Ikuti Blog ini

Pemimpin MCA/ BN Ugut Pengundi Pada Malam Terakhir.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/tenteramerahKPP.JPG
Kemaman – Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat @ Ramli menyangkal dakwaan pemimpin MCA dan Barisan Nasional (BN) bahawa masyarakat Cina Kuala Terengganu (KT) menolak PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil (PRK) KT pada 17 Januari lalu.(Gambar - Hanafiah berkempen bersama 'tentera merah' 35 orang ahli kelab peyokong PAS Parit Buntar merayu undi dari kedai ke kedai bermula dari Pulau Kambing sehingga Pasar Cabang Tiga)


Sekaligus beliau berkata MCA dan BN sepatutnya malu kerana menggunakan taktik yang kotor dan jijik dengan mengugut masyarakat Cina dan memfitnah serta memburuk-burukkan calon PAS.

Dalam temubualnya baru-baru ini, beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar arah aliran sokongan masyarakat Cina KT dan mengapakah undi masyarakat Cina KT dianggap kurang oleh sesetengah pihak.

“Selepas penamaan calon, kita (PAS) bersama Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cina dan DAP Cina berjalan untuk bertemu orang-orang Cina dari rumah ke rumah, dari kedai ke kedai, dari flat ke flat. Bertemu muka ke muka,

“Orang-orang Cina memberi kesanggupan untuk bertemu dengan Pakatan Rakyat kerana dia (Cina) melihat telah berlaku satu perpaduan di kalangan orang Terengganu antara DAP dengan orang-orang PAS. Maknanya, orang Cina sudah boleh bersama-sama dengan orang Melayu PAS,”ujarnya yang hampir sebulan berkampung di DUN Bandar khususnya kawasan Kampung Cina.

Menurut beliau hasil dari pertemuan demi pertemuan, sehingga ke hari akhir (16 Januari), masyarakat Cina KT merasakan sudah tiba masanya untuk mereka membuat perubahan, beralih daripada menyokong MCA yang tidak lagi boleh diharap memberi pertolongan kepada mereka.

“Sehingga hari terakhir sambutan yang diberikan oleh orang Cina semua menyatakan bahawa ‘bulan terang-bulan terang’, kita (rakyat) kena berubah, lama ‘doh’ (sudah), kita (rakyat) tidak mahu pemimpin yang korupsi,”jelas Hanafiah.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/tenteramerahKPP1.JPGOleh yang demikian, beliau berkata analisa pengundian pada 17 Januari mengesahkan sokongan masyarakat Cina kepada PAS diamana hanya peti undi di Kampung Cina sahaja PAS kalah 61 undi tetapi tiga peti undi lagi mengalami peningkatan sebanyak 98 undi berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) bulan Mac 2008 lalu.

Walaupun begitu, katanya berdasarkan 3000 buah rumah yang telah beliau lawati dan telah memberikan kesanggupan untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, peningkatan undi termasuk adalah dianggap kecil.

Beliau telah menyenaraikan beberapa faktor yang dikenalpasti mengapa arah sokongan masyarakat Cina berlaku sedemikian. (Gambar kanan - Rombongan 'tentera merah' di arahkan oleh polis supaya jangan berjalan dalam satu kumpulan kerana dianggap sebagai sebuah perarakan, setelah menerima aduan dari orang BN)

Antaranya, kata beliau, pengundi-pengundi muda Cina tidak balik mengundi kerana tarikh sambutan Tahun Baru Cina terlalu hampir.

“Saya melihat seramai 450 orang pengundi yang keluar mengundi bulan Mac 2008 lalu tidak datang mengundi. Maknanya, PAS boleh mendapat undi yang lebih dalam hal ini,”jelasnya.

Beliau turut mendedahkan faktor ‘ugutan dan fitnah’ yang telah dilemparkan oleh Presiden MCA sendiri pada malam terakhir menjadi punca mengapa arah sokongan masyarakat Cina sedikit ‘terencat’ pada saat akhir.

“Pada malam terakhir Presiden MCA, Dato’ Ong Tee Kiat telah memanggil orang-orang Cina dan memberitahu mereka (pengundi) semasa PAS memerintah Terengganu calon kita (PAS) Haji Mohd Abdul Wahid Endut pernah mengeluarkan satu surat untuk merobohkan tokong Cina dekat hotel Seri Malaysia sekarang,

http://buletinonline.net/images/stories/berita/hanafiahkmmna.JPG“sebenarnya, Wahid tidak memegang portfolio (Kemudahan Awam dan Komunikasi) itu semasa kerajaan PAS memerintah Terengganu, tapi pada malam itu Ong Tee Kiat bersama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said telah memfitnah dengan menunjukkan satu surat kononnya, Wahid lah orang yang hendak robohkan tokong dan kenapa orang Cina hendak beri undi kepada dia,”katanya.

Justeru katanya, pada malam itu orang Cina ‘terkejut’ dan mengalami kecelaruan kerana sebelumnya mereka melihat Wahid sebagai seorang yang mesra dan bersih.

Selain itu, yang paling memeranjatkan, katanya, BN juga mengugut segolongan orang Cina KT, mereka akan dihantar balik kenegeri China sekiranya mereka tidak mengundi BN dan memberi kemenangan kepada calon PAS.

“Masyarakat Cina khususnya golongan tua amat takut dengan ugutan bahawa mereka akan dihantar balik ke negeri China,”tambah Haji Hanafiah (Gambar - Hanafiah ketika di temubual baru-baru ini)




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .