Ikuti Blog ini
Majlis Fatwa MESTI Jemput Ust Hadi - Mufti P.Pinang ,Selasa, Januari 08, 2013 at 8.1.13,
Majlis Fatwa Kebangsaan mesti menjemput Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan bagi menyelesaikan kemelut berkaitan dengan apa yang dipanggil Amanat Haji Hadi.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan, isu yang menjadi kontroversi itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan berdasarkan laporan akhbar.
"Ia mesti mengikut prosedur. Datuk Seri Abdul Hadi perlu dijemput untuk berbincang dan bagi mendapatkan penjelasan. Ia tidak boleh diselesaikan mengikut andaian," katanya.
Mengenai fatwa yang dikeluarkan mengenai amanat itu, Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa di peringkat negeri.
Kuasa mengeluarkan fatwa, katanya, adalah kuasa negeri dan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak semestinya satu keputusan mutlak kerana kuasa agama kekal di bawah kuasa negeri.
Beliau menjelaskan, fatwa sesebuah negeri boleh diguna pakai oleh negeri yang menggazetnya.
“Jika fatwa yang dikeluarkan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan hanya di peringkat kebangsaan, dan ia tidak akan dibawa ke negeri, ia tidak menjadi undang-undang keseluruhan kerana ia berperanan menyelaras sahaja,” katanya.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya pula menegaskan tiada fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan secara khusus mengenai Amanat Haji Hadi yang menjadi isu kontroversi itu.
Katanya, beberapa fatwa yang dikeluarkan mengenai isu seumpama itu adalah dibuat oleh majlis fatwa peringkat negeri.
Sebuah daripadanya adalah Majlis Fatwa Negeri Melaka, yang dikeluarkan pada 2002.
Fatwa yang diputuskan di peringkat negeri, katanya, tidak semestinya boleh diguna pakai oleh negeri lain.
“Fatwa yang ada itu ialah mengenai isu kafir-mengkafir, sama seperti fatwa (yang dibuat) oleh Kelantan. Fatwa yang ada dalam laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Melaka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. -SH
Himpunan Kebangkitan Rakyat - Pengurusan Stadium Merdeka Cabut Lari ,Isnin, Januari 07, 2013 at 7.1.13,
KUALA LUMPUR: Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat kecewa terhadap keengganan pihak pengurusan Stadium Merdeka bertemu dengan mereka hari ini.
Kunjungan hari ini sepatutnya bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan Stadium Merdeka berkaitan surat permohonan menyewa Stadium Merdeka bagi mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini.
Sekretariat HKR sudah menhantar surat tersebut pada 26 Disember lalu namun belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak pengurusan meskipun dua kali tindakan susulan diambil pihak sekretariat.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMPM), Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, tindakan pihak pengurusan yang langsung tidak menghantar wakil untuk bertemu mereka sangat tidak profesional.
Sedangkan katanya, kehadiran mereka hari ini sudah dimaklumkan lebih awal.
"Pemuda cuma nak hantar surat mendesak pihak pengurusan Stadium Merdeka mengeluarkan surat kebenaran menggunakan stadium.
"Kami tunggu hampir satu jam tapi tak ada seorang pun wakil pihak pengurusan datang berjumpa kami.
"Ini sikap yang tak baik dan tak profesional dari pengurusan stadium melayan tetamu," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Sementara itu, Setiausaha Angkatan Muda Malaysia (AMK), Julailey Jemadi mempersoal kesukaran pihak pengurusan membenarkan penggunaan stadium sedangkan pihak polis sudah memberi lampu hijau kepada HKR.
"Pihak polis sudah bagi jaminan akan menjaga keselamatan pada hari tersebut jadi kenapa pihak pengurusan stadium masih berlengah-lengah?
"Kami akan terus mendesak pihak pengurusan mengeluarkan surat kebenaran," katanya.
Turut bersama ialah Sekretariat Pakatan Rakyat, Adib Ishar.
Menurutnya, sekretariat Pakatan masih bertekad untuk menggunakan Stadium Merdeka.
"Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pilihan pertama kami Stadium Merdeka, pilihan kedua dan ketiga juga Stadium Merdeka," katanya.
Himpunan Kebangkitan Rakyat - Pengurusan Stadium Merdeka Cabut Lari , at 7.1.13,
KUALA LUMPUR: Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat kecewa terhadap keengganan pihak pengurusan Stadium Merdeka bertemu dengan mereka hari ini.
Kunjungan hari ini sepatutnya bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan Stadium Merdeka berkaitan surat permohonan menyewa Stadium Merdeka bagi mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini.
Sekretariat HKR sudah menhantar surat tersebut pada 26 Disember lalu namun belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak pengurusan meskipun dua kali tindakan susulan diambil pihak sekretariat.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMPM), Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, tindakan pihak pengurusan yang langsung tidak menghantar wakil untuk bertemu mereka sangat tidak profesional.
Sedangkan katanya, kehadiran mereka hari ini sudah dimaklumkan lebih awal.
"Pemuda cuma nak hantar surat mendesak pihak pengurusan Stadium Merdeka mengeluarkan surat kebenaran menggunakan stadium.
"Kami tunggu hampir satu jam tapi tak ada seorang pun wakil pihak pengurusan datang berjumpa kami.
"Ini sikap yang tak baik dan tak profesional dari pengurusan stadium melayan tetamu," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Sementara itu, Setiausaha Angkatan Muda Malaysia (AMK), Julailey Jemadi mempersoal kesukaran pihak pengurusan membenarkan penggunaan stadium sedangkan pihak polis sudah memberi lampu hijau kepada HKR.
"Pihak polis sudah bagi jaminan akan menjaga keselamatan pada hari tersebut jadi kenapa pihak pengurusan stadium masih berlengah-lengah?
"Kami akan terus mendesak pihak pengurusan mengeluarkan surat kebenaran," katanya.
Turut bersama ialah Sekretariat Pakatan Rakyat, Adib Ishar.
Menurutnya, sekretariat Pakatan masih bertekad untuk menggunakan Stadium Merdeka.
"Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pilihan pertama kami Stadium Merdeka, pilihan kedua dan ketiga juga Stadium Merdeka," katanya.
Video Keganasan Polis Dan Amanat Haji Hadi Melawan Umno Jahil , at 7.1.13,
Video Diatas adalah Contoh Tindakan Ganas Regim Zionis Najib Razak memperkudakan Polis Menyerang Rombongan Tuan Guru Haji Hadi di Terowong KL Sentral dan Menembak Tepat Gas Pemedih kepada Rombongan Presiden PAS - Tidak ada Provokasi, Tidak ada Sebarang Keganasan tetapi Polis Bertindak Zalim - Tidak Cukup dgn Itu Presiden PAS disumbat didalam Black Maria Tanpa Belas Kasihan - Inilah Wajah Regim Zionis Najib Razak.
Terkini!!! (Gambar & Video) Ustazah Dr. Mashitah Jelaskan Hukum Beliau Salam Dan Cium Tangan Pak Lah? , at 7.1.13,
Beberapa ketika yang lalu gambar Ustazah UMNO Dr. Mashitah Ibrahim yang arif tentang hukum Islam sedang mencium tangan Pak Lah telah tersebar dilaman Blog, FaceBook dan juga Twitter.
Beliau bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir yang tersengeh-sengeh.
Ramai yang mempersoalkan tindakannya itu, ini kerana sebagai seorang Ustazah beliau sewajarnya lebih arif tentang apa yang dihalalkan dan apa juga yang diharamkan dalam Islam.
Sedangkan Pak Lah adalah lelaki yang bukan mahramnya..
Begitu lama jawapan dari Ustazah UMNO itu dinantikan, akhirnya beliau menjawab juga dalam artikel di ruangan soal jawab "Anda musykil Dr Mashitah jawab" Sinar Harian.
Beliau menjawab satu soalan yang mempersoalkan "Apakah hukumnya Muslimah bersalam dan mencium tangan bukan muhrimnya?".
Antara jawapan Ustazah UMNO itu ialah "Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Namun jika berjabat tangan disertai dengan perasaan ghairah dan boleh mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah haram"
Itu jawapan Mashitah.. seorang Ustazah UMNO..
Dan ini pula ulasan Ustaz Azhar Idrus mengenai Budaya Bersalam-salaman Antara Bukan Mahram..
Itulah.. kerana wang, pangkat dan kuasa.. pemimpin UMNO akan berusaha untuk menghalalkan apa saja perbuatan mereka.. hatta ianya telah termaktub dalam hukum Allah sekalipun...
Amanat: TG Haji Salleh Musa minta Ustaz Hadi pertahan , at 7.1.13,
ALOR SETAR:
Tuan Guru Haji Salleh bin Musa, Mudir Madrasah Ar Rahmaniah, Sik Kedah
meminta Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan amanatnya
kerana ia tidak perlu ditarik semula kerana bertepatan dengan hukum
agama.Tuan Guru Haji Salleh Musa, 85 tahun, merupakan tokoh ulama Kedah yang sangat kuat berjuang memastikan kemenangan Islam di Malaysia.
Beliau berkata, sebagaimana dipetik oleh blog Gendang Perang (www.wasukalu.com), ucapan Ustaz Hadi dikeluarkan disebabkan pimpinan Umno pada masa itu menghina Islam seperti mempertikai hukum Hudud, mempersenda hukum Allah dan mempersenda sunnah Rasulullah SAW.
"Banyak perkara Umno buat yang bertentangan dengan syarak dan aqidah, yang paling nyata kesalahan Umno adalah kerana asingkan agama dari politik," katanya.
Haji Salleh amat kecewa dengan isu amanat ini yang sengaja dimainkan Umno yang bagi beliau sangat ketandusan isu.
Haji Salleh berkata, "Insyallah isu ini tidak lama, nanti depa (mereka /Umno) akan diam."
Bagi beliau, golongan agama seperti beberapa orang mufti dan termasuk Datuk Dr Hassan Ali tidak amanah dengan ilmu.
"Contohya Hassan Ali mengapa dulu masa ada jawatan dalam PAS tidak bangkitkan isu ini hingga dia dapat jadi Exco PAS di Selangor?" soal beliau.
Mengapa sekarang Hassan Ali baru bersuara, ini menunjukkan Hassan Ali tidak ikhlas berjuang, katanya.
Haji Salleh juga menemplak Jakim dan beberapa orang mufti terutamanya Datuk Harussani mengapa isu amanat ini dibesarkan?
"Mengapa tidak tegur Mahathir yang kata 'Baik kawan dengan syaitan yang dikenali dari malaikat' dan Mahathir berkata Malaikat ada yang baik dan ada yang jahat mengapa tidak ambil tindakan, ini soal aqidah," katanya. -Hrkh
Poll Terbaru BN Selangor: UMNO Terkejut Beruk Rakyat Terus Pilih Pakatan ,Ahad, Januari 06, 2013 at 6.1.13,
Selepas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh UMNO/BN Selangor yang dikepalai oleh Zin Badak, maka satu survey diadakan untuk mendapat maklum balas dan reaksi dari rakyat siapa yang mereka akan memberikan sokongan pada PRU 13 nanti, dengan mengajukan soalan berbunyi:...' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT' Punyalah terkejut beruk UMNO Selangor bila dapati jauh berganda lebih ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Pakatan rakyat untuk menerajui negara ini.
Akibat dari respon yang tidak mereka duga ini maka terus posting tersebut yang dipaparkan di muka Facebooknya SAYANGI SELANGOR dipadamkan. Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO.
PRU 13 adalah PRU anak-anak muda....Anak-anak muda yang bakal menentukan siapa yang harus diberi mandat dan amanah untuk mentadbir urus negara.
Kelompok ini hanya percaya kepada media ketiga.. INTERNET, bukannya media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik milik dan kawalam UMNO.
Sudah pasti hasil kaji selidik ini akan menambah pening kepala UMNO dalam menghadapi PRU 13.
INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA. -omakkau
Panas!!! (Video) Zizan Raja Lawak Tiru Gaya Ustaz Azhar Idrus Dalam Maharaja Lawak Mega... Inilah Respon Segera UAI, Jom Terjah!! , at 6.1.13,
Gambar: Tok Guru Nik Aziz di majlis perkahwinan Khairul Fahmi (Apek) , at 6.1.13,



Tok Guru
Nik Aziz menghadiri majlis kenduri kesyukuran perkahwinan Khairul Fahmi
Che Mat(Apek) dan Leuniey Natasha di kediaman beliau Kg. Cherang, Kota
Bharu pada tengahari semalam 5hb. Jan 2013. Sumber FB
Ustaz Hadi cabar Majlis Fatwa hantar surat rasmi , at 6.1.13,

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi berkenaan keputusan mengenai ‘Amanat Haji Hadi’.
Mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah, beliau menafikan menerima sebarang surat daripada mufti tersebut.
“Saya tidak menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Dia (Majlis Fatwa) tak panggil saya.
“Surat rasmi pun tidak ada…atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin begitu…bukan ‘meniaga’ ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin. Ini soal agama,” tegasnya.
Beliau berkata ‘amanat’ itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di Banggol Peradong 31 tahun yang lalu.
Ustaz Abdul Hadi menjelaskan beliau tidak pernah menamakan ucapan tersebut sebagai amanat tetapi dibuat oleh pihak lain.
“Amanat itu satu petikan, saya tidak menamakan ‘amanat’ tetapi orang lain yang menamakan ‘amanat’ dan yang beri nama ‘amanat’ itu termasuk Umnolah.
“Bukan saya menamakan ‘amanat’, ia petikan ucapan saya selepas itu dibentang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. Ketua Biro Agama Umno bentang dan saya bangun (jawab)…betul, itu ucapan saya. Masa itu kenapa tidak hujah, selepas 30 tahun baru hendak hujah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat jenazah allahyarham Tengku Zaliha binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Maqam Diraja Masjid Abidin, di sini petang tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan isu penjelasan amanat tersebut bukan sekadar pilihan raya tetapi kerana hari akhirat.
Menurutnya, jika Perdana Menteri atau mufti enggan bersemuka di atas dunia, maka tunggulah pada hari akhirat ketika mengadap Allah SWT.
“Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, saya mati…kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun salah. Jika tidak atas dunia ini..akhiratlah. Kita bertemu dengan Tuhan jika atas dunia tak mahu bertemu,” tegasnya.
Justeru, Ustaz Abdul Hadi tetap bertegas mahukan ruang penjelasan selama satu jam bersiaran di RTM milik kerajaan kerana PAS tidak memiliki media yang menyeluruh.
“Saya tetap mahukan (siaran langsung) supaya masyarakat berlaku adil. Adil ini kena dengar semua pihak dan dengan cara itulah, sebab kita tiada media.
“Biar rakyat tahu…dia (rakyat) dengar semua barulah (faham). Ini dengar sebelah pihak, macam mana.
“ Kena dengar dulu apa yang saya hendak kata, supaya masyarakat dengar betul atau tidak apa yang saya hendak kata,” ujarnya. -Hrkh
RM12.3 Juta Wang Ehsan Kelantan Lesap, Siapa Kebas? , at 6.1.13,
Siasat kehilangan Wang Ehsan
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan didesak agar menuntut pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), menyiasat dan membentangkan Laporan Kewangan Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan, kepada rakyat negeri ini.
Ini berikutan adanya laporan, sejumlah RM12.3 juta telah lesap dari akaunnya.
Justeru itu, satu memorandum telah dihantar oleh Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), kepada pihak JPP, tengah hari tadi, di bangunan JPP Kota Bharu.
“Ini memorandum kali ke dua dari pihak kami kepada JPP bagi membentangkan laporan kewangan wang ehsan yang lesap sebanyak RM12.3 juta,” kata Presiden Royalti, Nazri Deraman dalam sidang medianya, selepas menyampaikan memerandum kepada wakil JPP, di sini.
“Pihak kami juga dapat tahu, sebanyak RM2 juta dari wang royalti minyak yang dijadikan sebagai wang ehsan di negeri ini telah disalurkan kepada Umno bahagian negeri Kelantan.
“Walaupun menurut maklumat dari Kerajaan Persekutuan bahawa wang ehsan ini digunakan sebagai peruntukan membina kemudahan infra, namum begitu ianya digunakan oleh pihak JPP dan Umno bahagian sesuka hati mereka bagi kepentingan mereka,” ujarnya.
Bermula tahun 2010, jumlah sebenar wang ehsan yang disalurkan kepada JPP sentiasa berubah-rubah.
Perbezaan ini dapat dilihat melalui kenyataan dari Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, iaitu peruntukan sebanyak RM49.1 juta.
Manakala menurut kenyatan yang dibuat Datuk Mustapha Mohamed dan juga Perdana Menteri peruntukannya sebanyak RM61.4 juta.
“Telah terbukti jumlah sebenar wang ehsan berubah dan terdapat penyelewengan yang ketara yang berlaku kerana perbezaaan yang ketara iaitu sebanyak RM12.3 juta,” tegasnya.
Katanya lagi, pihak Royalti akan mengambil tindakan ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya JPP mengambil sikap mendiamkan diri sehingga ke peringkat antarbangsa.
Sementara itu, pihak Royalti juga meminta agar JPP ditutup kerana kerajaan negeri yang ada sekarang ini ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi sejak tahun 1990.
Adalah satu percabulan kepada semangat persekutuan iaitu menghormati kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan apabila JPP ditubuhkan.
Dalam himpunan bagi menyampaikan memorandum berkenaan, beberapa pihak yang mewakili kumpulan masing-masing telah menyampaikan ucapan, antaranya wakil mahasiswa, wakil kaum wanita Kelantan dan wakil anak muda Kelantan.
Memorandum berkenaan telah disampaikan oleh Nazri Deraman sebagai Presiden Royalti kepada Penolong Pengarah (Khas) JPP, Mohd Hanif Aiman Mohd Anuar Musardar.
Nak tawan Kelantan macam mana ni Najib?.. belum apa-apa UMNO dah lawan UMNO.. , at 6.1.13,
Perhimpunan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapha Mohamed.
Bagaimanapun, memorandum itu hanya diserahkan kepada setiausaha politik Mustapha berikutan beliau dikatakan telah pulang ke Kelantan semalam.
Penyerahan itu dibuat di bilik vip, dalam keadaan setiausaha politik Datuk Mustapha yang baru dilantik itu enggan keluar.
Bantahan itu kata mereka dibuat bukan hanya tindakan Dali yang tidak menjaga kebajikan penyokong dan pimpinan semua peringkat cawangan, sebaliknya tidak amanah.
Mengikut memorandum yang dikenali sebagai Memorandum Rakyat, Dali mengamalkan pemerintahan kroni, pengalaman yang lemah, rasuah dan lain-lain lagi.
Bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zulkifli Mat Hassan, ketika memberitahu media berkata bantahan itu dibuat berikutan tiada kepercayaan dikalangan ahli lagi terhadap Dali.
“Dalam Umno masih segar demokrasi, tetapi jika tidak amalkan demokrasi ianya tiada guna.
“Surat telah dihantar kepada presiden dan timbalan presiden parti, tetapi tiada sebarang tindakan,”ujarnya yang juga Ketua Umno Cawangan Lapang Terbang.
Selepas berdemo di lapangan terbang, pemimpin-pemimpin cawangan ini berarak dalam Parlimen Pengkalan Chepa termasuk di hadapan rumah Dali untuk menyatakan bantahan pada pemimpin Umno bahagian itu.
Sepanduk seperti Kami Ketua-Ketua Umno Cawangan, mendesak Dali meletakkan jawatan’, SPRM tolong siasat, ‘Rakyat Dihimpit’ dan lain-lain lagi seperti Asal Bukan Dali turut diarak. -Hrkh
Langgan:
Catatan (Atom)



















