Mewah gila beb....Sebenarnya yang tinggal di rumah ini ialah presiden Zimbabwe iaitu Robert Mugabe, sahabat karib kepada mantan PM Tun Mahathir.. Rakyat Zimbabwe hidup merempat tetapi presidennya hidup dalam keadaan mewah yang melampau-lampau.. Sebenarnya apa kurangnya dgn pemimpin UMNO BN,kalau cicncin yang terletak di tangan basuh taik pun 24.4 juta,sudah pasti kemewahan yang lain menggila hebatnya.Fikir-fkirkanlah dan mari kita sama-sama berubah pada PRU 13 nanti, sama-sama kita kuburkan UMNO BN..Barulah kita ketahui harta menggila yang mereka kaut semasa berkuasa!!! Juragan
Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa mahu pihak Majlis Profesor Negara (MPN) melucutkan keanggotaan Profesor Zainal Kling bagi memelihara kredibiliti majlis ini kerana menimbulkan kekeliruan dengan mendakwa Malaya tidak pernah dijajah oleh British.
Mujahid (kiri) berkata, kenyataan Zainal yang mewakili MPN itu telah menghina perjuangan bangsa yang selama ini menjadi sumber inspirasi generasi anak merdeka
“Oleh itu saya menuntut supaya pihak MPN melucutkan beliau dari terus menganggotai MPN bagi memelihara kredibiliti majlis ini dan menuntut supaya gelaran profesor (beliau) ditarik balik kerana menghina sejarah bangsanya sendiri dan penghayatan kemerdekaan yang baru sahaja kita sambut,” kata pemimpin PAS itu dalam satu kenyataan media.
Menurutnya, PAS juga menuntut ahli akademik itu menarik balik kenyataannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah tetapi sebaliknya hanya dinaungi oleh British.
“Jika beliau tidak menarik balik, ini menandakan bahawa seluruh rakyat Malaysia yang masih hidup dan yang mati selama ini telah ditipu dengan mempercayai bahawa kita telah dijajah sedangkan kita hanya dinaungi sahaja,” katanya.
Menurut Mujahid yang juga pengerusi Perpaduan Nasional PAS, kurikulum sejarah sekolah-sekolah sejak sekian lama memahamkan pelajar bahawa British adalah penjajah dan kita merdeka dari penjajah dengan laungan Merdeka!
Hina pejuang bangsa
“Ia tidak memerlukan seorang profesor untuk memahami bahawa 'Merdeka' membawa pengertian kebebasan dari sesuatu penjajahan dan bukan naungan.
Kenyataan beliau turut menghina pejuang bangsa selama ini kerana jikalau bukan penjajahan mengapakah adanya istilah ' pejuang kemerdekaan'? Mengapakah adanya semangat nasionalisma menentang penjajahan British?” soalnya.
Jumaat lalu, Zainal (kanan) pada sidang akhbarnya di Putrajaya berkata berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.
Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
Mujahid bagaimanapun menyangkal hujah itu dan berkata jika benar negara ini tidak dijajah mengapa kekayaan negara dan hasil bumi dieksploitasi untuk memberikan kekayaan kepada penjajah?
“Tidak cukupkah maruah bangsa diinjak apabila anak bangsa tidak ada suara dalam menentukan nasib bangsanya selama dijajah?
“Saya tidak tahu apa maksud Profesor ini apabila memutar belitkan istilah penjajah kepada penaung?
“Adakah beliau mahu mengatakan bahawa generasi anak merdeka telah ditipu oleh buku-buku sejarah atau tawarikh yang kita baca di bangku sekolah dan di universiti?” katanya ladi.
Sehubungan itu, kata Mujahiud, PAS mahu kerajaan, khususnya kementerian pelajaran supaya bertindak tegas terhadap Zainal yang menimbulkan kekeliruan yang amat berbahaya terhadap perjuangan bangsa yang terbina selama ini.
Mengapa Tunku laung 'Merdeka'
Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata rakyat kini musykil sekiranya benar negara ini tidak pernah dijajah, seperti dakwaan Zainal, kenapa perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka.
“Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan (dan ada laungan merdeka)? Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?” soalnya dalam satu kenyataan akhbar.
Menurut Idris (kiri), hakikat sekarang, terbukti siapa yang cuba membohongi sejarah dan kenyataan kumpulan itu sememangnya memalukan ahli akademik yang jujur.
Justeru, katanya ahli akademik perlu bangkit memperbetulkan kenyataan itu.
“Biarkan Majlis Profesor Umno dengan khayalan mereka semata-mata untuk mendapat sanjungan Umno. Kenyataan mereka juga akan menjadi sejarah hitam dalam negara ini,” katanya.
Menurut Idris, kini terserlah bahawa Umno bukan pelopor memperjuangkan kemerdekaan negara.
Sebaliknya, selama ini Umno menipu rakyat termasuk ahli-ahli Umno sendiri bahawa parti itu yang memperjuangkan kemerdekaan.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamad Azmin Ali menyifatkan Muhammad Indera @ Mat Indera sebagai seorang Muslim yang kuat beribadat dan amat cintakan kemerdekaan negara dan bangsanya. Beliau sekaligus menyokong tindakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu @ Mat Sabu mengangkat martabat Mat Indera sebagai pejuang dan memberi penilaian yang adil kepada mana-mana pejuang kemerdekaan yang lain. Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa menegaskan, sudah tiba masanya masyarakat keluar daripada kelambu penipuan media dan cendiakawan sempit oleh Umno-Barisan Nasional (BN).
“Berbeza berbanding dengan kebanyakan pemimpin Umno-BN yang disanjung, Mat Indera merupakan seorang Muslim yang kuat beribadat, seorang hafiz dan amat cintakan kemerdekaan negara dan bangsanya. “Cukuplah…jangan bohongi sejarah. Sudah tiba masanya kita keluar dari kelambu penipuan media dan cendekiawan sempit Umno-BN,” katanya dipetik melalui entri blog beliau hari ini.
Azmin berkata orang Melayu-Islam bingkas menolak idea pengagihan ekonomi dan sistem pengurusan yang dikemukakan ahli falsafah terkemuka seperti Karl Marx, Webber dan Engel kerana mereka dilabel sebagai komunis dan sosialis. Tetapi konsep dan idea yang sama dihormati dan dihargai apabila ia terbit daripada pemikiran sahabat Nabi Muhammad SAW, iaitu Abu Dzar Al-Gifari dan Abdul Rahman bin Auf.
“Kenapa begitu? Menurut pemikir Islam, Sheikh Taha Jabir Alwani, ini semua persepsi yang dibina atas emosi dan prejudis. Sentimen diutamakan dan kebenaran dipinggirkan. “Tidakkah ini sama dengan isu Mat Indera yang cuba ditonjolkan oleh Mat Sabu. Beliau mahu penilaian adil diberikan kepada Mat Indera dan pejuang kemerdekaan lain,” katanya./fmt
GOMBAK, 11 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pegangan dan perjuangannya adalah Islam sejak kecil lagi dan bukan komunis seperti dilabel Umno dan akhbarnya, Utusan Malaysia.
Berucap dalam ceramah di Dewan Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam tadi, Muhamad berkata pegangannya dan perjuangannya terhadap Islam tidak pernah berubah sejak dulu lagi.
"Saya memilih perjuangan atas dasar Islam. Masa remaja dulu saya pilih Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia). Kemudian tahun 1978 saya sertai perjuangan parti Islam (PAS), sokong perjuangan ulama.
"Sepanjang saya berpidato idola saya adalah Syed Qutb, Imam Hasan Al-Banna, Jamaludin Al-Afghani, dan ulama-ulama lain.
"Tiba-tiba saya dituduh komunis, tak sedih ke tuan-tuan? Jahat sungguh," katanya merujuk kepada serangan Umno dan media terhadapnya ekoran pandangannya dalam isu Rumah Pasung Bukit Kepong.
Kira-kira seribu hadirin hadir pada ceramah malam tadi.
Mengulas lanjut Mohamad berkata tuduhan sebegitu bukan baru kerana berlaku sejak zaman penjajah lagi.
Umno warisi penjajah
Di zaman British ujarnya, golongan ulama dan golongan kiri dianggap penentang dan ditangkap serta dibunuh.
"Saya sangat cintakan tanah air Malaysia, tempat tumpah darah kita.
"(Tuduhan) Ini sama seperti dituduh terhadap pejuang-pejuang sebelum ini oleh penjajah dan sekarang Umno mewarisinya," tegasnya lagi.
Mohamad dalam satu ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pad 21 Ogos lalu mendakwa Mohamad Indera yang menyerang polis British di Rumah Pasung Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis tersebut.
Seminggu selepas itu, Utusan Malaysia dalam laporan 27 Ogos melaporkan kenyataan Mohamad sebagai berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.
Mohamad yang tidak pernah mengaitkan komunis dalam isu itu kemudiannya menafikan perkara itu dan menganggap laporan akhbar Umno itu sebagai fitnah terhadapnya dan PAS.
Ekoran laporan itu juga, beliau telah dibidas dan kecam hebat oleh pelbagai pihak khususnya, Umno dan BN sehingga ada yang menuduhnya sebagai komunis.
Mengulas perkara itu, Mohamad malam tadi berkata semalam genap 15 hari beliau diserang.
"Saya berucap 21 haribulan, Utusan siar 27 haribulan seminggu selepas itu.
"Itu bukan berita, itu dah jadi sejarah. Kalau berita, berlaku hari ini keluarnya esok," sindirnya terhadap tindakan Utusan itu.
Khairy budak baik
Sementara itu, menjelaskan kenapa beliau menolak debat dengan Khairy Jamaluddin, beliau berkata bukan Ketua Pemuda Umno itu yang banyak menghentamnya tetapi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ekoran itu katanya, beliau hanya mahu berdebat dengan Muhyiddin yang dilihat lantang mengritik beliau sehingga menyuruh beliau bertaubat.
"Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy.
"Muhyiddin yang banyak kata pada saya, jadi biarlah saya berdebat dengan Sohibussamahah Muhyidin Yassin," sindirnya.
Turut menyampaikan ceramah malam tadi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. -Hrkh
Presiden PAS: BN guna isu Mat Sabu tutup taktik tipu pilihan raya
GOMBAK — Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Barisan Nasional (BN) sengaja membesar-besarkan isu kenyataan kontroversi membabitkan timbalannya Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong untuk menutup segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.
Menurut Presiden PAS (gambar), pihaknya mendapat maklumat wujud rancangan “penipuan cukup besar” yang hendak dilakukan BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Sengaja BN yang tutup isu penipuan pilihan raya, BN buat satu isu apatah lagi kita dapat penemuan dan pendedahan yang nyata, yang jelas kerjasama antara SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dengan kementerian dan jabatan-jabatan (kerajaan) lain.
“Walaupun kita dibayangi dengan maklumat-maklumat yang cukup mendukacitakan di mana rancangan untuk penipuan cukup besar hendak dilakukan, zaman ini zaman Internet . . . kita dapat kesan dan kita juga dapat kesan mereka cepat-cepat tutup maklumat ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sejak 15 hari lalu, pemimpin-pemimpin Umno terus menyerang PAS dan Mohamad kononnya mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.
Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu menafikan ada mengagungkan komunis dan memberi tempoh 24 jam yang berakhir semalam kepada Utusan Malaysia, media Umno untuk memohon maaf atau menghadapi tindakan mahkamah.
Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong - membunuh 25 orang -semasa pemberontakan komunis pada 1950.
Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan.
Tambah Hadi, bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil SPR perlu bertindak sebagai sebuah badan yang telus dan bertanggungjawab selain tidak mengikut mana-mana arahan yang dikeluarkan pemerintah.
“Kita harap SPR betul-betul jadi badan yang telus dan bertanggungjawab, jadi macam SPR di Palestin yang mana pengarah dan jenteranya akan meletakkan jawatan sekiranya mereka tiada kuasa.
“Jangan nak makan gaji sahaja, kemudian jadi alat kepada BN,” katanya. -TMI
Isu Mat Indera: PAS Yakin Sokongan Orang Melayu Tidak Terjejas - Hadi
KUALA LUMPUR: PAS menegaskan isu pejuang kemerdekaan, Mohamad Indera (Mat Indera) yang menjadi isu kontroversi sejak dua minggu yang lalu tidak akan menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja menimbulkan isu tersebut bagi menutup kelemahan mereka sendiri.
"Saya rasa mereka sengaja buat isu ini untuk tutup isu penipuan pilihan raya. Mereka buat isu untuk tutup isu sebenar bagi memulihkan demokrasi.
"Namun kita yakin orang Melayu hari ini bijak dan tidak mudah ditipu dengan permainan seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Negara Berkebajikan di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak pada Sabtu.
Isu pejuang kemerdekaan Bukit Kepong mula panas apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu dilaporkan berkata seorang lelaki Melayu, yang dikenali sebagai Mat Indera telah bersekongkol dengan 200 anggota komunis lain menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.
Mohamad mendakwa, Mat Indera yang telah membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi itu ialah hero sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan negara.
Ekoran kenyataan kontroversi itu, lebih 500 laporan polis telah dibuat terhadap Timbalan Presiden PAS itu sebagai mengecam tindakannya.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu pejuang kemerdekaan yang cuba di bawa oleh BN itu sebagai ketinggalan zaman.
"Mereka gunakan isu yang ketinggalan zaman, kita bawa isu sekarang. Orang Melayu jangan ditipu dengan isu yang sudah 60 tahun,” katanya.
Ketika ditanya sama ada Umno bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar, Abdul Hadi berkata: “Ya.”
Sementara itu, Tuan Ibrahim pula menyifatkan Umno sebagai ‘hero Hindustan’ yang datang selepas orang lain habis berjuang ketika era kemerdekaan.
"Bila semua dah habis baru dia sampai..sebab nak ambil gambar dan isytihar dialah yang lawan penjajah," katanya. -mstar
"Kenyataan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menyalahkan syarikat telekomunikasi atas kenaikan harga akibat cukai perkhidmatan 6% tidaklah mengejutkan. (rujuk di sini) Kebelakangan ini, tindakan beliau yang suka menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya sendiri tidak disukai rakyat sudah menjadi tabiat.
Adalah tidak patut dan memalukan apabila seorang Perdana Menteri menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan belanjawan 2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.
Rakyat harus sedar bahawa cukai perkhidmatan 6% ke atas perkhidmatan telekomunikasi termasuk kad prabayar adalah cukai kerajaan. Cukai ini adalah milik kerajaan sepenuhnya dan tidak ada satu sen pun yang masuk poket mana-mana pihak lain, yang hanya bertanggungjawab mengutip cukai ini bagi pihak kerajaan. Setiap tahun, dianggarkan kerajaan mengutip sehingga RM750 juta daripada pembelian kad prabayar oleh rakyat Malaysia.
Walaupun saya berpendapat keputusan syarikat telekomunikasi untuk menaikkan kos kad prabayar untuk menampung kenaikan cukai perkhidmatan adalah tidak berpatutan kerana keuntungan mereka yang begitu tinggi, kita juga perlu adil dengan memahami bagaimana kos bagi segmen prabayar meningkat apabila cukai perkhidmatan dinaikkan.
Namun, tabiat Perdana Menteri yang suka menuding jari dan tidak mahu mengambil tanggungjawab perlu ditegur dengan keras oleh ahli-ahli politik dan pimpinan golongan niagawan. Kerajaan tidak boleh berdolak dalih dalam melaksanakan dasar percukaiannya. Jika ia telah meluluskan undang-undang yang menetapkan semua perkhidmatan dikenakan cukai 6% sebagai satu bentuk cukai penggunaan, ia tidak boleh secara diam-diam berharap cukai itu ditanggung oleh syarikat, kerana cukai perkhidmatan adalah satu bentuk cukai yang ditanggung oleh rakyat bagi tujuan mengawal penggunaan.
Tabiat sebegini akan menghuru-harakan keadaan. Ia akan menyebabkan pentadbiran percukaian dan ekonomi negara kucar-kacir kerana kaedah percukaian yang berbeza sudah hilang maknanya; apabila Perdana Menteri sendiri yang keliru di antara tujuan dan fungsi di antara cukai langsung (ke atas keuntungan dan pendapatan) berbanding cukai tidak langsung (ke atas penggunaan melalui cukai perkhidmatan dan barangan). Maka tidak hairanlah Perdana Menteri sehingga sekarang tidak berjaya mengembalikan keyakinan pasaran kepada dasar dan kepimpinannya.
Tabiat Dato’ Seri Najib Tun Razak juga berbahaya kerana ia memberi gambaran syarikat berlainan akan mendapat layanan berbeza walaupun undang-undangnya sama. Jika beliau mahu syarikat telekomunikasi menanggung cukai perkhidmatan 6%, beliau juga perlu berlaku adil kepada semua. Makanya, beliau wajar memberi arahan agar semua syarikat lain dari pelbagai industri, termasuklah industri penyiaran (Astro) hinggalah kepada industri makanan (KFC dan restoran mamak) juga perlu menanggung cukai perkhidmatan itu.
Alang-alang beliau mahu menjadi jaguh rakyat, lebih baik beliau menghapuskan saja cukai perkhidmatan kerana beliau tidak ada hak untuk memberi arahan syarikat mana perlu menanggung cukai perkhidmatan. Tindakan itu akan menyebabkan sudah tidak ada beza di antara cukai perkhidmatan dan cukai pendapatan.
Hakikatnya, rakyat harus sedar bahawa tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak menaikkan cukai perkhidmatan kepada 6% berkuatkuasa 1 Januari 2011 memainkan peranan dalam kenaikan kos; termasuk kos prabayar.
Jika beliau mahu menjadi seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya mengumumkan pengecualian daripada cukai perkhidmatan semua perkhidmatan harian yang ditanggung sebahagian besar rakyat; termasuklah perkhidmatan siaran TV berbayar (Astro), telekomunikasi dan restoran.
Itu lebih bertanggungjawab daripada terus menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya dibangkang rakyat.