Anwar hadir bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya termasuk Nurul Izzah.
Pihak polis menyediakan kaunter pendaftaran di hadapan mahkamah.
Pihak polis mengawal keadaan di mahkamah.
Anwar melambaikan tangan kepada penyokong-penyokongnya yang menunggu di luar mahkamah.
Kata Anwar beliau tidak putus hubungan dengan anggota Parlimen berkenaan dan sanggup pergi ke negara itu jika mereka ingin berjumpa dan berbincang dengannya.
"16 Sept akan adalah suatu realiti. Saya telah berjumpa dengan semua pemimpin Pakatan dan kami membincangkan perkara itu secara terperinci, dan memanglah kami menghadapi beberapa masalah teknikal apabila 49 anggota Parlimen itu dihantar ke luar negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu prosiding di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung tuduhan liwat.
Kumpulan berkenaan, yang diketuai Timbalan Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional Datuk Bung Mokhtar Radin, dijadual pulang ke tanah air pada 17 Sept.
Mengulas keputusan bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali menganggotai parti itu, Anwar berkata: "Hendak tolong kapal karam secepat mungkin?".
Mengenai kenyataan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Abdul Aziz Zainal yang meminta kerajaan bertindak tegas terhadap mereka yang mengapi-apikan isu perkauman, Anwar berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius.