Ikuti Blog ini

Najib akui ‘imej buruk’ ahli partinya

Imej negatif Umno dan sikap sesetengah pemimpinnya yang kurang mesra di mata rakyat merupakan antara punca kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu minggu lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, parti itu perlu mengubah budaya dan imejnya agar disenangi oleh rakyat.


“Pemimpin Umno di semua peringkat Umno mesti menunjukkan imej positif dan mesra rakyat,” kata beliau kepada pemberita semalam.


Najib tak sebutpun pasal rasuah, sebab dia sendiripun bermasalah. Apa benda imej positif. Najib kena buat kuliah mingguan pagi Jumaat atau pagi Ahad kepada Ahli-ahli Umno.


Umno kena tiru PAS yang mengajar atau mendidik ahli-ahlinya setiap hari melalui ceramah atau kuliah pagi Jumaat oleh Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi Awang.


Presiden atau Timbalan Presiden Umno kena buat macam PAS buat untuk baiki ‘imej’ yang dimaksudkan itu bukannya dengan didik ahli dengan beri projek itu dan projek ini.


Semalam Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno memerlukan faktor “wow” untuk memikat semula hati rakyat berikutan kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil itu.


Najib berkata rakyat menilai Umno berdasarkan hubungan mereka dengan pemimpin Umno di semua peringkat.


Pada pilihan raya itu, calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS, Mohd, Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .