Ikuti Blog ini

Proses pengundian ditutup, 80 peratus keluar mengundi

KUALA TERENGGANU - Proses pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu telah berakhir tepat jam 5 petang tadi manakala Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan sidang media sebentar lagi.

Menurut laporan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato' Wan Ahmad Wan Omar berkata peratusan keluar mengundi mencecah 80 peratus dan proses pengiraan undi akan bermula bila-bila daripada sekarang dan keputusan rasmi dijangka diperolehi sebelum pukul 10.30 malam.


Proses pengundian dilaporkan berjalan lancar walaupun berlaku beberapa insiden kecil dan sedikit ketegangan yang berlaku di antara penyokong PAS dan BN membabitkan kempen-kempen meraih undi.


Selain itu para petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat dikatakan mulai bimbang dengan kehadiran lebih ramai anggota polis simpanan persekutuan (FRU) di beberapa pusat pengundian yang disifat agak panas seperti di Sekolah Kebangsaan Ladang yang mana terdapat tujuh buah trak FRU berada di situ.


Manakala di tempat-tempat lain termasuk di Dun Wakaf Mempelam, Dun Bandar dan Dun Batu Buruk juga kelihatan trak FRU.


Selain itu SPR memaklumkan setakat jam 4 petang tadi sejumlah 76 peratus pengundi telah keluar mengundi menjadikan jumlahnya kira-kira 60,794 daripada 80,229 yang layak mengundi di pilihan raya kecil ini.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .