Ikuti Blog ini

Himpunan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya [Koleksi Gambar Terbaik]

“GEMBIRA-SEDIH-LUCU-TERHARU-BANGGA” 1 jun 2012
Saya bawakan kepada anda memoir potret foto terbaik yang dikutip daripada pelbagai sumber sepanjang Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya di Kedah Darul Aman. Pelbagai ekspresi wajah, perasaan, kelakuan serta tingkah laku yang menarik sempat dirakam oleh lensa-lensa kamera yang berada di sekitar program berkenaan.

Konvoi motosikal ke Stadium Darul Aman. Fuuh, pening kepala
abang polis trafik camni…
Penuh jalan dengan konvoi motosikal
anak muda PAS.
Konvoi kenderaan empat roda juga tak ketinggalan.

Untuk paparan gambar-gambar menarik, awesome, gempak, lucu dan terbaik yang lain, sila klik link di bawah:-

Simbolik “sepak” kezaliman dan kebobrokan BN/UMNO.
Ini baru akhlak pejuang Islam, solat sentiasa diutamakan.
Program BN/UMNO?
Pimpinan PAS menyemarakkan lagi program.
Islam diletakkan di tempat tertinggi, Daulah Islamiah/Khilafah
Islamiah adalah matlamat perjuangan.
Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman. Indahnya
akhlak islam.
Hujan bukan penghalang. Kanak-kanak cilik yang berjubah
& menyelimutkan diri dengan kain pelekat mencuri perhatian hadirin.
Kuliah serta soal jawab bersama Ustaz Azhar idrus sentiasa
menjadi tarikan utama anak-anak muda.
Abang Polis ni tau keizzahan Islam yang dibawa PAS. Wahai
polis-polis diluar sana yang bersekongkol dengan BN/UMNO
demi kuasa dan kepentingan pihak tertentu, bertaubatlah…
Penuh stadium melimpah ruah. Allahuakbar !!!
Gelagat seorang Pak Cik yang menyentuh hati hadirin. Biar
lenguh tangan memegang payung demi perjuangan.
Solatlah walau di mana kamu berada. Bumi itu masjid.
Allahuakbar
Dua pimpinan tertinggi PAS Pusat.
Bunga api yang tak dirancang. Terima kasih kepada yang
terlibat underground dalam penyediaan bunga api itu.
Amanat presiden PAS.
Deklamasi sajak oleh A.Samad Said.
Bob Lokman. Hidupnya kini demi perjuangan Islam.
Tuan Guru Haji Salleh bin Musa Hafizahullah pun bersama PAS.
Apa lagi hujah untuk menolak perjuangan PAS dengan tohmahan seperti
“khawarij”,”syiah”,”sesat”, “kafir” dan lain2. MasyaAllah.
Ketibaan MB Kedah.
Aisyah, bekas penyanyi terkenal tanah air
kini bersama ulama’.
Cina pun sokong PAS. Habis modal la BN/MCA…
Gelagat seorang pak cik berbangsa Cina,
yang bersama kepimpinan ulama’.
Tuan Guru Haji Salleh bin Musa Hafizahullah. “Jika dikumpul seluruh ilmu
ulama’-ulama’ di nusantara ini, nescaya tak akan setara dengan kealimannya”, kata
seorang murabbi.
PAS 4 ALL. Cina pun nak bersama kepimpinan ulama’.
‘Jem krem’ keadaan di perkarangan Stadium Darul Aman.
Masyarakat India turut turun memberi sokongan kepada
PAS.
Anak-anak cilik dididik dengan perjuangan Islam. Walau
hujan, itu bukan penghalangnya.
Daulat Tuanku. Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah turut memakai
baju melayu hijau. Adakah ada maksud tersirat?
Setinggi awan pun, akan kugapai jika ianya demi perjuangan
menegakkan Islam. Takbir…
Maskot program ini, Huda.
Tuan Guru Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat
Gelagat hadirin yang berselindung di balik lantai ketika
hujan turun, mencuit hati.
Bendera PAS berkibar megah.
Smartnya Ustaz Azhar.hehe
Jem teruk tu, tapi semuanya demi Islam bohs…
Kalau la saya faham bahasa cina. Baik baca akhbar cina
daripada Utusan Meloya.huhu
#Kredit kepada jurufoto-jurufoto yang menyumbang kepada gambar-gambar ini. Syukran.
Lagi gambar di FB Jabatan Amal Selangor

TGNA: ‘Teruskan, Jika Ini Cara Umno Akhiri Hayat Mereka’



Kuala Lumpur: “Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian menerusi twitter berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai demonstrasi sekumpulan NGO di Kota Darulnaim semalam.

“Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro Umno di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya.

“Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah,” tulis beliau.

Tetapi beliau yang juga Mursyidul Am PAS ingin mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti itu, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno.

Percayalah, tegasnya Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti.

Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka. -Hrkh


Pas anggap tindakan kumpulan demo tidak faham dosa dan pahala


KOTA BHARU - Pas Kelantan mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang seolah-olah menyindir Kerajaan Negeri dengan menggunakan pelbagai gimik untuk menyediakan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai apabila memberi peluang kepada rakyat memberikan sumbangan.

Ketua Penerangannya, Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan menyifatkan kumpulan tersebut adalah golongan yang tidak memahami dosa dan pahala apabila Kerajaan Kelantan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan untuk bersama-sama melakukan amal jariah.

Malah katanya, ada di antara pihak tertentu beranggapan Kerajaan Negeri mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bernilai RM1.9 bilion, sedangkan ia sebenarnya konsep wakaf.

Menurutnya, sejak pemerintahan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi rakyat bekerjasama dengan kerajaan untuk melakukan kerja-kerja kebajikan termasuk pembinaan jambatan mahupun surau dan masjid di negeri ini.

“Kenapa apabila ada rakyat memberikan sumbangan untuk membina masjid dan surau tiada pihak yang mempersoalkan tetapi setelah rakyat membantu kerajaan menyediakan lebuh raya ada yang mempertikaikan dengan anggapan kita mengutip derma.

“Saya yakin Kerajaan Negeri mampu membina lebuh raya tersebut berdasarkan sumber-sumber yang ada dan tidak perlulah pihak lain mempertikaikannya kerana sebenarnya kita mengotakan janji-janji Barisan Nasional (BN) sebelum ini mahu membina lebuh raya,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Pusat Penerangan Pas di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan 400 ahli badan bukan kerajaan (NGO) menyertai demonstrasi sukarelawan ‘Tukar Acu Test Sepenggal’ yang diadakan di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) berhubung pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Pusat penerangan tersebut dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas mempengerusikan mesyuarat bersama wakil rakyat di Jalan Dato’ Pati di sini, semalam.

Mohd Fadhli berkata, pendekatan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan itu bukannya untuk mengaut duit rakyat bagi menjayakan janji-janji kerajaan tetapi sebenarnya sebagai pendedahan menggalakkan umat Islam beramal jariah.

“Rakyat juga sedar pembinaan lebuh raya ini penting kepada mereka dan bukan sahaja digunakan oleh orang Islam sahaja, bahkan semua orang akan menggunakannya terutamanya mengatasi masalah kesesakan,” katanya.
-SH






Kata Dato' Haji Husam Musa:

"Ini zaman moden, zaman kemajuan, zaman teknologi... Untuk bina Lebuhraya, kita perlukan peralatan & teknologi Moden... Ini akan mempercepat & melancarkan pembinaan Lebuhraya... Semalam UMNO sumbangkan Cop & Cangkul untuk Pembinaan Lebuhraya... Zaman ini kita x bina Lebuhraya dengan Cop & Cangkul... Cop & Cangkul kita guna untuk Gali Kubur..."

Mungkin UMNO minta kita Gali Lubang Kubur UMNO dengan Cop & Cangkul tu..

Khalid Samad dedah video cubaan beli MP PR

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendedahkan wujud cubaan membeli pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk melompat parti, menerusi satu rakaman video kamera litar tertutup.

Menurutnya, cubaan membeli ahli Parlimen PKR itu dilakukan di sebuah restoran sekitar Lembah Klang, lebih setahun lalu.

Beliau berkata, dalam pertemuan tersebut, melibatkan dua wakil ahli Parlimen PKR dan dua ejen sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili BN.

"Jumlah yang ditawarkan adalah RM2 juta iaitu jumlah yang normal untuk membeli Ahli Parlimen PR, sebelum ini.

"Namun, wakil Ahli Parlimen PKR ini, cuba untuk mendapatkan jumlah tertinggi sebagai bukti wujud usaha membeli dari BN," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini. - SH

WWW15: Menteri MCA Atau JPJ Yang Penipu Atau Kong Kali Kong??



Liow: Saya dapat nombor plat percuma

Sehari selepas menjadi sasaran soalan pemberita mengenai nombor plat WWW 15 yang dibidanya, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai kini mengatakan bahawa dia tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut.

Dalam tweetnya lewat hari ini, Liow berkata telah dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma".

Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ.

Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar China Press hari ini, yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya.

Katanya, para menteri boleh memohon nombor plat secara percuma dari JPJ, tetapi ia tidak membabitkan 'nombor panas' seperti yang dibida oleh Liow. -mk







Liow dakwa beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma". Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ.

Tetapi, JPJ dakwa Liow perlu bayar plat WWW15 kerana ia dibida di atas nama peribadinya.

Liow cuba menipu kerana sebelum ini beliau menyatakan nombor plat itu dibida untuk kementeriannya.

Justeru itu siasatan perlu dilakukan ke atas menteri MCA ini dan siasatan juga perlu dilakukan samada wujud "kong kali kong" menteri ini dengan JPJ? -GB

Jalur Gemilang ini


Jalur Gemilang ini
Ku tenung dan ku kaji
Kulihat ada seri
Kulihat ada naluri tersendiri

Jalur Gemilang ini
Kan ku genggam sepenuh hati
Kan ku bela penuh erti
Kan ku jaga hingga mati

Jalur Gemilang ini
Kamu lambang perjuangan suci
Tetapi ramai yang telah khianati
Walaupun kamu kononnya dihati

Jalur Gemilang ini
Kami akan bawa mu ke tempat suci
Sebagai obor perjuangan abadi
Untuk membela ibu pertiwi

Jalur Gemilang ini
Hari ini Himpunan Hijau di sini
Kami bertekad dan melafas janji
Ke Putrajaya demi Islam yang suci

ZS
Alor Setar 1 Jun 2012

Politik Kuno UMNO Bkt Gantang! Halang Jalan, Bakar Bendera PAS, Terbalikkan Meja



Disebabkan tak puas hati,tak senang hati,tak tenteram jiwa... maka ahli-ahli UMNO diTaman Berkat didalam Parlimen Bukit Gantang telah melakukan tindakan 3 serangkai yang jelas menampakan sikap kebudak-budakan dalam politik.

Kes pertama:

Pada 28 mei 2012 berlangsung malam ceramah di Taman Berkat berlaku satu eksiden kecil apabila ada pihak cuba mengagalkan program ceramah anjuran PAS Taman Berkat. Menurut maklumat dari lokasi kejadian keadaan menjadi sedikit tegang apabila sebilangan kecil yang dipercayai ahli UMNO cuba menghalang penduduk tempatan mengunakan jalan taman untuk menuju ke lokasi ceramah yang berlangsung dihadapan markaz PAS [Rujuk berita di bawah]

Kes kedua:

Dilaporkan pada malam ceramah 28 mei 2012 terjadi satu kejadian yang tidak wajar berlaku yang mana ada pihak (Dipercayai tindakan ahli UMNO) telah membakar bendera PAS,berikutan kejadian itu pihak PAS Cawangan Taman Berkat bersama PAS Kawasan telah membuat satu laporan polis di balai Polis Simpang pada hari ini.Laporan polis ini dibuat bagi menentukan supaya kejadian sebegini tidak beulang lagi dimasa akan datang.


Ketua Cawangan PAS Taman Berkat bersama wakil PAS Kawasan menunjuk-kan laporan polis serta gambar bukti kejadian bakar bendera dihadapan Balai Polis Simpang

Salinan Laporan Polis

Kes Ketiga:

Menurut sumber dari seorang ahli PAS diCawangan Taman Berkat bahawa kejadian bakar bendera ini telah menyebabkan salah seorang yang dipercayai JKKK ( UMNO la tu...hahaha...) menjadi berang apabila ditanya mengenai kejadian ini disebuah kedai makan. Beliau telah menebalik-kan meja makan setelah ditanya kepadanya angkara siapa yang melakukan dan siapa dalangnya yang membakar bendera PAS. -Orang ni/PASPB

Tahniah kepada Polis Simpang Taiping dan Unit Amal PAS Bukit Gantang kerana amalkan demokrasi dan intergriti



Dipercayai orang UMNO (Cekak pinggang) yang tidak puas hati dengan kehadiran ramai penyokong PAS ke tapak ceramah.



JKKK sedang berbincang dengan Unit Amal PAS bagi mententeramkan keadaan



Kelihatan anggota JKKK dan Unit Amal mendengar nasihat dan akur dengan arahan pihak Polis



Jabatan Pertahanan Awam (JPA) pun turut turun padang memantau setuasi


28 mei 2012 – Taman Berkat Simpang, berlaku satu eksiden kecil apabila ada pihak cuba mengagalkan program ceramah anjuran PAS Taman Berkat. Menurut maklumat dari lokasi kejadian keadaan menjadi sedikit tegang apabila sebilangan kecil yang dipercayai ahli UMNO cuba menghalang penduduk tempatanmengunakan jalan taman untuk menuju ke lokasi ceramah yang berlangsung dihadapan markaz PAS disini. Mereka melakukan ini dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Keadaan ini menyebabkan pihak Polis dari Balai Simpang tiba kelokasi bagi menjernihkan keadaan.

Menurut sumber dari seorang ahli PAS disini mendakwa bahawa sudah 2 kali sebelum ini program ceramah anjuran PAS Cawangan Taman Berkat Simpang yang bertempat di hadapan Markaznya cuba diganggu oleh pihak yang dipercayai penyokong UMNO dan kedua-dua rancangan tersebut gagal. Ceramah tetap berlangsung dengan jayanya tanpa kejadian yang tidak di-ingini.

Untuk cubaan kali ke-3 mereka bagi mengagalkan ceramah PAS juga gagal dan kali ini ianya berjaya diselesaikan dengan aman dan keadaan kembali normal apabila pihak keselamatan dari Balai Polis Simpang dan Unit Amal PAS Bukit Gantang berjaya mententeramkan keadaan tanpa sebarang kejadian yang tidak di-ingini. PAS Kawasan Bukit Gantang merakam ribuan terima kasih kepada pihak Polis Balai Simpang dan JPA yang hadir pada malam tersebut ,begitu juga diucapkan terima kasih kepada pihak yang tidak puas hati pada awalnya dapat menerima segala arahan dan akur dengan semua kehendak pihak keselamatan.

Akhbar Kosmo anak Utusan ada kekebalan boleh kritik Sultan Johor?


Nampaknya Umno Johor bersungguh-sungguh main isu WWW1 untuk ambik politikal mileage. Tak cukup dengan media penchachai spin isu ni, Pemuda Johor siap nak buat satu demonstrasi khas.

Katanya pada hari Ahad ni Pemuda Umno Johor bersama 300 NGO akan adakan Himpunan Menjunjung Taat Setia dengan jangkaan kehadiran 5,000 orang sebagai tanda sokongan terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Aku takdak apa-apa masalah dengan himpunan tu, malah aku sokong depa buat himpunan tu, itu hak demokrasi depa macam jugak aku sokong Himpunan Hijau ke Putrajaya minggu lepas dan jugak Himpunan BERS✔H, BERS✔H 2.0 dan BERS✔H 3.0 sebelum ni.

Cuma yang aku mushkilnya pasai apa cuma nama Hj Nizar saja yang ditimbulkan. Kalau betul Pemuda Johor ikhlas memjunjung taat setia terhadap Sultan Johor patutnya akhbar Kosmo yang perlu lebih dikecam berbanding Hj Nizar.

Kat bawah ni videoclip Sidang Media oleh Raja Iskandar, Timbalan Ketua Pemuda Perak yang ceritakan secara terpeinci aksi akhbar Kosmo dalam isu WWW1 ni.



Kalau Pemuda Johor nak sorok 'salahlaku' akhbat Kosmo tu aku boleh faham la pasai Kosmo tu anak kepada Utusan, 'akhbar rasmi' Umno BN. Yang aku mushkilnya pasai apa sampai hari ni langsung takdak tindakan dari pihak polis.

Takkan kut polis pun nak beraksi macam 'si anjing Umno'. Takkan kut akhbar Kosmo ada kekebalan boleh mengkritik sultan Johor tapi Hj Nizar tak boleh. Padahal Hj Nizar punya tweet langsung tak sebut Sultan Johor tapi akhbar Kosmo menang terang-terang sebut Sultan Johor yang bida no plat WWW1 tu.

Inilah dua anggota polis yang bertanya 28 soalan kepada DS Nizar.




Dua anggota polis berpangkat DSP mengambil keterangan DS Nizar. 28 soalan ditanya polis kepada DS Nizar
Salah seorang anggota polis yang berpuashati dengan kerjasama  DS Nizar.
Seorang anggota polis  berbaju biru sedang berbuall dengan Peguam DS Nizar.
IPOH - DS  Nizar Jamaluddin menjawab 28 soalan dikemukakan oleh polis berhubung kenyataan yang dibuat berkenaan pembidaan nombor plat pendaftaran WWW1.Dua orang pegawai dari  Skudai Johor Bharu telah mengambil keterangan DS Nizar.

Soal siasat bermula jam 2.30 dan berakhir jam 3.10 petang tadi.

Ketika ditemui pemberita, Nizar berkata, dalam isu kes bidaan, beliau menghormati tugas polis dan telah memberi kerjasama sepenuhnya seperti yang diminta.

"Dia (polis) dah siasat, keterangan pun sudah diambil jadi saya serahkan kepada polis untuk siasat," tegas DS Nizar.

Fitnah Pencacai UMNO Menjadi-jadi. Dua Fitnah Terhadap TGNA




Rumah usahawan Perlis dikait dengan Nik Aziz

KANGAR: Umno sekali lagi dikecam hebat kerana dikaitkan dengan fitnah apabila tersebarnya gambar yang dikaitkan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gambar yang tersebar di laman sosial Facebook Anti Semua Salah Umno - ASSU itu mendakwa Nik Aziz mahu membina rumah rakyat untuk dirinya sendiri.

Bagaimanapun fitnah yang cuba dilemparkan kepada Mursyidul Am PAS itu akhirnya terjawab bila pengguna-pengguna laman sosial terbabit menjawab balik melalui komen-komen mereka bahawa gambar yang disiarkan itu adalah sebuah rumah di Perlis.

Rumah tersebut adalah milik seorang usahawan di negeri ini yang masih dalam pembinaan dan terletak di Kampung Utan Ibus, Kayang dekat sini.

Rumah ini dapat dilihat oleh pengguna Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun yang mana lokasinya berada di tepi jalan iaitu di sebelah kiri jalan menghala ke Changlun. -Hrkh


klik untuk lebih jelas



FITNAH 2


Tengok gambar Nik Aziz pengang aurat perempuan !!


gambar (1)

gambar (2)


Kesal dengan sikap manusia dimuka bumi Allah ini tidak takut pada dosa dan pahala dan selalu ingkar akan arahan dan larangan Allah s.w.t. Dengan sewenangnya menabur kata-kata kesat , menfitnah dan menghina para ulama serta hukum Allah itu sendiri.

Kerana  keuntungan sedikit didunia yang fana mereka sanggup menempahan dosa untuk diri sendiri. Aku bukalah nak membodek sangat pada Nik Aziz tapi kalau di lihat pada gambar sungguh menampakan kebodohan manusia itu sendiri.

Kalau di tanya  100% aku tak mempercayai gambar yang disebar oleh cybertropper Umno ini yang sengaja mereka cipta untuk kerja bodoh mereka.Jadi untuk mengesahkan gambar itu betul betul fitnah  aku lampirkan gambar( 2 ) yang asli kemudian di potong gambar Haliry Clinton kemudian di paste gambar Tok Guru..., adakah anda percaya TGNA akan melakukan benda yang diharamkan oleh Allah?

Maka kita tidak hairan akan fitnah ini kerana fitnah sex, rasuah , menyalahgunaan kuasa dari pucuk sehingga ke bawah dalam parti Umno sudah sebati umpama aur dengan tebing. Busuk sampai keusus kata Mahathir..

Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan" (Surah al-Hujurat, ayat 6)
-batuvskayu




Yang ini real, bukan photoshop

Bukti Gambar...Pilihan Tepat Mufti,Ustaz dan Imam Dalam Umno..



Mufti,Imam dan Ustaz dalam Umno akan berasa megah dan bangga apabila menerima saham dengan aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pemimpin dan parti kesayangan mereka iaitu Umnuuoooo...sesungguhnya pilihan mereka adalah tepat dengan parti yang sinonim dengan program Maksiat!!

Siapa kawan Israel? (Mesti Baca)


Joe Lieberman adalah seorang yang hebat. Kenapa saya kata dia hebat? Sebab Lieberman adalah antara penyokong terkuat negara Israel dalam Kongres Amerika. Mark Vogel, pengerusi ‘National Action Committee Political Action Committee (NACPAC) yang pro-Israel telah menyebut dengan jelas terang bahawa Joe Lieberman adalah pembela Israel nombor wahid dalam Kongres.

“Tidak ada siapa yang lebih banyak memperbuat sesuatu bagi pihak Israel, selain Joe Liberman. Itu sebabnya beliau amat penting kepada komuniti pro-Israel.” Itu kata Mark Vogel.

Lieberman kini berada pada tangga keempat dalam senarai calon-calon yang menerima dana daripada badan-badan tindakan politik pro-Israel pada tahun 2006.

Dalam tahun 2002, Lieberman telah menaja sebuah resolusi pro-Israel di Senat Amerika berkaitan konflik Timur Tengah, secara terus terang menyatakan kebersamaan dengan Israel dalam usaha berterusannya untuk ‘menentang keganasan’.

Siapa pula yang lebih hebat daripada Lieberman?

Pastilah Senator John McCain yang beberapa tahun lalu kecundang dalam lumba menuju Rumah Putih, apabila ditakdirkan bersaing dengan Barack Husain Obama. Kita pastinya akan terus terkenang aksi veteran Perang Vietnam ini apabila beliau ternganga dengan jawapan-jawapan Obama sewaktu siri debat menuju pilihan raya presiden yang lalu.

Kedua-dua insan hebat ini bertamu ke Malaysia beberapa hari sudah. Seorang penyokong tegar negara Israel, dan seorang yang kalah pertandingan presiden. Mereka disambut penuh keriangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO.

Kalaulah saya dapat mencuri dengar perbualan mereka berdua ini dengan Najib yang bakal menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, alangkah terujanya saya. – Roketkini.com

Sultan tandatangani plak sokong tuntutan royalti


KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.


Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.

Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.com

Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan Sultan Kelantan merupakan satu anjakan terbesar terhadap kempen tuntutan rakyat yang berterusan.

Ini juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong semua rakyat Kelantan.

Beliau mengulas tindakan Sultan Muhammad V yang menurunkan tandatangan pada plak semasa kempen tersebut diadakan di Ekspo Pertanian Kelantan 2012 yang berlangsung selama lima hari dari 5 Jun hingga 10 Jun 2012.

“Tindakan sokongan baginda yang merupakan ekspresi rakyat Kelantan atas dasar baginda Sultan sebagai pemimpin rakyat Kelantan.

Perjuangan Gegar tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan yang dinafikan,” Hisahmuddin mengulas.

Gegar meneruskan kempen tandatangani kain rentang selepas beberapa siri diadakan berjaya mengumpul lebih 50,000 tandatangan.

Gegar akan terus bergerak untuk menyemarakkan lagi kempen sehingga tuntutan rakyat ini berjaya.

Kerajaan Negeri Kelantan membuat tuntutan royalti berdasarkan perjanjian di bawah Akta 144 Petroleum Development Act 1974 yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa cari gali petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti lebih RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 hingga kini. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .