 
  Umno ni dah cukup syarat untuk hancur . Tapi tak hancur  hancur lagi . Seperti kehancuran itu belum nampak syarat yang telah lengkap ada  pada UMNO dan BN .
 Namun kelihatan UMNO dan BN ni tak sabar sabar pula untuk  menghancurkan diri . Oleh kerana menunggu kehancuran terlalu lama untuk hadhir ,  kini UMNO aktif mengatur strategi untuk mencari dan memburu kehancuran  tersebut.
 UMNO seperti orang yang putus asa dan kecewa dengan hidup .  Menunggu sesiapa sahaja datang untuk menamatkan riwayatnya , tapi sering saja  tersasar . Akhirnya terpaksa cari jalan untuk membunuh diri . Terjun sungai dari  atas jambatan dengan harapan selepas ini akan mati lemas, tapi malangnya air  sungai tu hanya di paras betis sahaja .
 UMNO panjat pokok lalu terjun ke bawah dengan harapan pecah  kepala , tapi malang hanya mengalami kecederaan kecil sahaja iaitu patah tangan  dan betis , masih juga bernafas .
 Hai , nak hidup susah ,  nak mati pun susah .
 Ada orang cuba selamatkan UMNO lalu mencadangkan UMNO segera  menubuhkan Majlis Syura Ulama' UMNO . Sekali dengar macam nak tiru PAS pulak .  Kalau cadangan itu bermaksud selepas ini UMNO akan dipandu oleh ulama' , saya  sangatlah setuju dengan cadangan itu .
 Tetapi ..... apa yang saya musykilnya ialah UMNO mana yang  nak dengar cakap ulama' tuh nanti ? sejak bila pula UMNO ni pandai menghormati  ulama' ?
 Namun untuk saya berlaku adil dalam tanggapan , kalau UMNO  benar - benar ingin berubah dan benar - benar ingin menjadikan ulama' sebagai  pemandu arah tuju perjuangan bahkan sedia pula menggubal undang - undang tubuh  UMNO supaya menepati apa yang bakal diajar oleh ulama' itu kelak , maka saya  setuju sangat lah .
 Tapi , nak kena tengok jugak lah ulama' fesyen mana yang akan  membentuk majlis syura ulama' UMNO tu , kalau ulama' rice cooker , ulama'  terompah kayu atau ulama' kuda kepang maknanya makin dekatlah UMNO kepada  kehancuran yang diburu olehnya selama ini .
 Ertinya UMNO memang tidak boleh diselamatkan lagi . Bukan  kerana orang tidak mahu cuba atau tidak boleh selamatkan UMNO , tapi UMNO tu  sendiri yang tidak mahu dirinya diselamatkan . Setiap detik UMNO mencari jalan  menuju kehancuran.
 Tengoklah dalam keadaan kenderaan UMNO ni usang dan sukar  untuk dibaiki lagi , mereka dok kira nak tukar driver . Dah berapa orang dah  driver yang bertukar ganti . Daripada driver yang rakus dan suka membuli di  jalanraya kepada driver yang slow dan lembab memandu dengan 30 km sejam di  laluan 110 km sejam , habis jem kereta kat belakang dan semua orang maki hamun  dia.
 Tok Guru Hj. Hadi dah  cadang supaya tukar jer kenderaan tuh , kalau tak mampu nak beli yang baru , hah  ! mari naik kenderaan PAS punya. ala tambangnya setakat ni hanya RM 3 sahaja  setahun . Tak kan tak mampu bayar.
 Tok Guru Nik Abdul Aziz jelas bagi tahu , kalau UMNO  sedia laksanakan Islam , maka tak ada sebab lagi PAS ini wujud . Boleh bubar dan  sama - sama berjuang Islam .
 Tapi UMNO ni boleh tahan jugak degilnya . Hah sekarang mereka  plan untuk tukar pulak driver dan khabarnya mula nak bertugas selepas mac tahun  depan . Driver ni pun saya tengok sengkek jugak nih . Banyak saman .... erm  entahlah ! UMNO .... UMNO


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
