Sebagai manusia kita tak dapat lari dari pelbagai belenggu masalah. Tapi kita boleh menghadapinya dengan pelbagai cara dan hikmah. Di sini NADZMAN nak kongsi serba sikit dengan kengkawan..
1. Tarik nafas dalam-dalam, tahan seketika dan hembuskan perlahan-lahan dan hembus. Ulangi sehingga kita rasa selesa seolah-olah kita dah lapang fikiran.
2. Renungkan kehidupan di sekeliling kita dengan mata hati. Kita akan dapati bahawa tiada satu pon yang sempurna di dunia ini melainkan ALLAH TAALA, tetapi jika kita mampu dan berusaha memperbaiki kelemahan itu, itulah sebenarnya kejayaan bermakna dalam hidup kita yg berharga.
3. Selalulah beringat bahawa yang dituntut adalah mencari rezeki, ilmu dan pengetahuan untuk kehidupan. Dan kita kena ingat bahawa hasil daripada usaha yang kita lakukan adalah datangnya dari ALLAH TAALA.
4. Teladani kisah perjalanan tokokh-tokoh yang berjaya dan berjasa menerusi bahan bacaan. Cuba perhatikan perjalanan hidup diaorang suapaya kita sedari bahawa dalam kehidupan mereka juga terdapat kekurangan, kegagalan, dan tidak semua yang diaorang usahakan akan berhasil. Ini terbukti bahawa untuk mendapatkan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat, kita terpaksa akur dengan dugaan dan cabaran yang menimpa diri.
5. Cuba halusi sifat-sifat kesempurnaan dan kemampuan yang kita miliki. Teliti nikmat dan anugerah yang dikurniakan olehNYA. Dari situ, kita akan dapat jawapan bahawa bukan sifat-sifat kelemahan dan kekurangan saja yang ada dalam diri kita.
6. Gunakan akal kita yang waras dan pertimbangkanlah apabila kita menghadapi dua masalah, adakalanya kita harus mengerjakan satu demi satu, atau kita tidak dapat melakukannya sama sekali. Renungkanlah mana yang lebih utama untuk kita lakukan. Tentunya kita tidak memiliki pilihan ketiga
.
7. Apabila kita menginginkan kesempurnaan dan sesuatu yang ideal, maka cara mencapainya bukan hanya dengan berhenti dan menunggu. Lakukan sesuatu dengan segera.
8. Selalulah mengingati aktiviti dan pekerjaan yang pernah kita lakukan dan ia meberikan hasil dan kejayaan yang tinggi. Dengan itu, kita akan rasa bahawa kita juga pernah menyumbang dan memaknakan sesuatu untuk orang lain.
9. Apabila kita mengalami kegagalan, panjatkanlah doa banyak2 kepada ALLAH TAALA Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
10. Pohonlah balasan yang baik kepada ALLAH TAALA atas musibah yang kita hadapi dan jangan lupa untuk memohon keampunan dariNYA atas dosa-dosa yang lalu.