Pengerusi Jentera Pilihanraya Kecil Pas Kuala Terengganu, Datuk Haji Wan Mutalib Embong berkata, Pas tidak akan mengabaikan masyarakat Cina di daerah Kuala Terengganu yang selama ini banyak menyumbang ke arah kerjasama dengan pihak mereka.
“Di sini (Kuala Terengganu) kita ada DAP dan Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai anggota berbilang kaum di mana boleh memastikan matlamat kita tercapai untuk membela rakyat dapat dilaksanakan,” katanya lagi.
“Di sini (Kuala Terengganu) kita ada DAP dan Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai anggota berbilang kaum di mana boleh memastikan matlamat kita tercapai untuk membela rakyat dapat dilaksanakan,” katanya lagi.
Beliau optimis dengan kerjasama bersama DAP dan PKR, calon Pas yang akan bertanding di Kuala Terengganu nanti akan memperoleh kemenangan. Malah, ketika mengulas lanjut, beliau yakin pihaknya akan terus mendekati masyarakat itu lebih-lebih lagi pilihanraya kecil ini berbeza dengan pilihanraya umum.
“Dalam pilihanraya kecil ini kita rasa lebih bebas kerana ia melibatkan kerusi Parlimen,” katanya.
Berdasarkan unjuran keputusan pilihanraya umum lalu di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil kali ini bakal berlangsung sengit memandangkan landskap politik telah jauh berubah.
Menurutnya, masih banyak kekurangan yang dibiarkan oleh pihak kerajaan pusat dan negeri ke atas penduduk Terengganu terutamanya kadar kemiskinan yang masih tinggi. Malah, kemudahan asas yang di bandaraya itu juga masih jauh terkebelakang yang menunjukkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Sebagai langkah menjamin kemenangan, kita ada mekanisme tersendiri untuk memastikan kemenangan milik kita nanti, dan kita ada kelab penyokong,” katanya lagi.