Ikuti Blog ini

Revolusi Mesir: Husam Cadangkan Selamatkan Segera Rakyat Kelantan / Malaysia Di Mesir

Kota Bharu, Kelantan , 2 Februari 2011 - Kerajaan negeri Kelantan yang prihatin akan kebajikan rakyat kelantan di negara Mesir yang sedang bergolak telah menghantar bantuan segera kepada warga kelantan yang khasnya terdiri dari pelajar, pekerja di Mesir.

Seorang wakil Kerajaan negeri Kelantan telah berlepas ke Mesir untuk menyampaikan bantuan tersebut.bantuan adalah berupa kewangan untuk membeli makanan dan keperluan asas semasa berlakunya revolusi di Mesir pada masa sekarang.

MB Kelantan, Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz, TMB, Dato Mohammad Yaakob dan Exco Kebajikan dan YB Dato Haji Husam Musa selaku Exco Kebajikan dan Perancangan Ekonomi Negeri berada di lapangan terbang antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu untuk mengiringi wakil kerajaan negeri kelantan ke Mesir dengan menaiki penerbangan ehsan Air Asia ke Mesir pada jham 3 petang, hari rabu, 2 Februari

YB Dato Haji Husam Musa mencadangkan kepada kerajaan malaysia agar warga Kelantan dan Malaysia segera dipindahkan ke negara jiran mesir seketika sebelum pulang ke tanah air jika tiada penerbangan antarabangsa dari Kaherah ke Malaysia. -kelatetoday


Kelantan Hantar RM120,000 Bantu Pelajarnya Di Mesir

KOTA BARU: Kelantan hari ini menghantar wang tunai RM120,000 menerusi misi kemanusiaan Mercy Malaysia ke Mesir bagi membantu 1,281 pelajar negeri itu yang terperangkap di sana.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bantuan itu yang dibawa bekas Pengerusi Kelab Pelajar Mesir selaku wakil kerajaan Zulkifli Yaakob bertujuan membantu pelajar Kelantan membeli bekalan makanan.

"Bantuan itu untuk pelajar Kelantan yang dikatakan tidak cukup bekalan makanan dan dijangka tiba di Kaherah esok," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

"Saya juga harap rakyat Malaysia dapat dibawa pulang dengan selamat dan seberapa segara berikutan keadaan kian meruncing," kata Nik Abdul Aziz yang turut meminta Presiden Mesir Hosni Mobarak tunduk kepada tuntutan rakyat negaranya agar berundur bagi memulihkan keadaan. BERNAMA
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .