Ikuti Blog ini

TG Nik Aziz Suruh Zahrain Lepaskan Jawatan YB..

Zaharain Khianati Pengundi, Di saran Letak Jawatan Oleh TGNA

Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Mursyidul Am PAS, Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.

Katanya, wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.

"Undi adalah amanah yang diberikan oleh rakyat, jika kita melompat ke parti baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pengerusi syarikat perumahan SBJ terkenal di negeri itu, Datuk Tan Liang Chong, di Panji, dekat sini, hari ini.

TG Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian ketika mengulas tindakan Zahrain yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas setelah keluar dari PKR.

Keputusan Zahrain itu dibuat kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

TG Nik Abdul Aziz berkata, isu lompat parti atau keluar parti bukan sesuatu perkara yang baru, malah ia sudah lama berlaku dalam PAS sendiri.

Menurutnya, sama ada wakil rakyat yang sengaja melompat atau dilompatkan akan diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana setakat ini tidak ada wakil rakyat dari Kelantan yang bersikap demikian walaupun beberapa cubaan telah dibuat oleh pihak tertentu.

Katanya, wakil rakyat dari Kelantan tidak keluar parti atau melompat parti kerana mereka berpegang teguh kepada amanah dan mandat rakyat yang memilih mereka.

Mengenai sambutan Tahun baru Cina, TG Nik Abdul Aziz berkata, rakyat segenap lapisan digalakkan menghadiri majlis rumah terbuka masyarakat keturunan Cina, kerana ia tidak bercanggah dengan agama Islam. - BERNAMA

SATU UNTUK NAJIB & SATU UNTUK SAIFUL


Sempena Tahun Baru China , inilah ole-ole yang harus dipunyai dan bacai oleh semua orang yang ada kena mengena dengan PM kita yang disayangi.

Ini pula buku yang baik untuk tatapan yang kurang faham tentang hukum Islam dalam memfitnah dan menuduh orang tanpa bukti yang sah.Saudara Saiful yang pernah berjumpa PM semasa DS Najib sebagai TPM Malaysia ketika itu harus membaca buku ini.

Kereta hangus terbakar tetapi AL - QURAN tetap utuh SUBHANANLLAH

Allah Akan Selalu Menunjukan Kebesarannya kepada kita semua, begitulah yang terjadi pada kebakaran kereta beberapa waktu lalu, sebuah al-qur'an yang terdapat dalam kereta tersebut tetap utuh dan tidak hangus seperti yang lainnya,, memang maha besar kuasa Allah.







PERUTUSAN TAHUN BARU CINA - Presiden PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/2.jpgBagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS), saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina kepada seluruh peringkat masyarakat Tionghua di Malaysia.

PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini. Perubahan ini tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara.

PAS juga berkeyakinan bahawa asas untuk mewujudkan keharmonian yang lebih kukuh di Malaysia adalah semestinya berteraskan kepada keadilan sejagat terhadap semua kaum, terutamanya kepada kelompok masyarakat yang tertinggal akibat dari ketidakadilan yang berlaku sepanjang 50 tahun ini.

Pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS juga turut menjadi bukti bahawa PAS ingin lebih memahami kehendak dan keperluan pelbagai rumpun masyarakat di Malaysia yang turut sama-sama menyumbang kepada pembentukan negara Malaysia yang lebih sejahtera.

Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Akhir kata, semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.



Presiden PAS

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

SPRM Tahan Setausaha Politik Menteri Kanan Bersama Wang RM 2 Juta

BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai lebih RM2 juta.
Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100.

Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang kelmarin, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.

Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.
Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.

Sebelum ini, akuan bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.
Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.

Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.

Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.

Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.

Sumber itu memberitahu, satu pasukan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya mula menyiasat kes berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa setiausaha politik itu hidup mewah di luar kemampuannya.

Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofail tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai.

Dalam pada, menurut sumber itu, pegawai kanan menteri itu mula dijejaki selepas dakwaan bahawa dia memiliki hartanah hasil peranannya sebagai orang tengah dalam projek-projek bernilai jutaan ringgit.

Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi.
Pengarah SPRM negeri, Latifah Md Yatim tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan tangkapan tersebut. Mstar

Pemuda PAS lancar Kempen Anti-Zina, Arak dan Seks Bebas

Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat akan mengadakan pertemuan khas dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu politik yang berlaku di negeri tersebut.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pertemuan tersebut bertujuan melihat situasi sebenar yang berlaku di negeri tersebut berbanding yang dilaporkan media.

"Kami akan berjumpa Lim untuk mengetahui situasi sebenar dan turun untuk melihat keadaan yang berlaku di Pulau Pinang. Lim juga bersetuju untuk berjumpa pada pukul 10 pagi di pejabatnya pada 18 Februari ini.

"Seperti yang kita tahu negeri itu kini sedang menghadapi tekanan daripada kerajaan pusat, kita mahu melihat sendiri apa yang dikhabar media itu benar atau tidak" ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perlancaran Kempen Anti-Zina, Arak dan Seks Bebas di Pasar Seni, di sini, petang semalam.

Risalah yang diedarkan kepada orang ramai di sekitar Pasar seni.

Dalam pada itu, Nasrudin memberitahu mereka akan mengambil tindakan tegas dalam membenteras gejala sosial yang semakin berleluasa di kalangan remaja.

"Dewan Pemuda Pas Pusat akan menganjurkan tiga kempen besar seluruh negara seperti itu.

"Kempen ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang masalah gejala sosial yang semakin serius dan dikhuatiri mamberi kesan kepada negara.

"Kempen ini akan berterusan sepanjang tahun dan akan digerakkan di peringkat negeri," katanya.

Sebanyak 500 keping risalah diedarkan kepada pengunjung-pengunjung di sekitar Pasar Seni.

Gambar Tok Guru Nik Aziz ziarah Jenazah adinda Tok Guru Haji Hadi

Tuan Guru Nik Ab Aziz ziarah Jenazah adinda Tok Guru.

13.2.2010- Rusila.


Tok guru Hj Abd Hadi menyambut ketibaan Tok guru Nik Abd Aziz di rumah beliau sebelah Masjid Rusila


Ketibaan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat di sambut oleh orang ramai yang datang mengziarahi jenazah Adinda kepada Tok Guru Hj Abd Hadi.


Suami arwah, Hj Razali menyambut Tok Guru Nik Abd Aziz


Hj Razali menerima ucapan takziah dari Tok Guru


Dato Mustaffa Ali bersama-sama 2 Tok Guru.


Jenazah Dibawa turun dari rumah Tok Guru Presiden untuk dibawa ke Masjid


Ustaz Mat, anak kepada arwah dan Tok Guru Hj Abd Hadi mengiringi Tok Guru Nik Aziz menuju ke Masjid untuk solat Jenazah.


Tuan Guru Haji Abd Hadi mengimami solat jenazah adinda beliau Hjh Aishah Awang, turut sama Tuan Guru Nik Abd Aziz, Dato' Mustaffa Ali, pimpinan Pas semua peringkat serta ahli Jamaah masjid


Gambar di satu Majlis di Setiu (petang)....

[[ Semoga Allah merahmati kedua Tok guru ini...]]

Tender Tidak Lulus Punca Zahrain Keluar Parti



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada PKR sebagai menjaga kepentingan individu dan peribadi.


Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata keretakan antara beliau dan Anggota Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

Katanya, beliau tidak meluluskan tender tersebut kerana syarikat yang disokong kuat oleh Zahrain baru sahaja ditubuhkan dua bulan sebelum tender projek dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008.

"Saya rasa punca utama beliau letak jawatan ialah gagal dapat projek itu. Adakah saya diktator jika saya tidak beri kelulusan tender berjuta-juta itu kepada syarikat 'dua ringgit' itu?," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau menegaskan bahawa syarikat berkenaan baru sahaja ditubuhkan dan menyebabkan beliau tidak yakin dengan keupayaan syarikat untuk mengendalikan projek yang bernilai lebih RM40 juta itu.

"Saya rasa Zahrain masih lagi geram kerana saya tidak luluskan tender tersebut pada syarikat dua ringgit itu dan punca beliau keluar parti dengan mengatakan saya seorang diktator," katanya.

Selain itu, Lim juga mempersoalkan tindakan Zahrain meletak kesemua jawatannya dalam parti, tetapi tidak sebagai Pengerusi dan anggota lembaga pengarah Island Golf Properties Sdn Bhd sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang.

Pada Jumaat, Zahrain mengumumkan keluar daripada PKR kerana kecewa dengan perjuangan parti itu dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau yang mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Parlimen Bebas, berkata keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Lim yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.- BERNAMA

Nizar Jamaluddin: We Have The Highest Form Of Respect Between Each Other






Malang, ganyang, bangang, kenyang.


Malaysia Boleh!!!



Beli jet.... tersadai
Tak boleh terbang!!! Hilang!!!

Beli kapal selam..... malang
Tak boleh menyelam!!! Lemas!!!


Pemimpin bertindak..... bangang supaya kenyang!!
Duit rakyat... hilang, melayang, tak nampak bayang!!!
Rakyat.... sayang seribu kali sayang, sentiasa malang!!!
Pemimpin.... senang lenang bukan kepalang!!!

Jadi patutkah rakyat yang malang, ganyang pemimpin yang bangang dan kenyang??

Gong Xi Fa Cai dari Muslimeen United





Gong Xi Fa Cai daripada Tok Guru Nik Aziz




Ucapan gong xi fa cai daripada YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan kepada semua rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang menyambut Tahun Baru Cina 2010.

Dijemput ke Fan Page Facebook TGNA

PERARAKAN MAULIDURRASUL - UTUSAN PENIPU

Pulau Pinang-Laporan Utusan yang menyatkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang mengharamkan perarakan maulidurasul sebagai satu penipuan, dan mengajak TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertainya apabila tiba waktunya.

Tun Abdullah juga menyatakan begitu apabila diberitahu oleh akhbar mereka Utusan Malaysia...bekas PM dan TPM sekarang senang di tipu akhbar.

Kita Talqin kan UMNO!!



Siapa bilang orang Melayu sudah benci PR.?Orang Melayu sudah memihak kepada PR.Buktinya soal selidik Sinar Harian menyatakan 87 peratus masih menggap DS Nizar MB sah!

Taiping-12 Februari.
DS Nizar mengharapkan rakyat talkinkan UMNO sebuah parti yang rasuah,yang gagal membela rakyat.DS Nizar menyatakan demikian sewaktu mengakhiri ceramahnya di Air Putih,Jln Simpang-Penang.

PRU 13 inilah masanya kita PR menjahanamkan UMNO /BN.Selama lebih 52 tahun UMNO diberi peluang mentadbir negara mereka tidak menjaga rakyat.DS Nizar menegaskan UMNO yang membunuh tulisan Jawi.UMNO yang memperkenalkan PPSMI.

Di samping itu DS Nizar juga menyatakan kini rakyat semakin menyokong PR hasil keputusan 5-0 kes MB Mahkamah.DS Nizar menegaskan Sistem Kehakiman tidak dipercayai rakyat lagi.Beliau juga berasa DS Anwar juga akan mengalami nasib yang sama.Beliau juga meminta rakyat bersedia menghadapi kesedihan yang seterusnya.

Bagi DS Nizar peluang DS Anwar untuk dipenjara amat tinggi kerana mahkamah selalunya tidak berpihak kepada PR.Dengan kes DS Anwar yang pernah dipenjara 6 tahun sedangkan tidak didapati Azizan diliwat.Semuanya kini akan berlaku lagi menggunakan budak universiti yang gagal si Saiful.DS Nizar juga menyindir Saiful yang tidak mandi wajib,kerana kesan -kesan masih ada.Sedangkan digambarkan Saiful seorang yang warak.

Rumah IGP Diserbu SPRM?





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menyerbu rumah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan menemui sejumlah wang dengan nilai yang amat besar.

Mengikut Malaysia Today, serbuan itu diketuai seorang pegawai tinggi SPRM Negeri Sembilan pada Ahad dan SPRM kemudian mengambil keterangan Musa selama tiga jam.

"Musa memberitahu SPRM bahawa dia akan meletakkan jawatan pada bulan depan, bahkan sudah pun menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Dia kemudiannya merayu kepada SPRM supaya membiarkannya 'bersara dengan aman'," kata laman web terkemuka itu.

Menurut laman web itu, ramai pegawai polis di seluruh negara mengetahui berita itu dan kebanyakan mereka menggelar Musa sebagai 'IGP Bodoh'.

Malaysia Today juga mendakwa selain cakap-cakap pegawai polis, laman itu juga ada ramai kenalan di kalangan pegawai polis yang menjadi orang dalamnya.

"Malah, mereka memperkatakannya dengan penuh semangat, seolah-olah ia adalah berita baik. Mereka seakan amat gembira bahawa bos mereka dah terperangkap.

"Ini mengisyaratkan kewujudan krisis keyakinan yang serius. Jika anak buah anda memandang rendah dan membuat komentar yang meremehkan anda, maka tak mungkin anda dapat terus memimpin mereka," kata laman itu.

Malaysia Today juga mengingatkan pembaca bahawa 90 peratus khabar angin di Malaysia terbukti benar walaupun ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Laman itu juga meminta orang ramai menunggu perkembangan lanjut dalam tempoh terdekat dan tidak menolak kemungkinan SPRM membuat penafian dalam hal ini.

sumber: suara-keadilan.com
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .