Ikuti Blog ini

RM 408.6 Juta Bukan Royalti



http://buletinonline.net/images/berita15/royaltibohong.jpgKuala Terengganu – Rakyat diharap tidak terpedaya dengan penyerahan ‘replika cek’ berjumlah RM408 juta oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak kepada Menteri Besar yang dikatakan sebagai ‘tambahan atau baki royalti’ tahun 2007 dan 2008 pada Sabtu lalu.


Sebaliknya, baki tersebut bukan pembayaran royalti sebenarnya tetapi ia adalah baki wang terimaan ‘dana khas’ dari kerajaan persekutuan yang belum dilunaskan sebelum ini, bagi tahun 2007 dan 2008.

“Ia bukan royalti, royalti belum diselesaikan lagi, ada dalam lembaran akaun, kerajaan persekutuan melalui dana khas hanya menyerahkan 78% sahaja sebelum ini,”kata Bendahari PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut semalam.

Beliau berkata pembayaran royalti sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang adalah bayaran secara terus dari Petronas ke dalam akaun kerajaan negeri Terengganu.

Sehubungan dengan itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) meragui kesahihan cek bernilai RM408 juta yang diserahkan oleh Najib Razak kepada Ahmad Said itu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR negeri Terengganu, Fariz Musa berkata penyerahan cek yang dikatakan sebagai pembayaran wang royalti petroleum merupakan satu ‘gimik’ politik menjelang pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

“Ia hanya satu ‘gimik’, propaganda politik murahan UMNO dan Barisan Nasional untuk mengelirukan rakyat dan pengundi menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu,

“Kenyataan untuk menyerahkan kembali bayaran royalti dibuat oleh Perdana Menteri enam bulan yang lalu, sehingga bulan lalu MB kata duit royalti (akan diterima) mungkin bulan Mac depan,

“menjelang pilihanraya kecil, tiba-tiba pembayaran tersebut diserahkan,”kata beliau ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau taktik kotor UMNO, mengumpan rakyat dengan wang menjelang pilihanraya menunjukkan UMNO bukan lagi sebuah parti yang mempunyai kekuatan politik.

Manakala Pengerusi Penaja Parti Tindakan Demokatik Ng Chai Hing menyifatkan penyerahan wang sebanyak RM408 juta adalah cubaan UMNO dan Barisan Nasional untuk menarik perhatian pengundi menjelang pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Beliau berkata pembayaran royalti petroleum yang sebenarnya haruslah mengikut prosedur undang-undang sebagaimana perjanjian yang dibuat dibawah akta petroleum tahun 1974.

“Ia gimik politik, cuba meraih publisiti untuk menarik perhatian pengundi menjelang pilihanraya kecil kuala Terengganu, bukan pembayaran royalti sebanar,”katanya


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .