Ikuti Blog ini

Misi tawan DUN-DUN Umno di Selangor


Kehadiran YB Dato' disambut oleh AJK PAS Puchong



Kereta salah seorang penduduk disitu tersangkut batu dan dibantu oleh Jab. Amal


Perjumpaan tertutup dengan Ahli Jawatankuasa PAS Puchong



Tazkirah selepas solat asar di Surau As-Syakirin Taman Puchong Utama

Lawatan ke Pasar Malam MPSJ Taman Seri Serdang




Kuliah Maghrib di Masjid Riadhus Solihin, Serdang Jaya

Ceramah Perdana di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya
bersama Dato' Zahar dan Roslan Shahir.

Dengan kerjasama PAS Kawasan Puchong, PAS Selangor melalui Lajnah Penerangannya telah melancarkan “Misi Tawan DUN Sri Serdang” baru-baru ini. Ini merupakan sebahagian dari operasi untuk menawan saki-baki kerusi Dun yang masih dalam tangan Umno di Selangor.

PAS bertanding 20 kerusi di Selangor dalam PRU lalu, menang 8 dan tewas 12. Adalah diharapkan dengan operasi bersepadu seumpama ini, usaha untuk memantapkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan cara menawan saki-baki kerusi DUN ini akan berjaya.

Di DUN Sri Serdang Jumaat lepas acara padat disusun bagi menzahirkan kesungguhan PAS ini. Bermula dengan solat Jumaat di Masjid Istiqomah, Kg Seri Langkas,Puchong, PAS Kawasan diketuai YDP Kawasan Ustaz Sufian dengan rombongan negeri diketuai Dato Dr Hasan Ali selaku Pesuruhjaya telah bertemu dengan rakyat jelata di sana selepas solat.

Kemudian rombongan bergerak ke Balai JKP MPSJ Zon 12 di Kg Seri Aman, Puchong untuk makan tengahari dan berdailog bersama Jentera PAS Kawasan, diikuti dengan penyerahan bantuan kepada ibu-ibu tunggal dan rakyat termisikin di kawasan berkenaan. Ahli Majlis MPSJ Zon ini adalah Ustaz Nasir Yusof yang juga TImbalan YDP Kawasan. Ucapan ringkas telah diberikan oleh Ustaz Sufian dan Dato Hasan.

Dari Kg Seri Aman rombongan bergerak ke Surau As Syakirin Taman Puchong Utama untuk solat Asar. Jemaah di surau berkenaan telah mempelawa Dato Hasan untuk memberikan tazkirah ringkas selepas Asar.

Selesai tazkirah rombongan bergerak ke Pejabat JKP MPSJ Zon 20 Taman Serdang Jaya. Ketibaan rombongan disambut oleh ahli majlis kawasan, Sdr Sufari dari PKR. Rombongan kemudiannya dibawa mengunjungi Pasar Malam Taman Industri Seri Serdang, salah sebuah pasar malam terbesar di kawasan berkenaan.

Pengunjung-pengunjung pasar malam dan para peniaga telah mengambil kesempatan bersalam-salaman dan bertegur sapa dengan rombongan khasnya Dato Hasan sendiri.

Menjelang waktu maghrib rombongan bergerak ke Masjid Riadus Sollehen di Taman Serdang Jaya. Dato Hasan telah mengimamkan solat maghrib dan memberi ucapan ringkas diikuti tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Sufian. Ternyata jemaah yang hadir begitu gembira dapat bertemu dengan Dato Hasan hari itu.

Sebelah malamnya suatu ceramah perdana telah diadakan di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya. Para penceramah terdiri dari bekas Ketua Umno bahagian PJS Kapten (B) Dato Zahar Hashim dan Dato Hasan sendiri. Pada malam itu Dato Hasan telah menerima hampir 100 borang keahlian PAS yang rata-rata terdiri dari ahli-ahli Umno di DUN Sri Serdang.

Secara keseluruhannya program ini telah berjaya menyuntik semangat kerja yang begitu positif khasnya dari kalangan Jentera PAS Puchong selain menarik minat para pengundi terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang begitu komited untuk menawan kerusi DUN ini yang PAS tewas dengan majority 45 undi.

PAS Kawasan akan terus mengadakan program susulan dengan memberikan penekanan kepada pendaftaran pengundi baru dan keahlian baru. Kita telah berjaya mengenal pasti kawasan-kawasan dalam DUN berkenaan yang perlukan pemerhatian, tetapi dengan prestasi kerajaan Pakatan Rakyat dan komitmen Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Sri Serdang yang digerakkan oleh petugas-petugas PAS dan rakan-rakan PR, tidak mustahil kerusi DUN ini dengan izin Allah swt dapat di tawan dalam PRU akan datang.

26 Mac ini program yang sama akan diadakan di DUN Sg Air Tawar, Sabak Bernam puladiikuti dengan DUN-DUN lain.

Dewan Rakyat Tolak Usul Royalti Minyak




Dewan Rakyat hari ini menolak usul Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub bagi menangguh sidang Parlimen kali ini untuk membahas atau memanjangkan isu royalti minyak Kelantan dengan alasan ia bukan perkara yang perlu disegerakan.

Salahuddin berkata, usul itu dihantar pada 10 Mac lalu selepas penemuan dua dokumen penting yang membuktikan jawapan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada sesi Parlimen lepas merupakan jawapan yang sama sekali tidak menepati perjanjian digariskan oleh Petronas.

“Saya telah mendapat beberapa penemuan baru selepas parlimen ditangguhkan akhir tahun lepas. Dan kita tetap tidak bersetuju sama sekali dengan jawapan yang awal oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tentang isu tiga batu nautika,”katanya.

Dua dokumen yang diperoleh oleh Salahuddin itu membuktikan bahawa Terengganu telah menerima bayaran wang royalti sepertimana termaktub dalam perjanjian di antara Petronas dan kerajaan Terengganu.

“Yang pertama ialah surat Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu yang dihantar oleh Petronas pada 16 September 1978, kalau isu tiga batu nautika itu dipersoalkan, memang telaga-telaga minyak di Terengganu itu berada di luar, melebihi tiga batu nautika dan surat ini Petronas kepada pegawai kewangan yang menyebut dengan jelas bahawa anggaran bayaran royalti minyak petroleum 1979 yang berjumlah RM 3.2 juta. Ini disebut sebagai bayaran royalty,”katanya.

Malah penjanjian di antara Petronas dan kerajaan Kelantan yang ditanda tangani oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohd Nasir pada 19 Mei 1975 membuktikan tidak wujud syarat tiga batu nautika dalam hak untuk mendapatkan wang royalti minyak.

“Ini telah menunjukkan bahawa tidak timbul langsung isu tiga batu nautika, onshore atau offshore, yang penting selagi mana ia diletakkan di perairan negeri tersebut maka Petronas perlu membayar royalti 5 peratus, jadi, dua dokumen yang saya kemukan ini merupakan hujah yang cukup kuat untuk kita menafikan langsung tentang isu tiga batu nautika dan isu wang ihsan sepertimana yang diberikan oleh jawapan oleh PM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada sesi yang lepas,”katanya. TVS

Ahli Parlimen PR Keluar Dewan Bantah Speaker

Kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pagi ini bertindak keluar daripada Dewan Rakyat selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak untuk membahaskan usul yang dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengemukakan usul agar Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bertanggungjawab memastikan semua laluan menghala ke Parlimen bebas daripada sebarang halangan.

Usul itu diluluskan selepas mendapat bilangan undi majoriti secara lisan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional namun mendapat bantahan daripada anggota Pakatan Rakyat yang mendesak agar perbahasan terhadap usul itu dibuka.

Pertelingkahan terjadi antara Ahli Parlimen Bagan Serai N. Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan Speaker dan Timbalannya, Datuk Ronald Kiandee sehingga memaksa semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar daripada Dewan.

Sementara itu Kit Siang dalam sidang media selepas keluar Dewan berkata tindakan Speaker itu menyekat hak kebebasan bersuara sebagai Ahli Parlimen.

"Pakatan Rakyat kesal dengan keputusan ini kerana Ahli Parlimen tidak diberi hak untuk bersuara walaupun usul sebegini pernah didebatkan pada tahun 1970-an," katanya. -SK

Umno Rasis Gelar Orang India Pakai Cawat

KUALA LUMPUR 16 Mac - Umno sekali lagi menunjukkan sikap perkauman yang tebal dan menghina masyarakat bukan Melayu apabila Ahli Parlimen Pasir salak melabelkan orang India yang dibawa penjajah Inggeris ke Malaya ketika itu hanya memakai cawat untuk bekerja diladang getah.

Datuk Tajudin Abdul Rahman mengeluarkan kata-kata perkauman itu ketika membahaskan usul Model Ekonomi Baru yang dibawa oleh Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Ismail Mohamed Said.

Perbahasan menjadi panas apabila Ahli Parlimen Teluk Intan M. Manogaran hanya di Malaysia jutawan Melayu boleh membeli rumah berharga mahal dengan diberi diskaun 5 hingga 7 peratus yang tidak dinikmati oleh kaum lain.

Tajudin kemudiannya bangun dan mengatakan bahawa Umnolah yang telah membina sekolah di mana Manogaran belajar.

"Bapa saya bayar cukai, daripada duit itulah Umno guna bina sekolah," jawab beliau.

Tajudin menjawab mengimbas kembali sejarah kedatangan kaum India ke Malaya pada kurun ke-19.

"Tahukan Yang Berhormat berasal dari mana, datang dari mana? Penjajah Inggeris bawa masuk orang-orang lain untuk bekerja di ladang getah. Ada yang datang sini pakai cawat," kata Tajudin.

Gobind Singh Deo Akan Kembali Ke Parlimen Hari Ini

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung selama setahun akan kembali beraksi berbahas di Parlimen sessi ini.

Pengerusi Biro Perundangan Nasional DAP itu kesal kerana kerajaan Barisan Nasional sering mencari kesalahan dan menghukum pemimpin Pakatan Rakyat.

Trend ini menunjukkan ketidakadilan yang berlaku di negara ini. Jika seseorang dari Barisan Nasional membuat kesalahan, ia dianggap tidak melakukan kesalahan.

Beliau percaya trend yang tidak sihat itu akan berterusan jika BN terus berkuasa di negara ini.

Gobind telah digantung selepas mengaitkan timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Sewaktu pengundian dijalankan, kesemua ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai tanda membantah.

Usul tersebut dibentangkan di hadapan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Pembentangan usul tersebut dibantah keras oleh pembangkang, sehingga menimbulkan kebuntuan hampir satu jam.

Usul terhadap ahli parlimen Puchong kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu. Sebelumnya, anak lelaki Pengerusi DAP Karpal Singh itu digantung tugas sehari kerana kenyataannya tersebut.

“Tapi di sini saya nak bagi amaran lagi. Akan kita lihat lebih pemimpin-pemimpin pakatan rakyat dituduh dalam masa terdekat. Ia pastinya akan lebih banyak dan saya di sini mahu beritahu, perlulah kita berhati-hati. Di sini apa yang perlu adalah untuk rakyat,” katanya.

Beliau sebelum ini telah membayangkan untuk terus berjuang sehingga akhir dan terus menghangatkan Parlimen sebaik sahaja tempoh pergantungannya tamat hari ini.

“Saya nak bagi amaran kepada Umno, kalau awak rasa awak boleh mendiamkan Puchong? Kalau kamu berfikir bahawa Puchong akan berdiam diri kerana dihalau satu tahun, tidak, saya akan balik ke Parlimen March 16. Saya akan balik ke Parlimen,”
katanya.

Kalau Pakatan lupa diri, rakyat boleh tolak mereka!


Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat dan pemimpinnya lupa diri setelah diberi peluang memerintah Malaysia, maka ketika itu rakyat perlu menggunakan kuasa dan hak yang ada untuk menolak mereka.

Lebih-lebih lagi jika Pakatan Rakyat yang mentadbir negara mengikut jejak langkah dan bersikap seperti kerajaan Barisan Nasional yang penuh penyelewengan, rakyat mesti menukar kerajaan itu dalam pilihan raya seterusnya.

Demikian ditegaskan oleh AJK PAS Pusat Mohammad Sabu sewaktu berceramah di Kompleks PAS dekat sini, 12 Mac lalu sempena Sambutan Dua Tahun Pakatan Rakyat di Kedah.

"Namun sebelum waktu itu tiba, rakyat mesti beri peluang terlebih dulu kepada Pakatan Rakyat untuk perintah negara.

"Rakyat berkuasa untuk menukar kerajaan yang lebih baik dan menjamin masa depan mereka dan negara," katanya di hadapan lebih 7,000 hadirin pada malam itu

GST bukti kerajaan lemah, pentadbiran tidak efektif

http://buletinonline.net/images/stories/berita23/antigstprotes.gif













Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Penangguhan pembentangan kali kedua rang undang-undang cukai barang dan perkhidmatan (GST) membuktikan kerajaan tidak efektif dalam pentadbirannya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, akibat ketirisan kewangan oleh kerajaan, mereka cuba mencari jalan untuk mendapatkan semula kewangan.

"GST melambangkan kelemahan kerajaan mengemukakan kebejatan kewangan yang besar dan penting tapi tidak jelas kepada rakyat.

"PR membantah keras pengenalan ekonomi yang leceh dan lembap tanpa penjelasan dan oleh kerana ketirisan dan rasuah tidak dikendali dengan baik, maka ada percubaan untuk menyelamatkan RM1 bilion dan ini tidak dapat dipertahankan," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pre-council Pakatan Rakyat petang semalam.

Ketua Umum PKR itu juga berkata, kempen yang dibuat PR mengenai bantahan GST membuahkan hasil apabila kerajaan membuat keputusan menangguhkan pembentangannya di parlimen.

"Oleh kerana Pakatan melaksanakan kempen yang berkesan, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menangguhkan pembentangannya," katanya.

Kerajaan memberi alasan tidak membentangkan bacaan kedua rang undang-undang perlaksanaan GST kononnya kerana mahu mendapatkan input daripada rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun berkata, ianya hanya alasan yang diberikan kerajaan.

"Sepatutnya mereka dapatkan input dari rakyat sebelum bentang bacaan kali pertama lagi. Bukan bila kita bantah, baru nak dapatkan feedback rakyat," katanya.

Wanita mengandung di hempap kren.

Apa perasaan anda (muslimat)..andai diri anda yang berada di bawah kren tersebut dalam keadaan mengandung?

Apa agaknya perasaan anda (muslimin-suami) andai isteri anda yang berada di bawah kren tersebut.
Ucapkan syukur atas anugerah umur yang masih Allah lanjutkan.
Jom baca, tengok dan hayati..

Bermulalah kisah......
Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila
menyaksikan kejadian ini....

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1431.jpg
Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dan
sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui
jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1412.jpg
Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini....

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1414.jpg
Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1423.jpg
Gen2 juga di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja...

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1424.jpg
Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap.... ..Sebuah kereta wira
terperosok dibawah kren...

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1418.jpg

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1434.jpg
Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang
sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak.....
Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini sekarang.... .
MAUT mungkin sedang memanggil... ...YA ALLAH.....

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1426.jpg
Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu
berserah dan memanggil nama isteri tercinta.... ..dan bertawakal.. .serta berserah pada
ALLAH yang MAHA KUASA....


http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC01089.jpg
Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi..... .
Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!! !........

Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera...... .
Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada
cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1438.jpg

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1436.jpg

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1455.jpg

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1450.jpg

Akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat..... ..

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1469.jpg

Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si
Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1471.jpg

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1478.jpg
Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri
agar ia terus bertahan dan sabar......Insyalla h dia akan selamat

Pihal Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1485.jpg

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1508.jpg

Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1523.jpg

" YA ALLAH......"

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1524.jpg

Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta
Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren...

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1532.jpg

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1533.jpg

AKhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di
angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1537.jpg

Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung"

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1539.jpg

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1543.jpg

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1549.jpg

Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan
Si Ibu selamat

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1555.jpg

Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan... .Tapi
" Ini yang disebaliknya. ...Dengan Kuasa ALLAH".....Subhannallah. ..

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1550.jpg

http://i245.photobucket.com/albums/gg69/AMRAZ_ANN/Kemalangan%20Ngeri%20-%20Hidup%20Buat%20Kali%20ke-2/DSC_1584.jpg

Prof Hassan: Wakil Rakyat 'Bebas' Parasit Demokrasi

Bertanding dan menjadi Ahli Parlimen Bebas tidak salah tetapi mengisytihar diri sebagai Ahli Parlimen Bebas sedangkan menang atas tiket parti politik tertentu, jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Demikian penegasan pengasas Zentrum Features Study Malaysia, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah kepada TV Selangor.

Kebelakangan ini beberapa Ahli Parlimen yang menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisyihar keluar parti tetapi enggan mengosongkan kerusi.

Sesetengah mereka pula mengaku sebagai Ahli Parlimen Bebas yang mesra Barisan Nasional walaupun kemenangan mereka diraih atas kapasiti calon Pakatan Rakyat.

Abu Hassan mengkategorikan mereka yang melompat parti , kemudian mengaku sebagai Ahli Parlimen Bebas sebagai tidak bertanggungjawab dan mengkhianati amanah rakyat.

“Ahli politik bebas itu adalah ahli politik yang berpaling tadah yang melompat keluar daripada parti dan kita dah sebut dari awal tadi dia menentang falsafah etika sebuah demokrasi sebab ketika mereka dipilih sebagai wakil rakyat mereka dipilih atas kapasiti parti yang mereka wakilkan," katanya.

“Ahli politik bebas itu adalah ahli politik yang berpaling tadah yang melompat keluar daripada parti dan kita dah sebut dari awal tadi dia menentang falsafah etika sebuah demokrasi sebab ketika mereka dipilih sebagai wakil rakyat mereka dipilih atas kapasiti parti yang mereka wakilkan," katanya.

Hassan menyifatkan calon Bebas yang sejati tidak bersifat partisan dengan menyokong parti tertentu dalam kebanyakan isu.

“Tetapi dalam pilihanraya ke 13 kemungkinan berkembang calon bebas ini yang lebih betul, iaitu calon bebas yang sebenar, mereka datang kerana kesedaran-kesedaran untuk memperjuangkan hak-hak minorita, hak-hak minority yang mereka wakilkan kemungkinan mereka jadi calon bebas tapi mereka tidak berpihak pada parti A parti B," tegasnya.

Media Arus Perdana Lebih Tidak Bertanggungjawab

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah bahawa baginda kesal terhadap fitnah dan pemesongan fakta yang dibawa segelintir media baru.

Bagaimanapun, Senator Dewan Negara, Dr. Syed Hussin Ali tanpa menafikan wujud segelintir pengamal media baru bertindak di luar etika kewartawanan tetapi beliau lebih khuatir dengan sikap media arus perdana yang nyata lebih tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya yang paling teruk menyebarkan fitnah media seperti Utusan Melayu. Bukan sahaja fitnah yang dilemparkan tetapi api perkauman sempit yang cuba dibakarkannya. Bersama-sama misalnya dengan badan-badan dan tokoh yang hendak mengapi-apikan semangat perkauman.
"Memang ada, boleh jadi ada media baru yang sumbang suaranya tetapi mungkin kebanyakannya didalangi oleh UMNO-Barisan Nasional sendiri. Tetapi kalau kita tengok yang bebas, mereka betul-betul bebas,"katanya.

Pemesongan fakta ketara dilakukan Utusan Malaysia apabila memaparkan gambar Saiful Bukhari Azlan menunjukkan katil, kononnya, tempat beliau diliwat walhal perbicaraaan berlangsung dalam kamar.

“ Mahkamah bertanggungjawab untuk memastikan bagaimana surat khabar ada di situ, macam mana surat khabar ada di situ dan bagaimana sengaja dilakonkan supaya si Saiful menunjukkan tempat-tempat yang belum lagi dibuktikan sebagai tempat yang sebenarnya. Jadi ertinya dari mula telah digunakan media, mahkamah diperalatkan untuk menaburkan fitnah terhadap Datuk Seri,"katanya.

Berkongsi pengalaman yang sama, Senator Dewan Negara, S. Ramakrishnan berkata, beliau sendiri pernah membuat laporan ke atas Utusan Malaysia yang sengaja menimbulkan api perkauman.

“ Saya setuju dengan Dr Syed bahawa memang media baru bebas. Ada ramai penerbit yang lama-lama yang didokong oleh kerajaan memberikan berita-berita yang palsu dan berusur perkauman. Mereka ini lebih tidak bertanggungjawab. Saya pun dulu ada membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia mengenai isu perkauman,"katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .