau menegaskan bahawa wakil rakyat belia dari parti tersebut tetap berikrar untuk tidak meninggalkan parti tersebut serta tidak akan mengkhianati muafakat Pakatan Rakyat.

“Kami (wakil rakyat belia) tetap tidak akan patah balik dan kami mahukan perubahan, kamu mahu berkhidmat kepada rakyat dan kami kamu terus dipercayai oleh rakyat dan Pakatan Rakyat,” jelasnya lagi.

Sebagai wakil rakyat berusia belia, beliau bersama-sama 11 wakil rakyat belia PKR yang lain turut menyatakan sikap terbuka untuk menerima nasihat, saranan dan kritikan daripada rakyat asalkan agenda selamatkan tanah air dari kepincangan kerajaan Umno/BN boleh direalisasikan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Selain beliau, 11 lagi wakil rakyat belia PKR mengumumkan tidak meninggalkan parti pada majlis itu ialah Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), Amran Ghani (Ahli Parlimen Tanah Merah), S. Manikumar (Adun Bukit Selambau merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah), Gan Pei Nei (Adun Rawang), Yunus Jamhari (Adun Kuala Kurau), Chang Lih Kang (Adun Teja), Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai), Sim Tze Tzin (Adun Pantai Jerejak), Kesavan (Adun Hutang Melintang) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia).

Turut menyertai mereka ialah Yusmadi Yusoff walaupun Ahli Parlimen Balik Pulau itu telah pun menyatakan pendirian untuk tidak meninggalkan PKR pada suatu kenyataan akhbar petang semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, 12 Ahli Parlimen yang tidak berjawatan penting dalam PKR petang semalam turut menjelaskan pendirian yang sama, iaitu tidak meninggalkan parti itu serta kekal menjadi wakil rakyat bagi Pakatan Rakyat.

Manakala, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, iaitu tiga pemimpin yang dianggap veteran sebelum ini telah pun mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Dalam perkembangan yang lain, pergolakan dalaman yang dipercayai umum didalangi oleh Umno itu dikatakan akan berterusan sehingga BN mendapat dua pertiga suara majoriti di Parlimen kelak.

Dengan adanya dua pertiga representasi tersebut, Umno/BN seperti dipercayai umum boleh membuat persempadanan semula Parlimen dan Dun, sebagaimana yang diperjelaskan dalam Perlembagaan, sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan masa PRU13 kelak.

Mohsin hadapi solat hajat tujuh hari tujuh malam

Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad.

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi ini, sejumlah 200 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.

Gambar Sekitar Muktamar Wehdatul Islamiah

Lihatlah wajah - wajah bersih berseri para alim ulama' Islam yang bersidang bagi mencari arah penyatuan Ummat Islam berdepan konspirasi musuh - musuh Islam antarabangsa yang senantiasa menanti peluang untuk pecah belahkan ummah .


Muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 yang berlangsung di Kota Tehran menyaksikan sekitar 200 orang ulama' dari seluruh dunia dari pelbagai aliran pemikiran dan mazhab bersidang mencari nokhtah pertemuan dan meminimakan perbedaan yang boleh dielakkan agar ummat Islam kembali bangkit menjadi suatu kuasa besar dunia.

Persidangan muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 ini bertepatan dengan sambutan ulangtahun keputeraan Nabi kita Muhammad saw . Suhu pula seperti menghormatinya apabila salji mula mencair dan cuaca mula menampakkan cahaya matahari .

Persidangan ini menggunakan 3 bahasa . Pertama bahasa Arab , kedua bahasa Parsi dan ketiga ialah bahasa Inggeris kecuali dua pembentang menggunakan bahasa Rusia dan Perancis dan diterjemah ke dalam bahasa Arab .

Sejurus Muktamar ini dirasmikan oleh Ayatullah Asy Syeikh Al Hasyimi Ar Rafsanjani , ucapan pembukaan turut diberi penghormatan kepada :

Prof. Dr Burhanudin Rabbani Bekas Presiden Jumhuriyyah Afghanistan ,
Al Maulavi Muhammad Ishak al madani Pengerusi Majlis Tertinggi Majma' Taqribd
Ustaz Dr. Abdel Aziz At Tuwaijiri Mudir ISISCO
Al Ustaz Dr. Adil Al Falah wakil Kementerian Auqaf Kuwait .
Al Ustaz Dr. Nuur Ali Adam Menteri Awqaf Somalia .
Hujjatul Islam Asy Syeikh Mohd Hassan Al Akhtari S/U Agung Majlis Ahli Bait
Al Ustaz Asy Syeikh Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]

Pembentang Kertas Kerja :

Al Ustaz Asy Syeikh Mukhtar As Salaami
[ Bekas Mufti Kerajaan Tunisia ] : Jalan Keluar dari Pengaruh Negatif Kepuakan
Al Ustaz Dr. Jaafar Abdus Salaam
[ S/U ar Rabitah Jaamiat Al Islamiyyah ] : Fenomena Hidup dan Keperluan al Ijtihad
As Syed Sadruddin Al Qabanji
[ Imam Najaf al Asyraf ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah An Nabawiyyah


Asy Syeikh Zafar Najar .
[ Presiden Majlis Al Islami Afrika Selatan ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah
Al Ustaz Dr. Quraisy Syihab .
[ Penulis dan Pemikir Islam Indonesia ] : Pidato Umum
Al ustaz Dr. Fuad Al Barazi.
[ Presiden Rabitah Al Islamiyyah Denmark ] : Sebab Ikhtilaf Fuqaha'
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim As Saayih.
[ Penysyarah Univ. Al Azhar ] Ummat Islam : Keperluan segera untuk Taqrib

Asy Syeikh Taajudin Al Hilali
[ Bekas Mufti Australia ] : Pidato Umum
Ustaz Dr Abdul Wahid
[ Pengkaji dan Pemikir islam Denmark ] : Problems in the Muslim ummah .
Ustaz Dr. Othman Jaah
[ Pengerusi Majlis Taqrib Zambia .

Al Ustazah Dr. Lina Al Humsi
[ Pensyarah Univ. Damascus ] : Realiti sebuah Penyelewengan bagi Kelompok
Al Ustaz Dr. Muhammad Al Aasi
[ Al Imam marKaz Al Islami Washington ] : Rasionalism Vs Sectarianisma
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim Umar Mahyudin
[ S/U Agung Markaz Pengajian Al Wehatil Islamiyyah ] Kesan Negatif bagi Riwayat Sejarah terhadap Penyatuan Ummat Islam .


















Sidang DUN Perak 30 Mac : Apa akan terjadi ?

Amat menarik untuk diikuti perkembangannya apabila Dewan Undangan Perak akan bersidang pada 30 Mac ini. Persidangan tersebut merupakan kali pertama selepas Pakatan Rakyat Perak bersetuju untuk berbuat baik dengan musuh-musuh mereka dalam kerajaan Barisan Nasional di bawah Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Speaker Haram dari hutan Sungkai, Datuk R. Ganesan mengesahkan bahawa notis untuk menghadiri persidangan sudah dihantar kepada 59 Adun.

Beliau berkata persidangan tersebut merupakan yang pertama kali bagi penggal ketiga dari pada yang ke-12 Persidangan DUN Perak, yang bererti bahawa samada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah atau putera baginda, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah akan hadir untuk merasmikan pembukaan DUN.

Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk bekerja sama dengan BN selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan pada Feb 9 bahawa Zambry adalah Mentri Besar Perak.

Kesepakatan mereka adalah dengan syarat bahawa kerajaan Barisan membenarkan wakil-wakil pembangkang menghadiri mesyuarat majlis tindakan daerah serta janji untuk memerintah dengan transparansi, akuntabiliti, integriti, keadilan dan kesejahteraan.

Namun, bagaimana nanti tindakan wakil-wakil Pakatan Rakyat untuk menghadiri DUN kerana walaupun mereka bersetuju untuk bekerja sama dengan Barisan, mereka telah menegaskan bahawa jawatan Speaker masih milik V. Sivakumar.

Semasa dua persidangan negeri yang lepas, pada 7 Mei dan 28 Okt, kekecuhan akibat pertelagahan dan panggilan gelaran nama adalah gambaran persidangan sebenar – bukan perbincangan sebuah persidangan dewan undangan negeri.

PR Perak, dijangka akan mengadakan pertemuan pada hari Jumaat 5 Mac ini di Ipoh untuk membincangkan strategi mereka akan datang bagi menghadiri persidangan tersebut.

Komen : Ingatan kepada Speaker V Sivakumar – Jangan lupa pesanan Mat Sabu tempohari supaya jangan pakai seluar dalam …/ end

Wajah-Wajah Pendusta Keparat.!!! Semoga Laknat ALLAH Buat Kalian


Wujud Rancangan Rapi Jatuhkan Pakatan


PETALING JAYA - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan tindakan wakil rakyat PKR yang keluar dan menyerang parti itu sebagai alat dalam sebuah rancangan rapi untuk menjatuhkan ahli komponen Pakatan Rakyat itu.

Beliau dan rakan-rakannya bagaimanapun yakin tindakan itu tidak akan berhasil kerana kelemahan PKR adalah hanya dari aspek pengurusan dan bukannya dasar-dasar seperti yang di alami oleh Umno.

“Bermakna ia satu rancangan rapi, secara logik seseorang ahli poltik keluar dari parti kerana tidak puas hati maka dia keluar dari tempat itu, tetapi bila keluar dan ada peranan lain untuk memburukkan parti, bermakna ada satu perbincangan dan perancangan yang agak rapi semasa dalam parti dan selepas keluar menghentam parti sebenranya juga terlihat sebagai satu perangcangan agak rapi.

“Tapi yang keluar dari Pakatan Rakyat memasuki BN itu cederung menyokong BN dan sebagainya, yang merancang sudah tentu BN,”katanya.


Sementara itu Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof melihat ia sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran PKR untuk memperbaiki sistem pengurusan.

Katanya, dasar perjuangan PKR ternyata tiada kepincangan kerana tiada mana-mana wakil rakyat yang keluar parti mempertikai dasar perjuangan parti itu, sebaliknya mengkritik isu pengurusan.

“Dalam hal ini kita sebagai sebuah parti mempunyai asas yang baik iaitu PKR, berbanding dengan BN kerana ia ditolak atas banyak sebab dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar, daripada isu dasar, isu pengurusan, isu urustadbir, akhlak dan tingkahlaku dan sebagainya. Memang tidak dapat diselamatkan.

“Kita hari ini dikritik dan dibebani isu-isu hanya isu pengurusan dan tidak ada isu dasar kerana tidak ada yang keluar mereka mempertikaikan keluar kerana agenda PKR, agenda keadialn ekonomi, sosial toleransi agama, itu sudah lari..tidak ada seorang pun tidak ada,”katanya.

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pula menyifatkan tindakan beberapa wakil rakyat PKR keluar pati sebagai satu proses pencerahan dalaman parti.

“Bagi saya TV3 mainkan macam-macam seperti 10 lagi akan keluar ..saya tidak merasakan itu berlaku, kita akan lebih kuat menyokong parti. Semalam saya berceramah di hadapan rakyat di kawasan saya, mesej saya jelas kita akan kekal dalam perjuangan. Ada sesetangah pihak yang dapat tawaran macam-macam, mereka ambil kemudian keluarlah.

“Sebab itu saya sering memberitahu Datuk Seri Anwar, kita kena bersih..dalam pilihan raya akan datang kita kena tapis calon sebelum letak yang betul-betul berjiwa rakyat, turun padang dan benar-benar berjuang, bukan seperti sesetengahnya yang separuh jalan kemudian lompat. Saya setuju dengan Anwar kita perlu bersih, yang keluar, biar keluar seperti yang mata duitan tidak fikir tentang rakyat, yang keluar semua tidak bekerja kuta tidak pernah turun padang pun ada,”katanya

Kerajaan Rakyat, TV Selangor

Hoiii! Kami Penat Cari Tebang Buluh Nak Bagi Hangpa Jadi MP


http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs388.snc3/23708_1393219831783_1270773921_1175226_4627580_n.jpg

Ini keluhan penyokong-penyokong yang kecewa dengan sikap MP Pakatan Rakyat yang keluar parti jadi bebas.

Sapa lagi nak keluaq,nak lompat celaka sungguh,dajjal sungguh itu keluhan pengundi-pengundi di Parlimen Bagan Serai,Parlimen Nibong Tebal dan Parlimen Bayan Baru.Bagan Serai tu majoriti pengundi Melayu kawasan Utara Perak.

Yang mengundi pangkah calon MP Bagan Serai yang melompat tu bukan main penat lagi buat kerja,letih tak terkata ,tak tidoq malam woi nak bagi hang pa diangkat jadi Ahli Parlimen.Yang cari buluh nak pacak bendera,tampal poster ,kempen setengah mampoih tup-tup angin tak dak,ribut tak dak tengok-tengok dah lompat jadi bebas tak dak parti.Memang celaka sungguh ,muka tempek kulit babi ka apa ka.Katanya MP Bagan Serai tu melompat kerana isu 'Kalimah Allah'.Oooo bila keluaq parti pandai sabit-sabit nama Allah pulak.Suluh muka depan cermin tu woiii.

Dah tiga MP Keadilan melompat ni,berapa lagi nak melompat kita pun tak tau.Dalam dok nafi-nafi 3 dah lompat.Yang lompat pula status ahli parlimen.Agenda apa hang pa main ni.Berapa nilai hang pa semua pada Umno?Berapa berapa berapaaa?Nasib baik la hang pa MP-MP ni duduk kat Malaysia kalau hang pa dok kat negeri lain paling kurang teloq ayam kemuruk dah singgah kat muka dah.Tu kira paling kurang tu kalu lebih lagi ingat dah makan nasi pakai wayar dah,silap-silap singgah batu 2.Tapi rakyat Malaysia ni baguih-baguih belaka tak macam negeri lain!

Mana-mana tempat yang MP tu melompat pru akan datang bagi kesan buruk kepada pengundi yang pilih pakatan rakyat.Ada yang dah meluat dengan politik kotor akan menyepi diri, mereka pikir dua kali nak undi parti yang sama kalu parti yang melompat dipilih lagi.

Rileks Jap: Tengok Keletah YB Kita


Agak-agak korang lah mana lagi YB Pas yang fe'el selambanya bersamaan atau dapat menandingi keselambaan YB Sura sorang nih. Aku tabik spring lah kat Ustaz Hassan. Aku amat kagumi dia. Orang ramai baik Melayu atau Cina mengkagumi Ustaz Hassan. Dalam duk sibuk memenuhi jadual padat hariannya, masih sempat round-round kawasan dengan 'kuda besi' pulak tu. Hushhh... malu gua sama Ustaz Hassan...


Setiausaha Politik Kelam Kabut Tarik Balik Laporan Polis

KUALA TERENGGANU – Walaupun berita mengenai Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Hamid, (gambar kanan) mencekik dan menunjukkan pistol benar-benar berlaku, namun sukar untuk media perdana melaporkannya.

Ia adalah kerana tidak ada sebarang catatan yang dikesan dalam ‘sistem laporan polis’ kerana laporan yang dibuat oleh Mad Nizam telah ditarik balik.

Namun, persoalannya mengapa Mad Nizam menarik balik laporan tersebut?


Sekiranya kita melihat kembali gelagat Mad Nizam ketika menerima rombongan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), tidak munasabah Mad Nizam boleh menarik semula laporan polis yang dibuatnya

Pada masa yang sama, beliau menunjukkan pistol tersebut dalam keadaan mempertahankan diri, kerana beliau telah diserang oleh seseorang yang bersenjata (golok).

Malah dilaporkan, ‘siswa yang marah dan geram’ dengan perbuatan Mad Nizam mengeluarkan kata-kata kesat dan ‘mencekik’ lehernya itu, sudah pun menghayun ‘golok’ tersebut kearah Mad Nizam.

”Rupa-rupanya, lesen atau permit menggunakan senjata api Mad Nizam ‘mampus’, sudah luput tarikh, bahkan ia sudah ‘mati’ sejak Mad Nizam tidak lagi menjadi wakil rakyat pada tahun 2008,”kata satu sumber kepada Buletinonline

Justeru, sebab itulah Mad Nizam kelam kabut menarik balik laporan polis dan kemudian berjaya memujuk keluarga siswa tersebut, yang turut menarik kembali laporan polis yang dibuat.

Sekiranya laporan tersebut diteruskan, sudah pasti cita-cita Mad Nizam untuk kembali bertanding dalam pilihanraya dan menjadi wakil rakyat akan tersejejas.

”Mad Nizam sedang ‘menyesuaikan’ diri dan bercita-cita untuk bertanding di DUN Chukai,”kata sumber tersebut lagi.

Mahkamah Rayuan Ketepi Perintah Arah Khalid Bayar BIMB

Mahkamah Rayuan Putrajaya mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Tan Sri Khalid Ibrahim melunaskan pinjaman berjumlah RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad berhubung pembelian saham Guthrie, sembilan tahun lalu.

Pembayaran itu berhubung pinjaman yang dibuat beliau untuk membeli saham Guthrie pada 2001 ketika beliau menjadi Ketua Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga anggota yang diketuai oleh Hakim Zainun Ali.

Hakim lain ialah hakim Jeffrey Tan Kok Hwa dan Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.

"Mahkamah berpendapat di bawah prinsip perbankan Islam, pandangan perlu diambil dari juri Islam berhubung kesahihan urusniaga itu," katanya.

"Justeru, perkara berkenaan perlu melalui perbicaraan penuh," katanya.

"Sehubungan dengan itu, Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang bertarikh 21 Ogos, 2009."

Mahkamah Tinggi semalam, menetapkan perbicaraan empat hari, bermula 15 Mac ini untuk mendengar saman difailkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap BIMB, yang mendakwa bahawa terdapat penjualan yang salah saham-saham miliknya dalam Kumpulan Guthrie Berhad.

Pada penghakiman 21 Ogos lalu, Abdul Khalid juga diperintahkan bagi membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam itu berhubung pinjaman yang diambilnya bagi membeli saham Guthrie.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata dia amat berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Katanya, peguamnya telah memaklumkan bahawa peluangnya memenangi kes berkenaan adalah tinggi.




AWAS... Menjelang PRU 13, Semua Blog Pakatan Akan "Lesap"


ASEAN Sebagai langkah untuk mengekang pengaliran maklumat dari blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat, Umno dipercayai mengguna lebih RM300 juta dana awam untuk mengupah sekumpulan 300 penggodam komputer yang dibawa khas dari India.

Chennai dikenali sebagai pusat teknologi maklumat terkenal di India yang menempatkan banyak syarikat antarabangsa termasuk yang berhubung kait dalam pembangunan perisian berteknologi tinggi.

Sumber-sumber memberitahu bahawa gerombolan penggodam komputer dari India akan dibayar elaun khidmat kepakaran yang mencecah lebih RM100,000 setiap orang, perumahan dan kereta percuma. “Mereka yang diupah mempunyai kepakaran menggodam sistem komputer dan laman web.

Tugas mereka diklasifikasikan sebagai ‘top secret’ dan di bawah pengawasan terus pejabat Perdana Menteri. “Kumpulan ini akan digembleng sepenuhnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 bagi merosakkan sistem perisian yang dipakai oleh Pakatan Rakyat,” kata sumber.

Langkah mengawal blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat telah digerakkan dengan lebih serius sejak kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12, dua tahun lalu.

Antara langkah awal termasuk mengupah lebih 300 blogger yang berkhidmat di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas, satu unit propaganda di bawah kelolaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Setiap blogger dibayar elaun sebanyak RM3,000 sebulan, yang antara lain memantau blog dan laman web Pakatan Rakyat di samping menyebarkan bahan berita berunsur propaganda dan fitnah untuk memburuk-burukkan imej pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP.

Di samping itu, Umno juga mendapatkan khidmat blogger pro-Umno untuk menulis pelbagai propaganda terutamanya berhubung isu- isu berkaitan agama dan kaum.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama untuk memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.

Bagaimanapun timbul persoalan mengapa pihak KDN dan SKMM berdiam diri atau menutup sebelah mata terhadap puluhan blog dan laman web pro-Umno yang secara terang menimbulkan isu sensitif bersabit agama dan perkauman.

Himpunan aman bantah GST di Parlimen 15 Mac





Sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang akan berhimpun secara besar-besaran bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Protes, berharap berjaya menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dijadualkan tiba di bangunan Parlimen pada 9 pagi.

Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Bawa Isu Royalti Ke Mahkamah, Menteri-menteri UMNO Berputar-belit

Bawa Isu Royalti Minyak Ke Mahkamah Tidak Wajar - Hishammuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada hari Selasa menyelar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

Beliau berkata tindakan itu adalah tidak wajar kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan dalam menyelesaikan isu itu.

"Bagi saya mereka ini melihat isu royalti ini dalam konteks polemik dalaman atau luaran dan saya rasa ini adalah tidak wajar.

"Kita dalam konteks parti Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuat pendirian yang jelas bahawa apa yang tidak faham, gunakan saluran yang sedia ada untuk fahamkan diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Kota Damansara dekat sini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika mengulas keputusan sidang DUN Kelantan semalam yang sebulat suara meluluskan usul membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Usul itu dipersetujui oleh semua wakil kerajaan negeri dan beberapa anggota pambangkang termasuk ketuanya, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah).

"Kita mungkin akan ambil tindakan terhadap mereka (anggota BN DUN Kelantan) dan akan dapatkan pandangan dari ahli-ahli parti di peringkat akar umbi untuk selesaikan kedudukan mereka yang timbulkan isu sensasi (royalti minyak) ini," tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu lompat parti yang melanda pemimpin dan anggota dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau menasihatkan agar setiap ahli Umno dan BN supaya tidak terlalu gembira menerima berita itu.

Beliau berkata apa yang berlaku dalam PKR jelas menunjukkan bahawa untuk memerintah sesebuah negeri bukan perkara yang mudah kerana ia melibatkan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat.

"Apa yang berlaku dalam PKR jangan melalaikan kita...jangan mengizinkan kita leka dalam agenda yang telah kita umumkan pada rakyat.

"Perkara yang telah dijanjikan kepada rakyat untuk membuat tranformasi dalam parti, ianya tidak bergantung kepada kedudukan parti lawan," kata Hishammuddin ketika mengulas mengenai bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai Umno, Ahad lepas.

Mohammad Fairus, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti, berkata keputusannya keluar dari PKR adalah kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap para pemimpin parti itu terutamanya dalam perkara yang membabitkan Islam dan Melayu. -- BERNAMA


Nazri cabar Kelantan bawa isu royalti ke mahkamah

KUALA LUMPUR, Dis 8 — Kerajaan PAS Kelantan dicabar membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada berbuat sesuatu yang bersifat retorik dan tidak boleh membawa perubahan kepada status quo.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, membawa isu tuntutan itu ke mahkamah merupakan langkah paling tepat berbanding usaha retorik iaitu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa yang bukan-bukan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat.

“Saya pun hairan mengapa mereka tak bawa kerajaan pusat ke mahkamah... daripada mereka buat benda-benda yang tidak boleh datangkan apa-apa perubahan kepada status quo, baik pergi ke mahkamah terus.

“Daripada berdoa yang bukan-bukan...minta diturunkan bala ke atas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang saya kira itu kerja bodoh. Baik terus bawa ke mahkamah kerana itu lebih dapat menyelesaikan masalah dan bukannya retorik sahaja,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri Kelantan yang dilihat lebih berunsurkan retorik berhubung isu tuntutan royati minyak selepas melancarkan Ensiklopedia Hansard Parlimen terbitan Yayasan Pembangunan Buku Negara dan Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di lobi Parlimen hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mendoakan supaya pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak supaya “pecah perut” sebagai reaksi terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ihsan.

Pada Nov 4 lalu Najib mengumumkan pembayaran wang ihsan daripada kerajaan pusat kepada Kelantan yang bermula tahun depan.

Ditanya apakah kerajaan yakin akan memenangi kes tersebut sekiranya dibawa ke mahkamah, Nazri yang juga Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, kerajaan yakin keputusan untuk tidak memberikan royalti adalah menepati kehendak undang-undang tempatan mahupun antarabangsa dan untuk itu beliau yakin kemenangan akan memihak kepada kerajaan.

Beliau berkata, dakwaan pemimpin negeri Kelantan dan pembangkang bahawa hak royalti minyak Kelantan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah sama sekali tidak benar kerana Perlembagaan hanya menyatakan royalti untuk negeri Sabah dan Sarawak sahaja.

“Sabah dan Sarawak sebelum ini mendapat 100 peratus daripada hasil minyak yang dikeluarkan dari dalam perairan mereka.

Itu sebelum mereka masuk Malaysia (penubuhan Malaysia).

Tetapi selepas menyertai Malaysia, dua negeri itu terpaksa korbankan 95 peratus hasil minyak mereka.

“Kita kena hargai pengorbanan Sabah dan Sarawak. Sebab tu kepada dia, kita (kerajaan) kata royalti. Kita perlu hargai pengorbanan yang dibuat ini dengan menjamin hak royalti minyak sebanyak lima peratus kepada Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan. Tapi bagi negeri-negeri di Semenanjung, tidak ada minyak ditemui sebelum kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Jadi hormatlah pengorbanan mereka,” katanya.

Berdasarkan faktor tersebut Nazri berkata, beliau cukup yakin yang mahkamah tidak akan sama sekali memihak kepada kerajaan

Kelantan walaupun kes ini dibawa ke mahkamah antarabangsa. Menurutnya lagi, setiap negara berdaulat hanya diberi 12 batu nautika sebagai perairan wilayah. Justeru itu, katanya, apa hak kerajaan negeri untuk menuntut lebih daripada 12 batu nautika.

Berhubung kenyataannya terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengenai Biro Tata Negara (BTN) yang menimbulkan reaksi kurang senang pelbagai pihak, malah ada yang mahukan beliau meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu, Mohamed Nazri berkata, beliau tetap berdiri teguh dengan apa yang dikatakannya dan tidak perlu meminta maaf.

“Saya berdiri teguh dengan apa yang saya katakan. Saya menteri bagi semua rakyat Malaysia. Rakyat yang mengundi saya sebagai anggota Parlimen adalah daripada pelbagai kaum. Saya tidak boleh bersetuju kalau satu kursus yang peruntukannya begitu tinggi hanya digunakan untuk satu komuniti sahaja.”

Mohamed Nazri dalam kenyataannya semalam berkata, beliau tidak bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir bahawa kursus BTN tidak perlu dirombak.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, modul latihan BTN yang sedia ada tidak perlu dirombak kerana ia sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

“Jadi kalau kursus hanya digunakan untuk satu komuniti sahaja, saya tidak bersetuju dan berdiri teguh dengan apa yang saya katakan. Patriotisme adalah untuk semua. Negara Malaysia ini adalah untuk semua Malaysia,” kata Mohamed Nazri.-MI

Bila Kerajaan Kelantan menyahut cabaran Nazri Abdul Aziz bahawa rakyat Kelantan akan membawa isu royalti ke mahkamah, tiba-tiba Menteri KDN menyelar keputusan rakyat Kelantan itu.

Malah Hishamuddin siap bagi ugutan kepada ADUN-ADUN BN yang menyokong usul dari Kelantan berkenaan.

Rakyat semakin membuka mata menteri-menteri era Najib sebagai PM ini jenis cacamarba. 1UMNO tak dapat diwujudkan dikalangan menterinya sendiri, inikan pula nak wujudkan 1Malaysia.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .