Ikuti Blog ini
Subhanallah..Gambar Yang Lu Orang Tak Sanggup Nak Tengokkk.. ,Rabu, April 25, 2012 at 25.4.12,
Berjoging sambil menyindir DBKL , at 25.4.12,


Penganjur Chong Kok Siong menguruskan acara itu melalui Facebook pada Isnin dan menerima akuan penyertaan daripada 49 orang dengan 36 lagi mempertimbangkan menyertainya.
Walaupun hujan menyebabkan kehadiran kurang, peserta yagn hadir tetap meneruskan hasrat mereka.
Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Liau Kok Fah, antara peserta perhimpunan itu berkata, ramai penyokong terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan tidak dapat menyertai program joging itu.
Pelari
berhimpun berdekatan Tugu Negara sebelum berlari ke Dataran Merdeka,
melakukan empat pusingan di padang dan kembali, meliputi jarak
kira-kira 5km. -M'kini
Rumah Mazlan Aliman Pula Disimbah Cat Merah , at 25.4.12,
Rumah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman di Felda Ramun, Kulai, Johor disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali, awal pagi tadi.Mazlan berkata, perbuatan khianat itu disedari oleh isterinya yang belum tidur kira-kira jam 3.00 pagi tadi.
Isterinya mendengar derap tapak kaki di luar rumah dan mengejutkan beliau yang baru melelapkan mata.
Apabila mereka keluar melihat apa yang berlaku kira-kira lima minit kemudian, didapati bahagian beranda dan kaki lima rumah telah disimbah cat merah.
"Malam tadi saya ada ceramah dan pulang ke rumah agak lewat.
"Dalam jam tiga pagi, saya baru terlelap, dan isteri saya belum tidur lagi.
"Dia terbau cat yang kuat dan terus kejutkan saya. Apabila kami tengok di luar rumah, bahagian beranda dan kaki lima dikotori cat merah (gambar) tapi kejadian itu berlaku sangat pantas," kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini.
Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis hari ini berhubung kejadian itu.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat bagaimanapun yakin perbuatan khianat itu dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangannya dalam isu tanah dan Felda.
"Saya yakin ini merupakan satu usaha untuk menakutkan-nakutkan saya tapi saya tak gentar.
"Saya dah berada dalam PAS selama 30 tahun dan sudah hadapi macam-macam. InsyaAllah saya boleh hadapi semua ini dan memberi semangat kepada saya untuk terus perjuangkan hak rakyat," kata beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Tambah beliau lagi, perbuatan itu juga dilakukan menjelang Himpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana, Johor Bharu 5 Mei depan.
"Kita akan adakan himpunan tanah besar-besaran dan kita sudah buat roadshow ke seluruh tempat dan dedahkan perkara-perkara berkaitan isu tanah.
"Kita dedahkan bagaimana pemimpin Umno ada tanah yang banyak sedangkan rakyat yang buat permohonan 40 tahun tak dapat-dapat.
"Mungkin perbuatan ini untuk menggagalkan usaha kita memberi maklumat kepada rakyat," katanya. -Hrkh
KENYATAAN MEDIA
Rabu 25hb April 2012
Gabungan Tanah Rakyat (TANAH) cukup kesal dengan pihak-pihak tertentu yang cuba mengancam dengan menyimbah cat berwarna merah di rumah Pengerusi TANAH yang juga Presiden (Persatuan Anak-anak Peneroka Generasi Kedua) ANAK, Sdr Mazlan Aliman. Kejadian ini disedari oleh isteri Sdr Mazlan pada jam 3.30 pagi selepas beliau balik daripada suatu program ceramah di Parit Sulong. Isteri beliau terhidu bau cat minyak di bekalang rumahnya di Felda Bukit Ramon, Kulai Johor.
Kejadian ini merupakan kejadian ketiga berlaku dalam tempoh masa 1 minggu di Negeri Johor. Pertama berlaku pada 19hb April di Markaz PAS Air Merah, Mersing dan keduanya pada 22hb April 2012 di kedai makan Setiausaha Persatuan Anak Pengerang(PAP), Saudara Azhar Mansor dan kejadian ketiga berlaku di rumah Sdr Mazlan Aliman pada awal pagi 24hb April 2012.
Perbuatan tidak bermoral ini berkemungkinan ada kaitan dengan cadangan TANAH yang akan menganjurkan suatu Himpunan Tanah Rakyat pada 5-5-2012 jam 2.00 petang di Plaza Angsana, Johor Bahru. Antara tuntutan TANAH adalah menuntut kembali Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, menyiasat penyerahan tanah KTM Tg. Pagar, menghentikan pengurniaan Tanah kepada KPRJ/Kroni dan merampas tanah penyeleweng.
Semalam Sdr Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada media akan menurunkan 10 ribu ahli dan penyokong-penyokong TANAH ke Dataran Merdeka pada sabtu 28hb April 2012 sebagai tanda sokongan TANAH kepada Himpunan Bersih 3.0. TANAH akan bekumpul di Menara Maybank jam 1.30 petang kemudian berarak secara beramai-ramai ke Dataran Merdeka.
TANAH mendesak kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap motif kejadian dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini. Ini bagi mengelakkan kejadian di ingini berlaku selepas ini.
Yang Benar
SUHAIZAN BIN KAIAT
SETIAUSAHA
GABUNGAN TANAH RAKYAT (TANAH)


Simbahan cat dan dengki khianat ke atas rumah pemimpin PAS di Johor nampaknya semakin menjadi-jadi.
Pada awal bulan ini, kediaman Ketua Pemuda Pas Johor Bahru, Mohd Ariff Mt Hassan di Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda telah disimbah dengan cat oleh sekumpulan pemuda di hadapan rumahnya.
Sebelumnya telah berlaku serangan ke atas kediaman Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad yang terbakar dan sebuah keretanya hangus di dalam satu perbuatan khianat di Taman Universiti, Gelang Patah, Johor.
Menurut nusajayakini, Mazlan Aliman dilihat lantang dalam isu tanah yang mungkin mengugat kerajaan negeri Johor. Beliau banyak mengetuai untuk menyelesaikan isu-isu tanah yang berlaku di dalam negeri Johor. Beliau juga akan mengetuai satu himpunan yang diberi nama Himpunan Tanah Rakyat (TANAH) yang akan diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 5 Mei 2012 ini sebagai mendesak kerajaan negeri Johor menyelesaikan isu-isu berbangkit berkenaan urusan tanah rakyat.
Apakah ini tanda ada pihak yang merasa kedudukan mereka tergugat di negeri tersebut? -GB
3 PERKARA TENTANG BERSIH 3 , at 25.4.12,
1. TG Nik Aziz: Hadir BERSIH wajib
"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.-MKINI
2. Menteri ulangi, BERSIH 3.0 tak gugat keselamatan
Kementerian Dalam Negeri hari ini membenarkan sebarang perhimpunan aman pada masa akan datang termasuk Bersih 3.0 yang akan dianjurkan di ibu negara pada 28 April ini kerana ia dianggap sebagai tidak menggugat keselamatan negara.-MKINI
3. HSBC nafi halang k'tangan hadiri BERSIH
HSBC Bank Malaysia Bhd telah menafikan mengeluarkan sebarang memorandum kepada kakitangannya melarang mereka daripada menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu ini.-MKINI
APA LAGI,PAKAT TURUN RAMAI2 SABTU INI 28/4/12
Demontrasi Tanah Rakyat; Lima Memorandum DiSearahkan Kepada MB Ahmad Said , at 25.4.12,
KUALA TERENGGANU -
Perasaan marah rakyat negeri Terengganu semakin 'meluap-luap'
khususnya kepada Menteri Besar (MB), Dato’ Seri Ahmad Said terutama
dalam isu-isu tanah rakyat yang dinafikan dan dirampas oleh kerajaan
Umno dan Barisan Nasional (BN).Hampir 10,000 rakyat di seluruh negeri berkumpul serta berhimpun secara aman bermula di Padang Majlis Berbandaran Kuala Terengganu (MBKT) dan berarak ke bangunan pentadbiran kerajaan Wisma Darul Iman.
Lima memorandum rakyat telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Dato’ Seri Ahmad di Wisma Darul Iman, dekat sini, pada Selasa 24 April.
Antaranya, Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang, Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas.
Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid bersama Adun PAS yang lain turun ‘padang’ bagi menyambut wakil-wakil jawatankuasa tanah berkenaan yang ‘tersekat’ di pintu masuk Wisma Darul Iman.
Tinjauan mendapati ribuan rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Manakala, di hadapan pintu masuk Wisma Darul Iman, rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut menaikan slogan-slogan mengutuk tindakan Umno-BN yang ‘merampas’ tanah rakyat.
Slogan ‘Kami Bantah Rampas Tanah SRIDB’, ‘Kembalikan Tapak Anak Yatim Kami’, ‘Kami Bukan Perompak dan Penjenayah’ dan ‘Kenapa Rampas Hak Kami’ serta banyak lagi dipamerkan oleh para peserta terbabit.
“(Tanah) Sekolah rendah yang dirampas oleh kerajaan yang kita rasa amat terkilan, tanahnya dua ekar diluluskan oleh MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) tetapi dirampas (tinggal) seekar,
“yang kedua melibatkan tanah (RTB) Kubang Labi, Kampung Banggol Permairsuri, melibatkan tanah yang diambil untuk I-SHARP tanah yang melibatkan hak orang kampung turut dirampas,
“yang ketiga melibatkan petani (padi) di Kampung Jelapang (Setiu) melibatkan lebih seratus orang yang diusahakan oleh orang kampung,”ujarnya dalam sidang media selepas pennyerahan memorandum tersebut.
Beliau berkata, turut diserahkan adalah memorandum yang melibatkan projek jalan dan jambatan Kampung Jeram yang termasuk tanah penduduk Kampung Banggol Donas yang diambil tanpa dibayar pampasan.
Dalam kes Kampung Banggol Donas, beliau menyelar tindakan kerajaan yang mennafikan hak rakyat seolah-olah sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja.
“(dan) rakyat tidak patut membiarkan begitu sahaja,”tegasnya.
Memorandum yang kelima, menurut Ustaz Satiful adalah melibatkan tanah generasi kedua peneroka Felda yang diserahkan kepada FGVH (Felda Global Venture Holding) yang akan diapungkan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur.
Katanya dengan tindakan tersebut menyebabkan bepuluh ribu ekar aset rakyat negeri Terengganu akan hilang begitu sahaja
Hadir sama ketika penyerahan memorandum rakyat kepada Ahmad adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya serta Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali. -BO
Pelakon Bukit Kepong temui Mohamad Sabu ,Selasa, April 24, 2012 at 24.4.12,
KLANG:
Media Umno menobatkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu
menghina pengorbanan anggota polis ekoran peritiwa Bukit Kepong.
(Pelakon filem Bukit Kepong, Shamsudin Baslah bersalam dengan Mohamad Sabu)
Namun, bagi pelakun filem Bukit Kepong sendiri, beliau tidak nampak itu yang dibuat oleh Mohamad bahkan kenyataan Mohamad telah memberikan implikasi baik kepada bekas-bekas polis yang selama ini terbiar.
Bahkan, balu anggota polis Bukit Kepong yang selama ini terbiar menerima pencen yang tidak pernah diterimanya sejak tahun 1962.
Baru-baru ini, pelakon filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Shamsudin itu, Shamsudin Baslah yang memegang watak Mata-Mata, Abdul Khadir b. Jusoh telah menyertai Parti Keadilan Rakyat.
Beliau juga sempat bertemu dengan Mohamad Sabu ketika beliau dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat ketika berceramah di Taman Rakyat, Sri Andalas, Klang.
Bagi pemerhati politik, ia memberi tamparan hebat buat Umno BN yang kononnya memperjuangkan mangsa peristiwa Bukit Kepong. -Hrkh
GEMPAR!! JPN Kantoi 2 Kali Dalam 1 Kenyataannya!! (WAJIB SEBAR!!) , at 24.4.12,
Ok lihat kenyataan di atas seperti yang dilaporkan Malaysiakini. JPN
menjelaskan kebimbangan IC yang mempunyai tarikh luput. Malangnya,
rancangan busuk Umno-JPN-SPR-dan sekutu-sekutunya untuk menipu di PRU13 terbongkar!!
1. JPN maklumkan bahawa kad pengenalan tersebut dikeluarkan pada tahun 2001 kerana ketika itu tiada banyak jenis kad seperti hari ini.
PERSOALAN: Tahun 2001 bermakna hayat kad pengenalan seperti gambar di bawah hampir 12 tahun... Cuba lihat kad pengenalan anda semua, bagaimanakah rupanya fizikal kad pengenalan yang telah dikeluarkan lebih 10 tahun dulu?
2. JPN mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar. Ini bermaksud semua kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput tidak boleh mengundi atau dengan kata lain - tidak mempunyai rekod di SPR
PENDEDAHAN: Lihat lagi satu pendedahan IC bertarikh luput di bawah - Pemegang kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput ini BOLEH MENGUNDI !!!
Inilah sebabnya mengapa kita harus tempuh segala halangan dan dugaan
untuk sampai ke Dataran Merdeka 28 April 2012!! Tidak hairanlah jika TG
Nik Aziz juga sanggup mengatakan kehadiran anda yang cintakan tanahair
ini adalah WAJIB!
Ingatlah... Jika anda terasa berat untuk bersama di Dataran Merdeka
428 nanti hanya kerana kemungkinan berdepan bahaya dan kesakitan yang
sementara, maka kita semua akan selamanya terperangkap dalam
sebesar-besar ketidak-adilan!!
Percayalah negara kita sedang digadai!! Ibu Pertiwi kita sedang
diperkosa oleh gerombolan yang tamak kuasa!! Ayuh semua ke Dataran
Merdeka 284!!! Pastikan Aziz dan SPR LETAK JAWATAN!!!
Ayuh semua... Masanya sudah tiba... 428 satu sejarah !
Ayuh semua... Masanya sudah tiba... 428 satu sejarah !
EDYES REDUAN
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Hadir Bersih 3.0 WAJIB - Tuan Guru Nik Aziz , at 24.4.12,
KOTA BHARU:
Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan
Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah
wajib.Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).
Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.
“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini.
Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.
“Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.
(Tuan Guru Nik Aziz ketika bercakap dengan Harakahdaily di pejabatnya hari ini)“Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,”ujarnya lagi.
Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.
Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.
Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam.
“Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.
“Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya.
Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram.
“Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,”ujarnya lagi. -Hrkh
"Duduk Bantah" Tetap Di Dataran Merdeka, SAMM Simpati DBKL Diperkudakan UMNO BN , at 24.4.12,
BERSIH 3.0 tetap di Dataran, kata penganjurPenganjur perhimpunan BERSIH 3.0 berkeras untuk meneruskan rancangan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini walau dihalang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pengerusi bersama penganjur tersebut, Datuk A Samad Said berkata lokasi itu kekal di Dataran Merdeka walau tanpa keizinan DBKL.
Seorang lagi pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreeenevasasn berkata BERSIH 2.0 akan terus berunding dengan polis dan DBKL supaya dibenarkan untuk menggunakan padang berkenaan.
Samad berkata, Dataran Merdeka merupakan lokasi strategik dan mudah dikunjungi oleh peserta dengan menggunakan pengangkutan awam.
"Tiada lokasi di luar pusat Kuala Lumpur yang boleh menyediakan kemudahan seperti itu," kata Ambiga dan Samad dalam satu kenyataan bersama. -mk
Himpunan Bersih 3.0: Abaikan larangan DBKL
Kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah mengelirukan.
PETALING JAYA: Orang ramai digesa mengabaikan larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang bebas, bersih dan adil Sabtu ini.
Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah mengelirukan.
“Perhimpunan Bersih 3.0 bukan sahaja acara nasional tetapi juga internasional kerana turut diadakan di puluhan bandar lain di seluruh dunia dengan maksud yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Badrul Hisham @ CheguBard berkata, pihaknya bersimpati dengan DBKL yang diperkuda oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional BN) untuk mereka terus kekal berkuasa.
“Kami mencadangkan agar hanya ada satu Himpunan Bersih 3.0 sahaja iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.
Menurut CheguBard, Umno-BN sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini.
“Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan Bersih.
“Oleh kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) terpaksa mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini.
“Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan Bersih 3.0 bertemakan ‘Duduk Bantah’ bagi menunjukkan solidariti rakyat menuntut hak untuk pilihan raya bebas, bersih dan adil,” terang beliau. -FMT
Empat lagi ditahan cuba pasang khemah di Dataran , at 24.4.12,

Pengerusi kumpulan pelajar - Bangkit Malaysia - Mohd syahid MohdZaini berkata, tiga pelajar dan seorang awam ditahan dan dibawa ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi.
"Kami cuba memasang khemah baru apabila pegawai DBKL datang untuk menghalang kita.
"Berlaku pergelutan dan empat orang ditahan," kata syahid. -M'kini
Mohon Agong jangan perkenan bubar parlimen , at 24.4.12,
KUALA LUMPUR:
Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) hari ini menunut agar Yang
di-Pertuan Agong tidak memperkenan permohonan pembubaran Parlimen
selagi penyiasatan berhubung isu task force pemberian IC tidak selesai."Kita menunut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," kata pengerusinya Datuk Mahfuz Omar.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum serta
semua bukti berhubung dakwaan wujudnya task force IC itu kepada
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.Selain itu Mahfuz juga turut memohon agar Tuanku menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam task force itu.
.
Terdahulu Mahfuz mengetuai penyerahan memorandum dan bukti itu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Jalan Bukit Petaling di sini.
Selain melampirkan nama-nama mereka yang menganggotai task force itu, turut diserahkan hari ini sebahagian daripada 175,388 nama pemilih di seluruh negara yang tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Turut dikemukakan juga sebanyak 17,000 nama yang mempunyai nombor kod kelahiran 71 yang bukan berbangsa Melayu, Cina mahupun India.
Selain itu sejumlah nama yang ada dalam daftar pemilih yang didakwa terdiri daripada warga Nepal, Myanmar dan Filipina turut diserahkan.
Menurut Mahfuz, dengan penyerahan bukti-bukti itu, Majlis Raja-Raja dan juga Yang di-Pertuan Agong diharap berkenan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu.
"Kita juga turut mencadangkan Tuanku melantik Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Kamil Awang untuk mengetuai suruhanjaya ini berdasarkan pengalaman dan keberanian beliau, atau mana-mana individu yang diyakini oleh Sri Paduka Baginda," katanya lagi.
Turut serta dalam penyerahan dan pertemuan sebelum itu adalah pimpinan serta ahli parlimen PAS termasuk Salahudin Ayub, Datuk Kamaruddin Jaffar, Dr Siti Mariah Mahmud, Mohd Firdaus Jaafar, Adram Musa serta dua orang peguam yang menganggotai jawatankuasa API. -Hrkh
Sekarang !!! Demonstrasi Rampas Tanah di hadapan Wisma Darul Iman , at 24.4.12,
Di Kuala Terengganu..sedang berlangsung sekarang demonstrasi di hadapan Wisma Darul Iman bagi membantah rampasan tanah rakyat oleh karajaan Umno-BN. Sidang Dun sedang berlangsung pd krtika ini.


Mampos UMNO Terengganu, perompak harta anak yatim!!!
Pemuda Dungun.
http://lensahandphone.blogspot.com

(Antara kira-kira 5,000 yang berhimpun di perkarangan Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran kerajaan negeri Terengganu hari ini)

(Antara kira-kira 5,000 yang berhimpun di perkarangan Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran kerajaan negeri Terengganu hari ini)
KUALA TERENGGANU: Lebih 5,000 rakyat Terengganu
bersama mangsa perampasan tanah oleh kerajaan negeri berhimpun di
perkarangan Wisma Darul Iman hari ini.
Mereka membuat bantahan terhadap siri perampasan tanah yang dibuat oleh kerajaan negeri di lima tempat berasingan di seluruh negeri.
Tempat-tempat
itu adalah 1) tanah sekolah rendah Islam Darul Bayan, Paka, Dungun, 2)
tanah rakyat di Banggol Donas, Kuala Terengganu, 3) tanah petani di
Kampung Jelapang, Langkap, 4) tanah peneroka jenerasi kedua di Paka,
Dungun dan 5)tanah rakyat di Kubang Labi, Banggol, Permasuri, Setiu.
Satu memorandum kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar Terengganu.
Kesemua pemilik asal tanah ini diiringi oleh pimpinan PAS Terengganu yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Abdul Wahid Endut.
Turut serta adalah semua Adun PAS Terengganu yang kebetulan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Turut serta adalah pimpinan PAS Terengganu iaitu Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid di samping Yahya Ali dan Syukrimun Shamsudin.
Mereka membuat bantahan terhadap siri perampasan tanah yang dibuat oleh kerajaan negeri di lima tempat berasingan di seluruh negeri.
Tempat-tempat
itu adalah 1) tanah sekolah rendah Islam Darul Bayan, Paka, Dungun, 2)
tanah rakyat di Banggol Donas, Kuala Terengganu, 3) tanah petani di
Kampung Jelapang, Langkap, 4) tanah peneroka jenerasi kedua di Paka,
Dungun dan 5)tanah rakyat di Kubang Labi, Banggol, Permasuri, Setiu.Satu memorandum kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar Terengganu.
Kesemua pemilik asal tanah ini diiringi oleh pimpinan PAS Terengganu yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Abdul Wahid Endut.
Turut serta adalah semua Adun PAS Terengganu yang kebetulan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Turut serta adalah pimpinan PAS Terengganu iaitu Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid di samping Yahya Ali dan Syukrimun Shamsudin.
Presiden PAS sahkan turun Bersih 3.0 , at 24.4.12,
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang mengesahkan akan turun ke Dataran Merdeka bersama seluruh
rakyat untuk menyertai 'Duduk Bantah' sempena himpunan Bersih 3.0 pada
28 April ini.Dalam satu kenyataan yang dikirim oleh setiausaha akhbar beliau Mohd Nasaie Ismail, beliau berkata ianya sebagai tanda sokongan padu PAS terhadap usaha NGO yang bergabung dengan Bersih 3.0 untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
"Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Dataran Merdeka pada himpunan Duduk dan Bantah Bersih 3.0.
"Begitu juga dengan seluruh ahli PAS diminta berhimpun secara damai di Dataran Merdeka pada tanggal 28 april," katanya.
Pejabat agung PAS juga, ujarnya sudah membuat arahan kepada semua ahli untuk hadir sama ke himpunan tersebut.
Sejak Bersih mengumumkan untuk mengadakan Bersih 3.0, PAS telahpun menjalankan usaha mobilisasi ahli dan penyokongnya dari seluruh negara untuk hadir.
Semua negeri telah menyatakan komitmen sementara PAS Terengganu dan Selangor secara rasmi mengumumkan masing-masing akan mengerahkan 50,000 ahli mereka.
Sementara itu, Bersih malam tadi mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan himpunan itu diadakan di Dataran Merdeka. -Hrkh
Bob Lokman Pernah Bercakap Dengan Mayat? , at 24.4.12,
DUNGUN -
Ucapan Bob Lokman yang paling kontroversi dirakam dan dimuat naik di
Buletinonline Channel, rangkaian video klip Buetinonline adalah, apabila
Bob membuat kenyataan bahawa ramai pembikin drama televisyen adalah
‘munafik’.Bob berkata demikian dalam ceramahnya di Dun Tepoh pada 31 Mac lalu.
Sehingga kini seramai 63, 845 orang telah menonton rakaman di tersebut dilaman You-Tube, yang meninggalkan sebanyak 174 komen.
Purata dalam sebulan 8,000 orang telah menyaksikan dan mendengar ucapan ‘penuh berani’ Bob tersebut.
Pelbagai kontroversi yang membadai kehidupan nekas selibriti itu sejak beliau meninggalkan dunia seninya dan menjadi ahli PAS.
Beliau dipuji puja oleh rakan taulan dan tidak kurang dicaci dan dimaki oleh mereka yang tidak senang dengan kerjaya barunya ‘penceramah sepenuh masa’.
Paling menonjol adalah, Bob ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Selangor di Kampung Sungai Lui Hulu Langat kerana di dakwa mengajar agama dengan tidak memiliki ‘tauliah’.
Ketika menyampaikan ceramah di Kampung Jerangau Sungai, pada Khamis 19 April lalu, Bob sekali mencipta kontroversi baru.
Beliau menceritakan bagaimana beliau telah bercakap dan bertanya kepada mayat seorang rakan karibnya, yang telah meninggal secara mengejut.
Menurutnya, kawan beliau adalah seorang artis lampu yang hebat, kerana hasil kerjanya diterima dan diiktiraf diperingkat antarabangsa.
Pada suatu hari, kata Bob, rakanya itu telah diserang penyakit jantung dan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk dibedah.
Sebelum rakannya masuk ke bilik bedah, beliau menerima panggilan dari taman karibnya itu yang memberitahu bahawa beliau akan masuk ke bilik bedah.
Secara bersahaja, Bob mengucapkan selamat kepada rakannya dan akan menziarahi beliau sebaik keluar dari bilik bedah dan setelah sedarkan diri.
Namun beberapa minit kemudian, beliau mendapat panggilan dai isteri rakannya itu yang mmberitahu bahawa, suaminya telah meninggal sebelum sempat masuk ke bilik bedah.
Ikuti cerama penuh Bob Lokman seterusnya melalui Buletinonline Channel. -BO
Langgan:
Catatan (Atom)










