

Berbagai program telah di atur oleh Urusetia Qaryah Ramadhan bagi memberi keselesaan kepada warga bandar Kota Bharu sepanjang Ramadhan tahun ini. Antaranya ialah Tadarus Al-Quraan setiap petang jumaat, manakalah sabtu pula program bual-bicara sebelum iftor yang akan menampilkan ikon-ikon remaja masa kini
Suasana di dalam khemah yang berhawa dingin
Bagi yang tak berkesempatan berada di di dalam di luar juga memberi keselesaan juga dengan angin yang nyaman
Khemah yang dapat memuatkan 1200 jemaah dalam satu masa,tidak dapat lagi menampung jemaah yang semakin hari bertambah, di anggarkan setakat ini kehadiran jemaah di Qaryah Ramadhan mencecah 2000 pengunjung dan di jangka suasana ini akan lebih ramai lagi bila perantau pulang untuk berhari raya

Selepas Terawih,Jemaah di sajikan pula alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh iman terawih-
Sheikh Ahmad Regab Al-Fayumi yang di datangkan khas dari Mesir ,Para jemaah juga di bei kesempatan untuk belajar atau memperbetulkan bacaan bersama-sama dengan kedua-dua iman tersebut dan sambutan amatlah mengalakan
Sheikh Ahmad Regab Al-Fayyumi

Sheikh Abd.Rahman Al-Mouneus al-hafiz,Seorang jurutera dalam bidang pertanian berusia 24 tahun