Ikuti Blog ini

BR1M bakal mengundang padah pada UMNO/BN


Rata-rata rakyat kini menunggu janji BN untuk memberi 'wang saku' seperti yang dinyatakan oleh PM ketika pembentangan 'Bajet Pilihanraya' baru-baru ini. Tidak kiralah samaada rakyat kebanyakan, pelajar sekolah, kakitangan awam, bahkan mahasiswa juga menuntut janji tersebut. Secara zahirnya, kita akui bahawa pemberian itu mampu memberi sedikit senyuman pada mereka, tetapi pada hakikatnya ianya umpama racun yang sedang meresapi jangka hayat UMNO/BN.

 Berbaris panjang (sumber)

Hingga ada yang pengsan

Mana tidaknya, pemberian baucer pada mahasiswa kini dijadikan bahan tukaran wang untuk mereka enjoy malah ada yang melelongnya di internet. Manakala, rakyat pula terpaksa bersusah payah hadir ke majlis-majlis penyerahan BR1M sehinggakan ada yang menunggu berjam-jam, malah ada yang kecewa apabila nama mereka tidak tersenarai dalam pemberian sumbangan tersebut.

Jelas segala apa yang berlaku kini memperlihatkan bahawa kerajaan UMNO/BN berada pada hujung usia, kerana apa yang mereka cuba laksanakan umpama 'adhoc decision' yang mengundang bencana kepada mereka sendiri.

Mari kita tunggu dan saksikan peristiwa seterusnya yang bakal berlaku dari BR1M ini nanti..!

Kalau Jadi Mangsa Kenapa Tak Saman Akhbar Australia Tersebut?

Rosmah dakwa jadi mangsa sudah dijangka

KUALA LUMPUR, 23 Jan: "Dah agak dah," itulah jawapan spontan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar apabila Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa beliau "menjadi mangsa".

Sabtu lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA hari ini, Malaysiakini memetik isteri Perdana Menteri itu berkata: "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

"Saya selalu menjadi mangsa," dakwa Rosmah ketika ditanya tentang laporan SMH tentang tabiat berbelanjanya.

Bagaikan mengundang simpati, Rosmah yang mengiringi suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis sambutan itu berkata, beliau berkali-kali menghadapi tuduhan sedemikian.

Ketika terus ditanya adakah laporan mengenai perbelanjaan sehingga RM325,000 itu benar, Rosmah berkata: "Saya tidak ada masa untuk melayan semua ini".

Mengulas lanjut penafian Rosmah, Mahfuz mengulangi gesaan agar Najib dan Rosmah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut.

"Heret akhbar tersebut ke muka pengadilan di Australia dan kemukakan tuntutan hukuman dan ganti rugi paling maksimum ke atas SMH jika benar laporan itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar,"
kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mengulangi lagi ingatannya, Mahfuz berkata, jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku dalam keengganan Najib mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang mendakwa tentang kaitan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Kalau benar tidak bersalah, takut apa mengheret akhbar tersebut ke mahkamah di Australia?

"Tengku Razaleigh Hamzah pernah menyaman akhbar luar negara di negara akhbar itu sendiri dan oleh kerana beliau tidak bersalah, beliau menang kes tersebut dan mendapat ganti rugi yang lumayan pula," katanya.

Sambil bergurau, Mahfuz berkata, kalau Rosmah mendapat ganti rugi yang lumayan hasil tindakan undang-undang ke atas SMH itu, rakyat tidak marah kalau beliau berbelanja besar-besaran dengan wang ganti rugi itu.

"Kalau dapat ganti rugi RM24 juta, rakyat tidak marah kalau isteri Perdana Menteri itu mahu membeli cincin berlian semahal ganti rugi yang diperolehi itu.

"Kalau dapat ganti rugi lumayan dari SMH, rakyat juga tidak marah kalau Rosmah mahu memborong di semua butik terkemuka di seluruh dunia, beli beg tangan Birkin banyak-banyak,
semuanya rakyat tak marah.

"Rakyat lebih suka lagi kalau Rosmah menderma, maklumlah sebelum ini beliau menderma sehingga RM1.5 juta kepada Tabung Gaza. Mana dia dapat duit, kita tak tau," kata Mahfuz.

Dalam seksyen 'Private Sydney' SMH, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai first lady of shopping (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan Najib juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. -HD

Rosmah sangkal dakwaan berbelanja mewah

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya
. -mk

Kalau jadi mangsa fitnah, kenapa tak saman saja akhbar Australia berkenaan?

Bak kata Mahfuz pun:

"Kalau dapat ganti rugi RM24 juta, rakyat tidak marah kalau isteri Perdana Menteri itu mahu membeli cincin berlian semahal ganti rugi yang diperolehi itu.

"Kalau dapat ganti rugi lumayan dari SMH, rakyat juga tidak marah kalau Rosmah mahu memborong di semua butik terkemuka di seluruh dunia, beli beg tangan Birkin banyak-banyak,
semuanya rakyat tak marah. -GB

“Kita Akan Tetap Berjalan….Sampai Ke Putrajaya” - Pak Samad


Kuala Terengganu – Datuk A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad adalah seorang tua yang tersohor kerana beliau menerima anugerah Sasterawan Negara. Manakala, Anne Ooi pula, wanita tua hanya dikenali ramai selepas BERSIH 2.0.

Beliau di gelar sebagai ‘Untie BERSIH’ kerana kisahnya berjalan seorang diri, tanpa menghiraukan halangan apa dan dari sesiapa, demi untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Mereka adalah ‘dua warga emas’ yang sudah melepasi umur 60-an, menjadi panelis Forum BERSIH yang diadakan di Kuala Terengganu pada Jumaat 20 Januari.

Kedua-dua ‘orang tua’ yang cekal ini tidak akan berhenti dan bertekad untuk berjalan terus ke Putrajaya, bagi memastikan pilihanaya dilaksanakan dengan adil dan bersih.

Pak Samad menegaskan, kerajaan ‘bangsawan’ Umno dan Barisan Nasional yang memerintah Negara sekarang sanggup melakukan apa saja penipuan demi untuk mengekalkan ‘kuasa’.

“Tadi anda sendiri sempat melihat analisa-analisa dan bukti-bukti yang jitu, bagaimana penipuan dilakukan dengan pelbagai cara untuk memperkekal kuasa, dan kami tahu ini adalah sesuatu yang sukar tapi, sejauh ini memang itulah kami lakukan,”ujar Pak Samad.

Antara penipuan yang sedang dilakukan Umno/BN mencipta pengundi dengan cara memberikan kad pengenala kepada warga asing dan didaftarkan sebagai pengundi.

Oleh itu, Pak Samad yang baru dilantik sebagai Pengerusi Bersama BERSIH, berkata kempen ‘Jom 100’ adalah angat penting bagi mengimbangi ‘pengundi hantu’ itu. -BO

'Serangan’ Program ABU: Umno Mesti Bertanggungjawab



Kuala Lumpur: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Umno bertanggungjawab terhadap insiden program Asal Bukan Umno (ABU) malam tadi di Jalan Kebun, Shah Alam.

NGO pimpinan Ketua PKR Rembau itu, Badrul Hisham Shaharim itu juga meminta polis bertindak secara profesional ke atas insiden tersebut.

Katanya, kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1Malaysia.

“Adakah orang India sudah tidak selamat berada di kawasan ramai penyokong Umno,?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian semalam 20 pemuda menjerit kepada kaum India yang berada di dalam dewan tersebut.

Kata Chegu Bard, malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan.

Cedera dan rosak

“Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan.

“Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul.

“Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan.

“Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalami kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah,” tambahnya.

Chegu Bard berkata, petugas dengan beberapa hadirin yang kebetulan yang baru datang berjaya menenangkan keadaan.

Katanya, kumpulan pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan.

“Kira kira empat atau lima anggota polis datang, tetapi jumlah mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.

“Kira-kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku,” katanya lagi. -FMT

TG Nik Aziz: Saya tiada masalah isytihar harta


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kesediaannya untuk mengisytiharkan harta jika undang-undang memerlukan beliau berbuat demikian.

Isu pengisytiharan harta, menurut Mursyidul Am Pas ini, sudah lama dibangkitkan tetapi malangnya sehingga kini rasuah berleluasa kerana manusia tidak bertakwa kepada ALLAH s.w.t.

"Kalau kena isytihar, saya isytihar tapi yang pentingnya takwa kepada ALLAH. Kalau hakim atau polis tidak bertakwa contohnya, maka berlakulah rasuah," kata beliau di sini hari ini.

Nik Aziz berkata, isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan merupakan isu lama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (Agenda), Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.

Menteri Besar berkata, sebelum ini, beliau pernah membuka pintu siasatan seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat ke atasnya.

Parti Islam kuasai dua pertiga Parlimen Mesir


KUALA LUMPUR, 22 Jan: Keputusan pilihanraya Parlimen Mesir menepati ramalan pelbagai pihak dengan parti-parti beraliran Islam mencatat kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di negara itu.

Keputusan akhir pemilihan Parlimen pertama Mesir setelah jatuhnya Presiden Hosni Mubarak turut menepati ramalan beberapa pihak apabila parti politik milik Ikhwanul Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi.

Dengan perolehan yang turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir semalam mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat.

Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.   

Semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, Ikhwanul Muslimin merupakan organisasi yang dilarang bergiat dalam politik dan dengan keputusan tersebut, parti-parti Islam kini telah berjaya menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di Mesir.

Dengan keputusan itu juga, FJP kini sudah memutuskan untuk melantik seorang ahli politik kanannya, Saad al-Katatni sebagai ketua (speaker) Majlis Rakyat.

Wartawan BBC di Kairo, Jon Leyne dalam laporan terkininya berkata, Presiden Mesir yang akan dipilih nanti bagaimanapun bukan parti pemenang pilihanraya itu.

Sebaliknya, pemilihan presiden akan dilangsungkan pada bulan Jun nanti, setelah segala proses lain yang berkaitan dengannya diselesaikan.

Berdasarkan sistem pemilihan Mesir, warganegara itu akan memilih dua pertiga anggota Parlimen berdasarkan parti yang memiliki daftar calon masing-masing dan hanya sepertiga calon individu yang dipilih secara langsung.

Pemilihan Majlis Tertinggi Parlimen akan diadakan pada bulan Februari nanti dan selepas itu akan dipilih 100 anggota dari Majlis Tertinggi dan Majlis Rendah yang ditugaskan untuk menyusun perlembagaan baru Mesir.

Pilihanraya Parlimen Mesir itu diadakan setelah kebangkitan rakyat yang turun ke jalan-jalan raya di negara itu sehingga berhasil menjatuhkan Presiden Mubarak pada bulan Februari 2011 lalu.

Warga Mesir memberikan suara dalam tiga tahap pilihanraya yang berlangsung selama enam minggu untuk memilih 498 anggota Majlis Rakyat (Parlimen), sementara 10 anggotanya diperuntukkan untuk Dewan Tertinggi Tentera yang kini memerintah negara itu untuk sementara waktu.

Sementara itu, Agensi pula melaporkan, keputusan rasmi pusingan pertama pilihan raya Mesir menunjukkan parti Islam mencapai kemenangan besar, termasuk kumpulan Salafi yang terkenal kerana bersifat radikal.

Kumpulan Ikhwanul Muslimin yang berfahaman sederhana memenangi 36.62 peratus diikuti oleh Parti An-nur yang mewakili kumpulan Salafi, 24.36 peratus sementara Al Wasat, sebuah lagi parti Islam berfahaman sederhana meraih 4.2 peratus undi, berdasarkan carta yang disediakan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pilihan Raya, Yusri Abdel Karim.

Menurut carta itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (AJP) yang mewakili Ikhwan, memenangi 3.56 juta daripada 9.73 undi, An-Nur, 2.37 juta dan Al-Wasat, 415,590.

Keputusan itu adalah untuk kawasan yang mengundi pada Isnin dan Selasa lalu dan ia mengesahkan ramalan awal bahawa parti berhaluan Islam akan memenangi sekurang-kurangnya dua pertiga undi.

Satu-satunya parti sekular yang mencatatkan kemenangan besar ialah Blok Rakyat Mesir yang memperoleh 13.35 peratus undi.

Jurucakap Ikhwan seperti yang dilaporkan oleh Agensi berkata, “Rakyat memilih calon yang mewakili identiti Islam dan dipercayai pengundi."

Beliau menegaskan, FJP jauh berbeza dengan kumpulan Salafi yang menurutnya mencapai kemenangan memeranjatkan dalam pilihan raya itu.

“Kami berharap orang ramai akan dapat membezakan antara pergerakan yang berbeza dan tidak menganggap semua aktivis Islam berada dalam satu ‘kapal’,” katanya. -Hrkh

VIDEO ANJING-ANJING UMNO MENYALAK mengganggu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan UMNO) - HINDRAF





Gambar : Konvoi Mengiringi Ust Azhar Idrus Sempena Sambutan Jubli Emas Pemuda PAS Terengganu












Sumber gambar : Facebook Wan Nasiruddin
 
Konvoi mengiringi Ust Azhar Idrus ke tapak Program Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu di Alor Tempoyak Dungun Terengganu.

Sambutan Jubli Emas diadakan selama tiga hari pada 19, 20 dan 21 Januari, sempena peringatan penubuhan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pada tahun 1961.

Sepanjang tempoh tersebut DPPNT telah diterajui oleh 13 orang ketua, termasuk Haji Mohd Abdul Wahid yang kini Pesuruhjaya Pas Terengganu dari tahun 1993 hingga 1997.

Penyokong UMNO mengganas di ceramah PAS, ABU & HINDRAF pada malam tadi!



Org india tidak selamat di kawasan UMNO! Najib siapkan keranda utk 1Malaysia

Laporan dari Twitter DiBawah :

che'GuBard @chegubard 16h Reply Retweet Favorite · Open
Pemuda Umno datang ganggu prog ABU di Dewan MBSA seksyen 30 Jln Kebun... Berlaku serangan fizikal...

che'GuBard @chegubard 16h Reply Retweet Favorite · Open
Beberapa hadirin cedera diserang..

Zainulfaqar @zainulfaqar 16h Reply Retweet Favorite · Open
Rakyat di Dewan MBSA Jln Kebun yang menyertai ABU terima tindakan ganas pemuda Umno. Sudah ada rakyat cedera.

dari FB IAR
URGENT!!! FROM CHE'GU BARD : Yang berada di sekitar mohon bergerak ke Dewan MBSA seksyen 30 Jln Kebun shah alam ... Ceramah ABU bersama MD sabu diserang secara fizikal oleh pemuda Umno .. Ada hadirin yg cedera..peniaga2 melayu habis dirosakkan gerai.. Hanya ada dua polis gagal buat apa2.. Mohon gerak penyokong ke sini segera

che'GuBard @chegubard 16h Reply Retweet Favorite · Open
Serangan ke prog ABU mlm ini brsifat prkauman,mereka masuk jerit cacian kpd org India&serang fizikal.Pemuda Umno harus t/jawab


Susulan kejadian 'UMNO bunuh 1Malaysia' dlm program #ABU di Klang, Dr Siti Mariah turut melawat mangsa yg dipukul penyokong Umno
che'GuBard @chegubard 16h Reply Retweet Favorite · Open
Mereka cuba bakar sentimen kaum tp mereka turut musnahkn gerai2 peniaga Melayu yg dtg brniaga.. ABU bukan satu kaum tp milik rakyat semua

Dr Siti Mariah @DrSitiMariah 16h Reply Retweet Favorite · Open
1Malaysia gagal diterap kpd penyokong UMNO Jalan Kebun. Seorang Ahli DH Penyokong PAS dipukul di majlis ceramah PAS, ABU & HINDRAF d serang

Dr Siti Mariah @DrSitiMariah 16h Reply Retweet Favorite · Open
Org india tidak selamat di kawasan UMNO! Najib siapkan keranda utk 1Malaysia. Pimpinan UMNO Kota Raja/Jln Kebun perlu bertanggung jawab.


Berikut Petikan dari FMT:

Organisers believe that the assailants, who had caused serious injuries to at least one person, were linked to Umno.

BREAKING NEWS
KLANG: A rowdy mob gatecrashed a ceramah organised by Anything But Umno (ABU)/Hindraf in Jalan Kebun here, causing serious injury to at least one person earlier tonight.

Organisers told FMT that one of the volunteers at the ceramah was badly assaulted and had to be rushed to the hospital.



The incident happened at about 9.15pm when the ceramah was about to start.

About 30 attackers, waving sticks and helmets, rode their motorcycles into the ceramah venue – a hall – and rammed into participants and chairs.

Others had followed on foot and were allegedly ‘causing havoc’ by tossing chairs, throwing away ABU brochures, and hurling insults at participants, demanding for them to leave.

Organiser and ceramah participants believe the attackers were linked to Umno.


“I believe they were Umno people. They had the BN and Umno flags, and were wearing Umno t-shirts,” said one participant who alerted FMT of the incident.

“There was some arguments and one boy was badly beaten by the unruly youths using helmets,” said Suara Rakyat Malaysia (Suaram) executive director E Nalini who was there to observe the ceramah.

She said the group left the venue when a couple of police patrol cars arrived. She added that the group however loitered outside the hall, shouting slogans and ignoring the policemen.

The speakers of the disrupted ceramah were supposed to be lawyer-activist Haris Ibrahim, PAS deputy president Mohamad Sabu, PKR leader Badrul Hisham Shahrin and Hindraf national coordinator W Sambulingam.

Mohamad Sabu said he was on stage when the incident happened.

“They can’t do this, if they disagreed with us or our programmes, they can complain to police, not attack people. This is very bad image for democracy,” he said.

Meanwhile, another ceramah participant told FMT that the incident had gotten racial at one point when one of the ‘uninvited guests’ hurled racial abuses shouted at the participants, many who were Indians.

“One of them called us ‘keling’ while others proceeded to taunt the Indians present and shouted at the Malays there ‘you orang tak kenal hutang budi‘ (you unappreciative lot),” said legal executive M Yuktesvaran.

The organisers meanwhile said they were calling off the ceramah tonight, and will be resheduled to a venue in Seremban on Jan 28. It is also learnt that they will be lodging a police report soon. - FMT

Ada Hati Perut ke JKKK, Adun Paka & MB Terengganu?

Dua Penggal pemerintahan Umno-BN setelah tahun 2004, menyaksikan pelbagai kezaliman yang kini semakin terasa dikalangan rakyat marhain. Bermula dengan rampasan royalti, tekanan dan sekatan kerajaan Pusat dikenakan terhadap Terengganu sebagai hukuman terhadap rakyat kerana memilih Pas & PR sebagai pemerintah.

Sebuah demokrasi songsang bagi pengamal Kerajaan Federalisme daripada pilihanraya.

Apabila DS Idris mula berkuasa maka terlihatlah belangnya. Penuh dengan kesombongan, angkuh dan takaburnya lalu terus membekukan dan merampas tanah-tanah RTB yang diluluskan kepada rakyat melebihi 60 ribu lot semuanya. Surat dihantar kepada Konsortium Juruukur supaya menghentikan serta-merta kerja-kerja menyelesaikan tanah rakyat. Ada yang dah buat rumah kediaman, dengan kuasa Umno-BN meruntuhkan serta menyapu bersih dengan jentolak.

Sedangkan mereka merupakan rakyat Terengganu, melayu, Islam. Bukan hanya penyokong Pas tetapi ramai dikalangan orang Umno. Yang penting mereka berhak dan rakyat Terengganu. Kenapa mereka dizalimi dan dinafikan haknya sehingga kini. Dalam Dun Paka sahaja dengan 11 RTB (Rancangan Tanah Berkelompok) yang melibatkan hampir 1,800 peserta.

Bukan hak rakyat sahaja dirampas bahkan Masjid Bujal sendiri menjadi saksi kezaliman Umno-BN. Kuasa yang mereka miliki menyebabkan mereka lupa kepada adanya Allah Swt. Perbuatan meniru Zionis laknatullah yang merampas tanah Palestine dan rumah ibadah dibumi suci tersebut. Di Israel mereka merampas tanah orang arab untuk diberikan kepada bangsa Yahudi. Malangnya di Terengganu, tanah melayu dirampas oleh wakil rakyat Terengganu sendiri. Sebangsa, seagama.

Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Hanya sepenggal pemerintahan beliau, kita menyaksikan bagaimana Allah Menghinakan manusia yang zalim. Idris Jusoh dihinakan sedemikian rupa. Umpama kucing kurap yang buruk kepala. Hilang tampuk kerusi empuk MB Terengganu. Bukan kerana Pas, bukan kerana rakyat tetapi kerana perebutan dan pencakaran sesama mereka. Idris Jusoh vs Mat Said. Slogan “Pembangunan yang tidak pernah kelihatan” bertukar menjadi Terengganu Darul Runtuh. Betapa cepatnya pembalasan Rabbul Jalil.

Adakah mereka mengambil pengajaran? Dizaman DS Ahmad Said, ketika awal pemerintahan… demi mengukuhkan kuasa beliau supaya tidak ditolak dengan undi tak percaya beliau mengambil pendekatan berlunak dengan Pas sendiri. Nampaklah macam orang yang dah bertaubat. Berkopiah dan berjubah mengalahkan orang Pas. Tetapi kini kuku dan belangnya sudah kelihatan. Yelah… Kkabo tahik, lama mana sangat boleh bertahan didalam kapas mewangi. Pasti akan merayap keluar berada ditempat asalnya.

Yang terbaru apabila rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di Paka. Rangkaian sekolah Pondok Darul Bayan, Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Ma'had Tahfiz al-Quran yang mempunyai 700 pelajar keeluruhannya. SRI Darul Bayan adalah satu-satunya Sekolah rendah Islam di Dun Paka. Sebuah sekolah rakyat yang berdaftar dengan JHEAT dan sepenuhnya didirikan dan diseliakan dengan sumbangan wang zakat dan derma orang-ramai. Ia ditubuhkan sejak tahun 2001 dan kini memiliki pelajar seramai 360 orang. Tanah yang dipohon dan diberi kelulusan RTB seluas 2 ekar itu pada tahun 2003 telah didirikan pembangunan sekolah. Sebuah bangunan induk dan sebuah bangunan tambahan 2 tingkat, surau, kantin dan 2 unit rumah guru. Sila klik http://sridarulbayan.blogspot.com/

Kini dengan rakus mereka tega merampas tanah institusi pendidikan Islam dan dibahagikan kepada pengerusi dan ajk JKKK setempat pada bulan desember 2011 yang kini baru disedari setelah disembunyikan. Seekar dibahagikan kepada 5 lot dan diberikan kepada pengerusi Umno & ajknya atas nama RTB Kolam Permai, mukim Paka iaitu :-
1. Lot RTB 9832 diberikan kepada Pengerusi JKKK Limbong : Ibrahim bin Abdullah
2. Lot RTB 9833 - Abd.Ghani Karim suami kepada Anita Ariffin – S/U JKKK Limbong
3. Lot RTB 9831 - Suhaini Abd.Karim, isteri Fauzi Nong – Naib JKKK Limbong
4. Lot RTB 9830 – Muhamad Idris – JKKK Limbong
5. Lot RTB 9829 – Rosli Hasyim – JKKK Cacar.

Sepatutnya tanah individu diambil oleh kerajaan untuk kepentingan awam tetapi tanah Sekolah Agama Rakyat diambil untuk kepentingan beberapa kerat JKKK. Adakah ini dikatakan Umno sebagai parti pembela rakyat, pejuang melayu & menegakkan Islam? Adakah ini maknanya “Rakyat didahulukan”??? adakah inilah sebenarnya pemimpin melayu haprak yang disebut oleh Dr Mahathir?

Umat Islam ni biasanya tanah sendiri diwakafkan untuk surau, masjid maupun sekolah Islam. Tetapi kini tanah sekolah dibolot untuk kepentingan juak-juak mereka. Mana hati perut mereka? Kini dengan lay-out baru itu menyebabkan tanah perancangan untuk penempatan anak yatim itu sudah hilang. Sebahagian surau, kantin sekolah bahkan 2 unit Rumah guru juga turut dirampas. Apalagi yang tinggal apabila tanah kini tinggal tak sampai seekar? Kenapa yang mereka dendamkan sangat dengan sekolah tersebut? Sedangkan sekolah tersebut berdaftar dengan JHEAT. Menggunakan kurikulum Kementrian Pendidikan dan mengambil peperiksaan UPSR. Mendapat kerjasama yang baik daripada pihak PPD Dungun. Pernah mendapat kelulusan cemerlang dengan keputusan 100% pada tahun 2010. Para pelajar seepas Sri darul Bayan ini menyambung pelajaran di SMASZA, SMASID, IMTIYAZ, MA’AHAD MUHAMMADI dan lain-lain institusi.

Tidakkah mereka malu melihat bagaimana orang-orang cina yang anggup mengeluarkan duit mereka membina pembangunan dan dewan sekolah jenis kebangsaan cina Chee Mong di Paka maupun di Batu 5. Pihak kerajaan boleh pulak berikan bangunan baru untuk kelas meskipun pelajar hanya 100 orang lebih bahkan pelajar mereka juga dapat bantuan rm100 kepada setiap pelajar. Semua ini dinafikan terhadap Sekolah Agama Rakyat.

Siapa yang terlibat dengan kezaliman ini? Sudah tentu pihak JKKK terlibat secara langsung. Apatah lagi mereka bermesyuarat dan memutuskan untuk meletakkan nama mereka sendiri. Adun negeri N28 pastinya merupakan orang yang memutuskan dan menandatangani bagi kelulusan dan sokongan dalam mesyuarat Tanah Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Ia dibawakan ke mesyuarat MMKN dan diluluskan oleh Exco dan ditandatangani oleh MB Terengganu iaitu DS Ahmad Said. Inilah sebenarnya kezaliman itu diproses.

Adakah mereka lupa kezaliman ini akan adanya pembalasan? Tak ingat mati ke puak-puak ni. Adakah mereka lupa sabdaan Rasulullah Saw : “Siapa yang mengambil tanah orang lain dengan cara yang tidak sebenar sekadar sejengkal nescaya akan dipikulnya 7 petala bumi diakhirat kelak”.

Semua ini berlaku kerana rakyat memberi kuasa kepada mereka. Lalu mereka menggunakan kuasa mengikut nafsu kesombongan dan keegoan mereka. Pas Dun Paka menyarankan agar pihak Sekolah samada staff maupun ibu-bapa bahkan pihak pengurus erta PIBG agar terus mempertahankan hak mereka. Sila klik http://www.facebook.com/pages/Kami-Bantah-Rampasan-Tanah-Sekolah-Rendah-Islam-Darul-Bayan-23100-Paka/278308188895566 . Diharapkan agar gabungan sekolah-sekolah Dar di Terengganu yang berjumlah 7 buah dengan pelajar 2,000 orang dapat bersama menyuarakan bantahan ini. Dan diharapkan rakyat sendiri menghentikan kezaliman ini dengan menumbangkan mereka dalam PRU-13 nanti. Kita akan saksikan siapakah selepas DS Idris Jusoh. Ingatlah mereka yang dizalimi tiada hijab dengan Allah Swt. Allah Akbar.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar'


Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

darling hotel sydney australiaMenurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
Oktober lalu, anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM).

Akhbar itu kemudiannya membuat pembetulan kepada laporan tersebut, dengan memetik sumber tanpa nama, selepas Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa itu. -M''kini

Perutusan Tahun Baru Cina Presiden PAS


Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Tionghua di Malaysia dan di seluruh dunia minggu ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengucapkan selamat menyambut hari kegembiraan tersebut. Perayaan yang turut melibatkan majlis makan besar dalam keluarga besar merupakan satu nilai positif yang juga turut disanjung ajaran Islam. Islam juga  menggalakkan hubungan kekeluargaan dipereratkan, malah jika sudah memeluk Islam sekalipun, hubungan kekeluargaan tidak pernah putus khususnya dengan kedua ibu bapa mereka.

Apa yang malangnya ialah pemerintahan negara selama puluhan tahun ini masih belum mampu mewujudkan perpaduan nasional yang mantap. Malah hidup dalam kegelisahan akibat permainan politik perkauman pihak pemerintah. Bahkan hubungan masyarakat Tionghua di Tanah Melayu ini telah wujud seawal pemerintahan kerajaan Islam Melaka melalui hubungan diplomatik Laksamana Cheng Ho dengan kerajaan Melaka.

Masyarakat Tionghua di Malaysia merupakan kelompok kedua terbesar di negara ini dan memberi kesan terhadap politik dan sosial negara. Perubahan yang mereka lakukan dalam pilihanraya ke-12 yang lalu membuka lembaran baru politik negara yang menyentak keselesaan pemerintah di peringkat pusat. Perubahan yang dilakukan adalah untuk melihat negara maju ke hadapan dan keluar daripada politik usang yang menindas, diskriminasi dan zalim kepada rakyat kepada politik yang adil dan saksama sesama rakyat.
Namun ianya belum cukup merubah keseluruhan sistem 'usang' negara dan menginsafkan pemimpin pusat yang terus menerus menindas negeri-negeri dan rakyat. Maka tibalah masanya kita membuat perubahan total diperingkat kerajaan pusat. Maka sekali lagi masyarakat Tionghua adalah penting dalam mengekalkan dan meningkatkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya bersama membina negara yang adil untuk semua.

PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur. PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Gong Xi Fa Cai kepada semua.

Presiden PAS
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Anwar Mahu Dipenjarakan Juga, AG Hantar UMNO BN Ke Pusara


Pejabat Peguam Negara Fail Rayuan Terhadap Pembebasan Anwar

KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara, pada Jumaat memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Apabila dihubungi Bernama, Timbalan Pendaftar Halilah Suboh mengesahkan bahawa notis itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah pada kira-kira pukul 4.30 petang. Notis itu dikatakan ditandatangani Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun.

Seorang lagi pegawai memberitahu Bernama bahawa mengikut Akta Mahkamah Keadilan 1964, hakim perbicaraan perlu mengemukakan penghakiman bertulis kepada pihak pendakwaan atau pembelaan dalam tempoh 14 hari bagi tujuan memfailkan notis rayuan.

"Setelah meneliti penghakiman bertulis itu, mereka akan membuat keputusan sama ada hendak memfailkan petisyen atau rayuan," katanya.

Hakim perbicaran Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang kini bercuti, dijangka kembali bertugas pada 25 Jan dan mengemukakan penghakiman bertulis beliau.

Pada 9 Januari, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar. Hakim Mohamad Zabidin berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti bahawa integriti sampel DNA tidak diusik.

Beliau juga berkata mahkamah keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan kenyataan Mohd Saiful yang tidak disokong dengan bukti.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, apabila dihubungi Bernama, bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, 58, berkata dia gembira kerana Pejabat Peguam Negara memafailkan rayuan itu. - BERNAMA

Pada awalnya GB menduga Peguam Negara tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Ini kerana menurut keputusan hakim, bahan bukti telah tercemar dan di dalam sebarang perbicaraan "bahan bukti" adalah kritikal - dan mahkamah tidak boleh bersandarkan penghakimannya ke atas keterangan semata-mata tanpa bukti yang sahih.

Justeru itu tiada premis untuk pihak pendakwa membuat rayuan.

Tetapi sepertimana GB nyatakan sebelum ini di Bahan DNA Tercemar. Harapan Saiful Merayu Tipis:

Sekarang apabila bahan bukti utama telah tercemar dan ditolak, apa lagi yang hendak dirayukan? Apa evidences lain yang hendak dikemukakan? Dubur Saifulkah? Itupun disyaki telah dicemari.

Tiada ruang untuk pendakwa raya hendak persoalkan dan menekan mahkamah supaya bahan bukti itu diterima semula kecuali ada permainan lain direncanakan untuk menafikan keputusan hakim tersebut.

Perkataan yang GB tebalkan di atas menampakkan ia semacam satu kenyataan.

Ada rencana untuk mensabitkan Anwar bersalah TANPA BUKTI.

Kedua kita lihat permohonan Anwar untuk QAZAF telah dihalang di Mahkamah Syariah.

Ketiga, tiba-tiba semalam juga Mahkamah Rayuan memerintahkan peguam Karpal Singh (peguam yang terlibat secara terus di dalam kes liwat) supaya membela diri terhadap pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada sidang akhbar pada 2009. Umum meelihat ia adalah untuk menghalang Karpal dari memberikan tumpuan terhadap kes Anwar.

Justeru itu amat jelas dari hujjah di atas, ramai yang persoalkan apakah rayuan yang dikemukakan oleh Peguam Negara semalam hanya untuk memenuhi satu perancangan bagi bagi memenjarakan Anwar?

Tetapi seperti GB kemukakan juga sebelum ini di Ku Li Yakin Anwar Bakal Dipenjarakan:

Tetapi pada pandangan GB jika Anwar dipenjarakan, ia akan menyebabkan simpati dan kebangkitan rakyat, sepertimana yang berlaku di dalam PRU10 tahun 1999. Bererti UMNO akan habis jugak. Malah lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan.

Sifirnya: Anwar dipenjarakan atau tidak, UMNO tetap lingkup.

Bezanya ialah jika Anwar dipenjarakan, UMNO akan lingkup dengan lebih parah dan lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan FULLSTOP

Tragedi rampasan kuasa oleh Najib/UMNO-BN Perak bakal diulangi. Malaysia akan terus jadi perhatian dunia semula dan sebenarnya tindakan Peguam Negara itu akan menghantar UMNO BN ke pusara di dalam pilihanraya yang datang ini.

Samseng Melayu Belasah Penyokong Pas di Masjid Kg Pandan!!




Kecoh di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan.
Sekumpulan jemaah yang baru selesai menunaikan solat jumaat di
Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan telah berkumpul untuk memberi
taklimat tentangg AUKU di luar perkarangan masjid telah digempur
dengan tidak bermoral oleh sekumpulan yang tidak puas hati dengan
sessi taklimat tersebut.



Jangan sewenang-wenangnya melawan undang-undang Islam

DUNGUN – Pesuruhjaya PAS Terenggan Haji Mohd Abdul Wahid Endut memberi amaran, jangan sewenang-wenangnya melawan undang-undang Islam kerna ia telah dilaksanakan di negeri Terengganu sejak 100 tahun yang lalu.

Beliau turut berikrar akan mengembalikan hukum Hudud dan Qisas sebagaimana yang pernah diperjuangankan dan dikuatkuasakan oleh almarhum Sultan Zainal Abidin III.

“Jadi jangan (ada) orang sewenang-wenangnya nak mencanggah nak melawan undang-undang Islam, jangan sewenang-wenangnya nak menolak hudud hukum Allah, kerana kita 100 tahun dahulu telah pun dilaksanakan undang-undang itu di negeri Terengganu,

“dan kita akan teruskan perjuangan ini Insyaallah, untuk mengembalikan undang-undang islam kepada tempatnya, (yang mana) waktu 100 tahun dahulu Sultan Zainal Abidin telah menegakkan Islam dan menolak (undang-undang) penjajah Inggeris,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, yang diadakan di Alor Tempoyak dekat sini pada Jumaat 20 Januari.

Beliau memberikan peringatan supaya para pemuda istiqamah dan sentiasa berakhlak dalam memperjuangkan agama Allah kerana katanya, pemuda merupakan saf hadapan yang akan menerima ujian dan ancaman

Katanya, pengalaman perjuangan PAS di Terengganu, pemuda akan berhadapan dengan polis, ditembak dengan peluru hidup, di tembak dengan gas pemedih mata.

“Pemuda lah yang dulu yang berhadap dengan polis, yang kena tembak dengan gas, pemuda dulu yang kena tembak dengan peluru hidup,

“dalam sejarah perjuangan Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, pemudalah yang dulu (memulakan) pemberontakan petani di padang Kachung, yang meninggal dibunuh oleh pemerintah (penajajah),

“pemuda menjadi saf hadapan dalam kita nak memperjuangkan, nak menegakkan kalimah Allah,”jelasnya.

Sambutan Jubli Emas diadakan selama tiga hari pada 19, 20 dan 21 Januari, sempena peringatan penubuhan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pada tahun 1961.

Sepanjang tempoh tersebut DPPNT telah diterajui oleh 13 orang ketua, termasuk Haji Moha Abdul Wahid sendiri dari tahun 1993 hingga 1997. -BO
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .