Eksklusif:
 CARTAGENA, - Tentera  Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekali lagi mencipta sejarah hari ini selepas  pelancaran kapal selam Scorpene kedua (Scorpene 2) oleh Raja Permaisuri Agong,  Tuanku Nur Zahirah yang dinamakan sebagai Kapal Diraja (KD) Tun Razak. Pemilihan nama kapal selam tersebut yang berkelas  Perdana Menteri sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Perdana Menteri kedua,  Allahyarham Tun Abdul Razak yang banyak berjasa terhadap kemerdekaan, pemodenan  dan pembangunan negara. Dalam upacara penuh istiadat di Limbungan  Navantia di sini, Tuanku Nur Zahirah melepaskan botol mengandungi air zamzam ke  kapal sebagai simbolik pelancaran kapal selam kedua negara. Sumber: Utusan  Online
CARTAGENA, - Tentera  Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekali lagi mencipta sejarah hari ini selepas  pelancaran kapal selam Scorpene kedua (Scorpene 2) oleh Raja Permaisuri Agong,  Tuanku Nur Zahirah yang dinamakan sebagai Kapal Diraja (KD) Tun Razak. Pemilihan nama kapal selam tersebut yang berkelas  Perdana Menteri sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Perdana Menteri kedua,  Allahyarham Tun Abdul Razak yang banyak berjasa terhadap kemerdekaan, pemodenan  dan pembangunan negara. Dalam upacara penuh istiadat di Limbungan  Navantia di sini, Tuanku Nur Zahirah melepaskan botol mengandungi air zamzam ke  kapal sebagai simbolik pelancaran kapal selam kedua negara. Sumber: Utusan  Online Apa yang menjadi  persoalan kita sekarang, kenapakah nama kapal selam itu ialah Kapal Diraja (KD)  Tun Razak dan bukannya KD Tun Mahathir?. Bukankah Mantan PM itu juga banyak  berjasa dan membawa permodenan negara selama lebih 22 tahun. Bukankah  perkhidmatan Mahathir lebih lama dari Tun Razak. Malahan Mahathir juga masih  hidup. Jika ingin dikenangkan jasa, biarlah orang yang masih hidup di dunia ini.  Inilah yang berlaku di Malaysia sejak dulu kini dan selamanya. Suka benar  memberi anugerah kepada orang yang sudah mati seperti Allahyarham Tan Sri  P.Ramlee dan ramai lagi. Ketika hayatnya tidak langsung diberi gelaran terkemuka  seperti itu. Kini "melopong"lah Mahathir  menunggu dimana agaknya nak disemadikan namanya itu. 
[Kesihan Tun Mahathir, apakah beliau hanya sekadar "Kalau Pergi Kuala Kubu dan Tulis Nama Atas Batu?". Apapun sebenarnya nama itu diilhamkan oleh orang yang menguruskan pembelian kapal tersebut dan juga yang menerima komisyen ratusan juta itu. Siapa lagi kalau bukan.. ].
[Kesihan Tun Mahathir, apakah beliau hanya sekadar "Kalau Pergi Kuala Kubu dan Tulis Nama Atas Batu?". Apapun sebenarnya nama itu diilhamkan oleh orang yang menguruskan pembelian kapal tersebut dan juga yang menerima komisyen ratusan juta itu. Siapa lagi kalau bukan.. ].



 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
