Ikuti Blog ini
[BONGKAR] Petugas JPN Terima RM1juta Benarkan Pendatang Mengundi ,Selasa, Januari 29, 2013 at 29.1.13,
Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjual 16,000 resit JPN dengan RM1juta, yang membenarkan pendatang mengundi di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram diberitahu hari ini.
Pegawai polis cawangan khas (SB) DSP Badaruddin Ismail yang bekerja di Kelantan memberi keterangan hari ini Ramli Kamaruddin menjual setiap resit dengan harga RM250 setiap satu sekitar 1993 dan 1995 kepada pendatang haram dari Filipina, India, Pakistan dan negara-negara lain.
"Beliau (Ramli) beritahu dia melakukan perkara tersebut kerana wang," kata Badaruddin kepada RCI hari ini.
Badaruddin yang pernah menyoal siasat Ramli, menegaskan Ramli memberitahunya, beliau melakukan perkara tersebut untuk keuntungan peribadi tanpa menerima arahan daripada pihak atasan.
Ramli walau bagaimanapun, memberitahu RCI baru-baru ini, arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas timbalan menteri dalam negeri telah memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit JPN, yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama dengan pengundi berdaftar, kepada pendatang.
Ramli telah memberitahu sejumlah 200 resit JPN dikeluarkan bagi lima atau enam kerusi dewan undangan negeri, dimana kerajaan merasakan sukar untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994.
Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.
Akan tetapi beberapa ahli dewan undangan negeri (Adun) PBS melompat menyertai Barisan Nasional (BN), tidak berapa lama selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh.
Ramli berkata bahawa beliau telah menggunakan sejumlah daripada RM1 juta untuk perkara-perkara peribadi dan memberikan baki kepada pegawainya dan untuk menganjurkan festival sukan di Pulau Pinang untuk pekerja bawahannya, menurut Badaruddin.
Pegawai SB itu menambah bahawa Ramli mengedarkan 14,000 resit JPN kalangan pekerja bawahan untuk dikeluarkan kepada pendatang, manakala 2,000 resit peribadi dikeluarkan oleh Ramli kepada orang-orang tertentu.
Seorang lagi bekas pengarah JPN bernama Datuk Abdul Rauf Sani telah menjual 6,305 kepada pendatang Filipina dan Indonesia, termsuk kepada orang tempatan dengan RM167,300 kata ketua SB sabah Datuk Ibrahim Zakaria kepada RCI awal hari ini.
Ibrahim menambah, 94 orang termasuk 24 pegawai JPN ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1994 hingga 2000 kerana mengeluarkan kad pengenalan di Sabah secara haram.
"Tidak, dia (Rauf) tidak mengatakan dia bertindak atas arahan, tetapi dia bertindak sendiri," kata Ibrahim.
"Dari risikan yang saya kumpul, ia lebih kepada untuk mendapatkan ganjaran, keuntungan," kata Ibrahim, yang memakai sut hitam dan tali leher merah.
Ditanya jika Ibrahim percaya bahawa Rauf telah bertindak sendiri, Ibrahim berkata: "Beliau adalah orang pintar, berpendidikan luar negara, sangat komunikatif, mempunyai kedudukan dalam perkhidmatan kerajaan, saya terima apa yang beliau katakan sebagai kebenaran.
" Rauf, bagaimanapun memberitahu RCI baru-baru ini kad pengenalan biru juga dikeluarkan untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah.
Beliau mengatakan sedar bahawa pendatang di Sabah telah diajar untuk mengundi dalam pilihan raya, jika tidak kad pengenalan mereka akan dibatalkan.
Bekas penolong pendaftar JPN Sabah Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil memberi keterangan baru-baru ini 100,000 kad pengenalan biru telah diberikan kepada pendatang Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah pada tahun 1993.
Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.
Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke 1985, menafikan kewujudan "Projek IC" tersebut.
Dr Mahathir memberitahu sidang media baru-baru ini pendatang asing di Sabah memang menerima kerakyatan, tetapi menegaskan ianya "mengikut undang-undang".
Inkuiri dihadapan bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan bersambung esok. -TMI
Gambar Pejuang Syahid Di Dalam Sungai Tidak Reput Di Syiria. Allahuakhbar! , at 29.1.13,

Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria
Sungai-sungai di Malaysia apabila air kering dipenuhi sampah sarap dan ranting kayu, manakala sungai di Syria apabila air surut terbujur jasad-jasad para syuhada.
50 Jasad penduduk awam ditemui di Aleppo bersama tangan diikat dan kesan tembakkan di belakang. Mayat-mayat mereka kemudiannya dibuang ke sungai ini oleh anjing-anjing Syiah Assad.
JASA Salah Guna Kuasa, Dana Awam Berkempen Untuk UMNO/BN , at 29.1.13,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi lebih gementar menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berikutan angin perubahan di rantau ini bertiup kencang termasuk kemenangan Lee Li Lan dari Parti Buruh yang mengalahkan PAP pada Pilihan Raya Kecil Punggol East, Singapura dengan majoriti 3,182 undi.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Najib menjadi lebih gementar kerana sebuah agensi kerajaan menyalahgunakan dana awam dengan menjelajah seluruh negara untuk menyebarkan maklumat bahawa Barisan Nasional (BN) mampu mendapat dua pertiga majoriti pada PRU-13.
Katanya, Bernama dalam laporannya menyatakan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan, Fuad Hassan ketika menjawab satu soalan daripada peserta Perjumpaan Rakan Media Sosial Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa Johor bahawa BN mampu memenangi dua pertiga pada PRU-13 jika bekerja kuat dan berusaha mencapai apa yang disasarkan.
“Fuad menjelaskan bagi memperoleh majoriti dua pertiga, BN perlu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada pengundi Cina dan masing-masing 65 peratus undi daripada pengundi Melayu dan India di seluruh negara.
“Fuad yakin sokongan orang Melayu untuk BN di Johor mampu melebihi 80 peratus manakala sokongan orang India juga telah pulih sepenuhnya daripada kejatuhan PRU 2008, dan begitu juga sokongan masyarakat Cina.
“Fuad secara peribadinya sebagai rakyat Malaysia berhak untuk percaya dan berusaha bagi memenuhi matlamat BN mendapatkan semula majorti dua pertiga pada PRU-13, tetapi bukan urusan beliau untuk mengetuai JASA yang didanai oleh dana awam, berkempen untuk UMNO/BN.
“Ini adalah penyalahgunaan dana awam dan kemudahan kerajaan, penyelewengan kerajaan yang semakin menjadi-jadi, terang-terangan dan berleluasa selepas 55 tahun pemerintahan UMNO /BN,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 74 Hari ke PRU-13, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman dapat membezakan kepentingan kerajaan, parti politik yang berkuasa dan kapasiti peribadi, yang menjadi sebab penting mengapa rasuah dan penyalahgunaan kuasa diperhatikan dengan tegas pada tahun awal Merdeka tidak seperti tiga dekad lalu yang melampau melakukan penyalahgunaan kuasa dan dana awam.
Katanya, Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan Perdana Menteri pada April 1959, kerana merasakan beliau perlu ke serata negara untuk mengukuhkan sokongan terhadap Perikatan sebelum Pilihan Raya Umum 1959, ketika berdepan cabaran hebat oposisi.
“Tunku meletakkan jawatan untuk sementara waktu antara April hingga Ogos 1959 supaya tidak dituduh menyalahgunakan kuasa dan kedudukan sebagai Perdana Menteri apabila mengetuai kempen untuk meraih sokongan umum kepada Perikatan, dan menyambung semula jawatan itu selepas Perikatan memenangi PRU 1959.
“Tindakan Tunku itu tidak dapat dibayangkan hari ini apabila ada jabatan dan Kementerian yang matlamatnya hanya satu iaitu menyalahgunakan kuasa dan dana awam secara terang-terangan dan tidak tahu malu berkempen meraih undi untuk UMNO/BN bagi PRU-13.
“Fuad sepatutnya dipecat daripada Ketua Pengarah JASA, kerana menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya sebagai kakitangan awam dan dana awam. Selain itu, Fuad sepatutnya meletakkan jawatan daripada perkhidmatan awam dan Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Penerangan dibubarkan.
“Fuad sepatutnya menyertai UMNO sebagai pegawai khas untuk mempromosikan capaian media sosial untuk UMNO/BN menjelangnya PRU-13, dan gajinya dibayar oleh dana parti, bukannya dana awam kerana itu terang-terangan merupakan matlamat parti politik,” katanya.
Menurut Kit Siang, jelas Fuad dan JASA hanya sebahagian daripada penyalahgunaan jentera awam dan dana awam untuk memenuhi matlamat dan objektif pemimpin UMNO/BN. Ini satu lagi sebab mengapa perlunya UBAH pada PRU-13 untuk mengakhiri secara sistematik penyalahgunaan kuasa kerajaan dan dana awam yang semakin menjadi-jadi dan punca berleluasanya rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam negara. – Roketkini
Umno Jangan Sedih Dengan Pemecatan Nasharuddin , at 29.1.13,
Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihanraya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.
"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu.
Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.
"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.
Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.
"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.
Nasharuddin hari ini dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.
Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin adalah kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
Di IPOH, Menteri Besar Haram, Zambry Abdul Kadir berkata, rakyat khususnya penyokong PAS akan menilai sendiri tindakan parti itu menggugurkan Nasharuddin.
Zambry berkata tindakan itu juga akan menyedarkan mereka tentang perjuangan sebenar PAS.
"Rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, semalam.
Beliau berkata, bukan semua anggota parti itu "pak turut".
Ada di kalangan mereka yang mempunyai pandangan sendiri berhubung sesuatu perkara, katanya.
AHMAD BUSU Pi Mai Tang Tu BERSAMA PAKATAN RAKYAT , at 29.1.13,
Khalid Ismath (bertopi) bersama pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ~ Ahmad Busu (bertongkat) malam tadi.
Kepada peminat-peminat sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pasti kenal kepada watak Mat Deris yang dilakonkan oleh Ahmad Busu. Sejak beliau diserang strok pada tahun 2009, beliau semakin uzur dan kurang muncul di kaca TV.
Kali terakhir berita beliau ada di khabarkan 'dekat' dengan PAS pada sekitar tahun 2011 apabila hadir dalam sebuah program ceramah Pas sempena forum Maal Hijrah di Markaz Pas Seksyen 18, Shah Alam. Bob Lokman ketika itu menjadi ahli panel dalam program yang bertajuk 'Apa Salah Kami' bersama Profesor Dr Aziz Bari pakar perlembagaan Malaysia yang ketika itu masih lagi menjadi pensyarah UIA.
Bagaimanapun Ahmad Busu tidak berucap di dalam forum tersebut dan sekadar hadir sebagai hadirin dalam majlis tersebut. Bob Lokman ketika menyampaikan ucapan ketika itu sempat mempelawa Ahmad Busu untuk bersama-samanya menyertai PAS. Bob Lokman juga meminta ahli PAS yang hadir supaya menghulurkan borang keahlian PAS kepada Ahmad Busu.
Ahmad Busu ketika hadir mendengar sebuah forum anjuran PAS sekitar 2011.
Namun selepas program itu, tiada khabar berita akan kehadiran Ahmad Busu di dalam program-program PAS mahu pun Pakatan Rakyat. Barangkali juga beliau ada hadir sebagai hadirin namun tidak dapat dikesan orang ramai.
Bagaimanapun, malam semalam Ahmad Busu yang kelihatan uzur dan bertongkat berjaya menarik perhatian ramai apabila muncul ke programCeramh Perdana PRU 13 di Seri Andalas. Khalid Ismath sempat merakamkan gambar bersama-sama Ahmad Busu sebaik selesai program.
Mungkin ada yang berpendapat, kehadiran beliau ke program-program seperti ini bukanlah bermakna Ahmad Busu itu PENYOKONG PR dan BENCIKAN UMNO. Betul sekali pendapat itu.
Namun setidak-tidaknya, kecekalan Ahmad Busu yang menggagahkan diri hadir ke program-program seperti ini, walaupun di dalam keuzuran memberikan isyarat kepada bahawa 'sumber maklumat' dari TV tidak sepatutnya ditelan bulat-bulat, tetapi harus diseimbangkan dengan ruang maklumat/jawapan balas daripada pihak lain. Ini secara tidak langsung mengurangkan virus 'dungu' dan 'tolol' kepada rakyat Malaysia apabila masing-masing berupaya membuat penilaian yang bijak selepas mendapat maklumat daripada kedua-dua belah pihak.
Apapun kepada Ahmad Busu, TAHNIAH!.
Dalam tegang, pertemuan TG Nik Aziz dengan Bishop bawa ketenangan , at 29.1.13,
PULAU PINANG:
Pertemuan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama
Bishop Katolik Sebastian Francis semalam memberikan satu ketenangan
mendalam kepada rakyat Malaysia.Ia amat bermakna kepada yang cintakan keamanan tatkala ada pihak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh dalam polemik perbezaan agama.
“Alhamdulillah, dengan izin-Nya, misi mengharmonikan hubungan antara agama berjaya ketika berkunjung ke negeri Pulau Pinang. Amat gembira kerana sempat menerima kunjungan Father Sebastian Michael Uskop Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Terima kasih YB Dr Mujahid yang menguruskannya,” tulis Nik Aziz di Facebooknya.
Dalam pertemuan bersejarah semalam, Nik Aziz menghadiahkan satu kek kepada Bishop Sebastian, yang menerajui Penang Diocese yang meliputi Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.
Di atas kek itu tertera perkataan mudah tapi penuh bermakna: “Kpd: Yg Mulia Bishop, Daripada: Tn Guru Dato Nik Aziz, Mursyidul Am PAS.”
TG Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan dikatakan mempunyai jadual penuh di Pulau Pinang, namun beliau membatalkan satu pertemuan supaya beliau dapat berjumpa dengan Sebastian dalam masa yang singkat.
Dalam pertemuan itu, Sebastian mendoakan kesihatan kepada Tuan Guru Nik Aziz.
Dalam perbincangan mereka, TG Nik Aziz menyentuh mengenai hal kerohanian, di mana perkara ini sangat dipersetujui oleh Sebastian yang turut merintih mengenai fokus berlebihan pada kebendaan dalam pembangunan insan masa kini.
“Negara ini perlukan kekuatan kerohanian Tuan Guru sebagai contoh,” kata Sebastian yang dipetik Anil Netto, seorang wartawan yang hadir bersama dalam pertemuan tersebut.
Kedua tokoh itu turut bersetuju bahawa tenaga yang dihabiskan untuk pertelingkahan agama sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat.
Semasa mengambil gambar bersama, Nik Aziz juga sempat bergurau mengenai pertemuan tersebut.
“Saya tak pasti apa media media perdana akan tulis mengenai pertemuan kita,” kata beliau.
Turut bersama dalam pertemuan itu ialah ahli parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa.
Semalam, Tuan Guru Nik Aziz turut meraikan hari jadinya di kediaman Pengerusi DAP Karpal Singh.
Pertemuan tersebut melahirkan air mata gembira bagi para penyokong Pakatan Rakyat kerana tanda sepakat antara dua pemimpin tersebut cukup terserlah.
Karpal yang teramat gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.
"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.
"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya. -Hrkh
PRU13, Masa Terbaik Untuk Pakatan Rakyat Kuasai Putrajaya , at 29.1.13,
Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang keemasan untuk menguasai dan mengambilalih Putrajaya daripada Umno-BN dalam Pilhan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berdasarkan sokongan rakyat kuat ketika ini.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, PR seharusnya menggunakan kesempatan yang ada kerana Umno-BN ternyata tidak dalam kedudukan selesa berikutan pilhan raya perlu diadakan dalam tempoh terdekat.
“Ini adalah peluang terbaik bagi PR untuk mengambilalih pentadbiran di Putrajaya. Kalau kita melepaskannya, lima tahun kita akan menyesal dan kita tak tahu sama ada suasana seperti ini, boleh kita wujudkan kembali.
“Sekarang ini masyarakat bersama kita. Kita yakin himpunan kebangkitan rakyat di Kuala Lumpur.Kata seorang profesor matematik yang kita yakin dia lebih bijak dari Rais Yatim. Anggaran dia 700,000. Kita yakin inilah jumlah yang sebenarnya.
“Maksudnya di sini sekarang adalah waktu terbaik untuk satu perubahan,” katanya dalam ucapan meraikan jentera pilihan raya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam kelmarin.
Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tegasnya, apa yang perlu dilakukan PR ketika ini adalah memaklumkan kepada rakyat bahawa segala masalah berlaku seperti isu air di Selangor adalah dirancang demi memastikan kemenangan Umno-BN.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkifli Ahmad berkata, PRU13 kali ini adalah medan di mana Umno-BN terpaksa melawan kebangkitan seluruh rakyat.
“Inilah pilihan raya yang menjanjikan satu perubahan besar untuk sebuah kerajaan yang paling lama memerintah di muka bumi ini.
“Dia sudah terlalu banyak melakukan kesilapan lalu bukan saja PR tetapi seluruh rakyat bangkit untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN bersama dengan beberapa NGO seperti Anti-Lynas, Royalti, GMI dan yang lain,” ujarnya.
Isu Kalimah "Allah": Harussani "Kafirkan" Ulamak Muda UMNO, Fathul Bari? ,Isnin, Januari 28, 2013 at 28.1.13,
Harussani: Jadi kafir jika biar pihak lain guna kalimah Allah
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.
Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.
"Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita.
"Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di Ipoh hari ini.
Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan.
Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.
Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini. - Bernama
Use of Bahasa Bible is fine, says ulama
PETALING JAYA: The usage of Bahasa Malaysia Bible is perfectly fine both in the eyes of Islam and the Federal Constitution, said Umno ulama Fathul Bari Mat Jahya.
He said people must not confuse the fact that a language did not represent a particular religion.
“Arabic is the original language used in the Al-Quran. But Prophet Muhammad had never stopped or forbade others in using Arabic to spread their own religions,” he said.
Fathul said although the Federal Constitution forbade the preaching of other religions to Muslims, the AlKitab (Bible) did not contravene its spirit.
“It should only be for Christians.
If the Bahasa Malaysia Bible is not used to preach to Muslims, then there is nothing wrong,” he said.
Fathul said it was also perfectly acceptable for Christians to use the word “Allah”.
“However, I made it very clear that this can only be used in a Christian context, and not to mislead Muslims,” he said, adding that most Islamic scholars in the Middle East thought the same as well.
PAS ulama council chief Datuk Harun Taib said Christians should not be denied the right to use the Bible in Bahasa Malaysia as it was the country’s national language.
“Will the faith of Muslims be affected by a translation of the Bible? No, it is just a Bible read by Christians, that is all. Why must there be any opposition?” he told an online news portal yesterday.
Harun also said Christians could use the word “Allah” as long as it was within the confines of their religion.
“If Christians want to use the term ‘Allah’ for their God no problem. If they are convinced that ‘Allah’ is their God, let them be,” he said, explaining that this was different from Islam’s ‘Allah s.a.w’.
It was also reported that PKR information chief Dr Muhammad Nur Manuty said Muslims need not worry about the use of the word “Allah” and the Bahasa Malaysia Bible.
“This is the right of religion and Bahasa Malaysia is the official language of the country so we cannot restrict other religions, including Christians from using it,” he said, urging Muslims to be more open-minded and not take matters in their own hands.
Malaysian Ulama Association president Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir had earlier agreed that everyone should be allowed to read and worship in the language of their choice.
He had said that even the Quran had been translated into many languages such as Chinese, and that every person had the right to use Bahasa Malaysia.
However, he added that “Allah” should be exclusive for Muslims.
-TheStar
Gambar Sambutan Hangat Pengundi Kawasan Pak Lah Terhadap TGNA , at 28.1.13,
Tuan Guru Nik Aziz memberi ucapan dan membaca doa
Pengunjung yang hadir
Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200 seorang..
Tuan Guru Nik Aziz merasmikan van bergerak PAS Kawasan Kepala Batas dan
di serbu oleh penduduk Kepala Batas.. untuk melihat tuan guru
lebih dekat lagi
Konvoi motosikal mengiringi ketibaan Tuan Guru Nik Aziz
Gambar ~ apa khabar orang kampung
TG Nik Aziz sambut harilahir di rumah Karpal Singh , at 28.1.13,
JELUTONG:
Bagi menyatakan kesatuan dan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat,
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini
mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.(Karpal menyambut kedatangan TG Nik Aziz di rumahnya - foto Malaysiakini)
TG Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland, lapor wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Sosan Loone.
Tuan Guru Nik Aziz dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran PAS di negeri itu.
Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.
Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.
"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.
"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya. -Hrkh
Bugatti Veyron Mokhzani Mahathir .. Wah, banyaknya duit!!! , at 27.1.13,
Bugatti
Veyron ni adalah kereta termahal yang berada di pasaran sekarang. Boleh
mencapai kelajuan 407 km/h, tapi kalau nak bawak kat Malaysia sampai
407 km/h agak mustahil. Roadtax untuk Bugatti Veyron boleh beli kereta
Savvy sebijik, RM 24,598.50. Ada gambar sebagai bukti. Tapi kat Malaysia
ada kereta Lamborghini yang roadtaxnya RM 37 ribu. Lagi mahal, walhal
kereta Bugatti Veyron lagi enjin besar, dan lagi laju. Minyaknya, RM 10
untuk 1km, Panchor pergi Muar jer, RM 300 untuk 30km.Jom kita tengok Bugatti Veyron Mokhzani Mahathir.
Sumber: beritaserius
![]() |
Sumber: beritaserius
Nasharuddin Mat Isa Digugurkan Dari Ahli Majlis Syura , at 27.1.13,
Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya.
Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.
Setiausaha Majlis Syura, Dato’ Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti.
Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.
Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.
Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.
Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti. -sanggahtoksago
Ribuan Penduduk Johor Membanjiri Jalan raya mendengan Ucapan Anwar Ibrahim. ,Sabtu, Januari 26, 2013 at 26.1.13,
Langgan:
Catatan (Atom)




























