Ikuti Blog ini

Warga siber siar foto polis yang 'dikehendaki'


Kecewa dengan tanggapan bahawa polis tidak mengambil tindakan terhadap anggotanya yang didakwa menggunakan kekerasan berlebihan semasa perhimpunan BERSIH 3.0, warga siber memulakan inisiatif untuk mengenal pasti mereka yang dikatakan telah menyerang seorang jurugambar akhbar.

NONESatu imej empat anggota polis yang dikatakan telah menyerang
Huang An Jian -  jurugambar akhbar berbahasa Cina, Guang Ming Daily - telah dimuatkan dalam halaman peminat Facebook berbahasa Cina.

Postingnya bermaksud 'Masa untuk balas dendam! Kongsi ini! Empat anggota polis yang menyerang wartawan Guang Ming Daily!".
Dalam masa 24 jam, imej tersebut telah menarik lebih 3,000 'likes' dan lebih 200 komen. Ia telah dikongsi oleh lebih 6,000 pengguna Facebook.

Perhimpunan di Kuala Lumpur pada 28 April lalu telah dicemari oleh keganasan yang membabitkan kedua-dua pihak - anggota polis dan para peserta.

Polis telah menerbitkan gambar 91 peserta, meminta mereka tampil membantu siasatan dakwaan berlaku keganasan. Gambar-gambar lain menunjukkan peserta 'merempuh benteng polis'.

Sekurang-kurangnya 13 wartawan, jurugambar dan juruvideo telah diserang semasa perhimpunan tersebut. Kebanyakan mereka mendakwa telah dikasari polis walaupun mereka menunjukkan kad media dan memperkenalkan diri mereka sebagai petugas media.

NONEBanyak gambar atau klip video yang menunjukkan dakwaan
kekejaman polis, telah dimuatnaik di Internet oleh para saksi.

Polis, bagaimanapun, hanya menerbit gambar satu sahaja insiden tersebut dan meminta saksi dan mangsanya menghubungi mereka.

Ini menyebabkan warga siber mengkritik pihak polis kerana didakwa menjalankan siasatan berat sebelah dan cuba melindungi anggotanya yang terbabit.

Serah Memo Kepada Polis, Kump Pro-UMNO Cuba Sekat Chegu Bard Di Bukit Aman



Kumpulan pro, anti-BERSIH bertembung di Bukit Aman

Sekumpulan penyokong BERSIH 3.0 bertembung dengan satu lagi kumpulan anti-perhimpunan itu dalam satu kejadian yang hampir mencetus pergeseran di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini.

Insiden pada anggaran jam 2.50 petang itu bermula apabila kumpulan pro-BERSIH, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) disorak oleh kumpulan anti-perhimpunan berkenaan, termasuk anggota NGO Suara Anak Muda 1Malaysia.

Kumpulan SAMM diketuai pengerusinya Badrul Hisham Shaharin itu mula disorak dengan panggilan "pengkhianat negara" apabila kumpulan itu mula bergerak dari satu kawasan parkir ke kawasan pintu masuk Bukit Aman.

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila seorang pemimpin Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah secara tiba-tiba meluru ke arah pemimpin Badrul Hisham.

Beberapa orang anggota polis bagaimanapun berjaya menghalang Armand daripada mendekati Badrul Hisham dan 10 orang yang lain.

SAMM hadir ke Bukit Aman hari ini untuk menyerahkan memorandum bagi mendesak supaya pihak polis yang terlibat melakukan kekerasan ke atas peserta perhimpunan 28 April itu menyerah diri.

Kumpulan bersama Armand itu dalam perhimpunan terdahulu pula menyerahkan kenyataan ikrar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sokongan terhadap tindakan pasukan itu dalam menangani perhimpunan 28 April.

Perhimpunan pada kira-kira jam 1.10 petang itu diketuai presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Datuk Mohd Ali Baharom yang berkata ikrar itu juga sebagai bantahan ke atas tindakan peserta dalam perhimpunan BERSIH 3.0 itu.

"Kita mahu negara yang aman dan kita sokong PDRM. Kita beramai-ramai berikar hari ini menyatakan bahawa kami sokong PDRM," katanya yang menyifatkan perhimpunan berkenaan sebagai "anasir jahat untuk menumbangkan negara."

Katanya lagi, tindakan yang ditunjukkan peserta perhimpunan berkenaan juga merupakan perbuatan yang "kurang ajar."

"Saya minta agar Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) dapat menahan mereka yang membuat provokasi dan ketua-ketua mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan ikrar tersebut kepada seorang wakil ketua polis negara, ASP Ramli Yusuf.

Turut hadir dalam perhimpunan selama 15 minit yang disertai kira-kira 30 orang itu ialah wakil NGO Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara, Pertubuhan Ikatan Perpaduan Melayu Gombak.

Kumpulan yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu juga membacakan ikrar berkenaan dan turut melaung slogan "hidup polis", "hancur Ambiga" serta menyanyikan lagu "Barisan kita." -mk


Majlis Fatwa: Jangan berjalan sebelah kaki

Saya membaca laporan akhbar tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin tentang Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara. Menurut laporan akhbar, beliau menyatakan bahawa Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.

Saya setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram. Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak. Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi perhormatan namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini.

Tidakkah disedari bahawa Himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara? Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihanraya bukannya mencetuskan huru-hara jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya. Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk? Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihanraya yang implikasinya lebih besar kepada negara? Saya yakin bahawa fatwa ini hanya laporan akhbar pro kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan. Justeru, soalan saya ialah fatwa kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?

Huru-hara tercetus jika ia dihalang. Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.  Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden UMNO di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?

Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah.
Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan.
Dengan hormat,

NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS).

Petugas PAS Larikan Lim Kit Siang Dari Amukan Polis Semasa BERSIH 3.0



DAP Terengganu Merakamkan Ucapan Terima Kasih kepada Petugas PAS Terengganu

DAP negeri Terengganu mengucapkan terima kasih atas prihatin petugas PAS Terengganu yang memberikan ruang 'Rawat dan Rehat' kepada En. Lim Kit Siang Semasa Perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada 28hb April lalu.

DAP Terengganu bangga dapat bersepakat dan bersetiakawan dengan PAS petugas PAS Terengganu yang membawa En. Lim Kit Siang keluar dari kawasan 'amukan polis' di hadapan Mahkamah dan Dataran Merdeka.

Petugas Terengganu telah membawa naik En. Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur ke tempat peninapan mereka serta memberikan salinan baju-T kepada En. Lim Kit Siang.

Sekali lagi, bagi pihak DAP Terengganu dan DAP Malaysia, kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Ng Chai Hing
Pengerusi DAP Kuala Terengganu
Merangkap Pengerusi Penaja DAP Terengganu
http://daptrg.blogspot.com/

Rompakan Terbesar Malaysia; Kedudukan Najib Umpama ‘Telur Di Hujung Tanduk’


- Umno Bakal Menyingkir Presidennnya KUALA TERENGGANU – Antara pernyataan politik yang paling tajam sepanjang minggu lalu ialah kedudukan Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia dalam senario politik tanah air.

Menurut Ali Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad, kedudukan Najib semakin bahaya sekiranya beliau menagguhkan lagi pilihanraya umum sehingga tahun hadapan.

Katanya, perbicaraan kes pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berlangsung di mahkamah Perancis membimbangkan Najib dan Umno.

“dalam konteks mahkamah di Perancis, mereka akan memanggil beberapa individu sebagai saksi termasuk Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan hari ini Dato’ Zahid Hamidi,

“ini adalah pendedahan yang akan mengakibatkan kedudukan Najib Tun Razak akan menjunam,”jelasnya.

Menurutnya, kes pembelian dua kapal selam Scorpenen sebelum ini yang disebut sebagai kes rasuah akan disebut sebagai kes  sabitan  jenayah sekaligus.

Katanya, menurut kenyataan SUARAM, Najib telah meminta pembayaran rasuah sebanyak RM1 bilion dollar Amerika bersamaan RM3 bilion.

NGO hak asasi manusia itu juga mengungkap, ia adalah satu kes 'Rompakan Terbesar di Malaysia' (Great Malaysian Robbery).

Oleh kerana itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mendakwa Najib amat tertekan dasn meramalkan Najib akan disingkirkan dari Umno.

“saya rasakan Najb amat tertekan, dan sekiranya ditangguh lagi pilihanraya, saya meramalkan, Umno akan menyingkirkan Presidennnya untuk menyelamatkan Umno dalam pilihanraya umum ke-13 (akan datang),”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penerangan Isu Semasa Pasca Bersih 3.0 yang diadakan pada 4 Mei, di Gong Pauh, Chukai Kemaman.

Pada perhitungan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS itu, ia adalah isu yang paling besar dihadapi oleh Umno dan Barisan Nasional masakini.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad dan Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani.- BO


Panas : Orang Pahang pun dah Mula Menyampah Dengan Najib - Ni Dia Bukti


KUANTAN - Orang ramai yang hadir ke program "Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut. Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak (foto) itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Tinjauan krew PDO ke lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan. "Mujurlah ada budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung.

Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan. Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir. Segala aktiviti yang dirancang termasuk sukaneka dan expo jualan semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah membasahi kawasan itu. Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan.

Najib sedang menyampaikan ucapan kepada sebahagian mereka yang hadir

 Menipu dan terus menipu

 Hambar, mujurlah adanya pelatih PLKN yang dipaksa hadir ke program itu


 Gerai jualan dekat tapak expo juga tunggang langgang dibuatnya akibat hujan

 Hujan lebat, air bertakung di sana sini iringi program PM di Taman Gelora

[Sungguh memalukan melihat senario yang berlaku ini. Sering saja kehadiran Najib dalam mana-mana acara keramaian seperti ini di Kuantan akan disambut dengan hujan lebat dan ribut. Sebelum ini kejadian yang sama melanda tapak Hari Koperasi Negara di Padang MPK2 pada tahun lalu. Semua ini mungkin ada hikmahnya. Namun, ia jelas mengganggu kelancaran program yang dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia itu. 

Jika di Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini para peserta dihujani dengan air "water canon" dan "gas pemedih mata". Kini program Najib di Kuantan dihujani dengan "hujan lebat" linangan air mata rakyat ketika mereka dibelasah oleh pihak polis di Bersih 3.0 itu dulu. Kini bagai sudah ditakdirkan, program Najib tidak menjadi dan hambar. Hanya beberapa kerat kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir dan penyokong UMNO BN yang kelihatan. Sepatutnya, kehadiran adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan, tambahan pula ia melibatkan program Najib itu sendiri].

Tuduh Orang Zina Tanpa 4 Saksi Sepatutnya Kena 80 Sebatan – Mufti



Kota Bahru: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menjelaskan menuduh orang berzina dalam Islam perlu dikenakan hukuman khazaf dengan sebatan sebanyak 80 rotan, jika sabit dengan kesalahannya.

“Itu jalan penyelesaian yang ada dalam Islam sekiranya orang yang membuat tuduhan tidak mampu memanggil empat orang saksi,” katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Dua lagi ahli panel iaitu pakar sejarah dari UM, Datuk Prof Dr Mohamad Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Datuk Dr Johari Mat.

Bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman bertindak sebagai moderator. Tajuk diperkatakan “Bersatu Demi Islam”. Wacana tersebut mendapat sambutan agak dingin berbanding wacana yang dianjurkan kerajaan negeri dalam banyak siri sebelum ini.

Dr Juanda sebelum itu mengulas keghairahan akhbar tertentu yang sering memuatkan berita berunsur lucah pada halaman depan.

Baru-baru ini Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya menyiarkan gambar aksi agak panas kononnya membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Tahun lepas akhbar sama menyiarkan gambar klip video seorang lelaki dan wanita dalam keadaan yang menghairahkan juga ditujukan kepada pemimpin Pakatan.

Ramai pemerhati politik menyifatkan tindakan akhbar terbabit sebagai langkah desperado apabila gagal menampilkan bukti. Ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini akhbar sama mendakwa wakil rakyat Pakatan mempersendakan Raja-Raja Melayu.

Dr Juanda berkata, meletakkan gambar lucah di muka depan akhbar secara tidak langsung boleh mendorong ke arah keruntuhan moral di kalangan generasi muda.

Dr Mohamad pula berkata, persoalan perpaduan Melayu bukan perkara baru yang berlaku dalam masyarakat di negara ini.

“Isu perpaduan Melayu sebenarnya perkara lama, namun mengapa lebih kerap diperkatakan sekarang, adakah semata-mata kerana situasi Mac 2008.

“Sebenarnya persoalan perpaduan wujud ketika kita melawan penjajah lagi. Kemudian diperkatakan semula selepas peristiwa 13 Mei 1969. Jadi ia bukan lahir selepas pilihan raya Mac 2008 sahaja,” ujarnya.

Beliau juga tidak nampak pemimpin yang bercakap soal perpaduan Melayu sekarang lahir daripada lubuk hati mereka, sebaliknya ada kepentingan diri dan kedudukan mereka yang perlu dipertahankan.

Menurutnya apabila ada ancaman daripada luar barulah sibuk pemimpin Melayu bercakap soal perpaduan, sedangkan ia bukan lahir dari lubuk hati mereka sendiri.

Anehnya juga kata beliau perpaduan Melayu yang ditonjolkan sedangkan perpaduan Islam lebih penting untuk dipertahankan. -Hrkh

Ilir Sungguh Pemuda Pas Kelantan



Salah satu pemandangan bunga kristal di I City.
"Ilir" (boleh disama ertikan advance dalam tindakan atau idea mendahului orang lain) Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK) apabila mengadakan majlis makan malam di I-City di Sham Alam Selangor malam tadi.

I-City merupakan taman mandian cahaya dan germelapan dengan neon kristal yang menakjubakan mata memandang, ia menjadi  tempat orang ramai melepas kepenatan selepas lelah mengejar rezeki. 

Sebahagian pimpinan pemuda Pas Kelantan yagg hadir.
Komuniti pinggir bandar akan membawa anak atau keluarga masing-masing untuk menyeduk udara malam di situ. I-City satu-satu Madinah... yang unit dinoslagiakan sebagai salah satu taman dalam syurga.

Anak-anak muda remaja pula akan menjadikan I-City kawasan bersiar untuk menggemukkan berahi. Mereka akan melepak dan berputar-putar di situ sambil merakam gambar atau video berlatar belakangkan kerlipan atau cerah alam laksana dalam syurga. Menjelang Maghrib mereka akan membawa jiwa hamba itu situ dan akan bersurau selepas menjelang tengah malam. Malamnya mereka saling bertukar gambar di wall Fb.

Meja VVIP, Azizah, Tok Guru, Latif dan Abdullah.
Untuk masuk ke taman itu dikenakan bayaran mengikut kadar berapa lama kereta di parking. Demikian latar belakang tempat yang dijadikan venue Pemuda Pas untuk makan malam bagi memenuhi tabung pilihan raya mereka.

Atas kejayaan itu diucapkan syabas kepada DPPK. Dari sisi kejayaan atau kemampuan Pemuda Pas Kelantan mengadakan majlis di situ memberi tafsiran sebagai memulakan langkah untuk menawan Putrajaya. Sebelum ini Pas Kelantan telah menciptakan slogan, Langkah Ke Putrajaya Bermula di Kota, dan tampaknya Pemuda telah menayahutnya dengan 'menawan' dulu I-City!

Tok Guru dikerumuni sebaik tiba.
Selama ini apa-apa majlis Pas tidak dapat mengelak dari atau mesra dengan perkarangan masjid atau pun dewan sekolah Arab. Apabila Pas 'bermakan malam' di tengah-tengah keriuhan dan gemerlapan bebintang dan lokasi riadah umum itu menunjukkan Pemuda sudah moden dan memecahkan tradisi kumpulan itu selama ini.

Jujutan hadirin menghulurkan derma disambut Tok Guru.
Mungkin apa yang dihasratkan Pemuda Pas Kelantan dengan mengadakan majlis makan malam di situ berjaya dicapai. Kehadiran MB Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz, Presiden PKR Dr Wan Azizah dan Tang Seng Geok juga meriahkan lagi majlis itu. Banyak juga meja yang dibeli walaupun hampir separuh daripada mejanya tidak bertuan. Tetapi tidak mengapa, wang sudah pun dipunggut menerusi penjualan meja lagipun tujuan majlis itu adalah untuk mengumpul wang.

Sumbangan untuk tabung Dewan Pemuda juga turut bertambah apabila para hadiri seorang demi menghulurkan derma ikhlas untuk tabung itu yang diterima Tok Guru. Ia ditambah lagi dengan pelelongan beberapa barang milik peribadi Tok Guru seperti, kasut, vest, kain pelikat dan baju gumbang serta jam tangan. Di mana hasil pelelolongan itu hampir RM10,000 berjaya dikutip.

Penjualaan gambar potret Tok Guru.
Lebih ilir lagi majlis malam tadi disusupi dengan acara dikir barat di mana acara yang tidak pernah ketinggalan dalam apa-apa majlis yang melibatkan anak-anak atau orang Kelantan. Kemunculan atau keperluan dikir barat ini seolah-olah kepentingan budu dalam hidangan.

Sebahagian orang ramai mengikuti persembahan Dikir Barat.
Ramai juga pengunjung taman itu turut memerhati dan mengikuti dikit barat. Mungkin juga yang hadir itu orang Kelantan. Orang Kelantan sangat peka kepada budaya dan aroma makanan mereka. Cuma sayang pengajur majlis itu tidak peka untuk memberi apa-apa goodits kepada penononton tidak diundang itu. Mungkin pengarah tidak terfikir ia akan menjadi perhatian orang ramai kerana lokasinya terbuka. Kalau disediakan goodits setidak-tidak matlamat diadakan di situ untuk menarik perhatian orang ramai kepada Pas tercapai.

Beberapa bekas pimpinan Pemuda Pas Kelantan juga hadir malam tadi. Antara Abdullah Yaacob yang kini merupakan Adun Air Lanas dan Pengerusi BBC Kelantan, Anggota Exco Abdul Fatah Mahmod. Ada juga ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, YDP Pas Jeli, Apandi Mohamad dan lain-lain. Bagi saya sesuatu yang dirasa majlis malam tadi cacat kerana bekas timbalan Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz tidak kelihatan. Tapi tidak mengapa mungkin beliau keuzuran atau pun tercicir dari dijemput. Mungkin DPPK beranggapan dengan kehadiran Nik Aziz sudah mencukupi.-MSO

Gambar Ini Jadikan Pemimpin Umno Tidur Menonggeng..!!


 Akhbar- akhbar China tempatan, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guang Ming Daily and Oriental Daily mencetak muka depan akhbar mereka dengan warna hitam sebagai protes terhadap layanan pihak berkuasa keatas kebebasan wartawan dan jurugambar dalam mengharungi tugas mereka terutamanya semasa berlaku demo. Mereka juga menggayakan pakaian berwarna hitam dan riben kuning bagi tujuan itu sebagai protes  keatas tangan-tangan jahat pemimpin umno yang berselindung disebalik Polis yang menjadi pencacai dalam protes Bersih tempoh hari.

Sesungguhnya mereka inilah yang banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi minda dan undi bangsa cina dinegara ini..Dengan keberanian mereka memprotes KERA jaan UmnoPorn masakini,menjadikan Najib tidur menonggeng kerana media yang selama ini menjadi harapannya sudah berani bersuara dan memprotes kerja jahatnya dan diharapkan selepas ini,akhbar cina ini akan menyiarkan berita yang lebih telus tanpa dikawalselia oleh tangan-tangan jahat pemimpin BN..serta berani mendedahkan kejahatan dan salah guna kuasa pemimpin BN..barulah lepas ini pemimpin Umno lari berbogelll..kuah3

JuRaGan : Yang tinggal menjilat-jilat pungkok pemerintah ialah suratKhabar Porna dan Lucah Malaysia iaitu Utuinasing!!dan suratkhabar yang sewaktu dengannya..Yang hanya dibaca oleh Malayu lemah akai dan lemah syawat dari spisis Lembuuuuu...Hancusss Umnoo..Negara Selamattt...

Anggaplah pilihan raya bila-bila masa sahaja


KOTA BHARU, 6 Mei: Umno masih menyebarkan ‘ajaran salah’ pada rakyat di negara ini apabila mendakwa hanya parti mereka yang boleh memberi pembangunan, kemajuan dan berbagai lagi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, memberitahu kerana ‘tamak’ kuasa Umno sanggup mencanangkan fahaman itu, seolah-olah mereka pemberi rezeki pada rakyat.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pengkalan Chepa Ke-40, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, di sini tengah hari tadi.

“Umno masih menipu rakyat dan terus mendabik dada seolah merekalah pemberi rezeki pada semua rakyat dengan mengatakan…”hanya Umnolah yang boleh membantu rakyat..hanya Umno sajalah yang boleh memberikan pembangunan pada rakyat” dan lain-lain lagi,”  ujar Tuan Guru.

Turut hadir pada mesyuarat agung itu, Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar serta rombongan PAS Kuala Kangsar Perak.

Kata Tuan Guru lagi, kerajaan Malaysia yang dikuasai Umno semakin hilang sokongan kerana rakyat sedar dan inginkan perubahan.

Sambungnya, andainya dahulu golongan professional, golongan anak muda dan bukan Melayu telah berubah, namun penyokong Umno sendiri kini protes dalam senyap dan ingin membuat perubahan dalam PRU ini bersama Pakatan Rakyat.

“Dengan izin Allah, tidak mustahil rakyat akan bangkit menyokong gerakan Islam dan menolak pemimpin yang zalim, rasuah, boros dan berbagai lagi.

“Rakyat telah melihat bagaimana kebangkitan rakyat untuk perubahan di Tunisia, Mesir, Turki dan beberapa buah Negara lagi,” ujarnya.

Katanya, sama ada pilihanraya umum diadakan tahun ini atau awal tahun hadapan, persiapan menghadapi pihak lawan seharusnya telah lama dipersiapkan.

“Anggaplah pilihanraya akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang,” ujarnya. -Hrkh

Bahan Bukti serta senjata untuk mengulinkan kerajaan di kenal pasti Polis ?


Ini bahan dan senjata untuk megulingkan kerajaan ? 

Saya kata Najib ngigau di siang hari , ulasan saya agak terlewat tentang isu himpunan Bersih yang di tomah oleh PM konunnya Himpunan ini mahu menguling kerajaan semasa demo tempoh hari , Malam ini saya berkesempatan menonton Astro Awani 7.45 telah menonton ulasan dari mantan Pm Tun Mahathir yang nada ada persamaan dengan Najib tapi berlainan sikit bunyi iaitu pembangkang akan membuat hura hara jika kalah dalam pilihan raya nanti..

Kedua dua hujah dari dua tokoh ini menampakkan kedungungan serta kebodohan mereka .Mereka seakan terdesak melihat kebangkitan rakyat pelbagai kaum yang datang bersatu semasa himpunan tersebut ,maka membuat andaian serta tomahan yang berbaur fitnah terhadap seteru mereka yak ni Parti pembangkang.

Bagi kita yang melihat sejarah pilihan raya di Malaysia yang silih berganti adakah anda pernah lihat dan membaca kisah Parti PAS ,DAP dan PKR apabila kalah mereka mencetuskan huru hara ? Parti2 yang kalah terutama dari Pembangkang paling tinggi mereka akan cabar kekalahan Parti mereka melalui Petisyen Pilihan raya di Mahkamah dan tak pernah lebih dari itu atau nak membuat huru hara seperti yang ditomahkan oleh Najib dan Mahathir.

Kalau nak di ungkit sejarah mengulingkan kerajaan selepas sesebuah parti itu kalah maka saya dengan besar hati menunding jari kearah BN kerana mereka adalah pelopor dalam isu ini,Tragedy mengulingkan kerajaan Perak Najib adalah mastermind pada masa itu dengan membantu mengulingkan kerajaan pilihan Rakyat di Perak pada February 2009 yang lalu, bukan melalui jalan raya tapi BN mengunakan jentera kerajaan secara terancang sehingga tergulingnya kerajaan yang sah pada masa itu.Bergitu juga sejarah mageran di kelantan sehingga terjatuh kerajaan Pas di Kelantan .Maka sejarah tidak menipu temadun dunia, ini adalah bukti siapa yang pernah mengulingkan kerajaan apabila tewas masa pilihan Raya Umno/Bn atau PR.?

Kepada pembaca sekalian , Bersih 3.0 bukannya nak gulingkan Kerajaan melalui JALAN RAYA Himpunan Bersih menuntut Pilihan Raya yang adil dan kami Pembangkang mahu menjatuhkan kerajaan melalui pilihanraya yang adil , Kekalahan Parti Pembangkang di dalam pilihanraya sudah menjadi kebiasaan tetapi, bagiUmno/Bn kekalahan parti mereka dalam pilihan raya ia akan menjadi luar biasa....

Maka kita kena berhati hati dengan Parti yang tak pernak kalah dan serta kehilangan kuasa memerentah .Kerana 99,99% parti ini akan gile meroyan dan akan membuat kacau bilau seperti apa yang dikatakan oleh Mamak Madey spesis mudah lupa ...

Bee end lu orang mesti kasi tumbang.



Ribuan sertai Himpunan Tanah Rakyat di Johor


JOHOR BAHRU: Himpunan Tanah Rakyat (Tanah) yang diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru semalam berjaya menarik kehadiran ribuan rakyat khususnya dari negeri Johor dan juga dari seluruh negara.

Program yang bermula kira-kira jam 2 petang itu berjalan lancar tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak.

Menurut Setiausaha Tanah, Suhaizan Bin Kaiat, himpunan semalam diadakan sebagai menyatakan solidariti dari penduduk negeri Johor yang banyak menghadapi masalah tanah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Johor dibawah pimpinan Datuk Abdul Ghani Othman selaku Menteri Besar Johor.

"Kita menganjurkan himpunan hari ini untuk membantu rakyat negeri Johor terutamanya yang banyak dizalimi atas isu tanah. Mesej yang ingin disampaikan jelas bahawa kerajaan negeri Johor harus segera menyelesaikan tuntutan yang diminta oleh Tanah untuk dilaksanakan.

"Kehadiran ribuan rakyat hari ini menghantar mesej yang cukup jelas kepada Menteri Besar Johor agar menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh penduduk negeri ini. Kita bawakan mangsa-mangsa yang dizalimi untuk mereka memberi mesej kepada kerajaan negeri agar mendengar rintihan mereka," katanya semasa berucap memulakan himpunan tersebut semalam.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dalam ucapannya turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan membantu penduduk negeri ini menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi.

"Saya dan pimpinan Pakatan Rakyat berjanji kepada penduduk negeri Johor bahawa kami akan membantu penduduk negeri ini menyelesaikan masalah tanah yang mereka hadapi.

"Kami akan turun selepas ini ke segenap penjuru negeri Johor untuk mendengar rintihan rakyat seterusnya membantu rakyat menyelesaikan masalah rakyat berkenaan isu tanah ini," tegas beliau.
mencabar pimpinan Umno BN agar bersemuka dengan beliau di negeri Johor secara anak jantan.

Terdahulu, himpunan Tanah semalam turut membuat 10 tuntutan untuk diserahkan kepada Menteri Besar Johor.

Tuntutan itu antara lain mahu kerajaan Johor menuntut semula Pulau Batu Puteh, siasat penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, hentikan pengurniaan tanah KPRJ/kroni, rampas tanah penyeleweng serta selamatkan tanah rizab Melayu.

Selain itu mereka juga mahu kerajaan negeri mewartakan tanah rizab orang asal, memastikan ketelusan pengurniaan tanah, pemilik tanah miliki ekuiti projek mega, selesaikan projek rumah terbengkalai dan hentikan manipulasi dan kurangkan birokrasi. -Hrkh

Belum sempat beri keterangan dah kena tahan

KUALA LUMPUR: Keluarga serta rakan-rakan aktivis mahasiswa, Khalid Ismath yang ditahan polis pagi tadi meminta pihak polis "tidak mempermainkan mereka" dan berterus terang apa yang akan dilakukan terhadap Khalid.

Khalid, 22, pada mulanya hanya diminta hadir ke mana-mana balai polis untuk diambil keterangan berhubung dakwaan berkaitan status laman sosial Facebook yang dikatakan menyokong tindakan supaya anggota polis dibunuh.

Namun Khalid yang ditemani ibu bapa, saudara mara dan sekumpuluan aktivis mahasiswa ditahan sejurus tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurut seorang aktivis mahasiswa yang berada di IPK KL, Ehsan Bukhari, selepas Khalid ditahan, dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira jam 11.30 untuk siasatan lanjut.

Selepas itu, dia sekali lagi dibawa menaiki kereta dan dimaklumkan akan dibawa ke IPD Jinjang.

Namun, Khalid yang masih dibenarkan berhubung dengan ahli keluarga memberitatu, dalam perjalanan ke Jinjang, mereka berpatah balik ke IPD Cheras. Sehingga berita ini ditulis, Khalid berada di IPD Cheras.

"Tadi kami semua ke IPD Cheras, lepas itu ikut ke IPD Jinjang tapi belum sempat tiba, Khalid bagitahu mereka berpatah balik ke IPD Cheras. Sekarang kami nak gerak ke IPD Cheras.

"Kami tak tahu polis tengah main game apa ni. Kami minta polis tolong berterus-terang apa tindakan yang akan dikenakan ke atas Khalid," katanya.

Ulangan Peringatan Presiden PAS Kepada Najib: Kesabaran PAS Ada Batasnya!


Tunaikan 8 tuntutan atau berdepan Bersih 4.0

KUALA LUMPUR 1 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menunaikan segala tuntutan Bersih atau bakal berdepan himpunan lebih besar dari Bersih 3.0.

Beliau mengulas kejayaan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum hadir menjayakan himpunan itu di Kuala Lumpur.

“Jika tuntutan rakyat kekal tidak didengar, kita sedia menganjur himpunan lebih besar dengan jumlah berganda berbanding Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima,” katanya dalam kenyataan.

Sehingga kini, pentadbiran Najib hanya bersedia mengguna dakwat kekal dan ia hanya satu dari lapan tuntutan Bersih.

Tujuh lagi tuntutan Bersih yang ditolak Najib termasuk enggan membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor.

“Kepada pentadbiran Najib, saya mengingatkan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita.

“Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi dan jangan tulikan telinga,” katanya lagi.




Video di bawah adalah contoh tindakan ganas regim Najib Razak memperkudakan polis menyerang rombongan Tuan Guru Haji Hadi di terowong KL Sentral semasa BERSIH 2.0 dan pihak polis telah menembak tepat gas pemedih kepada rombongan Presiden PAS - tidak ada provokasi, tidak ada sebarang keganasan tetapi polis telah bertindak zalim - tidak cukup dengan ituPresiden PAS disumbat di dalam Black Maria tanpa belas kasihan - Inilah Wajah Regim Zionis Najib Razak!



AMARAN TERDAHULU DARI PRESIDEN PAS:

PAS Boleh Sabar...Tetapi Sabar PAS Ada Sempadan, Ada Batas, Dekat Mana Batas...TUNGGU!!!

Apa Kita Nak Buat...Tunggu Arahan Kita..! Dan Kita Tidak Akan Tunduk... Kepada Penipuan-Penipuan Ini...Dan Kita Bangkit Atas Nama ISLAM...ALLAHUAKBAR...

“kita akan lalu, “membujur lalu melintang patah”, akan tiba masanya!

PAS akan mengajar UMNO yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan ummatnya sendiri!

Gambar Himpunan Tanah di Johor Bahru hari ini

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/392394_10150750572267312_303331692311_10014851_1018121352_n.jpg
http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/578982_10150749648472312_303331692311_10014671_187757286_n.jpghttp://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/545986_406391072727351_197667700266357_1212494_1594834896_n.jpg
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .