Ikuti Blog ini

Wahid, isteri, 5 anak paling awal mengundi

kuala terengganu by election voting day 170109 wahid votingKUALA TERENGGANU - Proses pengundi bagi menentukan lanskap baru politik negara sudah bermula sebentar tadi. Kira-kira jam 7 pagi tadi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa masuk peti undi.

Ketika tempat pengundian dibuka calon PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut bersama isterinya Wan Fatimah Wan Abdullah bersama lima anak antara pemilih pertama yang menunaikan tangggungjawab.


Sekurang-kurang sejak awal lagi PAS sudah mendapat tujuh undi pertama.


Mereka tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga kira- kira jam 7.45 dengan diiringi beberapa penyokong. Bagaimanapun pintu masuk utama ke tempat pengundian hanya dibuka jam 8.05 pagi.


Ketibaan Abdul Wahid disambut petugas PAS dan wartawan yang sejak awal menunggu. Petugas dari awal lagi memenuhi bangsal panas di kawasan berhampiran. Kedudukan bangsal panas PAS dan BN bersebelahan.

Image

Petugas di bangsal panas PAS nampak lebih meriah dengan kehadiran ramai petugas tempatan dan bantuan dari negeri-negeri lain.


Suasana yang tenang tiba-tiba menjadi lebih rancak setelah pusat pengundian dibuka. Kehadiran anggota polis semakin ramai yang berkawal ketat di kawasan berhampiran.


Kedai-kedai makan di sepanjang jalan menghala ke tempat mengundi penuh sesak sejak awal pagi. Rezeki mulai melimpah bagi rakyat Terengganu sejak 6 Januari lalu.


Abdul Wahid bersama isteri membuang undi pada jam 8.15 pagi. Dan sebentar tadi Imagesudah keluar dari pusat pengundian tersebut.


Ketika bercakap kepada pemberita selepas itu beliau melahirkan rasa gembira di atas kesungguhan jentera parti dengan bantuan daripada rakan-rakan KeADIlan dan DAP.


"Saya juga berharap Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang baru dilantik menggantikan Datuk Bandar yang mengundurkan diri dapat melaksanakan tugas dengan adil dan saksama.


"Tindakan pengurus pilihan raya sebelum ini menarik diri menjelang saat-saat pembuangan undi merupakan satu sejarah baru di negara ini yang tidak pernah berlaku," katanya.

Image

Wahid kini sedang meninjau kawasan pengundian di Sekolah Kebangsaan Sri Nilam yang juga terletak di kawasan Dun Wakaf Mempelam.


Sementara itu, kehadiran pengundi semakin ramai sekarang. Cuaca yang cerah dan bersinar pagi ini menyebabkan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab lebih awal.


Situasi yang sama juga berlaku di Sekolah Kebangsaan Kuala Ibai, lapor Intan Abdullah.




Rasuah Pilihanraya - RM 100 Diagih-agihkan Jam 2 Dinihari

http://buletinonline.net/images/stories/berita/kecohdicendering.JPG
"Semua peti undi dalam bandar dapat, semua dapat RM 100 setiap orang," jawabnya menghurai lanjut pertanyaan kami tentang duit rasuah pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pada jam 3.30 pagi hari ini (17 Januari). (Gambar - ketegangan di Cendering, kelihatan Khairy, Shamsul dan Satiful, semasa berbincang cuba menyelesaikan maslah 'titi' haram, bukti keangkuhan UMNO)

Ketika perut lapar setelah pulang dari Kubang Ikan, Cendering, kami berpusing-pusing keliling bandar Kuala Terengganu, mencari-cari kedai yang masih relevan dengan selera didinihari.

Akhirnya kami memilih sebuah kedai kecil berhadapan stesyen teksi, dekat dengan Terminal bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Episod ketegangan di Kubang Ikan kami tinggalkan setelah menghabiskan masa sejam, namun tidak nampak penyelesaiannya.

Masalah asalnya adalah bila pihak UMNO menghubungkan sebuah pos yang didirikan diluarkan kawasan 50 meter diseberang parit depan sekolah menengah Cendering, dihubungkan dengan 'bangsal panas' dengan sebuah titi.

Para petugas dan penyokong PAS tidak puas hati kerana titi yang dibina secara haram itu memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja yang mendaftar di pos UMNO berjalan terus masuk ke bangsal panas yang terletak 50 meter dari pintu pagar sekolah itu.

Titi itu perlu dirobohkan, barulah selesai masalah.

Namun kehadiran menantu Pak Lah, Khairy Jamaludin, menaikkan semangat petugas dan penyokong UMNO, begitu juga sebaliknya kehadiran Ketua dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul dan Fariz, menyebabkan AMK berkeras.

Begitu juga peti undi tersebut yang turut menerima kehadiran Ustaz Satiful Bahri, bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu, yang pastinya tidak dapat menerima kewujudan titi itu walau apa pun alasannya.

Setelah minum dan makan nasi lemak yang dibeli di kedai lain, tiba-tiba berhenti sebuah motosikal dihadapan kedai kecil itu.

Pemuda separuh baya, melompat turun dan terus memesan minuman.

"Mak, nescafe bungkus satu,"katanya yang mungkin telah biasa membeli di kedai itu kerana membahasakan tuan kedai tersebut dengan panggilan 'mak'.

"Nescafe tak ada, susu dah habis, nescafe 'O' boleh,"jawab wanita warga emas, tuan kedai itu.

"Nescafe 'O' karang tak tidur pulak, uuh, bolehlah, buat nipis saja,"kata pemuda tersebut sambil berjalan masuk kedalam kedai.

Tiba-tiba telinga kami terdengar perkataan 'kupon' yang keluar dari mulut pemuda itu, lantas kami bertanya "kupon? ambil dimana?"soalan tembak yang terkeluar dari mulut salah seorang dari kami.

"Kupon tak ada dah, ambik di Stadium Negeri,"katanya yang mengingatkan kami kepada solat hajat yang diadakan oleh UMNO/BN di stadium negeri. Mungkin waktu itulah diagih-agihkan kupon tersebut.

"Kemudian tukar dimana?,"tanya kami lagi, menantikan jawapan lanjut dari pemuda itu.

"ah....dah dapat dah, semua dan dapat, beri pada orang datang dengan jip bawa duit, dia beri RM 100 pukul 2 tadi,"katanya selamba.

"Oh.... dia beri dalam sampul surat putih,"duga kami, untuk mengetahui rahsia selanjutnya, dengan harapan ia dapat dikaitkan dengan kes wartawan dan blogawan yang diberikan sogokan sampul putih berisi wang tunai RM 50, petang semalam di Pusat Media Jalan Pejabat Kuala Terengganu.

"Tak... dia beri tunai, RM100, dia beri begitu sahaja, tunai, banyak duit yang dibawanya, tapi macam takut-takut masa beri, pandang kiri dan kanan,"kata pemuda itu.

Setelah pemuda itu berlalu, kami bertanya kepada tuan kedai, wanita yang tinggal di Kuala Ibai.

"Mak Cik dapat ke ?, dapat ke duit tu ?,"tanya kami untuk mendapat maklumat lanjut adakah agihan wang rasuah itu begitu meluas.

"Tak dapat, tak pernah dapat, duit tak pernah dapat, minta bantuan apa-apa pun tak prnah dapat, pernah ambil nama, isi borang bantuan-bantuan lain, bantuan ganti atap dan lain-lain,

"tapi tak pernah dapat,"kata tuan kedai dengan nada kesal.

"Minta tanah pun tak dapat, dulu dapat tanah masa PAS perintah, buat rumah sikit-sikit, tak sempat siap sebab tak ada duit nak siap cepat-cepat,
"bila BN perintah, dia minta berhenti buat, kalau tak berhenti, dia sodok,

"Ada ramai yang kena sodok,"ujarnya lagi.

"Begitulah, dia beli harapan orang, buat main orang,"tambahnyai.

"Mak Cik duduk pantai Kual Ibai, tapi pindah awal, tak sempat kena banjir besar air laut, duduk rumah setinggan,"sambungnya lagi.

"Baru ni dia buat rumah kecik-kecik (rumah PPRT), janji nak bagi kepada orang, nak beri kunci masa baru ni, tapi tak beri-beri juga, dapat nombor saja,"katanya.

Sketsa benar dinihari hari pengundian pilihanraya kecil P.036 Parlimen Kuala Terengganu yang pastinya meninggalkan sejarah hitam kepada politik negara. Tidak pernah sebelum ini Pegawai Pengurus pilihanraya meletakkan jawatan, pada pilihanraya kecil ini, ia terjadi.

Puluhan juta ringgit dan mungkin mencapai ratusan juta ringgit wang yang ditaburkan membeli undi rakyat.

Puluhan juta ringgit, malahan ratusan juta ringgit pula nilai projek yang dijanjikan oleh Najib Razak, bakal Perdana Menteri Malaysia yang tidak mungkin akan bersih.

Selepas dikaitkan dengan pelbagai penyelewengan pembelian peralatan perang kapalselam dan helikopter, dikaitkan dengan pembunuhan wanita Mongolia yang tidak akan dilupakan kisahnya oleh generasi mendatang !

UMNO/BN terus angkuh mendabik dada, tidak mengaku kesalahan, tidak mengaku menggula-gulakan rakyat dengan pembangunan, tidak mengaku mengugut pegawai dan kakitangan, tidak mengaku memberi rasuah, tidak mengaku SALAH SAMA SEKALI walau telah dibuktikan dengan terang dan nyata!

Itulah norma-norma hidup yang ditanam, dibaja dan disuburkan oleh elit politik Melayu UMNO dan sekutunya Barisan Nasional selama lebih 50 tahun.


Undilah PAS untuk perubahan...

Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu diadakan ekoran pulangnya ke rahmatullah ahli Parlimen kawasan tersebut Allahyarham Datuk Razali Ismail pada 28 November 2008.




Lantaran itu Nomination day ditetapkan pada Jan.06 2009 & Polling Jan.17, 2009......




3 orang calon - BN/UMNO,PAS /PR dan Bebas bertanding




Mohd.Abdul Wahid Endut




Wan Ahmad Farid Wan Salleh




Namun demikian pengasas UMNO Baru merasakan calon BN/UMNO itu adalah a "bad choice" pasai dia sombong.



Peneraju utama PRK P36 ini adalah tak lain tak bukan Najib Tun Razak. Sungguhpun Najib ini bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia bulan Mac ini, namun dirinya masih dibayangi oleh kelibat Altantuya Shaaribu, iaitu wanita Mongolia yang dibunuh dengan menggunakan bom C4 oleh unit yang ada kaitan dengan bakal PM ini.





Ramai penganalisis politik berkata bahawa PRK P36 ini adalah pertandingan proxy di antara Najib dan Anwar. Kedua-dua mereka mempunyai kepentingan yang teramat sangat, kerana kedua mereka kini sedang berlumba-lumba untuk menjadi PM.




Sebelum apa-apa lagi gomen Malaysia secara tiba,tanpa angin atau ribut menukarkan status duit minyak Petronas dari Wang Ehsan kepada Wang Royalti.




Fenomena baru dalam PRK sekali ini adalah penglibatan para bloggers yang berekempen secara terus terang untuk PAS. Kumpulan bloggers yang diketuai oleh Raja Petra Kamaruddin berkampung di Kuala Terengganu untuk memastikan calon PAS menang.



bloggers..........




bloggers dan tokoh-tokoh politik...............



PAS for all...............







Najib telah membuat pelbagai janji langit dan bumi kalau BN menang dan berjanji akan membawa change. Janji yang sama juga diluahkan semasa PRK Permatang Pauh tempoh hari,namun janji tinggal janji saja. Klik dan bacalah surat dari Najib ini............




Wang Ehsan yang di tukar statusnya ke Wang Royalti bukannya million tapi billion. Namun rata-rata rakyat kampung Kuala Terengganu tinggal di pondok-pondok papan seperti di bawah.........






Apakah tidaknya, sebahagian besar wang royalti itu habis diguna untuk melaksanakan projek
Monsun Cup, Mesjid Kristal, Pulau Warisan dan sebagainya yang hanya menguntungkan beberapa ekor kroni termasuk menantu Pat Lah,Patrick Lim dan saudara mara calon UMNO/BN P35 ini.






Dalam sibuk berkempen mucul pula si Ezam Raja Kotak yang kononnya nak dedah surat sensasi yang ditulis oleh Anwar kepada Mahathir. Semua pun excited...tiba,tiba yang didedahkan itu cuma surat biasa yang tak ada ummmph langsung..........

Secara mistri pegawai Pengurus PRK P36,Mat Razali Kassim menarik diri daripada menjadi pengurus pilihanraya kecil tersebut. Kononnya, Mat Razali Kassim, pegawai pengurus pilihanraya itu telah buat ugut 590 kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT):"kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)".




Pasai duit ini,tak boleh kira,terlalu banyak offer yang ditawarkan oleh BN/UMNO,hinggakan sampai RM 1000 satu undi dengan berbagai cara........seperti yang nyatakan oleh Raja Petra Kamaruddin dalam blognya........

First of all, Umno is paying up to RM1,000 per vote. And this is how the system works.

A voter goes into the polling station to collect his/her ballot paper. He/she then puts it in his/her pocket. He/she drops a dummy ballot paper into the ballot box. He/she comes out and ‘sells’ the ballot paper to an Umno goon waiting outside. He/she goes home RM1,000 the richer.

The blank ballot paper is marked Barisan Nasional. It is then given to the next voter. He/she collects his/her ballot paper and puts it in his/her pocket. He/she drops the already marked ballot paper into the ballot box. He/she comes out and hands over the blank ballot paper to the Umno goon waiting outside in exchange for RM1,000.

The process is repeated thousands of times all over Kuala Terengganu at the 38 polling stations.





Dan yang terkini BN/UMNO’s RM300 bribe for reporters. Duit RM50.00 sebanyak 6 keping di masukkan kedalam sampul surat dan diserahkan kepada wartawan mungkin ang pow kot........



Namun demikian, bagi pengundi-pengundi Kuala Terengganu ikutlah seloka rasuah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat:

“Nak Beri Salah, Tak Beri Kalah, Umno Jadi Serba-Salah, Jom Pakat Pangkah PAS.”





Dalam pada itu tolong awasi pengundi-pengundi hantu yang mula meresap masuk. Ingat...dah 12,000 orang polis ditempatkan di KT tu. Mesti ada apa2 punya...kalu tidak apakah haram jadah depa buat ramai-ramai kat situ?




Dengar cerita kawan yang Mukhriz ada berbisik kepada rakannya"Kalau BN menang..miracle!!" Betoi atau tidak, allahwualam..........





Jadi,ramai-ramailah keluar mengundi kerana mengundi adalah hak anda. Jom ramai-ramai kita tendang BN/UMNO ke Laut Cina Selatan..........


Pilihlah calon ini................




Jangan Lupa Undi PAS..........




Depa pun bersetuju PAS pilihan yang tepat..............




UNDILAH PAS UNTUK PERUBAHAN..............





P 036 Kuala Terengganu - Iringan Doa' Kemenangan Rakyar....!

Doa
Doa Nik Aziz

Doa Iringan

PAS & Nik Aziz Nik Mat




SPR Suruhanjaya Pilihan Raya ...







SELAMAT MENGUNDI PRK P036




Selamat Mengundi kepada Pengudi Di Kuala Terengganu dan tak lupa juga kepada pengundi hantu..... Buat lah pilihan yang bijak.... Jangan Lagi diperdaya Oleh Abg. Jib.... Yaaa ALLAH semoga lambang bulan saja yang nampak dalam kertas pengudian Pada 17/01/09 di Kuala Terengganu termasuklah pandangan dari pengundi hantu... bapak hantu dah letak jawatan akibat dari memberi komen semasa AZAN Isyak.... ALLAHUAKHBAR x3..... Salam.


Tiga isu akhir lonjakkan moral PAS



KUALA TERENGGANU, 16 Jan: Tiga isu terakhir yang berlaku sekitar pilihan raya kecil Kuala Terengganu melonjakkan moral petugas PAS.

Ketiga-tiganya adalah perletakan jawatan pegawai pengurus pilihan raya (RO), Datuk Mat Rozali Kassim, kemarahan keluarga Allahyarham Datuk Razali terhadap calon BN dan kenyataan tertuduh kes perbincaraan pembunuhan Altantuya Shariibuu.

"Ketiga-tiga isu ini benar-benar menaikkan semangat penyokong PAS dan dipercayai menyukarkan kem BN," kata seorang penganalisa.

Semalam, Datuk Mat Rozali Kassim meletakkan jawatan sebagai pegawai pengurus pilihan raya (RO) dan digantikan oleh Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Perletakan jawatan ini dipercayai ada kaitan dengan bantahan PAS terhadap kelakuan beliau.

Pada jam 1.30 15 Januari PAS menghantar satu surat bantahan kepada SPR berkaitan dengan empat program yang menjejaskan reputasi Mat Rozali selaku RO pilihan raya.

Antaranya berkempen untuk calon BN dan yang paling teruk mengugut kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu akan hilang pekerjaan jika mengundi calon selain BN.

"Perletakan jawatan beliau adalah kemenangan untuk kita. Kita juga akan mengkaji implikasi perlantikan Setiusaha MBKT sebagai RO baru kerana kalau Mat Rozali terlibat, apakah Setiausahanya tidak terlibat dalam kempen untuk BN?" kata Wan Mutalib dalam sidang medianya.

Isu yang kedua adalah hubungan yang sangat tidak baik antara calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid (gambar atas) dengan keluarga dan penyokong bekas anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail.

"Kalah di tangan abang Wan Farid untuk merebut jawatan naib ketua bahagian dan selepas itu tidak terpilih sebagai perwakilan ke mesyuarat agung Umno Mac nanti adalah satu yang menekan Razali menjelang kematian mengejutnya.

"Sehingga kini, Wan Farid yang merupakan Ketua Bahagian Kuala Terengganu dikatakan masih belum dapat mendekati keluarga Allahyarham Razali," kata satu sumber.

"Ini menunjukkan betapa ketika hayatnya Razali tidak mendapat pengiktirafan dari Wan Farid dan Umno Kuala Terengganu. Baru sekarang selepas kematiannya, Umno cuba meraih simpati keluarga Razali dengan meletakkan nama beliau kepada maktab perguruan dan sekolah di Kuala Terengganu," kata Tengku Hassan Tengku Omar, Adun PAS Ladang dalam ceramahnya malam tadi.

Sementara itu, isu ketiga yang kini menghantui kem BN adalah pengakuan Chif Inspektor Azilah Hadri yang berkata dia mendapat arahan dari ADC (juru iring polis) Datuk Seri Najib untuk menguruskan Altantunya Shariibuu yang menganggu Abdul Razak Baginda.

"Jika begitu, kini orang ramai tertanya-tanya, siapa yang arahkan ADC Najib itu. Apakah Najib perlu bersumpah sekali lagi dia tidak membuat arahan itu di Kuala Terengganu ini," kata seorang pemerhati.

Sebelum ini, Najib berkali-kali membuat sumpah termasuk di masjid bagi menafikan penglibatannya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .