 Pagi tadi ketika pulang dari Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 11  pagi, ternampak satu banner digantung yang berbunyi, “Rakyat Merayu kepada Pak  Lah Agar Tidak Serah Malaysia Kepada Penjenayah”. Di banner tersebut terdapat  gambar Altantuya Shaariibuu, Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Pagi tadi ketika pulang dari Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 11  pagi, ternampak satu banner digantung yang berbunyi, “Rakyat Merayu kepada Pak  Lah Agar Tidak Serah Malaysia Kepada Penjenayah”. Di banner tersebut terdapat  gambar Altantuya Shaariibuu, Najib Razak dan Rosmah Mansor.Tanpa membuang masa, kereta pun dihentikan dan gambar diambil.Kebanyakkan kereta yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan untuk melihat banner tersebut.
Selepas makan tengah hari saya keluar untuk membayar bil-bil.
Dalam perjalanan pulang ketika melalui Jalan Bangsar pada pukul 2.00 petang  berhampiran dengan simpang untuk ke pejabat NSTP, ternampak sebuah lagi banner  yang mempunyai gambar Altantuya, Najib dan Rosmah.
Di banner ini pula tertulis,
“Najib Tun Razak Perdana Menteri Ke 6?
Rasuah hampir satu billion dalam urusan pembelian peralatan pertahanan. 2008

Tuduh isteri pertama Tengku Puteri Zainah gila babi untuk  kahwin dengan isteri orang.
Membeli isteri orang untuk dikahwini.
Punyai  isteri yang tamak, boros dan queen control umpama Imelda Marcos.
Misteri  pembunuhan Altantuya.
http://antinajib.blogspot.com  Selamatkan Melayu”
Banner yang kedua ini terdapat logo Umno dan digantung disebelah banner hari  raya Umno Lembah Pantai. Semalam Pak Lah mengumumkan untuk tidak mempertahankan  jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut Mac depan.
Setakat ini Najib disebut sebagai penggantinya. Seperti yang dikatakan  semalam, Najib “mungkin” menjadi penggantinya. Beliau menggunakan perkataan  “mungkin” kerana Najib masih lagi perlu bertanding untuk merebut jawatan  Presiden Umno. Setakat ini hanya Ku Li yang telah mengumumkan untuk mencabar  jawatan Presiden Umno dalam pemilihan Umno nanti. Masih belum ada calon-calon  lain yang berani.
Namun ramai pihak belum yakin Ku Li akan dapat cukup pencalonan untuk  merebut jawatan tersebut.
Apa-apa pun perang dalaman Umno untuk merebut kekuasaan telah bermula. Yang peliknya, perang terhadap Najib bermula terlebih dahulu.


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
