Ikuti Blog ini

Berita Mengenai Kewujudan Buaya Di Port Dickson Adalah Benar

Bangkai buaya tembaga seberat hampir satu tan ditemui di Port Dickson

Memang benar ada buaya di Port Dickson!

Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini.

Penemuan itu menggemparkan penduduk sekitar yang sebelum ini hanya mendengar khabar angin mengenai kehadiran reptilia itu di pantai berkenaan sehingga bangkai haiwan itu ditemui terdampar berhampiran Kolej Uniti Pasir Panjang kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.

Kisah buaya di Port Dickson pernah menjadi topik hangat pada Januari lalu apabila seorang pemuda dari Melaka mendakwa kakinya digigit oleh reptilia itu sehingga cedera.

Bagaimanapun, kisah itu dinafikan Jabatan Perikanan negeri serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) selain kerajaan negeri.

Penduduk yang menemui bangkai buaya tembaga itu, Suhaimi Salim, 35, berkata, ketika itu dia memancing bersama-sama rakannya di lokasi berkenaan.

''Pada awalnya saya nampak satu objek seperti sebatang kayu besar dihanyutkan arus dan terapung di permukaan laut tetapi selepas dihampiri kami terkejut apabila objek itu adalah bangkai seekor buaya yang besar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dia bersama beberapa rakan yang lain menarik bangkai buaya itu ke pantai selepas yakin reptilia berkenaan sudah tidak bernyawa lagi sebelum menghubungi anggota polis dan orang ramai untuk mengesahkan penemuan bangkai berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lokasi kejadian bertukar menjadi 'pesta' apabila orang ramai mula berkumpul untuk menyaksikan bangkai haiwan itu dari dekat.

Kata mereka, selama tinggal di Port Dickson dan berkunjung ke Tanjung Agas, ini adalah kali pertama reptilia sebesar itu ditemui oleh penduduk.

Bagi Mohd. Farez Mohd. Said, 19, dia percaya reptilia berkenaan datang dari kawasan paya bakau Sungai Linggi dan berada di laut untuk mencari ikan di pesisir pantai.

''Kami memang biasa memancing di situ dan penemuan bangkai buaya ini menakutkan kerana ia besar," katanya.

Bagi Azay Mohd. Safri, 30, pula, dia tidak menduga ada buaya 'tersesat' di laut dan ia boleh mengancam nyawa manusia lebih-lebih lagi pada waktu malam dan ketika reptilia berkenaan kelaparan.

''Tentulah kami terkejut kerana ada buaya di laut Port Dickson," ujarnya.

Dalam pada itu Penolong Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohd. Zafifi Ramli berkata, pihaknya akan menyiasat kewujudan bangkai buaya di Tanjung Agas itu dan punca kematian haiwan itu.

''Kita akan menjalankan kajian terhadap bangkai buaya itu dengan bantuan kakitangan Zoo Melaka," ujarnya. -UM

Cerita terdahulu

Kenyataan Media Nizar.

Kita meminta sidang diadakan 4 hari, kita dapati agenda menyatakan rang undang-undang diadakan dan diluluskan pada hari ini, dan kita mempersoalkan sehingga dijawab ganesan sidang cuma pada hari ini.

Kami mengambil keputusan hari ini untuk bersidang , tetapi bila melihat tindakan ganesan menyalah gunakan kuasanya untuk gantung seorang adun, sekurang-kurangnya dirujuk oleh jk hak dan kebebasan sebelum digantung.

Ganesan cuma boleh arah saya keluar dewan, dan ini kuasa dia, tetapi bukan gantung saya. Kenyataan Zambry mengatakan mahu menggulung. Tetapi kami tidak diberi peluang berbahas.

Kami hilang suara hari ini kerana pembesar suara ditutup. Tindakan kami adalah untuk menyelamatkan demokrasi di Perak.

Kita mengatakan oleh kerana mereka buat kerja haram maka dewan tidak berfungsi lagi.

Saya merakam terima kasih kepada rakan media yang buat liputan walaupun dihalang.
Semasa dato ngeh jadi ketua pembangkan, dia diberikan waktu 3 jam tanpa diganggu oleh mb masa itu Tajol Rosli.

Hari ini demkrasi dibunuh oleh BN.

Gambar-Gambar Sekitar Sidang DUN Perak
















credit to: Siti Aishah [Srikandi KeADILan]

Bekas ADUN S'gor ditembak mati

Bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan seorang pembantunya mati ditembak ketika sedang memandu.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar (kiri), siasatan awal polis terhadap mayat didapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa.

"Mangsa wanita adalah PA (pembantu peribadi) kepada Datuk Aziz. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Sepucuk pistol turut ditemui di tempat kejadian.

Aziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili Umno.

Meng
emaskini status kes tersebut dalam laman sosial Facebook beliau, Khalid berkata kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, polis menyangka kematian Aziz disebabkan kemalangan jalan raya berhampiran Sungai Buluh sebentar tadi. -M'kini

Umno bertahan dengan tentera upahan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan keberadaan Umno sehingga kini adalah kerana 'tentera upahan' yang dibayar untuk mempertahankan parti itu agar kekal berkuasa.

Kenyataan Abdul Hadi ini dibuat dalam sessi sembang dengan beliau di pejabat Harakah semalam ketika negara sedang menyaksikan tindakan keras diambil oleh polis terhadap pelbagai program anjuran pelbagai pihak khasnya Pakatan Rakyat.

Ia dikatakan dibuat berdasarkan arahan agar menyekat semua program Pakatan Rakyat termasuklah majlis memperingati 50 tahun ISA di seluruh negara dan Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak, Changkat Lada, Pasir Salak.

36 telah ditangkap polis di majlis memperingati ISA di seluruh negara termasuk di Kota Bharu manakala 16 di perhimpunan Felcra di Pasir Salak.

"Umno sekarang hidup dengan tentera upahan. Mungkin kenyataan saya ini kasar sedikit tetapi itulah realitinya. Bukan aqidah atau ideologinya yang memenangkan Umno tetapi jentera kerajaan," kata Abdul Hadi.

Bagaimanapun, beliau yakin, masyarakat tidak akan boleh ditipu Umno untuk selama-lamanya.

"Apa yang perlu adalah kita sabar dalam perjuangan disertakan dengan kerja kuat. Sejarah pilihan raya khasnya pilihan raya kecil di negara ini membuktikan PAS akan menang di kawasan yang kita kuat dan banyak cawangan," katanya lagi.

Beliau memberikan contoh kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang kerana kerja kuat dan cawangan PAS yang banyak di situ.

"Oleh itu, sebagai persiapan saya menyeru supaya PAS memperbanyakkan cawangan di seluruh negara. Kenapa Kelantan dan Kedah kita menang? Kerana di sana banyak cawangan PAS," kata beliau dalam pertemuan itu.

Abdul Hadi menolak teori yang mengatakan pencapaian PAS akan merosot dalam pilihanraya umum ke 13 selepas berjaya besar dalam pilihan raya umum ke 12 lalu.

"Saya tidak percaya kepada teori sebegini termasuk ramalan sotong. Saya yakin kalau kita kerja keras dan betul strateginya kita akan menang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Mengikut sejarahnya, kejayaan PAS akan turun naik dalam pilihanraya umum di mana pencapaian PAS akan jatuh dalam pilihan raya yang melibatkan persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana BN sentiasa menggunakannya untuk kepentingan parti yang memerintah itu.

Dalam pertemuan itu juga Abdul Hadi menyeru umat Islam di negara ini memberikan peluang kepada PAS pula untuk mentadbir negara bagi menggantikan Umno yang sudah diberi peluang lebih 50 tahun.

"Melayu dan Islam tetap menjadi teras politik di negara ini. Sudah lebih 50 tahun Umno diberi peluang untuk mentadbir dengan konsep ketuanan Melayu berlandaskan sekularisme barat dan Islam hanya hadir tanpa kuasa.

"Saya rasa sudah tiba masanya Melayu kembali kepada Islam dan memilih PAS untuk menggantikan Umno bagi mentadbir negara ini," kata Abdul Hadi.

Beliau juga berkata, kerajaan BN sekarang sengaja memberikan subsidi kepada rakyat dalam keadaan yang sangat sedikit.

"Subsidi ini sekadar untuk membolehkan rakyat hidup tetapi rakyat tidak boleh berlari. Ia sengaja dibuat untuk mengawal rakyat," kata beliau dalam pertemuan itu. -Hrkh

Ahmadinejad Cabar Obama Berdebat



Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mencabar President Amerika Syarikat Barack Obama untuk berdebat dengannya bagi mencari jalan keluar, siapakah yang mempunyai sranan yang terbaik mengatasi masalah dunia hari ini.

Cabaran Ahmadinejad adalah ekoran cadangan yang diusahakan Washington untuk menekan Iran dari meneruskan program nuklearnya.

"Menjelang musim panas kami harap dapat bersama menghadiri perhimpunan PBB dan saya bersedia untuk berdebat satu lawan satu dengan Obama, dihadapan media,"kata Ahmadinejad di Tehran

"Kami akan tawarkan cadangan yang terbaik untuk dunia, lihat, penyelesaian siapa yang lebih baik,"tambahnya.

Ahmadinejad telah mencadangkan debat seumpamanya September tahun lalu, tetapi doiabaikan oleh Washington.

Ahmadinejad berkata, Presiden sebelumnya George bush juga menolak cabaran yang semasa kerana 'takut'

Kerajaan Pusat terdesak raih sokongan: TG Nik Aziz

JERANTUT - Mursyidul Am Pas, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan kerajaan memberi kebenaran kepada guru Gred DG41 sehingga DG48 berpolitik, dilihat sebagai tindakan terdesak meraih sokongan pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya tidak faham mengapa baru sekarang Kerajaan BN memberi kebenaran itu sedangkan keperluan kepada pembabitan guru untuk berpolitik amat tinggi. Mungkin mereka (BN) sudah terdesak untuk meraih undi selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dan sebab itu mereka benarkan guru main politik untuk dapatkan sokongan daripada kakitangan kerajaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong Pas Pahang, di Kompleks Imam Al Shafie (KIAS) Temin, di sini, semalam.

TG Nik Abdul Aziz berkata, selain guru, pensyarah juga seharusnya diberi peluang berpolitik kerana pemikiran mereka diperlukan untuk membangunkan ummah.

“Jangan apabila diberikan kebenaran, kumpulan guru akan dijadikan sasaran UMNO dan BN untuk memastikan mereka mengundi, patuh dan taat kepada parti itu sahaja,” katanya.

TG Nik Abdul Aziz berkata, ketelusan itu perlu supaya guru boleh memilih parti yang disukai dan tidak disusuli dengan tindakan kerajaan seperti menahan kenaikan pangkat mereka, menghantar bertukar atau juga apa sahaja yang berkaitan dengan guru.

VCD LUCAH HANTUI NAIB KETUA PUTERI UMNO?



Lumrah kehidupan, insan yang cantik, bijak dan berwawasan akan sentiasa menjadi perhatian, apatah lagi jika dia seorang pemimpin. Tetapi tidak semua semestinya positif kerana personaliti seperti ini tidak dapat lari daripada golongan PHD (perasaan hasad dengki). Ini biasa dalam dunia politik.

Orang mengenali Shahanim Mohd Yusof sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa beliau pernah bertugas dengan Maybank selama 14 tahun dan menerima anugerah “Best Financial Executive for Maybank Finance in Malaysia” pada 2001.

Namun sebaik melangkah kaki ke dunia politik, kehidupan Shahanim tidaklah seindah yang dilihat pada zahirnya. Pelbagai duri dan liku terpaksa diharungi….dan yang paling menghantui nya apabila difitnah beraksi dalam VCD lucah,mempunyai skandal dengan seorang Menteri Besar serta membuat kekayaan menerusi politik. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini beliau dikatakan tidak sebulu pula dengan ketuanya.

Shahanim berkata beliau menyangka dengan berdiam diri selama ini, semua fitnah dan tohmahan terhadapnya akan lenyap. Harapanya nyata meleset. Kini beliau merasakan sudah sampai masanya membuka mulut.

Ada desas desus kononnya Shahanim tidak sebulu dengan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin..

Beliau mengakui selalu sangat dengar perkara ini dan menjelaskan bahawa antara dia dan Rosnah tak ada masalah. Sedikit pergeseran itu adalah perkara biasa tetapi fokus sekarang ialah dalam keadaan UMNO yang macam ini… kena buat kerja macam mana nak jadikan gelombang wanita muda dapat bantu UMNO dan BN menang PRU ke-13. Beliau menganggap desas-desus ini sebagai perkara remeh.

Ada yang bercerita ramai yang tak puashati apabila tidak dilantik ke sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO?

Beliau menganggap keputusan dan hak Datuk Rosnah sebagai sebagai Ketua Puteri dan tidak pernah beliau persoalkan.


Walaupun sayap Wanita dan Pemuda UMNO, naib ketua masing-masing secara automatik dilantik ke MT. Mengapa Puteri tidak? Tidakkah ini memberi gambaran bahawa Naib Ketua ini telah diketepikan dan mempunyai sebab kukuh untuk tidak sebulu dengannya?

seterusnaya:

Shahanim: Biar saya berterus terang. Pada tarikh perlantikan MT dibuat, saya sedang menganjurkan kenduri bersama keluarga sempena sambutan hari lahir suami saya pada 24 April. Sedang kita raikan kenduri, Datuk Rosnah menelefon dan beritahu saya dia tak lantik saya sebagai MT di atas sebab-sebab yang tertentu. Saya tidak tanya banyak dan cakap it is okay. Saya cakap pada dia, itu hak dia untuk melantik Dr Norashikin. (YB Dr. Wan Norashikin Wan Noordin). Saya kata saya akur.

Ag: Timbalan Perdana Menteri telah meletakkan tiga KPI kepada Puteri, iaitu menambah ahli, daftar pengundi muda dan berbaik dengan NGO. Bukankah secara logik, tugas besar ini patut diberikan kepada Naib Ketua?

Shahanim: Saya telah diberi amanah sebagai Pengerusi Biro Antarabangsa yang saya rasakan saya tak dapat nak menyumbang lebih. Tetapi sebagai naib saya akur dan tidak pernah mempertikaikan jawatan yang diberi.

Sebenarnya dalam mesyuarat Exco Puteri bulan lalu, Datuk Rosnah ada membuat rombakan. Saya tidak dapat datang kerana terpaksa hadir di sekolah anak saya untuk menandatangani buku laporan. Ketika itu memang saya ada menaruh harapan kerana saya rasa saya mampu pegang jawatan biro keahlian dan turun ke negeri-negeri bagi mewujudkan minat dan meyakinkan golongan wanita muda mengapa kita perlu pilih UMNO. Saya tunggu tetapi keputusan tak memihak kepada saya, dan kini saya masih pegang jawatan biro antarabangsa.

Ag: Rasa terkilan ke tidak ?

Shahanim: Terasa juga…sebab saya rasa saya patut pegang biro yang telah diberi KPI oleh Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO. Atas kapasiti saya sebagai Nombor 2, saya yakin saya boleh buat kerja itu. Tetapi apabila tidak diberi kpercayaan, memang rasa terkilan. Bagaimanapun saya akur dengan keputusan Ketua Puteri.

Ag: Tetapi dengan TPM meletakkan KPI berkenaan, apa relevan tugas puan sebagai Pengerusi Biro Antarabangsa dengan persiapan menghadapi PRU?

Shahanim: Dengan keadaan empat negeri yang kalah, untuk menghadapi PRU ke-13 kita perlu dapatkan banyak sokongan wanita muda. Kalau nak tarik golongan wanita muda berusia antara 21 dan 40 tahun, biro-biro yang kurang beri faedah patut dikurangkan dan beri fokus kepada menambah ahli. Kita harus letak lebih ramai orang di situ kerana kalau letak seorang sahaja, susah nak laksana tanggungjawab itu.

Ag: Adakah puan berpendapat bahawa mungkin tidak dilantik oleh Rosnah untuk memikul tanggungjawab penting seperti MT dan Biro keahlian kerana isu kononnya ada VCD lucah puan dan beberapa gosip lain ?


Shahanim: Saya rasa mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan beliau tetapi beliau kena ingat orang politik tak pernah lepas dari fitnah dan saya menjadi mangsa fitnah terbesar dan kini sudah sampai masanya saya nak clear everything .

Selepas berdiam diri ke atas fitnah yang dilemparkan terhadap saya sejak 2006, hari ini saya menemui seorang wartawan yang berani tanya soalan maut ini. Sebelum ini tak ada wartawan yang berani bertanya.

Apabila saya berhenti dari Maybank pada 2004, saya telah dilantik oleh Datuk Seri Syed Razak (mantan Menteri Besar Kedah) sebagai ketua Puteri Kedah. Saya bukan dilantik oleh Dato' Seri Mahadzir Khalid.

Pada mulanya saya menolak tawaran itu dengan alasan saya sudah memegang jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO. Tetapi setiausaha sulit kepada Datuk Seri Syed Razak telefon saya dan cakap, Menteri Besar dah bagi kepercayaan dan saya harus terima amanah itu. Jadi saya pun terimalah.

Pada 2006, Datuk Seri Syed Razak sakit dan jawatan itu diambil alih oleh Datuk Seri Mahadzir Khalid. Beliau tak lantik saya sebagai Ketua Puteri kedah. Tetapi beliau lantik Ketua Puteri, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita sebagai pegawai khas untuk membantu sayap-sayap di negeri Kedah.

Berdasarkan pengalaman 14 tahun saya di Maybank, beliau telah melantik saya sebagai pegawai khas yang jaga GLC (syarikat berkaitan kerajaan) . Ahli Dewan Negeri kawasan Air Hangat yang juga Ketua Pemuda Kedah serta Ketua Wanita Kuala Kedah juga dilantik sebagai pegawai khas.

Sebagai pegawai khas, pastinya ke mana MB Kedah ada, kita kena ada…bos saya pula Pengerusi Perhubungan Negeri kedah. Maka, ke mana sahaja majlis UMNO beliau ada, saya pun pergi juga.

Rentetan itu, orang tengok di mana ada Mahadzir, di situ ada Shahanim. Ada kalanya mesyuarat GLC sampai malam. Dah lumrah sikap orang kita. Kalau saya duduk satu hotel dan kebetulan bos duduk hotel yang sama, itu dah dianggap skandal. Kalau minum dan gelak sama-sama pun disebut skandal. Kita boleh tutup mulut tempayan, tetapi kita tak boleh tutup mulut manusia daripada menyebarkan tohmahan.

Tahun lepas semasa nak pergi umrah, saya cakap kat emak saya bahawa saya doakan orang yang fitnah saya ini supaya diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah.

Ag: Bagaimana menghadapi fitnah kononnya ada VCD lucah puan disebarkan tu ?

Shahanim: Sebagai orang poiltik, saya boleh hadapi semua tohmahan dan fitnah ini, tetapi apabila anak-anak menjadi mangsa, saya tak tahan. Bayangkan apabila anak saya pulang dari sekolah dan beritahu kawan-kawan sekolahnya mengatakan mereka lihat gambar saya dalam YouTube… (pada ketika ini Shahanim tidak dapat mengawal rasa sebak).

Macammana saya nak yakinkan dan suruh anak saya counter balik cerita-cerita itu kepada kawan-kawannya?. Orang sanggup fitnah saya sampai ke tahap itu. Anda perhatikan sendiri. Dah jelas gambar itu menunjukkan muka saya dicantumkan dengan badan orang lain. Saya tengok badan itu badan seorang artis sebab saya dah cek pelakon itu memakai baju yang sama dengan gaya yang sama. Fikirlah sendiri.

Perkara ini menjadi lebih sensitif apabila guru sekolah anak saya bertanyakan kepada anak saya sama ada saya dan suami sudah bercerai! Saya dan suami saya sudah 16 tahun berkahwin, tak pernah ada masalah. Sampaikan guru sekolah pun jadi macam itu. Saya terpaksa tukarkan sekolah anak saya dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.

Saya berpegang, macam mana pun kita buat, kebenaran akan timbul sama ada cepat atau lambat. Saya bersyukur dapat suami yang amat memahami dan mengenali diri saya. Kepercayaan yang dia bagi adalah asas kekuatan diri saya.

Ag: Boleh komen mengenai dakwaan bahawa puan mendapat kekayaan semasa bekerja dengan Mahadzir Khalid, serta isu mengenai hadiah kereta kepada suami dan stesen minyak?

Shahanim: Kereta Harrier itu adalah second-hand . Saya bayar RM40ribu dan buat pinjaman RM70ribu. Sampai ke hari ini masih berhutang RM12ribu. Bulan lepas tertunggak tiga bulan. Kalau hadiah tak payah hutang.

Stesen minyak saya pula, saya pergi interbiu di Petronas sebelum saya letak jawatan di Maybank dan dapat pada 2004…sebelum saya join MB Kedah. Saya kerja dengan Datuk Seri Mahadzir Khalid pada 2006.

Saya nak cabar siapa yang dok kata saya cari kekayaan atau dapat projek supaya menamakan projek itu dan berapa jumlahnya. Apa yang saya dapat semasa jadi Ketua Puteri Kedah, yang merupakan hak saya, cuma satu…ialah sebagai salah seorang board of directors Kumpulan Ladang. Sebagai pengarah saya dapat RM2ribu sebulan dan pada hujung tahun syarikat GLC itu buat keuntungan, saya dapat RM70ribu setahun.

Ag: Kenapa selama ini puan berdiam diri terhadap gosip dan fitnah ini?

Shahanim: Masa mula-mula dulu saya bercadang nak buat laporan polis di Bukit Aman, tetapi beberapa pemimpin veteran UMNO kata dalam politik ini perkara biasa dan saya tak perlu heboh. Mereka kata kalau buat report berrmakna kita melatah.

Tetapi seminggu sebelum PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 tersebar SMS yang mengatakan VCD lucah saya akan disebarkan sekiranya nama saya naik jadi calon. Macam biasalah, dalam masa tak sampai lima minit, satu Malaysia dapat SMS itu. Maka orang sibuk mencari-cari VCD itu…termasuk saya sendiri. Sehingga hari ini mana ada?

Setakat gambar superimpose muka saya dicantum dengan badan pelakon…adalah. Saya sendiri nak tengok VCD itu kalau ada. Malah saya buat tawaran RM30ribu kepada sesiapa yang boleh buktikan dan tunjukkan VCD itu kepada saya. Sehingga hari ini tak ada pun orang datang dan tunjuk bukti fitnah itu betul atau tidak.

Selepas itu timbul gosip kononnya PKR sedang menyiarkan video Shahanim, Saya hantar orang pergi tengok tetapi tak ada pun. Ternyata cuma ceramah biasa PKR sahaja.

Mengenai stesen minyak. Jangan salah faham. Untuk mendapatkan sesebuah stesen minyak bukan mudah. Duit sahaja tak cukup kerana Petronas mendapat beribu permohonan. Kalau mereka kata saya dapat sebab politik…itu salah. Semak dengan Petronas dan tengok syarat ketat yang diletakkan. Mereka mahukan orang yang mempunyai rekod yang bagus dan saya yakin Petronas meluluskan permohonan saya kerana rekod saya di Maybank.

Kalau pasal politik, periksalah stesen minyak di Malaysia, hanya dua tiga kerat sahaja ahli politik yang dapat. Petronas tak pandang langsung ahli politik dalam bab bisnes. Semasa ditemuramah oleh Petronas, saya beritahu mereka saya dah jual saham Maybank, ada duit tapi tak ada kerja bila berhenti nanti.

Mereka tanya apa yang saya jangkakan. Saya kata gaji saya di Maybank RM6 ribu ketika itu dan saya rasa kalau ada stesen minyak boleh dapat antara RM20 ribu hingga RM30 ribu sebulan. Malah bila sampai kritikal sebagai Naib Ketua Puteri UMNO yang tidak dapat sebarang elaun atau projek untuk bantu parti…saya telah menggunakan pendapatan dari stesen minyak ini untuk menanggung program-program Puteri.

Saya pergi rasmi program Puteri sana sini dan bila nak buat tuntutan perjalanan dan sebagainya, Puteri UMNO kata tidak ada peruntukan. Jadi saya kena guna duit sendiri Saya kena berkorban kerana jika orang tak dapat Nombor 1, mereka akan cari Nombor 2 untuk datang ke program masing-masing. Saya tak mahu biarkan orang yang telah menyokong saya. Saya kena turun padang, walaupun terpaksa pakai duit sendiri.

Ag: Tolong cerita bebanan menjadi Nombor 2?

Shahanim: Yang pertama, apabila orang Nombor 2 bertanding nombor 2, dia tahu dia akan jadi Nombor 2. Dia tahu dia akan jadi nada bos Nombor 1. Pastinya kesetiannya pada bos Nombor 1. Cabaran lain ialah, bos biasalah ada ego dia sendiri. Jadi ada kalanya susah kita nak sampaikan pandangan dan pendapat kita. Kalau bos mahu dengar, dia dengarlah. Kalau dia tak mahu dengar, dia tak dengarlah.

Sebagai orang Nombor 2, kita tidak boleh terlebih laju atau terlajak sedikit daripada bos. Kita nak kawal diri supaya tak melepasi bos, walhal kekuatan kita, jati diri kita boleh buat banyak benda melepasi bos. Tetapi disebabkan kita Nombor 2, kita ada sifat setia pemimpin, dan lebih baik ambil sifat berdiam diri.

Ag: Ramai orang kata Puteri tidak seagresif dulu jika dibandingkan ketika di bawah kepimpinan Datuk Azalina Osman Said dan Datuk Noraini Ahmad?

Shahanim: Ini adalah isu pendekatan. Azalina membawa pendekatan agresif. Masa Puteri mula ditubuhkan beliau banyak tekankan pada jati diri, input kita dan kita bersemangat dan berani lawan. Beliau pemimpin yang sangat tegas, kalau bagi arahan, beliau nak arahan itu sampai turun ke bawah.

Datuk Noraini pula guna pendekatan lemah lembut tetapi masih lagi turun ke bawah dengan satu program yang menyentuh hati dan perasaan saya sehingga hari ini, iaitu Puteri Menyusur Akar. Beliau bersma-sama turun ke kampong, lawat rumah orang miskin dan daif.

Pendekatan Datuk Rosnah pula, beliau ada cara sendiri dan saya masih tengah nak baca pendekatannya.

Ag: Apakah pengalaman puan dalam Maybank dapat diterapkan atau dikongsi bersama dengan Puteri?

Shahanim : Yang pertama, di Maybank kita terapkan KPI. Keduanya kita ada sasaran, ketiga, pencapaian dan keempat, reward. Dari dulu saya, sebelum sertai Puteri, saya sudah hidup dengan KPI. Di Maybank Finance saya buat dana amanah, pinjaman peribadi, insurans dan sebagainya. Dalam mengendalikan semua produk ini saya kena capai sasaran. Kalau di bank kita mencapai sasaran, kita dapat lima bulan bonus atau lawatan ke luar negara.

Saya berhenti Maybank pada 2004. Dalam Puteri pun saya buat KPI dan pengurusan masa. Untuk tahun ini saya dah ada plan. Saya dah ada target apa nak buat dalam bulan puasa dan bulan-bulan seterusnya termasuk program yang membabitkan pelajar yang akan menduduki UPSR, PRM dan SPM.

Ag: Datuk Seri Azalina ada menyuarakan kebimbangannya terhadap nasib yang menimpa bekas pemimpin Puteri yang diketepikan oleh Wanita UMNO. Puan sedia komen?

Shahanim: Ya. Saya juga sedih dengan nasib bekas pemimpin dan ahli Puteri. Apabila habis Puteri, apabila mereka mahu menyumbang kepada Wanita, mereka tak diterima. Saya memohon keterbukaan pemimpin Wanita.

Sayangilah adik-adik Puteri ini sebab kami adalah produk pemimpin pelapis UMNO. Kalau bekas pemimpin Puteri dibiarkan tanpa jawatan, setakat jadi ahli wanita biasa, bakat kepimpinan mereka akan terbiar begitu sahaja. Contohnya, saya, apabila habis tempoh Puteri nanti, kalau Wanita tak ambil saya…kena balik berniagalah.

Saya mohon Wanita pertimbang untuk serap pemimpin Puteri yang tamat tempoh ke dalam G5. Jika tidak, UMNO akan kehilangan produk pemimpin pelapis. Kesetiaan wanita muda amat tinggi. Puteri dah banyak berjuang untuk membantu Wanita dan UMNO.

sumber: ag

Sidang DUN Perak kecoh lagi

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar hari ini walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila ada beberapa orang yang tidak mempunyai pas kebenaran masuk cuba melepasi kawalan polis.

Po
lis telah mengadakan kawalan di sekitar laluan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan sejak awal pagi tadi.

Persidangan bermula pada 10 pagi.

Semua ADUN Pakatan Rakyat memasuki dewan dengan diketuai Menteri Besar yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mereka mula memasuki DUN di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, sejak jam 9.40 pagi ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan ADUN BN serta Bebas mula tiba pada jam 9.45 pagi dan menunggu di tempat masing-masing.

S

peaker Datuk R Ganesan masuk sejurus sebelum persidangan bermula.

Dua persidangan dewan itu sebelum ini agak kecoh.

Ganesan kemudiannya mengumumkan beberapa peraturan baru yang dikuatkuasakan pada sidang dewan kali ini. Antaranya, gambar tidak dibenar dirakamkan, telefon bimbit juga tidak boleh dibawa masuk.

Ganesan juga mengingkat semua ADUN bahawa mereka perlu menghormati keputusannya selaku yang dipertua dan menghormati segala etika dan tatasusila dewan ketika berdebat.

ADUN Pangkalan Hulu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli, mengemuka soalan pertama pada persidangan kali ini yang menyentuh soal defisit dalam bajet negeri tahun ini.

Za

mbry menjawab bahawa Bajet 2010 menganggarkan defisit sekitar RM23 juta tetapi ia tidak bermakna kerajaan negeri tiada wang kerana Perak masih mempunyai rizab RM847 juta dalam bentuk saham dan simpanan tetap.

Beliau berkata, rizab tinggi adalah petunjuk baik mengenai ekonomi negeri tetapi kerajaan Perak tetap berhemah berbelanja.

"Namun, usul perbekalan tambahan RM80 juta tidak kena mengena dengan rizab," katanya.

Ketika itu, Ganersan mengesan Nga Kor Ming (Pantai Remis) menggunakan kamera.

Beliau kemudiannya mengarahkan bentara untuk merampas kamera berkenaan.

Raka

n-rakannya dari DAP, Ngeh Koo Ham, Thomas Su dan beberapa yang lain kemudian tampil dan mula bertengkar.

Bagaimanapun perkara itu berjaya diselesaikan dengan kamera berkenaan tidak dirampas.

Selang beberapa minit kemudian, perwakilan Pakatan Rakyat mula menganggu jawapan Zambry dan ADUN BN pula membalas - menjadikan sidang kecoh seketika dengan pertikaman lidah kedua-dua pihak.-M'kini

CUKUP 50 tahun!! video keganasan polis

Lagi tahan dan lagi ditangkap tiada yang gentar malah lebih ramai yang turun ke IPD Petaling Jaya tanda sokongan.

Polis mengganas hingga ke dalam shopping complex

menyalakan lilin di dalam Amcorp Mall setelah dikepung oleh Polis.

Ironi...Anda adalah tetamu kami...sekali kena halau dengan truck water cannon!!!!

Solidariti di hadapan IPD Petaling Jaya untuk mereka yg ditahan

Peguam memantau dari luar


Terkurung dan terkepung


Jentera Kerajaan!!!!!

video tangkapan....TANGKAAAAAPPPP, TANGKAAAAAPPP

Hati-Hati lah Kamu Wahai Saiful....

Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang yang telah tidak diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?


Aziza
n Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat bersama gadis berusia 22 tahun di Melaka dan beliau mengaku berzina depan hakim syariah dan dihukum enam bulan penjara.



Aziz Shamsuddin------> ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahwa beliau tidak terlibat dalam konspirasi); tidak terpilih menjadi ketua UMNO bahagian Gopeng hingga menyebabkan Dr. Mahathir campurtangan untuk membolehkan Aziz menjadi ketua. .

Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.

Rahim Noor ----------> Bekas ketua polis pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.

Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut.

Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Daim Zainud
din ----- -> Kini hilang dari arus politik perdana, anak didik korporatnya seperti Halim Saad dan Tajuddin Ramli kini menghadapi masalah kewangan dan bisnes

Dr Ristina Majid------> seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.


Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Ya, hanya 'perkara yang baik' akan menemui mereka yang melakukan 'kebaikan' kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.

p/s : artikel ini diambil dari blog ikut suka aku


Kredibilit Saiful Hanyir, Kes Liwat 2 Wajar Digugurkan.

Kes ditangguh, Anwar mohon batal pertuduhan

Perbicaraan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan berikutan permohonan ketua pembangkang itu untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya dengan alasan seorang timbalan pendakwa raya dalam pasukan pendakwaan dikatakan mempunyai hubungan dengan saksi utama kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 Ogos depan untuk mendengar permohonan itu.

Peguam utama Anwar -- Karpal Singh -- yang sebelum ini cuti sakit selama 15 hari sehingga menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan sementara, hadir hari ini.

Katanya, timbalan pendakwa raya itu, Farah Azlina Latif dan pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan "seharusnya mengemukakan afidavit berasingan" bagi menjawab dakwaan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. yang mereka mempunyai 'hubungan romantis”.

"Pihak pendakwaan tidak mengesahkan hubungan itu mahupun menafikannya. Berdasarkan ini, kami yakin wujudnya hubungan dan terpulang kepada mereka untuk menafikan dakwaan itu,” katanya di luar mahkamah.

Menurut Karpal, seluruh imej pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, kini tercemar kerana dakwaan itu.

Karpal berkata Farah Azlina telah melanggar Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi manakala Mohd Saiful pula telah melanggar Seksyen 8(2) akta yang sama.

Walaupun mengikut jadual, Dr Mohd Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur sepatutnya memberi keterangan dan disoal balas, namun 'hubungan romantis' berkenaan mencuri tumpuan.

Peguam Anwar mendesak hakim supaya membuang kes ini berdasarkan dakwaan hubungan berkenaan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail Isnin lalu memutuskan Farah Azlina digugurkan dari pasukan pendakwaan agar 'hubungan romantisnya' tidak akan menjejaskan kes itu.

Faraf Azlina juga telah dipindahkan dari bahagian pendakwaan, pejabat peguam negara.

Perbicaraan hari ini dimulakan dengan Karpal memfail permohonan supaya pendakwaan terhadap ketua pembangkang itu digugurkan.

Bagaimanapun, ketua pendakwa raya membantah permohonan berkenaan tetapi bersetuju supaya kes itu ditangguh seketika.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju untuk mendengar permohonan Karpal tetapi disebabkan peguam belum bersedia, perbicaraan ditangguh seketika.

Selepas perbicaraan ditangguhkan, Anwar membuat laporan polis terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful di bit polis, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur ini.

Kedua-dua mereka didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972.

Kehadiran Anwar di mahkamah pada jam 9 pagi ini diiringi oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR termasuk, Saifuddin Nasution dan Dr Xavier Jeyakumar.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat. -mk


Anwar buat aduan polis terhadap Saiful, Farah langgar OSA

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan tuduhan liwat, pagi ini membuat laporan polis terhadap saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan juga Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif, yang didakwa menjalani hubungan romantis, di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Dalam laporan yang dibuat di balai polis Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pukul 11 pagi tadi, Anwar mendakwa Saiful dan Farah Azlina telah melanggari Seksyen 8(1) dan Seksyen 8(2) akta itu. -TMI

Sungai Raksasa Ke-6 Terbesar Dunia Ditemui Di Dasar Laut Hitam

Sebuah sungai raksasa, yang layak diiktiraf sebagai sungai ke-6 terbesar di dunia ditemui baru-baru ini oleh Saintis British. Anehnya, sungai ini ditemui di dasar Laut Hitam, laut dalam yang bersempadan antara Eropah Tenggara dan Asia.

Sainstis dari Leeds University mengarahkan kapal selam robot untuk meneliti dan menandai dasar laut berdekatan Turki di mana sungai itu ditemui. Ianya seperti sungai biasa, namun ia juga menpunyai saliran, anak sungai, dataran banjir, aliran deras air serta air terjun.

Sungai yang ditemui di dasar Laut Hitam, memiliki kedalaman 115 kaki dan lebarnya lebih dari setengah kilometer. Jika ia berada di daratan, para saintis akan memperakui ia adalah sungai ke-6 terbesar di dunia dengan mengambil kira jumlah air yang mengalir. Aliran airnya 350 kali lebih besar dari Sungai Thames di Britain. Seterusnya....


Sumber: MailOnline

MUQAYYAM JABATAN AMAL NEGERI SELANGOR









SEPANG : Jabatan Amal Negeri Selangor telah berjaya menganjurkan Muqayyam selama dua hari bermula dari malam 30 Jul hingga 1 Ogos 2010 bertempat di perkampungan Orang Asli di Bagan Lalang. Seramai 63 peserta termasuk beberapa pelajar turut terlibat dalam perkhemahan kali ini. Laluan ke tempat perkhemahan ini hanya boleh diakses melalui kenderaan pacuan empat roda sahaja jika melalui jalan darat atau melalui bot jika melalui perairan. Perasmian Muqayam ini telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hasbullah.

Aktiviti bermula dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Bin Sabu dan diikuti dengan latihan asas kawad.
Pelbagai aktiviti riadah turut diadakan seperti flying fox, larian meredah hutan, menyusuri pantai dan latihan kecemasan ketika berada di perairan. Peserta-peserta telah diberi pendedahan tentang apakah bentuk tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan situasi kecemasan di laut atau perairian samada dalam situasi bersendirian atau berkumpulan.

Sesuai dengan slogan dan asas Jabatan Amal, program ini juga turut melibatkan program memberi bantuan barangan keperluan kepada masyarakat Orang-orang Asal. Jawatankuasa Dewan Muslimat Kawasan Sepang turut berganding bahu dalam program ini dimana seramai 20 keluarga masyarakat Kaum Asal telah menerima manfaat dari program ini. Upacara penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Turut hadir, Dr. Sufian, Sdr Johari, Pengarah Jabatan Amal Pusat dan Sdr Mohd Zad, Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Pusat,

Lagi gambar2 Muqayyam dalam facebook Jabatan Amal Selangor di sini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .