Najib menyatakan bahawa kerajaan akan terus mengukuhkan konsep Al-Falah kononnya untuk menjadikan umat Islam sebagai umat yang berilmu dan mempunyai kekuatan di peringkat dunia.
“Kita mahu umat Islam di negara ini menjadi umat contoh dan umat yang kuat, jika ada kelemahan, kita atasi kelemahan itu dengan konsep Islam sebagai agama yang syumul,”, kata Najib.
Memerhatikan keadaan Islam dibawah pemerintahan UMNO. Umat Islam bukannya mendapat “Al-Falah” ataupun kemenangan tetapi sebenarnya “Al-Kalah”. Apa penilaian Najib mengatakan umat Islam Al-Falah di bawah naungan UMNO?.
UMNO hendak berbangga dengan masjid-masjid besar yang didirikan? Berapa ramai umat Islam yang datang menyahut seruan Al-Falah lima kali sehari berbanding laungan konsert maksiat setiap malam. Orang melayu yang mengaku Islam lebih suka ke premis-premis maksiat yang berbau busuk berbanding masjid yang luas dan tenang.UMNO berbangga dengan Pertandingan Tilawah Al-Quran yang kononnya hanya ada di Malaysia, tetapi berapa kerat umat Islam yang mengamalkan ajaran Al-Quran. Malah kerajaan UMNO sendiri dalam sistem pemerintahannya berkiblatkan barat dan meninggalkan Al-Quran.
Apa gunanya UMNO melaungkan Al-Falah, kalau perundangan Islam tidak dapat dilaksanakan. Sehinggakan musuh-musuh Islam berani mempersoal hak-hak umat Islam. Hukum Islam terus dicabar dan diperlekeh mengikut saluran perundangan ciptaan penjajah yang masih lagi dipertahankan UMNO.
Apabila beratus-ratus umat Islam murtad, apa peranan UMNO? Hanya melaung-laung dan memaki hamun bila forum “memeluk Islam” dianjurkan, tetapi hukum Islam tidak jugak ditegakkan. Undang-undang murtad seperti yang dituntut dalam Al-Quran dan Hadith tidak juga dilaksanakan. Lupakah UMNO bahawa keberanian majlis peguam mengadakan forum hasil dari kelemahan UMNO menjaga Islam.
Di mana peranan UMNO apabila melihat anak-anak muda Islam terus tenggelam dibawa arus kemaksiatan dan hedonisme. UMNOlah yang membiarkan dan membuka ruang kemaksiatan berleluasa di Malaysia.
Malah ada anak-anak pemimpin UMNO yang berperangai buruk. Sebagai contoh anak Timbalan Perdana Menteri sendiri Ashman bin Najib (gambar) yang belajar di luar negara, berpelukan dengan perempuan-perempuan asing tanpa ada rasa malu sebagai anak pemimpin Melayu (klik disini untuk berkenalan dengan anak Najib).
Beginikah generasi muda Al-Falah yang hendak dibentuk UMNO? Bagaimana seorang pemimpin yang tidak tahu mengajar anak hendak membawa konsep Al-Falah kepada remaja-remaja Islam?
Apalah yang hendak dibanggakan sangat dengan J-Qaf yang tidak dapat membawa penghayatan Al-Quran sepenuhnya kepada anak-anak kita, tetapi Hanya mampu mengkhatamkan Al-Quran tetapi tidak mampu melahirkan akhlak Al-Quran.
Tak usahlah Najib hendak berslogan kononnya nak membawa konsep Al-Falah kepada umat Islam, sedangkan UMNOlah yang menjadikan umat Islam lemah di negara ini. UMNO lah yang menutup dan membataskan kekuatan umat Islam di negara ini. UMNO lah yang menjadikan umat Islam terkebelakang berbanding kaum-kaum yang lain.
Hanya orang Islam dan Melayu yang cetek fikiran akan mempercayai slogan-slogan Najib yang penuh dengan pembohongan dan penipuan tersebut. Ini lah lagi satu contoh Islam Hadhari ajaran Pak Lah yang penuh dengan slogan-slogan kosong.