
Menteri Besar Selangor berkata, beliau telah menasihatkan Wong agar bercuti dan mengambil rehat yang sewajarnya. Bagaimanapun beliau tidak menyatakan berapa lama Wong dinasihatkan bercuti. Nasihat yang sama diberikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi Parlimen, yang turut meminta Wong mengkaji semula pendiriannya meletakkan jawatan.
Semalam Wong berkata beliau telah menjadi "mangsa kejadian" penyebaran foto atau video separuh bogelnya, yang dipercayai disebarkan oleh bekas kekasihnya. Media melaporkan bahawa bekas kekasihnya itu kini khabarnya berada di luar negara.

Sebenarnya, skandal seperti ini banyak melibatkan puak-puak UMNO. Tunggu laporan seterusnya akan kami dedahkan "hubungan intim" seorang Exco UMNO Pahang dengan isteri orang sekarang ini].

REAKSI wajah Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Elizabeth Wong Keat Ping, ketika menawarkan peletakan jawatannya sebagai Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat hari ini. Wong, 37, dipercayai berbuat demikian berikutan penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.