Ikuti Blog ini

PANASSSS!!!!...PARA PEJUANG TUNTUTAN ROYALTI MINYAK TANPA GENTAR DAN TAKUT TERUS BERDEMO DEPAN PWTC



Inilah sifat pendekar yang sebenarnya!!!!.. Tidak takut dan gentar berkunjung dikubu lawan...

Inilah yang ditunjukkan oleh beberapa pejuang Menuntut Royalti Minyak Kelantan yang pergi ke bangunan PWTC mau menyerahkan sendiri memorandum menuntut hak royalti rakyat Kelantan kepada Najib Razak yang akan hadir sebentar lagi untuk satu perjumpaan tertutup dengan perwakilan UMNO petang ini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Keberanian para pejuang rakyat ini telah cuba dihalang oleh beberapa anggota polis dan juga beberapa kerat juak-juak UMNO yang diketuai bekas Ketua Wira PERKASA, Armand Debab ingin tunjuk jaguh. Tapi ini sedikit pun tidak melemahkan maupun menggugurkan bulu roma para pejuang rakyat.

Para Pejuang Royalti tetap bertegas dan berkeras mau menyerahkan memorandum tersebut ketangan Najib Razak sendiri.

Perkembangan selanjutnya akan menyusul.

HIDUP RAKYAT!!!... BERIKAN ROYALTI KEPADA RAKYAT KELANTAN!!!! -sumber

Isu Pemecatan Qatrun Nada: Tindakan JAWI Diselar


Jangan pecat kerana fahaman politik, Jawi

PETALING JAYA: Sebuah NGO, Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) hari ini mengkritik tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Labuan kerana memecat kakitangan atas alasan politik.

“Insan menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jawi. Sebagai sebuah agensi awam, Jawi sepatutnya bersifat berkecuali dan profesional dalam tatakelola pengurusan. Campur tangan ini hanya mencemarkan imej Jawi sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

“Kegagalan Jawi memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini menguatkan dakwaan bahawa Jawi telah dipengaruhi oleh kepentingan politik Umno sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

“Perkara ini jelas bertentangan dengan visi Jawi sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam.

“Insan juga mengecam tindakan Umno yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan. Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitik adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” kata Penyelaras Insan, Mohd Faris Abdullah dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata begitu ketika mengulas pemecatan kakitangan sementara Jawi yang bertugas sebagai guru, Qatrun Nada Latfi.

Qatrun menerima notis pemecatan sebulan yang berkuatkuasa pada 1 Disember pada 24 Oktober. Beliau menerima notis tersebut kerana menghadiri ceramah Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September lalu.

Menurut Faris, notis yang diterima Qatrun pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.

Faris turut mendedahkan bahawa Qatrun menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober.

Pemanggil tersebut telah memberi amaran kepada Qatrun agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Pejabat Jawi Labuan telah menyiasat kegiatan luar Qatrun pada 22 Oktober.


Guru dipecat kerana dengar ceramah Pakatan
.

LABUAN: Kerana menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Qatrun Nada Latfi (gambar), yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan telah menerima notis pemecatan sebulan.

Beliau menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September 2012.

Qatrun Nada telah disiasat dan menerima notis pemecatan yang akan berkuatkusa pada 1 Disember ini.

Walau bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.

Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat UMNO Labuan pada 9 Oktober 2012.

Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Tidak lama selepas panggilan itu, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat JAWI Labuan untuk disiasat mengenai kegiatan luar beliau pada 22 Oktober 2012.

Sehubungan itu, NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan.

Sebagai sebuah agensi awam, JAWI sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan, kata Koordinatornya, Mohd Faris Abdullah.

Bagi beliau, campur tangan ini hanya mencemarkan imej JAWI sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

Katanya, kegagalan JAWI memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini menguatkan dakwaan bahawa JAWI telah dipengaruhi oleh kepentingan Politik UMNO sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

Perkara ini jelas bertentangan dengan Visi JAWI sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam, tambah beliau.

"INSAN juga mengecam tindakan UMNO yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

"UMNO sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sehubungan dengan itu, INSAN akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Hj Che Mat Bin Che Ali pada 29 November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan JAWI daripada sebarang campur tangan politik sempit.

INSAN juga akan mengadakan sidang media bagi mendedahkan penglibatan UMNO dalam isu ini.

"INSAN memiliki bukti kukuh yang akan menunjukkan penglibatan UMNO sebagai dalang yang menzalimi rakyat hanya kerana kepentingan politik," katanya.

Qatrun Nada binti Mohd Latfi merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau dilantik sebagai guru sementara di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi menuntut Air bersih di UMS Labuan pada tahun 2009
-HD

Fuyoo!! Bangsa Ameno mesti berbangga giler ngan mamat neh...

Maybank sahkan Bekir belanja RM780,000

Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan Maybank mengesahkan bahawa anak lelaki ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir membelanjakan lebih tiga suku juta ringgit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan menggunakan kad caj.

Pegawai berkenaan, Musinah Manap, 47, dari Menara Maybank Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur memberi keterangan bahawa Mahmud Abu Bekir merupakan pemegang kad caj American Express Platinum dengan nombor 3762-490572-25004 yang tidak ditetapkan had perbelanjaan.
"Alamat bil adalah pejabat beliau di Menara Titanium, Brighton Square, Kuching. Ini adalah bil daripada janaan komputer untuk bulan Januari sehingga Jun 2012," katanya.
"Sepanjang pengetahuan saya, bil yang dikeluarkan oleh bank adalah betul dan rekod saya menunjukkan tiada pertikaian oleh pemegang kepada urusniaga," kata Musinah kepada mahkamah.
Selain itu, Musinah (kanan) juga berkata, bukan keganjilan bagi sesebuah bank untuk mengeluarkan kad caj tanpa had penggunaan.

Musinah seterusnya membacakan jumlah yang ditanggung Mahmud Abu Bekir sepanjang tempoh berkenaan, yang digariskan bekas isteri lelaki berkenaan, Shahnaz Abdul Majid semasa pendengaran sebelum ini.

Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American Express dari Maybank itu menunjukkan perbelanjaan berjumlah RM782,520.55.

Ia termasuk di kedai mewah seperti Harrods, kedai Ferrari di London serta perjalanan ke Dusseldorf di Jerman dan Perancis. -M'kini

MURSHID Juga Kata Tak Salah Doa Hancurkan Organisasi


Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid) berpandangan berdoa untuk menghancurkan sesebuah organisasi tidak salah, jika ia membawa kebaikan.

Pengerusinya Dr Zaharuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa.

“Sekiranya doa itu dari individu yang dizalimi, maka doa untuk menghancurkan organisasi tertentu (yang bertanggungjawab) dibenarkan.

“Doa seperti menunjukkan mangsa meluahkan kekecewaan yang sudah sampai ke puncak akibat sering dizalimi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, lebih baik mendoakan agar individu atau sesebuah organisasi itu mendapat petunjuk, dan ampunkan kesalahan mereka.

Isu doa sebelum ini timbul ekoran doa pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV sempena Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini.

Doa yang dibaca Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat itu antara lain menyebut 'Hancur BN' dan 'KO BN' pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, akhbar berbahasa Melayu itu juga turut memetik pandangan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Beliau berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.

“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka? "Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya dipetik akhbar itu lagi.

Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).

Takut tembelang sepupunya pecah, Hishamuddin halang Peguam Perancis masuk ke Malaysia

Taklimat Scorpene oleh dua peguam Perancis – William Bourdan dan Joseph Breham akan diadakan esok di Singapura, menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

“Mereka tidak ke Malaysia. Taklimat akan dibuat di Singapura,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

“Kita akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” tambah Ahli Parlimen Batu itu.

Perkara tersebut turut disahkan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

“Ya, taklimat tersebut akan diadakan di Singapura esok,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ditanya mengapa tidak dibuat di Malaysia, Cynthia berkata, kemasukan peguam terbabit dihalang oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia.

Khamis lalu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah memberitahu, taklimat yang sepatutnya diadakan pada Khamis lalu ditunda dan dijadual berlangsung di bilik taklimat, bangunan Parlimen esok.

William dan Breham akan memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis.

Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November lalu.

Sebelum ini, Hishammuddin menyatakan peguam terbabit akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’.

Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.

Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.

Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.

Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.

Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin. -KD

Sokongan Melayu meningkat, kedudukan Johor goyah


KUALA LUMPUR: Berdasarkan analisis Pusat Penyelidikan PAS (PPP) terhadap kajian-kajian yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk oleh kumpulan penyelidikan di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) seperti yang diumumkan oleh Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin baru-baru ini, peluang untuk Pakatan Ralyat menawan Johor adalah seimbang.

Meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai “fix deposit” Barisan Nasional (BN) dan kubu kuat UMNO, penemuan-penemuan hasil daripada kajian-kajian tersebut menunjukkan perubahan yang memberansangkan, kata Dr Zuhdi Masduki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini. Beliau mengulas kenyataan MPN yang mendakwa BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

PPP, kata Dr Zuhdi, menyimpulkan peluang untuk PR menawan Johor adalah cerah sekiranya usaha berterusan dilakukan untuk menarik pengundi-pengundi Melayu di samping mengekalkan momentum perubahan pengundi-pengundi Cina di negeri tersebut.

13 kerusi tidak selamat

Berdasarkan analisis PPP, sokongan akar umbi BN di 13 kerusi Parlimen di Johor adalah berada di bawah 50% iaitu Segamat, Labis, Ledang, Bakri, Muar, Batu Pahat, Keluang, Gelang Patah, Teberau, Pasir Gudang, Johor Baharu, Pulai dan Kulai.

Kemenangan sesuatu parti di kawasan-kawasan berkenaan akan bergantung kepada pengundi-pengundi atas pagar termasuklah mereka yang hanya di saat akhir membuat keputusan.

Daripada kawasan-kawasan tersebut, lapan kawasan pula memperlihatkan sokongan akar umbi BN berada di bawah 44 % yang biasanya di ketegorikan sebagai kawasan kelabu hitam bagi BN.

"Kebanyakan kawasan-kawasan tersebut adalah kawasan campuran, iaitu perbezaan antara komposisi pengundi Melayu dan Bukan Melayu tidak besar," kata Dr Zuhdi.

Sepertimana yang disebut oleh Naib Presiden PAS,  Salahuddin Ayub, berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh sebuah kumpulan kajian politik dari sebuah universiti awam, sokongan pengundi-pengundi Melayu di Johor kepada Pakatan meningkat antara 3 % - 5 %, katanya.

"Berdasarkan analisis PPP pula, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat 2 % - 3 % kepada Pakatan, yang kebanyakannya datang daripada pengundi-pengundi muda dan golongan kelas pertengahan," beritahu Dr Zuhdi.

Peningkatan sokongan pengundi Melayu ini ditambah pula dengan perubahan besar sokongan pengundi Cina, akan menjana peralihan (swing) undi yang amat signifikan, sehingga dijangkakan tidak kurang 7 lagi kerusi parlimen boleh jatuh kepada PR di samping kerusi PR yang sedia ada.

"Penemuan ini hampir selari dengan penemuan kajian MPN yang menyatakan 9 kerusi parlimen di Johor dalam kategori hitam bagi BN," katanya.

Pola sokongan pengundi-pengundi di Parlimen ini, katanya, turut mempengaruhi pola sokongan di peringkat DUN.

Hanya 26 DUN putih BN

Berdasarkan analisis PPP, dari segi kawasan DUN di negeri Johor pula, hanya 26 kerusi DUN di negeri Johor yang dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam.

Kerusi-kerusi DUN yang dikategorikan sebagai putih bagi BN di Johor ialah Buluh Kasap, Kemelah, Bukit Serampang, Jorak, Serom, Bukit Naning, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja, Penggaram, Senggarang, Mahkota, Kahang, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.

"Bagaimanapun kedudukan ini, tidak mengambilkira isu-isu terkini seperti kes RAPID di kawasan Parlimen Pengerang yang melibatkan DUN Penawar dan Tanjung Surat, serta cadangan menamakan calon Menteri Besar Melayu oleh PR," tambah beliau.

Tindakan menamakan calon Melayu sebagai Menteri Besar Johor oleh PR memberi impak besar kepada peralihan sokongan pengundi terutama golongan muda dan kelas pertengahan, beritahu beliau.

"Sebenarnya perlantikan Menteri Besar Johor di kalangan kaum Melayu bukanlah isu kerana sememangnya Undang-undang Tubuh Negeri Johor perkara 31 dan perkara 34 telah menetapkan sedemikian. Bagaimanapun, ramai pengundi Melayu yang tidak menyedari perkara ini, menyebabkan mereka bimbang kalau PR menawan Johor," jelasnya.

Katanya, tindakan menamakan calon Melayu sebagai Menteri Besar oleh PR sememangnya memberikan kesan positif.


Salahudin 74 %

Menurut kajian MPN terhadap “Tingkah Laku Pengundi” dalam memilih pemimpin negeri Johor, Salahuddin Ayub memperolhi kedudukan yang tertinggi iaitu 74 % diikuti Mazlan Aliman 71 %. Pemimpin-pemimpin UMNO tertinggal di belakang termasuk Menteri Besar Johor sekarang.

Berdasarkan penemuan-penemuan di atas, hasil analisis PPP terhadap kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa pihak, peluang PR untuk menawan Johor adalah seimbang.

Kedudukan PR, katanya, semakin cerah dengan bangkitnya isu RAPID di Pengerang dan peningkatan pengundi Melayu disebabkan keyakinan terhadap kepimpinan Melayu Johor dari kalangan PR.

Selain daripada itu, beberapa isu yang besar seperti isu FELDA, Projek Wilayah Iskandar dan kepememimpinan bersih adalah berpihak kepada PR.

Oleh sebab itu, perluang PR untuk menawan Johor disebabkan perkembangan-perkembangan mutakhir ini adalah semakin cerah, tegas beliau lagi. -Hrkh

Ini sebabnya Israel perlu sangat gencatan senjata

Kenapa Israel Mahu Gencatan Senjata?

Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.
Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza.
Apa tidaknya ?
  1. Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.
  2. Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam.
  3. Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu. Israel F16, igauan Israel menjadi realiti... Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam.
  4. Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.
  5. Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.
  6. Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.
  7. Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.
  8. Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.
  9. Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.
Ingatilah firman Allah swt :
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -
Surah al-Imran ayat 54
“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”
Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar….
Oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin

Adam AF2 Berdoa Ditunjukkan Jalan Yang Benar


Kuala Lumpur – Nama penyanyi lelaki, Mohd Aizam Mat Saman atau dikenali dengan nama Adam seakan-akan senyap seketika dari dunia nyanyian jika di bandingkan sewaktu di awal kemunculannya.

Penyanyi yang berasal dari negeri Sabah itu dilihat kurang menonjol di kaca televisyen mahu pun acara anugerah yang dianjurkan industri seni tempatan.

Adam yang mengakui kurang menonjol di khalayak ramai kerana sedang menjalani kehidupan secara sederhana.

Bagi jejaka yang masih muda itu, dirinya ketika ini sedang mendalami ilmu agama dan ilmu perubatan Islam.

Pun begitu, Adam masih lagi menerima undangan untuk melakukan persembahan asalkan waktu untuk dirinya mengabdikan diri kepada Tuhan tidak terganggu.

“Apapun saya masih menyanyi. Islam tidak menghalang kita melakukan perkara yang disukai asalkan tidak melanggar perintahnya seperti meninggalkan solat lima waktu,” kata Adam yang dipetik dari laporan MyMetro.

Bukan itu sahaja, untuk memastikan niatnya untuk berubah sejajar dengan tuntutan Islam, Adam banyak membataskan dirinya dari melakukan perkara yang ditegah dalam Islam.

“Saya juga menjaga batas pergaulan dengan peminat perempuan dan tidak lagi bersalaman, tetapi kalau nak bergambar dengan saya tiada masalah. Perubahan ini berlaku secara perlahan-lahan kerana tidak mahu menimbulkan rasa riak,” katanya.

Walaupun Adam masih lagi mendalami ilmu agama, dia tidak mahu dirinya kelihatan riak dengan ilmu yang didapati.

Pun begitu, Adam mempunyai pegangan tentang perangai manusia yang dia tidak gemari kerana kemungkinan sikap itu mampu mempamerkan imej umat Islam yang tidak baik.

Justeru, Adam akan sentiasa berdoa agar Tuhan sentiasa membimbing dirinya ke arah dan jalan yang benar.

“Saya tak berapa berkenan melihat mereka yang baru memakai kopiah dan bertudung terus menjatuhkan hukum kepada orang lain. Janganlah terlalu drastik kerana setiap orang ada bahagian masing-masing dan yang sebaiknya kita doakan agar dia juga turut berubah.

“Dalam solat saya mohon petunjuk daripada Allah dan inilah jawapan yang diberikan kepada saya iaitu memandu arah saya belajar perubatan Islam,” luah Adam. -mynewshub

Pencacai UMNO Jahil Agama Cuba Pertikai Solat Jenazah Oleh TG Hj. Hadi


Gambar Print Screen dari FB ahli Umno tegar yang mempertikai tindakan Hj Hadi solat di Kubur. (Sila klik untuk lebih jelas)

Terserlah kejahilan berliau kerana mempersenda tindakan presiden Pas ini dengan mengatakan "Pas semua BOLEH.... tanam dulu baru solat jenazah."

Ini akibat malas mengaji ilmu agama, memang bagi orang yang jahil tentang agama mereka akan merasa pelik melihat orang bersolat di kubur kerana benda seperti ini memang jarang2 orang melakukanya. itu yang menyebabkan mereka merasakan ianya janggal dan pelik .

Untuk merungkaikan permasalah yang di bangkit oleh saudara jahil dari Umno tergar ini di bawah ada jawapan yang saya petik dari FB ustaz azhar Idrus berserta video mengenai solat ghaib .

Moga dengan ini kita dapat sedikit manafaat ilmu dari permasalahan ini.

Isu solat jenazah dikubur. Ustaz Azhar Idrus jawab..

==================================

Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan.

Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali.

(Shahih Muslim No.1586) Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya).

Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. -(Shahih Muslim No.1588)

Kata Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat ms 496 :

Para ulama menyukai kita shalat jenazah di perkuburan dengan berdiri di antara kubur-kubur. Begitulah pendapat Imam Atha’ , Asy Syafi’y, Ahmad, Ishaq dan Ibnul Mundzir.

Beliau juga mengatakan:

Pernah hal ini dilakukan oleh Abu Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz r.a.

Hadis yang di rujuk :

Ibnu Abbas r.a berkata: “ Pada suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau bersalat baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali. ( H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)

Sa’ied ibn Al-Musayyab berkata: “Bahawasanya Ummu Sa’din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di kampung. Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)

Syed Sabiq menambah, menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan.
Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar.
Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya.

Kesimpulannya solat jenazah ditanah perkuburan adalah amalan Rasulullah saw dan para sahabat ketika tidak sempat solat sebelum jenazah dikebumikan.

Dipetik dari Ustaz Azhar Idrus ( Original )
-paspb

20,000 sertai Anti Lynas di Dataran Merdeka








KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi.

Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka. Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi  Himpunan Hijau, Wong Tack.

Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka.

"Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita.

"Kita akan tidur di sini dan kita minta ahli parlimen datang jenguk kita kerana mereka menaiki kenderaan, cuma tiga minit sahaja sedangkan kita sudah jalan jauh," katanya.

Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu.

Mereka tiba di Tol Gombak, jam 3 petang semalam sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.

Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.

green march reaching dataran 251112 crowd 02Pagi tadi, kumpulan tersebut bergabung dengan kumpulan dari Kuala Lumpur mula berarak dari KUISM ke Sentul Pasar.

Mereka seterusnya berarak ke Maju Junction sebelum bergabung dan berarak ke Dataran Merdeka.

Cikgu Ishak turut bersama-sama ke Dataran Merdeka bersama kaum Cina, Melayu dan India dari pelbagai peringkat umur.

Mereka duduk di Dataran Merdeka kira-kira sejam sebelum sebahagiannya beransur pulang.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perarakan. -Hrkh

PAS sentiasa relevan dalam realiti baru


PAS adalah parti yang sentiasa terbuka untuk menerima teguran dan kritikan sama ada daripada dalam atau luar parti. Dalam muktamar baru-baru ini, ahli diberikan hak seluas-luasnya untuk menegur pimpinan. Isu penolakan terhadap Kepimpinan Ulamak, penstrukturan semula Harakah, ketegasan dalam perlaksanaan undang-undang Islam dan lain-lain telah menjadi fokus para perwakilan untuk menegur pimpinan. Ia jauh sekali berbanding parti UMNO yang menutup pintu ahlinya untuk menegur.

PAS juga bersedia untuk menerima teguran daripada luar. Bahkan PAS menjemput mereka untuk berdialog dan menegur secara direct dalam majlis yang dianjurkan oleh PAS sendiri walaupun ada orang yang sehingga sekarang tidak memberikan tarikh setelah bersetuju untuk datang.

Doktrin yang perlu ditolak

Menjawab teguran bukan bermakna tidak menerima teguran tersebut. Kadang-kadang jawapan perlu diberikan sebagai satu penjelasan. Doktrin bahawa teguran yang dijawab dianggap tidak diterima harus ditolak. Di samping itu, ada yang menuduh bahawa jawapan yang diberikan adalah reaksi melenting dan melatah. Perlu diingat bahawa senyap, tidak menjawab tidak semestinya bermakna menerima teguran kerana kadang-kadang ia ditolak kerana malas menjawab.

Keras atau lembut dalam menjawab pula adalah berdasarkan teguran yang diberikan. Ini kerana kadang-kadang teguran yang dibuat bukan untuk membaiki tetapi lebih untuk membina persepsi yang buruk terhadap orang yang ditegur.

Justeru itu, tidak pelik jawapan yang diberikan kadang-kadang agak keras. Lihat sahaja kata-kata Saidina Abu Bakar yang keras terhadap Urwah bin Mas'ud, wakil musyrikin Mekah dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyyah: "Kamu ini manusia yang menghisap kelentik kemaluan berhala al-Latta." Jawapan keras ini dihamburkan oleh Abu Bakar r.a. apabila Urwah menegur Rasulullah s.a.w. yang dilihat ingin menghapuskan dan memusuhi bangsa sendiri (Lihat Sofiy ar-Rahman, 1991).

Undang-undang Islam adalah prinsip dan perjuangan PAS

PAS sebagai sebuah gerakan Islam sentiasa menjaga prinsip dan anjal dalam perkara cabang. Inilah yang diajar oleh Islam dan ditegaskan oleh Muhammad Iqbal, seorang pujangga India bahawa tajdid dan perubahan adalah mesti bertolak daripada keteguhan prinsip dan turathnya. Perkara-perkara yang baik daripada pemikiran baru boleh diambil setelah ditapis dan tidak berlawanan dengan prinsip Islam (Muhammad Iqbal wa manhajuhu fi tajdid al-fikri al-Islami, 2000).

Prinsip dan perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam termasuk undang-undang-undangnya. Ia adalah syariat Allah yang tidak ada kompromi dalam perlaksanaan. Ia adalah prinsip dan perjuangan PAS yang tidak pernah berubah daripada dahulu sehinggalah sekarang.

Semua negara memerlukan undang-undang. Tidak ada negara yang tidak ada undang-undang. Cumanya undang-undang apakah yang hendak dipakai. PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam ingin melihat undang-undang Islam dilaksanakan dalam negara ini kerana yakin terhadap keberkesanannya untuk menghapuskan jenayah. Ia adalah undang-undang yang datang daripada Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu apa yang baik dan buruk untuk manusia dan Dia tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah manusia.

Orang Islam perlu meyakini bahawa undang-undang Islam adalah terbaik untuk mencegah manusia melakukan kesalahan dan jenayah. Ia akan memberikan keadilan kepada semua. Rasuah, salah guna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman yang menghiasi politik Dunia Muslim akan dapat diatasi dengan undang-undang tersebut. Rakyat yang membenci pemerintahan zalim sekian lama akan merasa aman dengan terlaksananya undang-undang tersebut dan merasai keadilannya.

Keberkesanan undang-undang Islam akan memberikan hak kepada orang yang dizalimi kerana Islam tidak membenarkan berlakunya kezaliman. Orang yang miskin dan melarat akan terjaga kebajikannya dengan diberikan makanan dan keperluan asasi. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah di bawah undang-undang Islam. Bahkan bandar yang kotor akan menjadi menjadi bersih dan pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Ini semua kerana Islam telah dilaksanakan secara menyeluruh termasuk undang-undangnya.

Jangan bina persepsi yang buruk terhadap undang-undang Islam

Rakyat tidak seharusnya dibina dengan persepsi yang buruk terhadap undang-undang Islam. Jangan ditanam persepsi bahawa perlaksanaan undang-undang Islam akan menjadikan negara tersebut negara Mullah. Adalah silap jika berpandangan demikian kerana Rasulullah s.a.w. juga melaksanakan undang-undang Islam di Madinah dan Madinah bukan negara Mullah.

Kesilapan Taliban ketika memerintah Afghanistan dengan undang-undang Islam tidak boleh menafikan keindahan undang-undang tersebut. Ini kerana mereka terlalu jumud dengan mazhab Hanafi, tanpa melihat mazhab yang lain sehingga dilihat terlalu keras melaksanakan undang-undang Islam. Wanita dipaksa memakai purdah dan dilarang bekerja.

PAS berbeza dengan Taliban kerana PAS mengemukakan undang-undang Islam yang meraikan kepelbagaian pandangan mazhab dalam Islam dengan melihat realiti semasa. Contohnya, PAS mengambil ketetapan bahawa Hudud tidak akan dilaksanakan ke atas orang bukan Islam. Wanita akan terus dibenarkan bekerja dan dibela. Justeru, jangan jadikan kesilapan Taliban untuk menafikan keindahan undang-undang Islam.

Persoalannya, kenapa perlu dipilih untuk menanam persepsi buruk terhadap undang-undang Islam sedangkan kita ada pilihan untuk membina persepsi yang baik terhadap undang-undang ini. Kenapa perlu dibina persepsi bahawa undang-undang Islam hanyalah membawa mimpi buruk kepada rakyat. Tangan rakyat akan dipotong, ataupun wanita akan direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya.

Jangan ditiru cara UMNO yang membina persepsi buruk terhadap undang-undang Islam. Undang-undang ini jika dilaksanakan akan menghalang pembangunan kerana batu-batu telah digunakan untuk merejam, berlakunya kekacauan dan pengangguran, rakyat boleh makan sup tangan dan lain-lain lagi yang memburukkan undang-undang Islam.

Kita ada pilihan untuk menanam persepsi yang baik kerana undang-undang Islam membawa rahmat dan kebaikan. Tidak akan ada rakyat yang akan dipotong tangannya, disebat dan direjam dengan batu kerana tidak ada lagi orang yang akan sanggup mencuri dan berzina disebabkan gerun terhadap hukuman Allah. Ia adalah pencegahan daripadaNya. Orang-orang yang dizalimi pasti gembira terhadap hukuman Allah ini. Hanya orang yang zalim sahaja tidak senang dengan hukuman Allah.

PAS sentiasa segar dengan ijtihad baru

Walaupun PAS sebagai gerakan Islam sentiasa tegas dengan prinsipnya memperjuangkan undang-undang Islam, PAS sentiasa menilai pendekatannya. PAS memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik termasuklah ijtihad tahalluf siasi. PAS telah lama berijtihad bahawa pilihanraya adalah syari'e walaupun sebahagian gerakan Islam yang lain baru terlibat dengannya. Begitu juga PAS membenarkan wanita bertanding dalam pilihanraya. PAS sentiasa memahami teks dalam kerangka konteks kerana sedar politik terdedah kepada perubahan.

Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru politik Malaysia, PAS menggunakan pelbagai pendekatan baru. Slogan-slogan yang menakutkan tidak pernah digunakan.

Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan telah lama dilaungkan. PAS melaungkan slogan kebajikan dan khidmat masyarakat sejak sekian lama dan dipertegaskan lagi dalam muktamar yang berakhir baru-baru ini dengan konsep negara berkebajikan. PAS memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat.

Di negeri Kelantan sebagai contoh, kerajaan Pas telah memberikan pelbagai servis kepada rakyat seperti projek Al-It'am (kupon beras percuma), Az-Ziwaj (bantuan perkahwinan), Ladang Rakyat, bantuan armalah (ibu tunggal) dan sebagainya. Kebajikan rakyat sentiasa dijaga di samping penerangan kepada masyarakat tentang Islam dan undang-undangnya sentiasa berjalan dan mendapat sambutan yang baik. Semua yang dilakukan ini adalah untuk mewujudkan suasana yang kondusif bagi perlaksanaan undang-undang Islam di negeri tersebut.

'Arab Spring' tidak merubah prinsip gerakan Islam

Perlu dijelaskan bahawa walaupun 'Arab Spring' berlaku kerana tidak puas hati dengan pemerintah yang zalim tetapi rakyat memilih gerakan Islam untuk menggantikan pemerintahan tersebut. Ini kerana mereka yakin terhadap Islam dan undang-undangnya sebagai alternatif walaupun pilihanraya yang diadakan turut disertai oleh parti-parti yang berbentuk sekular, nasionalis dan sosialis.

Gerakan Islam yang memerintah di negara Arab sekarang ini tidak pernah

mengubah prinsip perjuangan mereka. Dr. Moursi selaku Presiden Parti al-Hurriyyah wal 'Adalah selepas 'Arab Spring' sebelum menjadi Presiden Mesir menegaskan hasrat menegakkan undang-undang Islam ketika muktamar pertama partinya. Setelah menjadi Presiden Mesir, dia juga menyatakan keinginannya untuk melaksanakan undang-undang Islam apabila ditanya dalam satu majlis bersama rakyatnya.

Akhirnya, nasihat dan teguran saya kepada penulis artikel 'Relevankah PAS dalam realiti baru?" supaya jangan menggunakan agama supaya orang ramai makin jauh daripada agamanya. Jangan tanam persepsi buruk di kalangan rakyat terhadap undang-undang Islam atas nama agama sehingga orang takut kepadanya. Penulis artikel tersebut perlu terbuka untuk menerima nasihat dan teguran ini sebagaimana beliau inginkan orang lain menerima tegurannya. Pun begitu, saya tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih atas nasihat dan teguran yang beliau berikan.


Penulis adalah pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat).

SAT1M - "Sapu Tanah 1 Malaysia" Sebagai Penghargaan Kepada ADUN Sri Serdang


Cadangan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei untuk menggunakan istilah “Sapu Tanah 1 Malaysia” (SaT1M) bagi merujuk kepada skandal pemilikan tanah di Selangor oleh Kerajaan Umno-BN dipersetujui Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.

Istilah itu dianggap relevan, kata Shuhaimi kerana ia berkait rapat dengan penglibatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Satim Diman dalam isu pembelian tanah dengan harga murah.

“Saya mencadangkan perkataan sapu tanah itu diganti dengan istilah lebih sesuai kerana cara pengambilan tanah oleh Umno-BN. Sebagai penghargaan kepada Sri Serdang, kita tukar kepada Sat1M bagi menggambarkan kepakaran Sri Serdang pernah menjual tanah November 2011,” katanya.

Shuhaimi sebelum ini pernah mendedahkan tiga kes salah guna kuasa oleh Satim, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.

Satim juga didakwa menggunakan pengaruhnya di dalam pentadbiran Umno-BN yang lama bagi menjual tanah anak syarikat Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta di mana beliau mempunyai kepentingan.

Dalam pada itu, Suee Lim mendedahkan 23 lot tanah di tujuh daerah seluruh Selangor dari 1999 hingga 2008 yang diperoleh ketika era pentadbiran Umno-BN dianggarkan bernilai tidak kurang daripada RM300 juta.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana tanah berkeluasan 33.5 ekar itu hanya dikenakan bayaran premium serendah RM1 untuk satu kaki persegi.

“Ramai rakyat mempersoalkan bagaimana pengurusan tanah 24 lot tanah yang komersial itu boleh diluluskan kepada Umno, MCA, MIC dan Gerakan? Setelah diteliti, harga kesemua tanah itu tidak kurang daripada RM300 juta.

“Bagaimana premium itu boleh dikurangkan sehingga harga begini? Siapa yang duduk dalam jawatankuasa tanah pada ketika itu? Inilah perangai Umno-BN yang kononnya ingin membela hak rakyat, sentiasa memalukan dulu, kini dan selamanya,” katanya.

Sementara itu, ketika menjawab pertanyaan daripada Suee Lim berhubung pemilikan tanah, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri menggunakan sistem terbuka (sistem digital) tanpa perlu merujuk kepada pejabat daerah.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri bercadang untuk meneliti semua pemilikan tanah bagi memastikan ia dilakukan secara tertib tanpa wujudnya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak.

“Sekiranya pembelian tanah itu tidak digunakan seperti yang dicadangkan, maka Kerajaan Negeru berhak untuk mengambil semula tanah itu. Kita perlu meneliti dokumen pemberian dan jika wujud salah guna kuasa, maka kita boleh ambil tindakan undang-undang,” katanya.

Himpunan Hijau: Hati kami sudah di Dataran Merdeka


Kembara Himpunan Hijau yang memasuki hari ke-12 hari ini memecahkan rekodnya sendiri dengan kehadiran hampir 2,000 orang berjalan kaki dari Taman Rimba Templer ke plaza tol Gombak, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Perjalanan sejauh hampir 10 kilometer itu yang pada asalnya dijadualkan bermula jam 9 pagi diawalkan setengah jam apabila ia menerima penyertaan lebih ramai peserta hari daripada 11 hari lepas, kata pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

Kembara Himpunan Hijau sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala
Lumpur ini bermula pada 13 November lalu sebagai kembara protes Wong Tack untuk mewujudkan kesedaran politik dan alam sekitar menentang loji memproses nadir bumi Lynas.

Keazaman beliau turut disambut empat lagi NGO alam sekitar lain - Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, (Ban Cyanide Committee),
gabungan NGO Pengerang, dan NGO anti-empangan Murum.

Kumpulan pejalan kaki ini sedang berehat di plaza tol Gombak sebelum berjalan sejauh lapan kilometer lagi ke Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar.

Esok, mereka akan meneruskan perjalanan ke Dataran Merdeka dari Gombak sebelum menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen yang digesa turun bertemu mereka di dataran.

"Hati kami sudah berada di Dataran Merdeka, kerana itulah langkah kaki kami akan menuruti suara hati kami sekarang ini," kata Wong Tack yang kelihatan penat tetapi masih bertenaga. -M'kini

TERHOT: Kisah MB Selangor terjumpa HANTU...

Laporan Projek Pendemokrasian Selangor Dedah 134,675 Pengundi Tidak Dikenali

SHAH ALAM 23 NOV : Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor dedah Laporan Projek Pendemokrasian.

Jumlah ini mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan. Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri ini mencecah 1,924,281 orang.

Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Mengikut laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) itu mencatatkan DUN Sri Serdang mengalami bilangan pengundi tidak dikenali yang paling ramai iaitu lebih 9,000 orang.

Ia diikuti dengan DUN Subang Jaya 8,000 orang, Hulu Kelang 5,500 orang dan Sri Muda 5,000 orang.

Daripada jumlah keseluruhan pemilih baru itu, sebanyak 51 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun.

Manakala bagi pemilih yang tidak dikenal pasti iaitu seramai 134,675 orang itu, sebanyak 44 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun.

Dari aspek jantina, sebanyak 51 peratus pemilih baru merupakan lelaki dan 49 peratus wanita.

Manakala, bagi kajian pemilih yang tidak dikenal pasti pasti turut mendapati 51 peratus adalah lelaki dan 49 peratus wanita.

Mengikut aspek bangsa pula, bangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 49 peratus, diikuti Cina sebanyak 34 peratus dan India sebanyak 13 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilih berdasarkan DPI suku ke empat tahun 2011.

Bagi pemilih baru, ia menunjukkan 55 peratus daripada bangsa Melayu merupakan pemilih baru manakala 45 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dilakukan.

Selain itu, kaum Cina sebanyak 28 peratus pemilih baru dan 35 peratus tidak dapat dikenal pasti.

Manakala bagi India, sebanyak 11 peratus pemilih baru dan 13 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dijalankan.

Sementara itu, lain-lain sebanyak 8,561 pemilih baru yang terdiri antaranya Orang Asli Semenanjung, Punjabi, Eurasian, Jawa, Pakistan, Sri Lanka dan Hakka.

Laporan terbabit juga memaklumkan penambahan pemilih baru pada setiap suku tahun iaitu bermula suku ke empat 2011 hingga suku tahun ke tiga 2012 mendapati mengalami peningkatan.

Hal itu dibuktikan seramai 497,084 orang dengan peratusan 32 peratus pada suku ke empat 2011 ; 563,471 orang dengan peratusan 36 peratus pada suku pertama 2012 ; 600,406 orang dengan peratusan 38 peratus pada suku kedua 2012 dan meningkat kepada 625,210 orang dengan peratusan 40 peratus bagi suku ke empat 2012.

Jumlah pemilih berdasar suku ke tiga 2012 (belum digazetkan) seramai 2,025,153 orang serta daripada jumlah itu seramai 513,074 pemilih baru yang mencatatkan 51 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Laporan Projek Pendemokrasian diserahkan kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini dan diedarkan kepada Adun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam satu sidang media, laporan ini akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sebaik sidang DNS berakhir minggu depan.

Isu AES & Lynas Permudahkan UMNO BN Kalah Dalam PRU



AES mudahkan BN kalah PRU13

NASIB baik ada juga rakyat cerdik yang memenangkan Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, pada pilihan raya umum lalu.

Kalau tidak, sudah pasti nasib mereka juga sama dengan rakyat di negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN) akan menjadi mangsa ‘penghisap darah’ menerusi pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

‘Penghisap darah’ AES itu tidak dapat menguatkuasakan sistem itu di empat negeri berkenaan kerajaan negeri PR berjaya menghalang dengan tidak membenarkan kamera itu dipasang.

Bagaimanapun, rakyat di negeri yang diperintah PR tidak terlepas, sebaliknya turut dikenakan saman jika mereka pergi ke negeri yang diperintah BN yang pasti banyak dipasang kamera AES.

Walaupun BN menang dalam pengundian untuk melaksankan AES di Dewan Rakyat, tetapi wakil rakyat pembangkang sudah berusaha untuk menghalang sistem itu dilaksanakan.

Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan itu diluluskan selepas 78 Ahli Parlimen bersetuju, cuma 49 yang tidak bersetuju.

Sebelum itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menerima asakan bertubi-tubi daripada Ahli Parlimen pembangkang yang bangkit mempertikaikan AES.

Keadaan itu mencetuskan kekecohan berikutan Cho Ha dihujani pelbagai persoalan dan dakwaan mengenai pemasangan kamera AES serta keberkesanannya mengurangkan jumlah kematian pengguna jalan raya.

Situasi menjadi semakin gamat apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang juga berjuang melalui NGO Kempen Anti Saman Ekor (Kase) membangkitkan persoalan mengenai dua syarikat utama yang mendapat tender pemasangan kamera AES, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.

Mengikut Mahfuz melalui maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ATES Sdn Bhd adalah syarikat berdaftar pada 12 Februari 2009 dan perniagannya berasaskan konsesi yang diperoleh daripada kerajaan termasuk sistem penguatkuasaan trafik automatik.

Manakala Beta Tegap Sdn Bhd didaftar pada 7 Februari 2004 mendapat kelulusan kerajaan menjalankan operasi membekalkan barangan dan perkhidmatan, menguji, serta memasang AES.

Yang dipertikaikan Mahfuz macam mana dua syarikat ini boleh dapat jaminan tender daripada kerajaan sedangkan Kabinet meluluskan AES pada 2006 dan saringan pemilihan tender dilakukan pada 2008.

“Ini menunjukkan ada yang tidak kena… ini bukan untuk menyelamatkan nyawa manusia tapi untuk mengperkayakan kroni dengan merompak wang rakyat. Ini perompak jalanan namanya,” katanya.

Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, Fong Po Kuan juga bangun mencelah dan mendesak perjanjian pemberian tender antara dua syarikat itu dengan Kementerian Pengangkutan yang menjadi Akta Rahsia Rasmi didedahkan kepada umum.

Apabila AES dikuatkuasakan nanti tidak tahu nasib rakyat yang menjadi mangsa.

Sudahlah sekarang rakyat dibebani dengan pelbagai saman termasuk oleh polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak lama lagi akan dibebankan dengan saman AES pula.

Ramai juga yang berang dengan keputusan meneruskan AES dan mereka mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memasang kamera AES di Pekan dan Pagoh.

Sekarang rakyat boleh berfikir sendiri, apa sebenarnya yang UMNO-BN dewa-dewakan sehingga menarik balik penangguhan AES. Ini satu lagi membuktikan UMNO-BN lebih utama memperkayakan kroni daripada membela nasib rakyat.

Walaupun rakyat diberi pelbagai ‘gula-gula’ pilihan raya termasuk BR1M untuk memenangkan BN, tetapi habuan itu dengan sendirinya akan terhapus apabila mereka terpaksa membayar saman AES nanti. -roketkini


'Semoga berjumpa lagi di bumi M'sia tanpa Lynas!'

Saya tiba di Kampung Awah, Maran pada waktu senja 16 November, setelah tiga jam memandu kereta. Penghuni kampung yang berdekatan menuding ke arah masjid, sambil berkata di situlah tempatnya peserta jalan kaki "Stop Lynas" berteduh.

Berteduh di masjid? Mungkinkah? Rupa-rupanya pendeta Buddha dan kawannya benar-benar berteduh di situ untuk semalaman, tetapi di bilik tadika yang bersebelahan dengan masjid.

Sememangnya gerakan Stop Lynas tidak berkenaan dengan politik dan tiada kaitan dengan agama. Saya nampak mereka sedang berehat di tepi jalan ketika saya sampai di situ, sementara sesetengahnya pergi mandi. Saya pergi mencari Wong Tack.

Sedikit "hangus" Wong Tack dijemur keterikan matahari. Kakinya yang sedang berdiri tidak bergetar. Beliau menuju ke arah saya untuk berjabat tangan. Saya memaklumkan bahawa saya membawa sedikit barangan untuk mereka, dan harap mereka tidak mengambil hati.

"Tidak, tidak," lantas beliau membalas. Maka mereka membantu untuk memunggah barangan dari kereta saya, antaranya ubat, plaster, dan minuman herba.

Mereka bersorak, mengagihkan minuman herba kepada yang lain dan minum di situ juga.

Kulit hitam pada wajah mereka akhirnya mengukir senyuman yang puas.

Adegan terharu di mana-mana

Wong Tack tergelak. Menurut beliau, mustahil perjalanan ini dihabiskan hanya dengan berjalan kaki. Tekad adalah motivasi yang menyuntik semangat agar kita menghabiskan perjalanan. Adakalanya kami keletihan, tetapi kekuatan kembali semula apabila kereta yang melalui membunyikan hon-nya sebagai tanda sokongan.

Tadi, seorang pakcik berjalan sehingga kasutnya koyak. Kebetulan seorang anak muda memandu melalui di situ.Anak muda itu telah menanggalkan kasutnya yang berjenama itu dan terus dihadiahkan kepada pakcik.

Adegan yang membuat kita terharu ini disaksikan di mana-mana. Apabila kami kepenatan, kami pun mendampingi pendeta Buddha.Ringan saja cara beliau berjalan.

"Ni Kungfu ni," katanya dengan nada berseloroh.

Polis bertanya kepada saya, apa pertubuhan kamu? Tiada pertubuhan. Hanya sekumpulan orang kampung, dan antaranya dalam usia yang lanjut. Siapa Chairman (pengerusi)? Tiada Chairman, kan ini bukan pertubuhan? Mereka kata saya, jadi sayalah.

Muka Wong Tack yang hitam dijemur itu tergelak lagi, dengan gigi yang putih.

Saya agak pasrah, ramai yang tidak tahu usaha ini. Lebih ramai lagi yang menganggap usaha ini sia-sia sahaja. Kau orang ni semua gila. Dengan serius dan tegas Wong Tack menjawab, semestinya mereka (kerajaan) akan memberi lampu hijau untuk Lynas agar memulakan operasi.

Cuma, kita berkata sekarang, tidak boleh! Malaysia bukan negara yang miskin sangat. Negara kita dilimpahi sumber alam semulajadi yang lumayan, tiada yang kebuluran.

Apa perlunya kita menjadikan negara ini tong sampah kepada racun yang mengancam alam sekitar? Kerajaan dipilih rakyat. Kembalikanlah kuasa kepada rakyat. Kita memiliki hak untuk bersuara! Tiada yang bersungut keletihan

Kami berehat di bilik darjah yang bersebelahan dengan masjid. Masing-masing membaringkan kakinya yang sudah "kilat" digosok sepanjang perjalanan.

Saya mengurut untuk mereka, sambil berjenaka. Anak perempuan berehat di sebelah saya. Mereka akan mengerang ketika diurut. Kami mandi bergilir-gilir, kemudian tidur di lantai.

Tiada televisyen, tiada penghawa dingin. Kami makan malam dalam cahaya yang malap.

Nasi tidak cukup. Wong Tack membeli sedikit roti dan makan, agar orang lain boleh memakan nasi itu.

Saya memeluk Aunty Mei.

Nenek yang berusia 70 tahun ini bersama saya ketika perhimpunan BERSIH 3.0, ditangkap polis atas tuduhan merusuh. (Warga asing tertanya-tanya bagaimana seorang nenek tua yang berusia 70 tahun boleh 'merusuh'?)

Saya pesan pada Aunty Mei supaya berehat, dan saya telah membawakannya ubat pelekat yang sangat mujarab. Lantas beliau membalas, "Tak boleh, kita tak boleh rehat. Selagi kilang tu tak ditutup, takkanlah nyenyak tidur ku? Jalan! Teruskan perjalanan kita!" Aunty Mei memeluk saya dengan erat.

Nenek berbadan kurus ini tiba-tiba menjadi gergasi dalam hidup saya. Beliau bukan lagi seorang ibu atau nenek. Sayapnya yang melebar memberi perlindungan bukan lagi hanya satu keluarganya.

Orang-orang hijau ini menjadi tentera yang tercedera. Lelaki, perempuan, yang muda dan yang tua, yang gemuk yang kurus - dengan kulit yang "hangus" dijemur.

Saya bersama mereka untuk kira-kira dua jam. Tiada sepatah ayat rungutan sama ada letih mahupun menganggap dirinya bodoh - dari bibir yang kekeringan, termasuk seorang budak perempuan kecil. Tak pernah saya dengar rungutannya.

Sebelum berpisah, saya melambai-lambai tangan kepada mereka. Saya menahan sebak, dan cuba menenggelamkan kesebakan dalam hati saya dengan jeritan, "Jumpa lagi pada 20 haribulan. Kita berjumpa di parlimen!"

Sorakan dan tepukan yang gemuruh menenggelamkan saya. Dengan tangkas saya masuk ke dalam kereta, dan mengurung diri saya dengan lenangan air mata, di dalam kereta.

Ya, kita pasti akan berjumpa lagi di bumi Malaysia tanpa Lynas!
-mk
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .