Ikuti Blog ini
Perhimpunan Sokong SPRM. 60 orang je ke? , at 22.7.09,
![]() |
Kira-kira 60 penyokong Umno dan parti komponen BN menyertai demonstrasi di hadapan pusat membeli-belah Ampang Point untuk menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk meneruskan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock dan tidak mahu ia dipolitikkan oleh parti pembangkang.
Perhimpunan selama kira-kira 15 minit diketuai oleh ketua Umno bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.
Ia disertai ahli Umno bahagian-bahagian Ampang, Gombak dan Pandan. Manakala ahli-ahli MCA, MIC, PPP dan Gerakan pula semuanya dari Ampang.
![]() |
Mereka juga membawa poster yang antaranya bertulis 'Jangan ganggu tugas SPRM dan polis, teruskan siasatan' dan 'Pembangkang jangan alihkan isu!!!'.
Mereka turut melaungkan 'Hidup Umno' dan 'Hidup BN'.
Sementara itu, dalam ucapannya, Ismail menegaskan sokongan kepada SPRM yang menurutnya mempunyai kekebalan sewajarnya dalam menjalankan siasatan.
Katanya, mereka juga memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada polis dalam menjalankan siasatan secara adil dan profesional.
Polis arah bersurai
Ismail berkata, mereka percaya amanah yang diberikan kepada SPRM dan polis akan dilaksanakan menurut budi bicara dan undang-undang negara sebagai badan bebas yang berkanun.Beliau juga memberi amaran tegas kepada pihak-pihak yang menurutnya tidak bertanggungjawab supaya jangan menimbulkan isu perkauman daripada kes kematian Teoh tersebut.
Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas itu, Ismail menyampaikan simpati mereka kepada keluarga Teoh.
Sambil menggesa supaya isu itu tidak dipolitikkan, beliau sebaliknya berkata, isu sebenarnya ialah rasuah dalam kepimpinan negeri Selangor.
"Kalau isu cuba dieksploitasi (oleh pembangkang), kita beri kata dua, kenyataan yang boleh membuatkan negara huru-hara, kita 'membujur lalu, melintang patah'. Oleh itu, SPRM dan polis, teruskanlah jalankan siasatan," kata Ismail, sambil disambut sorakan peserta demonstrasi itu.
Oleh itu, Ismail meminta rakyat supaya jangan terkeliru dengan isu tersebut dan tidak terpengaruh dengan dakyah dan kenyataan berat sebelah parti pembangkang, sehinggalah selesai siasatan polis.
Ketika sidang akhbar selepas perhimpunan itu, pegawai polis menemui Ismail dan meminta beliau mengarahkan perhimpunan itu bersurai.
Berikutan itu Ismail, dengan menggunakan pembesar suara, meminta mereka bersurai.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hasan memberitahu pemberita bahawa perhimpunan itu diadakan tanpa permit polis.
Oleh itu, katanya, polis akan memanggil pihak penganjur untuk memberi keterangan.
Katanya, pihak polis mengarahkan mereka bersurai kerana perhimpunan itu mengganggu lalulintas di Jalan Ampang.
Suruhanjaya diraja ditubuhkan siasat kematian Teoh , at 22.7.09,
Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini tunduk kepada desakan popular pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock.Keputusan rasmi kabinet itu akan diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya jam 4 petang ini.
Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.
Teoh merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.
Media Dilacuri Dengan Hebat , at 22.7.09,

- TV3, NTV7 dan 8TV diarah untuk tidak melaporkan sebarang komen/pandangan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai kematian Teoh Beng Hock dan SPRM. Hanya komen BN dan pihak rasmi dibenar untuk disiarkan.
- Penerbit Berita Inggeris NTV7 diarah untuk memalsukan hasil tinjauan orang ramai ketika siaran berita stesen itu pada 21 Julai. Soalan berbunyi "Adakah Pakatan Rakyat telah mengeksploitasi isu Beng Huat. 88 peratus responden menjawab TIDAK. Hanya 12 peratus yang menjawab YA.
Namun arahan "atas" memaksa penerbit untuk mengumumkan bahawa 56 peratus daripada responden kononnya menjawab YA.
- Penerbit berita Saluran 8 atau 8TV dibidas oleh pihak "atasan" kerana menyiarkan visual polis menggunakan kekerasan ke atas orang ramai yang berkumpul sebagai tanda simpati terhadap Beng Hock depan pejabat SPRM Selangor Jumaat lalu.
Selain itu RTM, TV3, NTV7, 8TV, RTM diarah untuk tidak menyiarkan sebarang berita mengenai istana Khir Toyo atau mengaitkan isu itu kepada pemborosan Barisan Nasional, mahupun keengganan SPRM menyiasat mantan Menteri Besar Selangor itu.
- Semua suratkhabar diarah untuk tidak membesar-besarkan persoalan mengenai peranan SPRM dalam kematian Beng Hock.
- Akhbar Cina khususnya diberi arahan untuk tidak "lebih-lebih' dalam menyiarkan laporan mengenai kematian Beng Hock dan taktik-taktik yang digunakan SPRM. Akibatnya Akhbar Sin Chew terpaksa menarik balik berita pada saat terakhir yang mengupas cubaan Berita Harian untuk menjadikan kontrovesi kematian Beng Hock sebagai isu perkauman.
Minggu lalu, seorang penolong pengarang NTV7 Florence Looi diturunkan pangkat setelah beliau meminta seorang tamu di rancangan yang dikendalikannya untuk menilai prestasi Najib selepas 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri. Tamu berkenaan memberikan markah C atau D kepada Najib, yang jelas tidak menggembirakan pejabat Perdana Menteri.
Semua perkembangan ini adalah lanjutan daripada arahan yang diterima oleh pengarang-pengarang media sebelum ini, sejurus selepas Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara dan berjanji untuk mendokong kebebasan media.
Arahan itu termasuk memastikan semua media memberi keutamaan untuk membuat liputan majlis-majlis Rosmah Mansor, isteri Najib. Arahan istimewa diberi kepada TV3, iaitu berita Rosmah harus disiarkan sebagai antara berita utama dan terawal dalam Buletin Utama 8 malam. "Must cover, Must use,(Mesti diberi liputan, mesti disiarkan)" itulah arahan yang diterima oleh Meja Berita TV3 bersabit majlis-majlis Rosmah.
Jelas, manipulasi berita malah fitnah yang mewarnai media arus perdana sekian lama berterusan, malah bertambah serius di bawah Najib. Beliau memberi kuasa kepada Datuk Ahmad Talib untuk menguruskan semua kandungan berita di stesen-stesen televisyen TV3, NTV7, TV8 dan akhbar NST dan Berita Harian.
Pelantikan itu disusuli dengan rombakan besar-besaran yang menyaksikan pengarang-pengarang kanan seperti Datuk Kamarulzaman Zainal diberhentikan. Begitu juga dengan Pengarang NTV7, Mohsin Abdullah. Pengarah Berita TV3, Wee Your Lee pula dipindahkan ke jabatan lain.
Ahmad Talib membawa masuk konco-konconya seperti Asraf Abdullah, Manja Ismail dan Ahiruddin Atan untuk memastikan berita yang disajikan kepada rakyat setiap malam di televisyen dan menerusi akhbar, adalah mengikut rentak pentadbiran Najib.
Semuanya tentu dibuat atas nama "kebebasan media" yang dicanang oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib. - TVA
I.S.A 'PENYELAMAT' PEMIMPIN PEMERINTAH, BUKAN KESELAMATAN NEGARA - PRESDIEN PAS , at 22.7.09,

ALOR SETAR -Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah.
Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berhubung akta 'tanpa bicara' yang telah mendapat bantahan seluruh masyarakat sekaligus menggesa kerajaan memanmsuhkannya serta-merta.
"Bukan kita tidak boleh bertindak untuk selamatkan negara. Tetapi undang-undang itu sudah lapuk, undang-undang yang diamalkan oleh penjajah. Kita sudah merdeka, mesti undang-undang yang tidak mengongkong rakyat, yang menjaga keamanan, keselamatan.
"Apa yang berlaku hari ini undang-undang keselamatan negara menjadi undang-undang keselamatan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah, keselamatan tokoh-tokoh yang memerintah, ini bukan undang-undang keselamatan negara!" tegasnya pada sidang media di Hotel Holiday Villa, di sini semalam.
Ditanya wartawan mengenai kedapatan pihak dalam Umno yang mulai mempertikaikan ISA, Ustaz Hadi menyifatkan perkara itu sebagai kejayaan dari teguran dan kritik dibuat selama ini.
"Menunjukkan bahawa mereka (Umno) sudah tidak bersetuju dengan konsep ISA itu dan dasarnya yang perlu dikaji semula, perlu dinilai semula. Apatah lagi akta ini akta dari zaman penjajahan, negara kita telah mencapai kemerdekaan, sepatutnya dilakukan pembaharuan termasuklah pembaharuan undang-undang; memerdekakan undang-undang negara, undang-undang negara mesti dibebaskan dari belengu-belengu kezaliman yang mengongkong rakyat.
"Umno juga ada yang setuju mansuh, ada yang setuju pinda, (maknanya) dalam Umno sudah ada perbahasan di dalam mereka," ujarnya pada sidang media selepas selesai Retreat PAS Pusat yang berlangsung selama tiga hari itu.
Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar; Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.(harakahdaily)
Kelantan berhak terima Royalti - Razaleigh Hamzah , at 22.7.09,
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri dan justeru itu tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada negeri itu.Dalam temubual khas bersama Suara Keadilan, beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata peruntukan dalam perjanjian itu hendaklah dihormati serta dipatuhi.
“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan.
“Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an.
Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.
Petronas sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan untuk memberi hak kepada negeri itu mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).
Menurut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 terdapat peruntukan dalam akta itu untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Akta itu juga tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.
Kerajaan Barisan Nasional berkata Kelantan tidak berhak kepada minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri itu, walaupun amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak meskipun penyedutan minyak berlaku lebih 200 kilometer di laut luas.
Menteri Penerangan Dr Rais Yatim dengan angkuh berkata royalti minyak kepada negeri-negeri terletak sepenuhnya di bawah sifat ehsan dan belas kasihan Kerajaan Pusat dan bukannya hak rakyat Kelantan atau rakyat mana-mana negeri.
Rais juga berkata kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menyanggah tuntutan Kelantan itu, namun sehingga ke hari ini Petronas belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.
Tengku Razaleigh berkata semua pihak harus menjurus kepada keikhlasan untuk membela rakyat miskin.
“Saya tidak tahu kenapa ini boleh menjadi isu kerana semasa kita buat perjanjian ini, kita sudahpun fikir kedudukan negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu yang merupakan negeri-negeri miskin, dan sememangnya patut hasil dari keuntungan minyak ini diberi kepada rakyat di negeri-negeri miskin ini untuk mengimbangi pembangunan di negeri-negeri lain yang sudahpun maju.
“Saya telah menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain. Kalaulah benar Petronas telah dapat faedah dari minyak yang diusahasama ini, maka berkewajikan Petronas membayar kepada kerajaan negeri Kelantan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.
Selaku bekas Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh berharap tidak ada pihak yang mempolitikkan isu ini.
“Kita sedar bahawa kawasan-kawasan minyak ini terletak dibawah Kerajaan Pusat namun harus difahamkan juga bahawa perjanjian yang kita buat ini adalah untuk membantu negeri-negeri ini, apatah lagi negeri-negeri miskin. Jadi patut hasil minyak ini diberi kepada mereka.
“Saya telah bincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk merumuskan perjanjian memberi 5 peratus ini, dengan satu matlamat yang jelas iaitu membantu negeri-negeri berkenaan.
“Selain itu, Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab untuk menjana pembangunan di negeri-negeri terbabit selain dari lima peratus itu. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi dan tidak patut jadi isu kalau Petronas sendiri mengaut keuntungan dari perjanjian ini, maka berkewajipan untuk memberi royalti kepada negeri terbabit,” tegas Tengku Razaleigh.
Kenyataan Biadab Noh Omar ,Selasa, Julai 21, 2009 at 21.7.09,

Hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar telah menegah semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang berkuatkuasa serta merta.
Alasan Menteri berkenaan ialah kerana kononnya kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.
Sedangkan apa yang cuba diselindungi olehnya ialah percubaan beliau untuk tidak menyalurkan pembangunan dan peruntukan pusat kepada ke negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Sikap yang ditunjukkan oleh menteir-menteri bermentaliti rendah ini jelas menampakkan bahawa mereka tidak memahami dan mematuhi konsep federalisma yang didokong oleh Perlembagaan Negara yang mana adalah menjadi tanggungjwab untuk kerajaan pusat untuk membangunkan negeri-negeri sekalipun ianya diperintah oleh parti yang berbeza dengan parti di peringkat pusat.
Hal yang sama telah dilakukan sebelum ini oleh beberapa menteri seperti Dato Mustapha Mohd yang dengan kedudukannya sebagai ahli majlis Perunding Ekonomi Negara telah melakukan sekatan peruntukan pembangunan bagi negeri Kelantan.
Sikap kerajaan BN tidak pernah berubah untuk menzalimi rakyat yang tidak memilih UMNO BN.
Jika demikian halnya adalah amat wajar untuk rakyat negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tidak lagi perlu membayar cukai kepada kerajaan pusat lantaran tindakan menteri-menteri berkenaan yang mengambil sikap diskriminasi terhadap rakyat negeri-negeri berkenaan.
Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat perlu membuat bantahan keras terhadap kenyataan terbaru Noh Omar berkenaan disamping mengheretnya ke muka pengadilan jika terbukti ianya menyalahi Perlembagaan dan undang-undang negara.

Pemuda PR Desak Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Kematian Teoh , at 21.7.09,


Memorandum itu diserahkan oleh wakil Pakatan Rakyat yang juga Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook diiringi dengan 20 orang pemuda dari DAP, PKR dan PAS.
Beliau berkata penubuhan suruhanjaya diraja itu perlu berikutan kematian Teoh banyak menimbulkan keraguan di kalangan rakyat.
"Dalam memorandum tersebut kita telah menyeru kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja ini kerana kegagalan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja ini hanya akan menimbulkan lebih banyak persepsi yang negatif, persoalan dan tandatanya kepada apa yang sebenarnya berlaku," ujar Loke.
Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib.
Jom sertai HIMPUNAN MANSUH ISA , at 21.7.09,

Perjuangan perlu berterusan sehingga mati atau berjaya.
Pastikan anda dan rakan sekeliling hadir ke Himpunan 100 Ribu Membantah ISA pada 1 Ogos 2009 jam 2 petang.
Ada jawatan ke tiada jawatan - kena joint.
Batalkan semua agenda lain. Lain kali boleh bikin!!!!
Unit Amal Badan Sukarelawan Untuk Semua. , at 21.7.09,
HULU TERENGGANU - Unit Amal (Amal) menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa khidmat masyarakat yang diberikan unit tersebut hanyalah untuk ahli-ahli PAS semata-mata.
Sebaliknya ia adalah pertubuhan sukarelawan yang terbuka kepada semua, untuk kebajikan dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik dan latarbelakang kaum.
Pengarah Unit Amal Negeri Terengganu, Mohd Shaiful Ambia Darusa berkata, walaupun penubuhannya ‘dibayangi’ parti politik tetapi dari sudut latihan dan pelaksanaan kerja-kerja sukarela, Amal tidak berhalangan dan bebas sebagai sebuah badan sosial.
“Tidak dinafikan Unit Amal ini di bawah PAS, tetapi kerja-kerja sukarela yang kita jalankan tidak terhad kepada kawasan tertentu atau hanya penyokong PAS semata-mata, ia adalah untuk semua
(Gambar - anggota unit amal mengharung air sungai sewaktu latihan dan pertandingan Jambori baru-baru ini) .
“Paling penting ialah kita dapat menabur bakti secara sukarela kepada masyarakat kerana jalinan pemuafakatan sebenarnya lebih bernilai.
“Berkonsepkan kemasyarakatan, Unit Amal menolong mereka yang memerlukan (bantuan) dari aspek tenaga seperti membantu mangsa-mangsa banjir di Johor beberapa tahun lalu,”katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan keperluan dapur yang berupa beras, gula minyak kepada penduduk miskin sekitar Kampung Tajin, disini.
Menurutnya Unit Amal negeri Terengganu telah berkampung selama tiga hari, di Kampung Gaung, dekat Jambatan Kuala Berang, disini, dalam acara tahunan, Jambori Amal Peringkat Negeri.
Katanya pelbagai acara diadakan termasuk latihan dan pertandingan yang melibatkan fizikal dan mental, selain program kemasyarakatan, memberi khidmatan kepada masyarakat setempat seperti gotong royong, membantu golongan kurang bernasib baik, dan menyampai sumbangan bantuan keperluan harian.
“Tahun lalu kita adakan di Merchang, Marang dan kali ini selain mengadakan perkhemahan di sini, terdapat juga beberapa aktiviti sampingan melibatkan khidmat sosial di beberapa kampung dalam Dewan Undangan Negeri Kuala Berang iaitu Kampung Tajin, Kampung Tanjung dan Telaga Putat.
“Selain aktiviti sukaneka, kita juga menjalankan program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan, menjalankan kerja-kerja mengecat, membina surau dan menziarahi rumah-rumah golongan fakir miskin,” katanya.
Turut hadir dan menyampaikan sumbangan bantuan keperluan kepada penduduk Kampung Tajin ialah Bendahari PAS Terengganu yang juga bekas Ahli Parlimen Kawasan Hulu Terengganu, Hj Muhyidin Abdul Rashid

Pemimpin Pakatan Rakyat memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh. ,Isnin, Julai 20, 2009 at 20.7.09,


Kesedihan menyelubungi mereka yang menanti kenderaan yang membawa jenazah Teo Beng Hock di Taman Peringatan Nirvana , Semenyih. Jenazah mendiang sebelum itu dibawa balik ke Melaka bagi membolehkan acara sembahyang dan memberi penghormatan terakhir di kampong halamannya. Pakatan Rakyat dan DAP khasnya kehilangan seorang anak muda yang sungguh berdedikasi terhadap perjuangan membela rakyatMenteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Rakyat dilihat hadir memberi penghormatan kepada mendiang dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Turut hadir Tn. Hj. Mohd Sabu, YB Dr. Shafie Abu Bakar, YB Dr. Abd. Rani, YB Khalid Samad, YB Lee kim Sin.
Jumpa Ehud Barak : Zahid biadab dengan umat Islam , at 20.7.09,
Pas mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas (NST 19 Julai 2009). Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguriskan perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.
Persoalannya adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini. Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya beliau ialah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin. Siapakah Zahid yang hendak berlagak hendak tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel. Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa boleh berbincang.
Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel. Tentu kita masih ingat Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah. Sudah pasti pertemuan ini medapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat. - Ustaz Idris Ahmad
Anwar mahu KPN, Ketua Pesuruhjaya SPRM bertanggungjawab , at 20.7.09,

ALOR GAJAH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
"Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhajaya SPRM harus bertanggungjawab atas kematian Teong Beng Hock," katanya selepas turut mengucapkan takziah ibu bapa Beng Hock iaitu Teoh Leng Hui, 60, dan isterinya, Cheong Siew Hua, 56.Beng Hock, Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, ditemui mati di koridor tingkat 5, Plaza Masalam, Khamis lalu, beberapa jam selepas disoal siasat SPRM bagi membantu siasatan kes salah guna peruntukan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam tempoh terdekat ini untuk menentukan tindakan seterusnya.
Saudara Aminuddin Jalil bersama ayahanda kepada Teoh Beng Hock
Duit rakyat dibelanjakan untuk Polis , at 20.7.09,
Disebabkan satu pilihanraya kecil...tak pasal-pasal duit rakyat lesap begitu sahaja.
Apa rasional membeli sehingga 5,000 tilam di Manik Urai.
Dengan melihat pada saiz DUN dan pengundi dan tarikh penamaan dan pengundian PRK Manik Urai tiada justifikasi sehingga 5,000 tilam terpaksa dibeli.
3 tilam dengan harga RM10 ringgit dijual kembali pada rakyat, tapi yang kita nak tahu berapa dana yang kerajaan belanjakan untuk membeli 5,000 tilam tersebut.
Itu belum kira lagi elektrik, air, minyak, makan dan minum anggota yang bertugas. Elaun dan pelbagai lagi perbelanjaan.
Pengundi cuma 10,000 lebih, maksudnya 1 polis untuk 2 pengundi di Manik Urai. Apa rasionalnya? Sama-samalah kita renungkan bersama...wallahu'alam
Tilam Untuk Polis Di Manik Urai Dilelong
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA KRAI, 19 Julai (Bernama) -- Sebanyak 5,000 buah tilam yang digunakan bagi penginapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai baru-baru ini dilelong kepada penduduk tempatan.
Pengurus Operasi Mad Global Resources Sdn Berhad iaitu syarikat pembekal tilam itu kepada PDRM, Azlina Adni berkata syarikatnya diarah melelong tilam jenis span itu pada harga RM10 untuk setiap tiga unit kepada penduduk kampung di kawasan Manik Urai.
"Kita anggarkan pendapatan daripada hasil jualan ini sebanyak RM15,000 dan sebahagiannya disumbang kepada pihak yang memerlukan sumbangan," katanya kepada Bernama selepas majlis lelongan tilam itu di sini, Ahad.
Syarikat itu membekalkan tilam bagi kegunaan penginapan kepada lebih 3,000 pasukan polis sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN itu yang bermula 6 Julai hingga Selasa lepas.
Azlina berkata pihaknya membuat tiga lelongan di tiga tempat berasingan, di Manik Urai sebanyak 1,000 unit, Chuchuh Puteri (1,000 unit) dan di Laloh, 3,000 unit.
Beliau berkata jualan pada harga murah kepada penduduk tempatan merupakan sebahagian daripada program kebajikan yang disalurkan oleh syarikat itu kepada orang ramai.
Ribuan Penduduk Puchong di Dewan MPSJ bt. 14. ,Ahad, Julai 19, 2009 at 19.7.09,
Puchong 19 Julai : - Makan malam di dewan MPSJ bt. 14 anjuran DAP Puchong di hadiri ribuan penduduk Puchong, 350 meja di sediakan. Antara pimpinan DAP yang hadir Karpal Singh, Lim Guan Eng, Gobin Singh Dio, Teresa Kok, dan ramai lagi, Pimpinan PKR, Yaakop Sapari. Pimpinan PAS sepatutnya Dato' Seri Hj. Nizar Jamaluddin tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat penting PAS pusat di Kedah.
Pimpinan PAS kawasan Puchong yang hadir antaranya YDP, Ust Soffiean Ismail, SU sdr. Ariff, Ketua Muslimat Kak. Anum, Naib Ketua Pemuda sdr. Fadhil dan petugas-petugas Unit Amal yang sepatutnya bertugas untuk menjaga keselamatan MP Bkt. Gantang.








